CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 March 2015

Kepulangan Ibunda dari Umrah

As-salam.

Alhamdulillah Ibunda tersayang selamat pulang ke tahah air pada 7hb March 2015 jam 5 petang. Gembira melihat dia selamat menjalankan ibadah di Mekah. Nampak mami keletihan akibat waktu perjalanan yg panjang. Mlm tu pula mami terus pulang ke Kelantan. Selama ni tak pernah bawa beg lebih dari 30kg. Mula-mula beli tiket balik ke kb, dah cari option extra luggage dlm mas booking flight tapi nan hado. Huhu... Bila check in tanya kaunter of course jawapannya "saya tak tahu" dan diorg caj rm55 utk per blok dan maksimum kg per blok adalah 5kg je! Sangat cekik darah hokey dah la takde option bila beli tiket online. Rasa keciwa dgn MAS. 


Sekarang, mami tidak sihat akibat perubahan cuaca. Huhu...demam, batuk dan selsema. Alhamdulillah ketika beribadah disana, mami dikurniakan kemampuan dan kesihatan yg baik. Doakan ibundaku ni cepat sembuh ya. Amin. Sekarangkan cuti sekolah dah bermula, kami tiada coti utk pulang ke kampung. Cuti byk abes awal-awal lagi bila ujian kesihatan anak-anak dua bulan berturut. Alhamdulillah anak-anak nampak makin sihat dan I juga makin sihat. Ada hikmahnya dan sakit itu salah satu penghapus dosa-dosa kecil. Nah velanja gambar anak-anak daro harta dunia akhirat. Moga membesar menjadi hamba Allah SWT yg solehah, anak-anak yg baik dan berjaya di dunia & akhirat. 

Amin. 








27 February 2015

Selamat menjalankan ibadah umrah

As-Salam.

21hb Februari 2015, ibu ku selamat berangkat utk menjalankan ibadah umrah. Terlebih dahulu beliau akan melawat negara Turki sebelum ke Madinah. Moga ibu ku dpt menjalankan ibadah umrah dgn lancar dan dipelihara dari segala kesulitan dan kejadian tak diingini.  Amin.

Love you mother. xoxo 😘😘😘😍😍😍









14 February 2015

Sakit itu penghapus dosa

As-Salam.

Setelah berbulan tak update blog bukan apa start tahun baru 2015, kami anak-beranak silih berganti diuji dengan kesihatan yg tak menentu. Kejap demam kejap batu kejap selsema. Berulang sampai la ke hari ini. Anak-anak dah dua kali warded dlm masa sebulan. Allahuakbar moga kami sekeluarga dpt menghadapi ujian ini. Anak baru je discaj dari hospital 2 hari lepas. Pada masa yg sama aku juga sakit demam, batuk dan selsema dah sebulan tak sihat2 lagi. Latest ketua keluarga pon turut sama tak sihat.

Natural remedies, modern medicine dan segala tips dah dibuat namun Allah S.W.T belum mengizinkan kesihatan kami sekeluarga betul-betul sihat. Mohon rakan-rakan mendoakan kami sekeluarga diberi kesihatan yg baik dan disembuhkan dari segala penyakit. Amin. Moga dgn sakit dan ujian ini dosa-dosa kami terampun. 

Waktu cuti panjang kebanyakannya duduk di hospital. 😅😅😅 insya Allah akan ada rezeki utk cuti-cuti dan berehat.








05 November 2014

November 2014

Salam.

Menulis lagi walaupun sekian lama mencari masa untuk buka blog pon payah. Tahun ini memang tahun dugaan kesihatan. Tak anak sakit, daku lak yg sakit. Dah abes giliran anak-anak dan ibu, ayah pula yg sakit. Alhamdulillah sakit itu penghapus dosa-dosa kecik. Moga-moga dosa-dosa makin kurang ;) 

Dah masuk akhir tahun, kerja alhamdulillah ok. Anak-anak alhamdulillah perkembangan bagus walaupun ada yg tak sihat. Pembelajaran juga alhamdulillah ok. Secara purata sangat bersyukur dgn apa yang ada. Mengenai business lak masih lagi berjalan. Boleh lah jenguk-jenguk ke FB atau pun IG, search "nawwarBizz". InsyaAllah sentiasa update walaupun bukan setiap hari. Mak bizi nak.. nak buat promosi pon tak sempat. Iklan apetah lagi. Huhuhu....

Sekarang ni daku tengah dalam pertimbangan untuk melanjutkan pelajaran. Kalau ada rezeki insyaAllah terasa macam nak juga melanjutkan pelajaran. Cumanya jika dah confirm nak lanjutkan pengajian memang kene berenti kerja la. Huhu.... kene tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. InsyaAllah akan cuba apply biasiswa. Doa-doa la agar daku sekeluarga dimurahkan rezeki. Amin.. :)

Nanti next entri insyaAllah nak buat entri utk majlis birthday anak-anak masa raya haji ke-2.

Princess Qistina


15 July 2014

Ramadhan 2014 dan berpuasa di hospital

Salam Ramadhan.

Hari ini hari ke - 16 berpuasa. Alhamdulillah kita bertemu lagi ramadhan moga-moga ada rezeki utk bertemu ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah..amin. 

Last entri daku ada mention nak kene cari kije kan. Alhamdulillah 15 April 2014 start kerja di tempat baru. Skrg masih dlm probation tapiiiii hahaha ada tapi tu lagi. Dalam 3 bulan ni dah bape hari dah cuti. Anak-anak asik tak sihat. Tak berjangkit kat tadika Qistina, jangkit kat umah babysitter. Berputar gitu la. Lepas last entri tu dah 2 kali warded termasuk kali ni. Total warded utk tahun ni je dah 3 kali. Bulan 1, bulan 5 (lepas start kije!) dan hari Ahad lepas (bulan 7). 

Allahuakhbar hati ibu mane la tak sayu tgk anak-anak sakit je. Dalam hati ni mmg takde rasa nak kerja dah. Moga-moga dilembutkan hati emak lihat la cucu perlukan perhatian si ibu. Terasa I'm a very bad mom! Couldn't take care own child and end up they always get sick. Sobbsss sobb... 

Belajar ilmu tinggi-tinggi pon bukan la wajib bekerja pon. Boleh apply ilmu-ilmu dipelajari itu kepada anak-anak. Sungguh kesian kat anak-anak. Hospital mcm rumah ke-2. Drugs dah byk masuk dlm badan. Hmmmm.... guna natural remedy mmg tak jalan bila dah start sakit. Kalau sebelum sakit tu Alhamdulillah ada la juga menjadi. Contoh daku beri black seed honey utk Qistina. Memang jarang jatuh sakit. Tapi itu la masalah pulak dgn en. suami. Dah tgk depan mata anak OK dgn madu tu boleh pula nak tukar ke madu lain. Madu asli dari kampung lah bagai. Nak tunggu amik madu kampung tu satu hal la pula. Bukannya tiap2 minggu balik kampung. Berbulan baru balik. Dah takde stok madu mula la Qistina start sakit. Ya Allah.. berikanlah kesabaran. Lain daku minta lain pula dibelinya. (Urut dada minta kesabaran tinggi).

Kali ini si adik pula yg start sakit dulu. Mula-mula tu daku dan en suami dah bergilir sejak minggu lepas duk amik cuti dan jaga si kecik ni. Hari Khamis pegi check, alhamdulillah kahak takde dlm paru-paru. Dia pon nampak makin ok takde selsema sgt dan batuk. Jumaat hantar la si kecik ke umah bs dan kami bekerja. Amik je haaaaaa makin teruk. Esoknya makin tak sihat dan dah dgr wheezing terus! Ohhh.. Ahad pagi terus ke hospital dan sah kene warded utk neb tiap 4jam. Daku dah bergenang air mata. Tahan sgt tak mo jatuh air mata niiiii. Kakak Qistina lak dah ada kahak dalam paru-paru tapi masih sikit dan bole continue ubat je tak perlu warded. Tapi dah nama si adik kene tahan kan, mmg semua berkampung kat hospital la. Dan dan terus pegi beli black seed honey tu sementara menunggu kemasukan ke ward. Start hari ni kakak pula dah demam panas. Walaupun nampak aktif, panas tau suhu dia. 39C! Ubat demam takde. Lap-lap je la badan kakak. Kebetulan lak demam dah petang doktor dah balik umah. Nak ke emergency nak kene register bagai. Adoilaaaaaaa daku dgn si adik kecik meragam dan cirit je nak kene register menunggu utk amik ubat semata je. Memang tak dapat nak buat la. Tunggu en. suami balik kije bawakan ubat aje la. Alhamdulillah mlm ni nampaknya demam dah surut. Moga kakak dan adik cepat sembuh ya. Amin..amin..ya Rabb.

 Kalo jumpa daku dan nampak cam tulang temulang berjalan tu tok sah tanya kenapa ye. Dalam bulan Ramadhan ni makin tak berselera la mikirkan kesihatan anak-anak. Doakan anak-anak daku diberikan kesembuhan dan kesihatan yg baik. Serta doakan agar emak daku dilembutkan hati utk daku berenti kije and give full attention to my own daughters. Ya Allah perkenankanlah doa-doa ku. Amin.