CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

30 May 2011

Majlis Perkahwinan Sepupu

Salam.

30-May-2011 baru kitorang sampai ke rumah setelah balik kampung sempena majlis kawen sepupu aiii. Kul 2 pagi you. Huhuhu.. fenattttttt mujur Qistina tak byk ragam. Dok je dlm carseat dia. Hehe... suka dia dgn carseat tu. Tak sia sia ibu pujuk ayah suh beli. :p eh melalut lak.

Ok. Sepupu aku kawen 28-May-2011. Alhamdulillah setelah diorg ni berchenta bagai nak rak sbb dah bertahun kan. ekeke... selamat membina masjid yg Allah suka. Dah halal pon dah bole kasi cucu kat mak sedara ai. Haha... sekali lafaz je. Wallahhh...mmg dah praktis lama tu..majlis tu bole dikira grand jugak la sebab sepupu ai anak sulong mak sedara. Lama tu prepare utk majlis ni. Renovate umah bagai. Fenattt tapi meriah. Aiii lak fenat memujuk Qistina. Huhu..dia la paling org geram. Ye la bam bam ai tu wajib la org nak cubit la nak dukung la. Memula ok lagi bila org dah start cubit2 ni meragam la dia. Huhu... kalo kita kene cubit pon sakit kan. Ni lagi la si kecit ibu ni. Sedih ibu..byk part majlis ni ibu terpaksa missed sbb nak sorok Qistina punya pasal.

Tema majlis warna kuning so mata mmg berkunang la. Hahaha....tapi kitorg semua gumbira. Sedara mara berkumpul meraikan mempelai. Ececece... esok majlis sambut menantu belah lelaki. Daku dan en somi mmg tak dpt nak pergi. Minta mahap byk2. Kami tiada coti. En somi la takda coti langsung. Daku lak coti AL tu dah tinggal seminggu je. Cukup2 utk raya je. Lebih2 tak bole ye. Huhu...coti daku abes utk jaga Qistina warded. Apa pon selamat pengantin baru ye sepupu ku Dihan. Hehe... semoga kamu berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin. :)

Gambo tak leh upload lak sbb kamera abes bateri. Nnt la ai hapdate dgn gambo ye. Ai buat baju khas bole menyusu tapi kan tak bole nak apply kat kurung moden la sebab kalo berpeluh jadi sendat kene la buat betul2 zip kat bahagian B tu. Kalo tak buat kat tepi je, kurung biasa ok la bosar bole pusing2. Huhu....

Hmm...hadiah apa yg patut aku kasi ek? Haha... bukan main buat baju bagai tapi hadiah tarak kasi lagi. Ekeke... :p

Update ( 2/06/2011 ) gambo2






Selamat pengantin baru!!!

26 May 2011

Bulan yg sangat the BUSY zzzzzzz....

Salam.

Ya seperti tajuk diatas. Cheeewahhh.... daku fully book sampai la bulan depan. Kije kije kije wokeh. Minggu ni pon dah start asek balik lewat. Cian kat bam bammm tu. Tak tau la mane2 pegi swasta kije mesti nak kene tip top kan. Pastu mesti nak kene perform kan. Huhu....

Bila la anganku nak goyang2 dgn Qistina kat umah ni tercapai?? Business online ke hape ke sebenarnya daku ni failed nak buat. Bukan apa... kalo yg nak kasi komitmen sama tinggi dgn kije mkn gaji. Bagi aku la..baik aku kije mkn gaji dulu. Kumpul2 duit pastu buat pelaburan yg akan membolehkan aku goyang2 saja pon da masuk duit. Cettt bukan goyang inul la ini goyang dok melepak kat umah.

Kalo blog tak terhapdate tu harap maklum le. Minta maaf byk2 (mcm la ada pembaca tak gitu? ) :P wokeh...sekian coretan di pagi hari. Semoga Allah melapangkan pintu rezeki kami sekeluarga. Amin.


22 May 2011

Kuantan

Salam.

Petang sabtu aku dpt berita mak sedara belah en somi telah masuk ward. Sakit agak teruk la. Dulu sampai la ni ada tibi. So kami + sepupu sepapat en somi pakat konvoi nak pegi melawat la. Masuk hospital kat kuantan. Mak sedara ni dok kat Kratong. Lepas magrib aku + en somi + Qistina bok bok pegi la ke umah sepupu en somi ni. Kul 9 lebih baru bertolak ke sana. Kami duduk kat umah kakak ipar sepupu en somi ni.

Sampai sana dlm kul 12 lebih. 3jam perjalanan. Alhamdulillah selamat sampai destinasi dan Qistina tido sepanjang perjalanan. Best lak ibunya pon sama dibuai mimpi. Hehe... Sesampai je terus la aku dan en somi tdo. Memandangkan mata pon berat je apa lagi sambung tdo le. Mak sedara en somi ni merancang nak buat kenduri akikah utk cucu2nya. Tumbang 1 ekor lembu dgr2 cite le. Ada 3 org cucu semuanya. Sekarang tak tau la perancangan dia apa sebab dah warded ni.

Ari ahad pagi tu bgn mandi2 bagai makan ( melantak tak hengat ) pastu en somi dan sepupunya pegi  la ke hospital. Aku?? aku tak mo pegi sebab tak nak bawak Qistina ke tmpt yg byk virus. Huhu...ye aku masih fobia. Biarlah org nak ckp apa. Yg tanggung aku dan en somi. Lagi pon wife sepupu en somi pon tak pegi gak. Ngeee... kami2 ni melepak le apa lagi. Qistina mcm biasa la. Nak tdo wajib la nak aku tdo sama. Asal aku bgn je dia bgn. Huhuhu.... Call2 en somi apa kisah dia ckp nnt la cite dah balik umah.

So baru ni sampai dari kuantan ni. Aku dok mkn sambil Bfing Qistina sambil berblog. Multipepes katakan. hehe.... Ok ceritanya mak sedara en somi ni disaspek kuman tibi sudah naik ke otak, so para doktor nak amik air tulang belakang. Biasa la bila org dgr nak amik air tulang ni mcm cerita xelok kita diberitahu. Benar ke tak, wallahualam. En somi cita keadaan mak sedaranya agak teruk la. Byk mende yg dia dah lupa dan makin kurus. Walhal mak sedara en somi mmg sgt kurus sebelum ni. Paru2 dia sebelah dah tak boleh berfungsi. Huhuhu...sadis kita mendengarnya. Mari la kita pakat2 doa agar mak sedara en somi ni sembuh. Amin.

Terima kasih gak kpd akak ipar sepupu en somi yg sudi kasi kami menumpang rumah dia dan buat cam umah sendiri. Huhu....sungguh baik ati dan peramah. Hehe...oh ya dia juga ada anak sebaya Qistina dan bulan pon sama. Cuma Qistina tua 6 hari ja. :)


19 May 2011

Test publish

Testing mv ada kapal sesat tersadai

15 May 2011

Ilmu : Cara2 Mengendalikan Susu Ibu di Pejabat

Salam.

Ini ilmu yg aku kutip sket2 dari rakan2 dan blog2 ibu2 menyusu. Ini adalah apa yg aku praktik sampai skrg. Harap dapat membantu ibu2 yg diluar sana dlm menjayakan penyusuan susu ibu. :)

Ok. Apa yg diperlukan utk ibu2 yg bekerja adalah botol storage, pam, cooler bag dan ice pack. Tiap2 pagi aku akan prepare semua tu utk bawa ke opis. Berapa byk storage botol tu bergantung kpd pengeluaran dan berapa byk sesi mengepam. Aku pam opis hour 3 kali. Lepas opis hour time dlm kete nak balik tu sekali. So sekurang2nya 4kali sewaktu Qistina tak bersama aku. Ini tak termasuk awal pagi sebelum pegi opis ye. Oh kita tak melalut ke sesi mengepam lak. Itu nnt cerita next entri lah.

D.I.O.F.F.I.C.E
Semua botol2 storage tu aku letak dlm cooler bag ( of cos la ice pack pon sekali ). Corong pam aku letak dlm tipuware dan setiap kali lepas guna aku bilas camtu ja. Sebab susu ibu kan ada antibakteria dia. So tak yah risau bab2 bakteria ni semua. Bilas saja sudah cukup. Lepas tu letak dlm balik dlm tipuware. Kalo kat opis ada peti sejuk, silalah manfaat sepenuhnya. 

Letak susu dlm tipuware juga ( supaya tak menyerap segala jenis bau yg ada ) dan letak dekat bawah bahagian chiller bukan freezer ye. Begitu juga corong2 pam tu aku letak juga kat chiller. Kenapa letak susu kat chiller, supaya kita bawak balik nnt senang nak divide letak dlm storage siap2 dan tak cair time balik ke rumah nnt. Itu risiko kalo letak dlm freezer, dikuatiri  cair dlm masa kita balik ke rumah. Ice pack lak letak kat freezer. So balik tu suhu ice pack takde la cair. 

Kalo jenis kat opis takdak peti sejuk pon tak pe. Letak je susu tu dlm cooler bag dan ice pack yg tahan selama 12jam. ( aku guna fridge to go brand. tahan 16jam and aku tak letak pon dlm peti sejuk tapi mmg bertahan sejuknya ). Kalo ibu2 diluar tak mampu miliki yg jenis mahal2 dan opis takdak peti sejuk yg saya suggest amik ice pack 3pack Mom's Little One dan dia punya cooler bag. Yg mahal2 tu biasanya bag pack dia ja. Aku guna back pack yg dpt free time universiti dulu tu. Sebenarnya bag laptop guna buat letak pam, cooler bag dan corong2 tu. Lagi best kalo yg pandai guna marmet utk pam susu. :) senang jimat ya amat.

FridgeToGo - ehsan pak google

Mom's Little One Icepack - ehsan pak google

Medela Freestyle - ehsan pak google




D.I.R.U.M.A.H
Aku ni jenis storage botol utk pam adalah hanya digunakan utk pam sahaja. Utk buat stok itu guna storage botol yg lain atau liner. Dan juga feeding botol adalah lain. Ini kes nak memudahkan BS juga. Aku guna avent utk feeding botol. Utk storage campur2 mana2 yg ada. Utk pam sbb aku guna pam medela so utk pam aku guna botol medela shj. Tak dak la haru biru sgt kan. Hehe... 

Balik umah terus la letak susu tu dlm chiller dan lepas basuh botol utk feeding, aku letak siap2 ke dlm tu dan sukatannya sekali. Qistina minum 3oz perfeeding. Setiap botol aku letak 3oz dan juga tarikh serta waktu. Ada yg letak tarikh sahaja. Sebab Qistina ni minum tak menentu tapi paling kurang pon 7botol. So yg lebih tu bole la buat stok kan. Sebab tu aku perlukan waktu. Ini kerana aku perlu campurkan utk dptkan sukatan tertentu. Biasa utk botol aku letak 3oz siap2. Kalo liner aku letak 6oz. Supaya tak membazir bila dah thaw.

Ini la teknik marmet yg bagus tu. Ehsan pak google jugak.



14 May 2011

Qistina da kuar ward.

Salam.

Semalam jam 4 lebih2 atau waktu asar gitu, Nik Nawwar Qistina da keluar dari ward. Syukur alhamdulillah :)

Nak kata dia sembuh 100% tu tak jugak. Batuk ada lagi jarang2. Demam takde dah. Apa lagi ek. Dia mmg ceria sokmo. hehe... lani nak kene continue ubat ubatan aje la. Bykkkkk betul ubat dia. Kesian la... pastu ada yg kene continue sampai 2 minggu. Huhuhu....nak buat camno ikut aje la hmmm....

Dpt tau bole keluar tu pagi lagi. Tunggu process utk billing tu semua sampai ke ptg. Siap tdo bgn balik tdo balik baru la bole keluar. Huhuhu... oh ya, Qistina mmg aku amik medical card lepas umo dia sebulan. Niat dihati amik pon utk langkah berjaga2. Tak sangka akan guna jugak. Mmg sgt membantu disaat sebegini. Iya la masuk private kan duduk lak berhari2 kompom rege dia ribu riban. Bukan nak kata hospital gomen tak bagus. Biasa la kita mau selesa. Itu saja. Aku sendiri pon ada medical card. Alhamdulillah tak guna lagi takat ni dah 2tahun amik.

Kepada yg mendoakan kesihatan Qistina, terima kasih byk2. Hanya Allah membalasnya. Nampaknya pasni nak balik kampung mmg kene strict kan hanya org2 yg sihat saja bole pegang Qistina. Yg sakit2, pegi la berehat. Huhuhu....bukan nak diskriminasi hanya nak menjaga kebajikan Qistina. Semoga Allah memberi kesihatan yg baik utk Qistina anak ku. Amin. :)

Enjoy gambar2 dari ward sampai kerumah....




11 May 2011

Qistina Warded kat DEMC

Salam.

Tanggal 9hb May 2011, demam Qistina tak sembuh2 gak dah lebih seminggu kitorg decide bawak pegi ke demc lak. Since da 2kali pegi UMRA dan doc situ suggest kalo 3kali intake antibiotik, tak ok gak so kene bawak pegi hospital. Mlm isnin tu pegi la kami, punya la ramai jugak org pastu doc ada 2org je. Tunggu giliran sampai lebih 2jam menunggu. Sebelom ni pernah je pegi sini tapi takde lak org seramai tu. Lak tu tiap2 patient ada la lebih 20minit sorg dlm tu. Huhu....

Dah sampai turn kami, doc ckp Qistina demam sbb kahak a.k.a broncho tula. Sbb tu mlm2 dan pagi2 dia panas sbb kahak byk terkumpul. Siang2 kahak kurang sbb tu demam takde mane. Huhu... sedey saya. Ye la ibu mane nak tgk anak sakit sampai masuk ward kan. Biarpon nampak ceria, hati tetap gundah gulana. chewwaahh...

Pagi td doc ckp maybe bole discaj esok. Harap2 begitu lah hendaknya. Dah byk kali unpaid leave ni. Huhuhu..nak berenti kewangan tak mengizinkan. Huhu...kalo mampu ibu nak je jadi housewife jaga Qistina sepenuh masa ( selain jaga bapaknya jugak ). Kat sini Qistina glamorrrr sbb nya tembam sgt. Huhuhu...sabo je la. Abes kene dukung pegi sana sini tinggal ibu dia sorg2 jaga bilik lak. Semoga Qistina cepat sembuh. Amin. :)

Oh ya... kpd kawan2 semua yg bagi tip2 tu, insyaAllah akan dituruti. Terima kasih atas keperihatinan kalian semua. Hehehehe.... bab karpet tu nnt pegi mane2 bawak la tilam bucuk Qistina. :)

Ni sedikit gambo dia. :)










09 May 2011

Asyik sakit je...

Salam.

Oh tajuk tak hengat donia. Ya bukan nak salahkan sesapa. Tapi mcm biasa ada la org2 dok berckp anak aku asek sakit je. Dah tu Allah nak kasi sakit tu.. bukannya aku mintak pon. Siap doa dijauhkan lagi ada. Sapa nak anak sakit kan?? Lagi satu org musti tanya2 breastfeed pon hampir tiap2 bulan pegi klinik. Ya.. dah Allah kasi, aku redha je. Usaha utk sembuhkan anak. Yang lain2 tu kerja Allah. Kita berusaha yg terbaik utk anak. Ingat senang ke nak jadi ibu bapa ni? Ini adalah salah satu cabaran dan dugaan.

Sejak minggu lepas lagi Qistina demam. La ni makin teruk. 2-3hari lepas mcm dah sembuh. Sekali mlm tu demam tinggi lak. Pastu esok p jumpa doctor. Dpt antibiotik. Ari ahad p cucuk amik darah. Result dia takda denggi ke hape. Normal. Alhamdulillah. So continue dgn antibiotik. Tgk ptg ni camne. Tak OK pegi spital. Hati ibu mane yg tak runsing kan. Huhu... Pastu akak nik ckp, BS dia guna alor vera utk sejukkan badan anak dia. Demam lagu tu jugak. Kejap ok kejap demam tinggi. Huhuhu.. mane nak cari alor vera ne?? Sesapa tau, bgtau ya. Den mau beli. Pastu terus tanam dan simpan. Huk.. kalian yg membaca (jika ada) tlg doakan agar Qistina sihat ye.

Ibunya?? Musti la doa tiap2 kali solat. Terima kasih. Ya Allah.. sembuhkanlah Nik Nawwar Qistina. Kembalikan dia kpd kesihatan yg baik2. Amin.



Dok tunggu turn ari sabtu
Bosan la ibu..
Buli ibu!!!
Saya suka... (Tunggu turn kene cucuk amik darah + neb)
Puas ati main2 dgn ibu
Lepas kene cucuk, main2 dgn ayah lak
Saya suka lompat2. Gambo pon tak clear
Hehehe...
Cak!!





07 May 2011

Qistina 7 bulan + demam

Salam. rini nak hapdate gambo2 Qistina. Oh ya.. dia juga start demam sejak ptg smlm. Tepat2 dia masuk 7 bulan tu la dia demam. Hhuhuhu....sat lagi nak pegi klinik. Ni dok tunggu ayah Qistina bersiap2.Sejak ptg smlm dok merengek je. Tdo pon tak lena. Oh mcm biasa kalo dia tak sihat, dia akan menyusu tanpa henti. Huhuhu..

Rini dah masuk 4 hari dia demam. On and off. Huhu...ingatkan dah sembuh. Smlm tiba2 naik balik suhu dia. Risau la... :(

Enjoy gambo2 bam bam...





Dah demam pon.. cepat sembuh ya sayang.