CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Qistina Sakit. Show all posts
Showing posts with label Qistina Sakit. Show all posts

26 March 2014

One hectic month! Phewww...

As Salam.

Lama benar blog ni bersawang. Ampunnnn mmg sgt tak sempat. Bermula dengan tahun baru anak sulung masuk tadika tapiiiii part paling mencabar bila ada ibubapa yg amik mudah pasal kesihatan anak-anak. Dihantar juga anak yg sakit. Sungguh kasihan anak yg sakit dipaksa hantar ke sekolah. Bila deme sendiri sakit pandai lak nak MC bagai. Tahu sakit tak larat pegi kije. Anak-anak pon gitu la. Mesti la diorg pon tak larat. Nak kene berehat. Dah pulak berjangkit kat budak-budak lain termasuk la anak ai. Hangen tak hangen. Sampai warded berminggu. Dah satu family jatuh sakit. Dugaan sungguh. Bila anak-anak duk sakit den fikir-fikir.. berenti je la kije jaga anak fokus belajar. 

Alhamdulillah berenti la den.. kiki... Qistina lak lepas warded 2 minggu masuk sekolah balik tak sampai 2 minggu kene pulak chicken pox. Mak aihhhh...memang superrrr vangang la makpak budak tu..Yang pegi anta jugak tu jumpa dgn aku memang kene tampo kokedai la.. Dah jangkit pula dekat si kecik. Alahai kesian tgk anak-anak sakit tak berenti. Ini baru beransur pulih dua beradik tu. Alhamdulillah.. tapiiiii bulan ni jugak ai start semester baru. Start je penuh assignment kene buat. Huhu... sem lepas agak menurun la den punya pointer. Ye la... byk kot kelas aku tuang. hehe....

Yang paling best aku kene cari kije balik.... -_-'' bermula la pencarian kije lak.. Keputusan cari kije balik bukan sebab en suami aku tapi sebab omak den. Ohh ibu....restu la ai mau jaga anak-anak je. Huhu... disebabkan itu aku juga ada setup bizz kecil-kecilan.. ya... ai mula jual kain-kain japanese cotton yg comel-comel. Kain-kain ni bukan dari vietnam ye. Ini japanese cotton kainnya lagi lembut dan sejuk dari vietnam cotton / english cotton ni. Corak pon sgt menarik dan ada juga corak-corak yg sesuai dibuat sebagai crafter. Bole jenguk page ai di Nawwar Bizz

Moga-moga selepas ini kehidupan kami dipermudahkan dan rezeki dimurahkan. Amin.

Ketika warded bulan akhir bulan January di DEMC


Yang ni kakak kene chicken pox sgt byk.

Kakak dah sembuh adik pula kene.
Antara stok yg ada
Corak bunga

Mari pilih sebelum tailor tutup tempahan :)




09 April 2012

Qistina Warded

Salam.

Sekarang bersiaran dari DEMC lagik. Huhuhu... awal2 buat appointment dgn DEMC utk checkup biasa Qistina sempena masuk 18bulan kan kene cucuk dah. 2 hari sebelum appointment Qistina start demam, batuk dan selsema. Tiba2 je sakit. Seminggu sebelum tu asek selsema je. Tapi dah nak sembuh tu terus kene demam lak. Alahai anak.... tak tau la jangkit dari umah BS ke apa. Ya la dah ramai budak kan. Mesti la berjangkit gak. 

Pegi DEMC appointment sabtu pagi. Check2 rupanya kahak jahat dah pon bertapak dalam paru2. Doc bagi option, bole dtg utk amik neb setiap beberapa jam atau bole je nak warded. Asal plan warded utk weekend je. Bila Ahad tu Qistina asek demam panas dan suhu pon tinggi je so extend la lagi sampai ke Isnin. Moga2 anakanda cepat sembuh ya. Sedih hati ibu tengok anak ibu demam macam ni. Skrg dah start antibiotik dan antiviral. Kahak dah pon berkurangan dlm paru2. 

Ibu doakan Qistina cepat sembuh dan membesar dgn lebih sihat. Amin.

 


Nangis sebab tak leh nak nenen. Ibunya nak amik gambo ;)
Majuk suda....
Qistina baru boleh tido. Kalau tak asek batuk je.

22 January 2012

Cerita Dilanda Musim Sakit

Salam.

Haaa kali ni nak cerita pasal sakit la plak. Asek cerita gumbira kan. Sepanjang cerita gumbira tu ada cerita tak best sket je. Tapi ini semua dugaan Allah kasi. Redha dan terima. Sakit2 ni mengurangkan dosa kita, ya dak?

Mula2 yg start sakit adalah daku. Start 30 November 2011 lagi. Mula2 selsema + demam sket. Hampir 2 minggu selsema tak hilang. Lama2 dpt lak batuk. Alhamdulillah... makin kurang dosa2 aku. Kadang2 ok kadang2 teruk tapi mostly sgt teruk batuk itu. Ditambah lagi musim sejukkkkk ketika tu. Tak lama lepas tu Qistina menyusul hasil dari genting tu. Batuk2 juga tapi alhamdulillah demam dia tak melarat. Batuk pon kurang dan takde kahak.

Lebih kurang sebulan lepas tu, Qistina dah baik sket batuk dia kene demam + cirit birit + muntah2 lak. Huhuhu... time ni mmg daku sedih la.. kurussss anak dara den. Setelah sekian lama dia membesar bagai juara, kali ni dia kalah. Mula2 tu menyusu pon kurang sbb muntah2 kan. Dah daku amik cuti jaga dia. Ya la hati ibu mana la nak tenteram p kije kan dgn anak sakit2. 3 hari lepas tu demam kurang, muntah2 pon takde tapi still cirit. Cirit dia hilang setelah seminggu. Time Qistina cirit tu dia menyusu dgn bykkkkk sgt sampai daku dehydrate. Mula sakit tekak dan daku first time dpt ulser. Huhuhu... sakit ohhh.. La ni baru je sembuh sehari dua ni.

Bila Qistina dah sembuh, si ayah lak menyusul. Demam + batuk2. Huhuhu.... selama daku dan Qistina sakit, dia la dok jaga kami. Masak, kemas dan lain-lain. Terima kasih sayangku. Daku akan ingat jasa mu. Dia demam ai tak coti, tapi dok berjaga gak tgk2 kot2 suhu tinggi. Alhamdulillah 2 hari hilang demam. Tinggal batuk aje.

Sekarang ni, Qistina hanya ada sgt light batuk atau bole kata makin hilang dah. Daku pon kalo rasa gatal tekak p mkn eskrem kompom dpt batuk balik dan en somi lak dah sembuh totally. Alhamdulillah.. syukur kami dpt harungi musim sakit ini dgn jayanya. Apa2 pon semua yg dtg tu hanya lah dugaan kecil sahaja. Ada hikmah disebalik semua ni. :)


Tunggu turn jumpa Doc
Lihat la da kurussss
Qistina hampir sembuh
Slim kan?
Setelah sihat
Mmmm sedapnya tosai


Sekian.

25 December 2011

Hasil dari Genting

Salam.


Pagi ni bersiaran dgn anak dan bapak still berdengkur. Entry ni entry kesinambungan hasil pergi ke genting minggu lepas. Hasil yg daku dan Qistina dapat adalah demam. Uhuhu.... daku tak pe lagi sebab pegi tu mmg still dok sakit2. Qistina ler... maybe first terasa sejukkkk yg amat ni hasilnya ari isnin kul 3 pagi tu dia demam. Tak le panas sgt tapi still membimbangkan perasaan daku ni.

Amik mc 2 hari. Keadaan Qistina kadang2 ok kadang2 demam makin tinggi. Skrg ni demam dia still ada. Dah start on antibiotik. Mata lak sakit pula. Mane jangkit tak tau la. Jumpa paed dia semalam, dia ckp skrg mmg musim baby2 sakit mata. Aduhhhh mane la dia dpt ni. Cam serik lak nak pegi tempat ramai2 org ni. Batuk pon dia da start jangkit dgn daku. Check semalam alhamdulillah paru2 dia clear.

Qistina, ibu akan jaga baik2 dlm masa cuti ni. Huhu ibu takde cuti so tak le la nak amik cuti melainkan MC aje. Bulan ni saja MC dah  berkali2. Segan la plak... uhuhu... ibu doakan Qistina cepat sembuh ya. Amin.

Ya Allah, sembuhkanlah sakit anakku ini. Ampukanlah dosa2 hambaMu ini. Engkau lah Maha Berkuasa dan Maha Pengasih. Amin.



15 October 2011

Broncho kembali menyerang :(

Salam.

Dah lama Qistina tak sakit2, sejak awal Selesa gitu Qistina start batuk2 kecil lama2 jadi batuk besaran sampai tercungap2 dia tak leh nak bernafas sgt. Hari Khamis daku MC utk Qistina. Pagi tu decide nak g DEMC tapi en somi ckp nak pegi U**A. Daku bukan hapa Qistina dpt treatment dia dari DEMC kan so mesti la doc tau history dia dan apa patut buat kan. Ni dia dpt ubat salbutamol + ubat lelah? WTH.. Qistina tak lelah pon terus kasi ubat lelah?? Hati daku ni gundah gulana la nak kasi ka tak ubat tu. Then terus tanya doc yg incharge dia ritu. Doc tu ckp tak yah kasi pon ubat lelah tu. So ari Jumaat tu da tak kasi.

Ari jumaat aku kije. Ptg balik amik Qistina tgk batuk dia makin serius. Bernafas pon sgt susah. Minum susu pon payah yg amat. Doc suh dtg esoknya tapi aku tak leh tahan la tgk anak tak bermaya cam tu. Nafas pon susah. Risau yg amat. Terus mlm tu p DEMC. Nasib diorg bukak sampai kul 9 ritu. Alhamdulillah... doc yg incharge Qistina takde tapi check doc lain. Pon sama je pendapat mereka tak yah kasi ubat lelah tu. Tapi Qistina kene admitted la sebab payah sgt nak breathing. Amik neb 3 jam sekali. Mlm tu baru dia bole tdo. Itu pon lepas 3 kali neb. Nangis2 daku mlm tu. Sedih sgt tgk anak camtu. Huhu... selama ni asek senyum dan gurau kali ni senyum pon tak siap nangis sebab tak tahan tak leh bernafas + batuk tak henti2.

Paling best, aku dpt call dari **** marah2 aku ckp nape bawak anak aku p spital. Patut biarkan dia sembuh sendiri je. Aku rasa nak marah gila tapi pk aku tak leh nak marahkan dia aku wat dekkk je. Aku terangkan elok2 lagi. Ubat yg DEMC kasi ni bukan ubat lelah. Dia just kasi nak suh lung Qistina tu clear kahak. Dibiarkan bole melarat ke pneumonia. Lagi bahaya! Skrg kita mencegah bukannya nak kasi melarat dan doctor jarang yg kasi ubat yg membuatkan kita lagi melarat! Waaaaaa sakitnya jiwa dah la susah ati anak sakit bole plak nak marah2. Nak je drop phone. Sabar lagiiii sabarrr... setan pon dok hembus api kemarahan neh... Kalo lagi melarat nak ke dia jaga Qistina. Kalo apa2 jadi nak ke dia tanggungjawab?

En somi lak p company trip jumaat pagi tu bertolak ke terengganu. Dah call nak cancel pegi tapi macam2 ugutan dia dpt. Nnt esok2 mcm2 hal la itu la ini la. Apa punya kompeni la. Anak sakit pon bole paksa pegi lagi. Cam CELAKA la.!!! Serius aku benci dgn majikan yg bengong camni! Kebajikan bukan nak jaga sgt pon. Dah tu en somi ckp pehni kompom dia tak join da kompeni trip thn2 depan. Bukan pegi dpt apa2 pon. Pegi berlelah je. Mmg aku emotionally tak stabil semalam due to this kind of things happened. Dah en somi pon kene marah sbb berkeras nak pegi ke U**A tu.

Skrg Qistina da makin ok tapi nafas dia still lagi berbunyi2. Masih agak tersekat2 blocked dek hingus. Harini menyusu da makin ok. Alhamdulillah.. part tu paling suka. Ya la... ibu mane tak risau kan tgk anak tak berapa nak menyusu dan mkn ni. First time Qistina meragam camtu. Huhu...nangis2 ibu tau. :( Semoga Qistina cepat sembuh ya nak. Boleh praktis jln byk2. Hehe....

p/s :: Ibu berhutang entry birthday utk Qistina. Bila la nak wat karangan. :)


02 July 2011

Update Qistina

Salam.

Pagi td pegi follow up utk Qistina sbb dia kene warded 2 minggu lepas kan. Huhu...dah la baru kuar ward terus kene demam campak lak. Plus lagi satu dpt tau ada infection kat dlm mulut dia tu. Ala yg putih2 tu. Doc dah kompom kene infection. Huhuhu...cian anak ibu patut la kurang menyusu. Ibu dah perasan dah putih2 tu. Harap2 lepas ni sembuh terus. InsyaAllah. Amin.

Skrg ni umah dok dibaiki barang2 yg dah lama aku idam. Patut before aku abes pantang lagi. Nak wat camne tak dpt permission. Lagi satu ventilator dah rosak. So baiki jugak yg ini. Umah aku ni kalo takde ventilator mmg terperap je udara. Tak elok kan. Beranda ada bahagian tepi umah tapi sebabkan umah aku ni tingkat 1 bawah umah tu ada buat tambahan bahagian blkg tepi betul2 kat beranda aku ni. Nak jadikan cerita, org2 takda akai bodoh ka hapa pegi dok buang sampah dari tingkap diorg tu ke bawah. Berkumpul la plak depan beranda aku ni. Bangang nak mampus okeh. Bukan sampah kecik2 siap plasterin buat bungkus tv pon dibuang. Kotak2 tak yah cite la. Dah jadi mcm2 sarang dah. Huiiii hangen aku. Dah dibersihkan tak lama sehari tu kumpul  balik sampah2 tu. Mmg superbbbbb bangang la. Ish lari tajuk lak.

Qistina, campak dia nampak dah makin kurang. Harap2 cepat la sembuh. Kesian nampak muka merah2. Badan merah2. Huhuhu.... Demam, batuk tok sah cite la. Mujur gak p check tadi doc ckp lung dia clear. Takde sign of kahak a.k.a broncho jahat tu. Segala pantang larang cuba diaplikasikan. Huhuhu... ramai yg suh kasi dia minum air kelapa. Tapi nenda terchenta Qistina tak kasi dia minum lagi. Katanya biar ruam2 tu hilang dulu. Baru kasi minum + mandikan dgn air kelapa. Aiiii ikut je la kata org tua kan. Lagi pon mami suh monitor demam je. Jgn kasi panas sgt risau mende  lain lak. Huhuhu.... Qistina, ibu kalo bole coti lama dah lama ibu cuti. Ini pon dah 2 hari ibu cuti. Isnin nnt mmg kene pegi kije gak.Haiiiii bila la ibu bole dok umah goyang2 sambil jaga Qistina. Ayah ckp dia nak cuti tapi kene ada MC la. Sbb AL dah tarak. :(


Ini la satu gambar Qistina. Ruam tu naik takat bahu ja. La ni dah naik sampai kaki.




Psst :: Pagi td buat pancake. Ok la sedap tapi ropa tak chantik sbb daku takda non-stick pan. Hehe...




18 June 2011

Warded sekali lagi

Salam.

Rini daku bersiaran dari DEMC lagi. Ini semua gara2 mr broncho jahat dtg menyerang lagi. Alhamdulillah kali ni kesan dia tak seteruk 2 kali yg lepas. Cuma batuk2 dan kedengaran wheezing sket. Kali ni masuk insyaAllah sekejap saja. Doa2 la ye. Amin. Kali ni neb 4 jam sekali. Ubat pon sikit je berbanding dulu.

Skrg kan musim batuk. Kat opis aku tu sahut menyahut org dok batuk. Kiri kanan depan belakang ada. Aku dan en somi lak alhamdulillah masih sihat. Semoga kekal sihat. Aku sebolehnya tak mahu sakit. Kesian Qistina...sapa nak jaga dia kalo aku sakit. Huhu... 

Kali ni Qistina dpt batuk hasil dari org2 sekeliling dia juga. BS dia pon batuk. Huhu... kanak2 lain yg BS dia jaga pon batuk2 gak walau tak semua. Hmm.... so conclusion nya mmg jangkitan byk dari sekeliling. Haii lah mujur juga dia tak demam. Alih2 batuk2. Kalo sebelum ni batuk + demam + selsema. Monyok je..daku pon gundah gulana. Nampaknya sambut father's day kat spital la ye.



11 May 2011

Qistina Warded kat DEMC

Salam.

Tanggal 9hb May 2011, demam Qistina tak sembuh2 gak dah lebih seminggu kitorg decide bawak pegi ke demc lak. Since da 2kali pegi UMRA dan doc situ suggest kalo 3kali intake antibiotik, tak ok gak so kene bawak pegi hospital. Mlm isnin tu pegi la kami, punya la ramai jugak org pastu doc ada 2org je. Tunggu giliran sampai lebih 2jam menunggu. Sebelom ni pernah je pegi sini tapi takde lak org seramai tu. Lak tu tiap2 patient ada la lebih 20minit sorg dlm tu. Huhu....

Dah sampai turn kami, doc ckp Qistina demam sbb kahak a.k.a broncho tula. Sbb tu mlm2 dan pagi2 dia panas sbb kahak byk terkumpul. Siang2 kahak kurang sbb tu demam takde mane. Huhu... sedey saya. Ye la ibu mane nak tgk anak sakit sampai masuk ward kan. Biarpon nampak ceria, hati tetap gundah gulana. chewwaahh...

Pagi td doc ckp maybe bole discaj esok. Harap2 begitu lah hendaknya. Dah byk kali unpaid leave ni. Huhuhu..nak berenti kewangan tak mengizinkan. Huhu...kalo mampu ibu nak je jadi housewife jaga Qistina sepenuh masa ( selain jaga bapaknya jugak ). Kat sini Qistina glamorrrr sbb nya tembam sgt. Huhuhu...sabo je la. Abes kene dukung pegi sana sini tinggal ibu dia sorg2 jaga bilik lak. Semoga Qistina cepat sembuh. Amin. :)

Oh ya... kpd kawan2 semua yg bagi tip2 tu, insyaAllah akan dituruti. Terima kasih atas keperihatinan kalian semua. Hehehehe.... bab karpet tu nnt pegi mane2 bawak la tilam bucuk Qistina. :)

Ni sedikit gambo dia. :)










09 May 2011

Asyik sakit je...

Salam.

Oh tajuk tak hengat donia. Ya bukan nak salahkan sesapa. Tapi mcm biasa ada la org2 dok berckp anak aku asek sakit je. Dah tu Allah nak kasi sakit tu.. bukannya aku mintak pon. Siap doa dijauhkan lagi ada. Sapa nak anak sakit kan?? Lagi satu org musti tanya2 breastfeed pon hampir tiap2 bulan pegi klinik. Ya.. dah Allah kasi, aku redha je. Usaha utk sembuhkan anak. Yang lain2 tu kerja Allah. Kita berusaha yg terbaik utk anak. Ingat senang ke nak jadi ibu bapa ni? Ini adalah salah satu cabaran dan dugaan.

Sejak minggu lepas lagi Qistina demam. La ni makin teruk. 2-3hari lepas mcm dah sembuh. Sekali mlm tu demam tinggi lak. Pastu esok p jumpa doctor. Dpt antibiotik. Ari ahad p cucuk amik darah. Result dia takda denggi ke hape. Normal. Alhamdulillah. So continue dgn antibiotik. Tgk ptg ni camne. Tak OK pegi spital. Hati ibu mane yg tak runsing kan. Huhu... Pastu akak nik ckp, BS dia guna alor vera utk sejukkan badan anak dia. Demam lagu tu jugak. Kejap ok kejap demam tinggi. Huhuhu.. mane nak cari alor vera ne?? Sesapa tau, bgtau ya. Den mau beli. Pastu terus tanam dan simpan. Huk.. kalian yg membaca (jika ada) tlg doakan agar Qistina sihat ye.

Ibunya?? Musti la doa tiap2 kali solat. Terima kasih. Ya Allah.. sembuhkanlah Nik Nawwar Qistina. Kembalikan dia kpd kesihatan yg baik2. Amin.



Dok tunggu turn ari sabtu
Bosan la ibu..
Buli ibu!!!
Saya suka... (Tunggu turn kene cucuk amik darah + neb)
Puas ati main2 dgn ibu
Lepas kene cucuk, main2 dgn ayah lak
Saya suka lompat2. Gambo pon tak clear
Hehehe...
Cak!!





07 May 2011

Qistina 7 bulan + demam

Salam. rini nak hapdate gambo2 Qistina. Oh ya.. dia juga start demam sejak ptg smlm. Tepat2 dia masuk 7 bulan tu la dia demam. Hhuhuhu....sat lagi nak pegi klinik. Ni dok tunggu ayah Qistina bersiap2.Sejak ptg smlm dok merengek je. Tdo pon tak lena. Oh mcm biasa kalo dia tak sihat, dia akan menyusu tanpa henti. Huhuhu..

Rini dah masuk 4 hari dia demam. On and off. Huhu...ingatkan dah sembuh. Smlm tiba2 naik balik suhu dia. Risau la... :(

Enjoy gambo2 bam bam...





Dah demam pon.. cepat sembuh ya sayang.



04 April 2011

Qistina demam lagik.

Salam.

Ye, Qistina start demam kul 7mlm hari jumaat 1/4/2011. Huhu.. rupanya demam sbb gusi dia pecah utk gigi dia keluar. Wahhhhh.... siap dpt rasa tajam2 sket. Seram lak pk bab menyusu tu. Tapi Alhamdulillah, ibu berjaga semalaman tos kepala sume tu. Ptg 2/4/2011, Qistina da sembuh. Syukur sangat2 kpd Allah. Sgt risau jika batuk kembali menyerang. Mlm kejadian tu, check suhu badan da 38.++ huhu.. sgt risau terus kene bogel. Lap2 badan dan tos kepala dgn air asam jawa. Kita ikut jugakan petua org2 zaman dulu.

Alhamdulillah da sembuh. :) Hati sgt gembira. Hehe... Oh ye, blom start lagi solid food utk Qistina. Sebabkan dia demam, rancangan pon tergendala. Paed dia mintak sembuh dulu baru kasi mkn. Takpe next week aje la ye Qistina. Minggu ni tak jadi la plak. Hehe.. kesian dia. Asal tgk org mkn je, terketap2 bibir dia mau jugak. Siap berebut la kalo nak mkn. Sibuk nak korek makanan dari mulut org. Hehe... ;)


09 March 2011

Qistina dan KPJ Shah Alam


Salam. Kembali bersiaran selepas beberapa hari menyepi.

Oh saya menyepi selepas pegi follow up check up Qistina kat KPJ. Seperti da dijangka Qistina kene warded sbb ubat yg diberi isnin 28/2 tu tak de kesan pon. Jumaat 4/3 pegi jumpa doc lagi. Then petang tu kene warded. Doc ckp kahak Qistina sgttttttttt pekat. Sedut pon keluar sikittt je. Warna hijau2 lagik. Uihhh... tak sanggup tgk Qistina meraung2 menangis. Huhuhu...

Otw ke KPJ



Neb





Nak kene sedut kahak



Hari ini baru discaj 8/3 kul 4ptg. Mula2 masuk tu Qistina kene neb setiap 2 jam sekali. Mlm2 tdo tak lena la. Qistina siap fobia da dgr bunyi gas neb tu. Baru pegang mask tu da nangis cam kene pukul. Tiap2 pagi kene pegi sedut kahak dia. Dan ada dia poo poo kuar lendir kahak shj. Alhamdulillah rawatan tu menjadi utk Qistina. Sepanjang 3 minggu Qistina sakit ni mmg dia tak mo dgn sape2 pon even ayahnya sendiri. Mmg penat nak layan tapi da nama anak lagi. Apa saje utk mu sayang..


First day warded. Mode :: monyok


Selepas sehari warded, Qistina da bole senyum2. Maknanya dia da makin sihat. Hehe.. gumbira hati ini. Even mlm2 pon kene bgn tiap2 2 jam utk neb, tak pe asal sihat. Pas neb terus tdo balik dan menyusu dgn jayanya. Tgk bb lain kat ward time sakit2 mmg tak de selera nak menyusu tapiii lain dgn debok kecik ini. Makin kuat lak dia menyusu. Hehe.. tak pe tak pe dan paling shocking time sakit2 ni jugak gigi dia tumbuh!! Haha.. ada nampak putih2 sket kat gusi dia. 


Mama long dtg melawat


Habit skrg ni dok geget jari2 je. Huhu... ubat lak mmg sgt susah nak diberi. Last2 sekali masukkan ubat dlm susu. Pam utk kasi ubat. Selebihnya simpan wat stok. Ooohhh... da dok kat hospital ni, waktu mengepam hanya beberapa kali je sehari. Qistina byk menyusu. Cuma hari2 last je dia kurang menyusu. Nak main je kijenya. Happy sgt bila lihat anak da sihat. Tapi masalah lak part stok yg da pam. Bole lak nurse2 kat situ p letak kat tmpt freezer. Mula2 kasi tu diorg letak kat chiller. Bila nak balik ni tgk2 ehhh beku. Yg pagi td pam pon beku. Aiyoo... huhu.. dah le ingat nak kasi kat BS esoknya. hmmm...cian Qistina kene minum stok beku punya.

Skrg ni Qistina dok tdo dgn lena. Jap lagi pam le.. tapi kan wheezing dia ada lagi la. Huhu... harap2 ubat yg continue ni bole betul2 hilangkan kahak degil tu. Amin. Meh layan gambar2 dia dan ayahnya dok lepak2 kat ward + dgn hobi terbaru Qistina.


Qistina da gumbiraaa


Hehe... saya sukaa


Ibu.. gigi da tumbuh!!







Gatal gusi. sedapnya geget tgn.



Dua2 belah la lagi best..