CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

14 September 2012

Oh Kerja....

Salam.

Short entry saja. Kepenatan melanda akibat disuruh OT. Itu pon awal-awal aku tolak OT time coti Isnin nanti. Tak larat den hokey... kije macam hape ntah tapi teeettttttt.... Tak suka kije macam ni.

Environment politics opis yg sgt tak best. Nasib opismate best. Bole lagi bertahan.

06 September 2012

UmiYumi Give Away

Salam.

Ini kali ke-3 nak join Give Away dari umiyumi giveaway. Hehee..... Hadiah giveaway ni tefal tuuu menarik ahhhhh.....



Meh la join ramai-ramai. Pemenang dipilih secara rawak. Doa-doa la agar ai dapat.. mode verangan nak ber'wok' dgn tefal biarpon masak jarang-jarang. ;)

Ini syarat-syarat penyertaan GA dan jangan lupa tinggalkan komen dientry giveaway umi tu yer.

1) Penyertaaan dibuka kepada semua pembaca. 


2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Bagi pembaca yang tidak mempunyai blog anda masih perlu meninggalkan email address di ruangan komen.

3) Bagi pembaca yang ada blog, sila buat post/entry di blog anda tentang GA ini dan sertakan link ke Give Away ini.Link ke GA ini adalah : 
http://umiyumi2.blogspot.com.au/2012/09/8th-giveaway-ga.html

4) Untuk memberi peluang sebaik2nya kepada pembaca yang mempunyai blog dan yang tidak mempunyai blog, pembaca dengan blog dan yang membuat post & link akan mendapat 2 entries utk undian. Pembaca tanpa blog akan mendapat 1  entry.

4) Tarikh tamat GA ialah : tepat jam 12 tgh malam pada 25 September 2012. Pemenang akan diumumkan pada
 26 September 2012. 

5) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.







04 September 2012

Qistina 23 Bulan

Salam.


Alhamdulillah Qistina dah masuk 23bulan dan lagi sebulan nak masuk 2 tahun. Masih lagi menyusu susu ibu sepenuhnya. Harap-harap dapatlah PHD nnt dlm breastfeeding. Walaupun pengeluaran dah pon semakin hari semakin menyusut, namun sessi pengepaman masih berjalan (kadang-kadang ada gak skip waktu pam). Bila Qistina dah masuk 2 tahun, hasrat ibu nak menguruskan badan. Weeee hehehehe..... mau exercise pagi-pagi. Biasanya Qistina masih lagi melekap dari malam sampai ke pagi.

Untuk birthday Qistina nanti insyaAllah ada planning utk buat majlis kecil-kecilan. Makan-makan kat umah burung ai aje. Ai ober excited nak buat segala mende sendiri utk majlis nanti walaupun hanya dirai oleh kami bertiga + family or kawan-kawan yg nak dtg. Hehe.... tak sabar ibu tau. :p

Qistina sekarang amat la becok walaupun dgn bahasa jerman dia. Kadang-kadang tu paham gak tapi mostly masih lagi dalam bahasa jerman. Dah pandai mengira walaupun sebutan tak jelas. Suka berlari-lari dan explore tempat baru setelah sejam meninjau keadaan selamat ke tak. Dah banyak imaginasi. Terbaru dia ada baby kecil a.k.a ulat bunyi-bunyi yg panjang tu. Dibawa sampai ke dalam kereta dan diletakkan dalam car seat. Pastu nak tido mesti tidokan "baby" dia dulu. Hahaha.... layan aje la. Tapi part paling lawak suruh ibu yg susukan. Adeiiiiiii...... Hehehe... paling best dah tau kalo tgk cerita part romantik tu mesti dia teruja malu-malu kuchengggg... Gegirl sungguh anak ibu walaupun bergurau kasar :p

Dari segi fizikal lak, dah start DIET okeh. Sangat tembam, makan tanpa henti buat ibu risau. Anak dara mane bole besar-besar sangat. Huhuhu.... dah le sgt tinggi. Rasanya berat dah lebih 15kg kot. Malam-malam terjaga wajib nak makan. Makanan tu wajib la kene sorok. Semalam si ayah lak bole tinggalkan biskut atas meja. Haaaaa...bila terjaga malam kul 2-3 pagi tu, makan dulu biskut berkeping-keping. Dah kembung perut baru sambung tido. Hohohohoho.... ini tabiat wajib dihalang sepenuhnya dari terus berkembang ke makanan lagi berat. Bab pergaulan lak... haaaa ini agak susah sket sebab Qistina agak picky dalam memilih untuk berkawan. Lagi-lagi dgn yg baru jumpa. Ambil masa juga utk dia panaskan enjin tu. Tapi kalo dah start wajib lupa ibu tau. Huhu.... tapiiiii Qistina pantang jumpa baby mesti dia nak cium tanpa henti dan peluk ketat-ketat. Lemas anak org Qistina oooiiii... seremssss ibu tgk Qistina hugs. 

Dengan binatang lak, Qistina sgt penakut dgn binatang atau pergerakan yg secara tiba-tiba. Dia boleh terkejut macam nampak hantu dan meraung sekuatnya. Ermmmmmm.... part ni tak tau dia dapat dari mane (maybe ayahnya) hehe.... 

Apa-apa pon perkembangan Qistina, ibu sangat gembira. Take your time to learn and explore things :) happy learning my dear daughter.




Selamat Hari Raya

Salam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Hehe.... walaupun dah lepas kemuncak beraya, tapi still nak ucapkan. Kita masih dibulan syawal lagi. Mood raya still ON.

Tiap2 minggu lepas raya wajib ada jemputan ke rumah terbuka. Hehe mmg kenyang yang amatssss. Diet pon hancusssss dah ler time balik raya semua pakat tegur makin chubby. Huhu.... eh eh patut posa makin kurus kan??? Asal terbalik lak. Huhu... tak pa selagi Syawal masih ada ku makan takat yg mampu dan berpada. Hujung minggu ni penuh dah jemputan. 

Gambar family tersayang di hari raya pertama



02 September 2012

Rainbow cake

Salam. Ini entry sebelum ramadhan tahun ini lagi dah diperam. Huhuhu.... korek-korek nak clear semua yg diperam.

Ini percubaan pertama buat rainbow cake selepas attend kelas kak zu tu. Alhamdulillah menjadi kek ni. Sedap... ehehe... eh terpuji lak. Tapi bagi den manissss sket rasa dia so lepas ni insyaAllah akan dikurangkan tahap kemanisan tu.


Togel sebelum melepa

Filling cream cheese utk setiap lapisan

Hiasan comotssss...

Rupa dari atas

Siap dipotong

Inside view

Yummehhh...

Jemput makan...............


Salam Merdeka ke - 55

Salam.

Selamat Hari Merdeka ke-55!!! Sudah 55 tahun kita merdeka. Alhamdulillah, Malaysia masih aman damai walaupun banyak cubaan untuk meruntuhkan semangat perpaduan kaum di sini. Terkenang juga jasa-jasa perajuit yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia. 

Bendera Malaysia (sumber google)

Sewaktu mula merdeka :)