CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Borak2. Show all posts
Showing posts with label Borak2. Show all posts

05 November 2014

November 2014

Salam.

Menulis lagi walaupun sekian lama mencari masa untuk buka blog pon payah. Tahun ini memang tahun dugaan kesihatan. Tak anak sakit, daku lak yg sakit. Dah abes giliran anak-anak dan ibu, ayah pula yg sakit. Alhamdulillah sakit itu penghapus dosa-dosa kecik. Moga-moga dosa-dosa makin kurang ;) 

Dah masuk akhir tahun, kerja alhamdulillah ok. Anak-anak alhamdulillah perkembangan bagus walaupun ada yg tak sihat. Pembelajaran juga alhamdulillah ok. Secara purata sangat bersyukur dgn apa yang ada. Mengenai business lak masih lagi berjalan. Boleh lah jenguk-jenguk ke FB atau pun IG, search "nawwarBizz". InsyaAllah sentiasa update walaupun bukan setiap hari. Mak bizi nak.. nak buat promosi pon tak sempat. Iklan apetah lagi. Huhuhu....

Sekarang ni daku tengah dalam pertimbangan untuk melanjutkan pelajaran. Kalau ada rezeki insyaAllah terasa macam nak juga melanjutkan pelajaran. Cumanya jika dah confirm nak lanjutkan pengajian memang kene berenti kerja la. Huhu.... kene tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. InsyaAllah akan cuba apply biasiswa. Doa-doa la agar daku sekeluarga dimurahkan rezeki. Amin.. :)

Nanti next entri insyaAllah nak buat entri utk majlis birthday anak-anak masa raya haji ke-2.

Princess Qistina


26 September 2013

Menunggu Masa

AsSalam.


Hari ni genap la 36 minggu kandungan anak ke-2. Harapannya dapat la melahirkan anak ni dgn cara normal dan juga dilancarkan segala urusan dan perjalanan bersalin nanti. InsyaAllah.. amin. :)

Setakat ni estimate berat adalah +-2kg je. Kesnya kene diet sempena ada GDM. Anak ibu sangat aktif dalam perut. Bermain-main dan suka sgt kalo kakak Qistina peluk perut kan..mula la senget-senget ke arah kakak Qistina. Ibu la yg kene tahan sakit tegang perut. Uhuhu..... keluar nanti main la puas-puas dgn kakak Qistina ye. Kali ni ibu perasan anak ibu ni sgt mendengar kata ayah. Tak le ayah sentuh mula aktif bagi respon. Gumbira sangat ayah bila anak bagi respon. 

Barang-barang nak menyambut anak dah siap belaka. Untuk berpantang ibu je blom siap lagi. Kali ni aim produk tanamera. Tapi nak beli loose item. Tak mo la beli set karang jadik macam lepas tak pakai sgt pon. Sampai skrg ada lagi. Barang ibu dan anak dah siap-siap letak dlm beg. Kain sarung tinggal selai dua ja lagi blom jahit. Nak kene siapkan cepat-cepat. Kain sarung yg dulu semua da kene rembat dgn mami. Bawa balik selai je pas pantang Qistina. Ohh lupa pulak nak kene basuh car seat dan baby carrier. Sehari dua lagi la nampaknya. Kene buat slow-slow. Sian en somi semua kerja rumah dia amik alih da.

Kali ni tiap-tiap minggu kene pegi kkia. Selang minggu ni check up perut pastu minggu depan jumpa doktor utk review BSP lak. Penat gak la walaupun bacaan gula takde masalah. Huhu... tak pe lah demi anak, ibu sanggup nak. Minggu lepas dah start kelas utk semester ni. Jadi dah buat keputusan tak ambil cuti khas sebabkan kelas waktu jumaat dan sabtu je. Sambil cuti bersalin ibu study. Bole gak berehat dan tumpukan perhatian untuk belajar. Ada 3 minggu lagi sebelum cuti tengah semester. Lepas tu anak ibu dijangka lahir lagi 4 minggu. Moga dipermudahkan. Amin.

Hujung minggu ni ada check up kat Hospital Kota Bharu. Nak check parut czer dan juga tulang pelvis. Sama ada bole bersalin normal ke tak. Harap-harap la boleh. Lagi pon anak ibu kali ni kecik je. Hehe.... tapi yg tak bestnya sakit badan oooooo ulang alik ni. Sakit badan balik KB 2 minggu lepas baru nak hilang. Uhuhuhu....





18 September 2013

Anak Ibu Sayang

Salam.

Hari ini ibu emooooo... huhu.. kesnya sebab cuti 4 hari tu bergolek santai dgn anak. Hari ni start kije ibu emo nak.. Teringat kat Qistina dgn manja dia, keletah dia tu..mane la ibu tak teringat. Pagi ni bangun je terus cium perut ibu pastu peluk muka ibu tekap kat dada. Kekonon ikut aksi ibu bila ibu peluk Qistina letak kat dada. Hehe... mesti terasa kasih sayang nak ibu rasa kasih sayang dia gak tu :D

Semalam dah le kene marah & pukul kakak comel ni. Walaupun tak kuat.. tergugat jugak la emosi ibu. Dah Qistina tak mo pakai seluar kene la marah kan. Lepas tu nangis peluk ibu ketat2.. uhuhu...bergenang ayor mata ibu. Dah dekat 2 minggu lebih Qistina ada syndrome separation anxiety. Tak leh ibu hilang. Kene tinggal kejap pon tak mo. Anak ibu sungguh Qistina ni. Ibu pon sayang sangat kat Qistina. Pon dah jangkit dah separation anxiety dari Qistina. Hehe.... kebetulan rini tak le balik awal. Ayah Qistina ada bowling la pulak. :(



Permintaan Qistina nak berdukung tak dapat ditunaikan pon. Huhu..sedih ibu sebab ibu tak le dukung. Ibu bole peluk-peluk ketat je. Nanti bila ibu bole dukung ibu dukung ye nak. Semoga keakraban ibu dan anak hingga anak ibu membesar dan menjadi seorang ibu pula ya. Amin. :)






25 July 2013

Rindu

Salam.


Ibu rinduuuuuu sangat dgn kakak Qistina. Huhu...walhal hari-hari bersama. Cuma sekarang dah kurang kemampuan untuk melayan keletah dia. Banyak ayahnya yang ambil alih melayan kakak Qistina. Dia pulak makin manja makin pandai makin banyak akal. Hehehe... sekarang sedang kemaruk "kakak cantik" a.k.a princesses tu semua. Baju nak pink aje. Raya kali ni byk baju color pink. Huhu... tunjuk itu ini semua tak berkenan kecuali hat warna pink. Sabor ler anak.





05 June 2013

20 weeks

As Salam.

Lama tak update. Huhu... cik M dtg melanda. Preggy kali ni agak penat + sakitnya extra berbanding first preggy. Alhamdulillah morning sickness dah berkurangan. Dah sgt jarang muntah-muntah just still rasa loya je la. Apa pon bersyukur gak. Kembali bertenaga sedikit. Sedikit tu pon dah bersyukur sgt. Kalo tak nak solat pon nak mintak en somi tlg amikkan wudhu. Ohooooo......

Kali ni preggy byk sgt craving. Tak mcm kakak Qistina, takde nafsu langsung nak mkn apa2. Telan je semua yg bole mkn. Craving pon still tak mkn byk. Tak leh nak telan sgt. Huhu.... Awal-awal dah turun 4kg dlm masa 3 bulan pertama. Ni baru naik 1 kg balik. Harap naik tak byk sgt la. Senang sket nak turunkan berat. Ekeke... Tapi yg tak bestnya GDM detect awal. Tinggi lak tu 9.9 selepas minum air gula. Itu pon lepas amik darah lepas minum terus muntah. Adoiiii...skrg on BSP every two weeks. Next BSP esok ni.. Lusa nak kene jumpa doktor. Dua minggu sekali jumpa doktor. Haih... tak suka ahhhh... sampaila dah nak bersalin rutin mcm tu. :( hmmmm.........

Kali ni preggy suka mende masam-masam, beza dgn hat first suka manis2 je. Boleh minum air masak byk2. Dulu kalo air masak tu minum sikit je mesti muntah. Hehe.... sangat suka mkn seafood. Ayam jarang2 bole sentuh max 1 kali sehari je bole mkn ayam. Itu pon part2 yg tulang belulang je. Kalo ikan ke udang, sotong ok je mkn. Selain tu muka byk kusammmm...yg lain2 tak ketara sgt la. 

Kakak Qistina pulak tiap-tiap malam mesti cium adik baby. Gomol-gomol perut ibu dia. Huhuhu... dan masih lagi menyusu. Alhamdulillah..walaupun ada terasa pedih-pedih. Kalo tak tahan tu pujuk-pujuk dia ckp ibu sakit. Kejap la dia merajuk pastu dia paham. Very good girl. Skrg sgt manja dgn ayah dia. Hehe... tau ibu dia tak berapa larat nak melayan karenah. Nanti bila ibu masuk ward tak de la terasa sgt kan. Kakak Qistina dah sgt petah even kadang-kadang german dia terkeluar jugak. Hehe... suka gak layan borak dia. Macam dah besar je nak borak cam org tua. Siap tanya kalo ada ibu ayah borak-borak sket mula la sibuk nak tau citer apa. Berat pon makin bertambah selera pon macam-macam nak mkn. Dia pulak terlebih craving. Asal tgk iklan makanan je nak...tu nak ini nak. Hehe.... 

Semalam dah print senarai barang yg diperlukan. Ada la sedikit lagi nak kene beli. Ada barang-barang nak kene basuh lagi. Huhuhu.... byk nak kene buat. Dah basuk simpan masuk plastik siap-siap. Takde la habuk nak berkumpul. Ada 5 bulan termasuk bulan ni utk prepare barang-barang baby. Next entry nanti letak le senarai barang ibu dan baby. Dah la tak berapa larat nak berjalan ni. Kali baby bump ketara sgt. Ye la... buncit before preggy. Waakakaka... dah preggy ni bertambah-tambah kemuncitan. Boleh lak en somi ckp, kalo tak tau preggy mmg saspek moncit. Uhuk uhuk....  

Esok genap la kandungan masuk 20 minggu. Ada lagi 20 minggu to go. Excited, serems semua perasaan pon ada la. Tendangan si kecik kat dalam ni pon makin kuat. Bila scan tumbesaran sejajar dgn edd. Moga dipermudahkan urusan bersalin kali ni. Cita-cita nak bersalin normal biarlah dapat ditunaikan. Amin. :)


11 March 2013

Musim sakit sefamily

Salam.

Daku baru nak sembuh dari demam + selsema + batuk tapi rini bertambah kembali selsema dan batuk yg non stop. Huhu..... Qistina dah on antibiotik selama 5 hari. 3 minggu lepas dia dah demam + selsema + batuk. Dah sihat kemudian jangkit semula sebab ayah dia pulak yg sakit 3 serangkai tu. Huhu double... 

Seksa bila batuk sampai nak terkencing pon ada. Ragu² plak bila nak solat. Kalo kat rumah tak pe ini kat opis guane? Dah beli panties pakai buang.. adeh hat free size ni rupanya utk hat selim melim aje. Huhu dah nak kene beli yg lain. Cisssss...... so skrg ni byk dok mkn madu dan ubat. Ubat pon dah abes nak kene p klinik lagi la ni maksudnya. Ermmmm..... malasnyaaaa

Semalam hari ahad, pegi rumah kak sue nak ambil ice cream maker + melawat kak sue dalam pantang. Sayang pulok tak le nak cium baby yg sedap bau tu. Ya la kita dah le sakit takkan la nak p cium kan. Nak dok dekat pon rasa takot. Geram tgk tembun...hehe.... Selamat berpantang ya kak sue. :)

Ice cream maker tu takkan digunakan selagi sefamily tak sembuh. Lagi² daku ni. Mane bole tahan tgk ice cream! en somi dah dok tanya² camne nak buat ice cream guna mende tu. Bersungguh benar beliau. Almaklum la dia la kaki ice cream dalam rumah tu. Kalah anak beliau. Nanti la yer bila dah benar² sihat boleh la nak buat segala mende tu. 

Skrg ni asal pagi dan petang wajib la pening dan sakit badan ni. Huhu... ya betul sakit tu menggugurkan dosa² kita. Moga daku sefamily cepat sembuh. Lagi² anak ibu Qistina. Amin.




07 March 2013

Isu semasa : Sabah Diceroboh

Salam.

Sekarangkan kecoh dan heboh isu Sabah diceroboh oleh so called "Royal army of Sulu" konon. "Sultan" Kiram yg tak diiktiraf tu sibuk dok claim tanah di Sabah. Kiram kat sana pon tak diiktiraf, pastu ceroboh Sabah kekonon tanah dia lepas tu nak kita iktiraf dia?? What the helll.....

Pedulikan si Kiram nyanyuk itu. Mari kita doakan keselamatan anggota tentera dan polis yg bertugas menjaga keamanan negara. Moga Allah S.W.T. mempermudahkan segala urusan dan melindungi mereka. Amin. Sekarang ATM dan polis melancarkan serangan habis-habisan dan memburu saki baki penceroboh. Jangan diberi muka kepada penceroboh kejam dan bangang ni.

Kepada wira negara yg meninggal dunia. Al-fatihah. Moga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh² mereka dan ditempat dikalangan orang² yg beriman. Amin.

Kepada rakyat Malaysia yg dok mengutuk tentera dan polis, sedarlah kamu. Tanpa mereka kita berada dalam ketakutan. Siapa kamu yg suka suki dok mengutuk? Adakah kamu pergi ke barisan hadapan juga? Tidak bukan.. tangan je pandai menaip mengutuk tapi tak reti nak berfikiran waras.

Kepada para pemimpin dan pembangkang, keadaan di Sabah sedang berlaku! Tak perlulah saling menuding jari sesama sendiri. Sepatutnya ketika ini kita bersatu! Anasir² luar sedang memerhatikan apa yg berlaku dalam negara dan cuba mengambil kesempatan atas keadaan berlaku dan cuba campur tangan. Tak perlulah mempolitikkan perkara pencerobohan ini.


17 May 2012

Kasih Ibu Lacey Buchanan

Salam semua...

Sejak beberapa minggu lepas satu video ni mula2 daku nampak kat FB. Orang dok pakat2 share. Time tu lak tengok dari hp jek. Tu pon dah nak meleleh air mata. Kalo kawan2 mau tengok sila siap2 kan tisu ya. Memang menyentuh perasaan sungguh. Video mengenai anaknya dan bagaimana dia sebagai ibu menyayangi anaknya walau pun mempunyai kelainan yg sangat istimewa.





Moga anaknya mempunyai kehidupan yg bahagia di masa hadapan.



16 April 2012

Kembali Bekerja dan Apam Beras

Salam.

10 hari tak bekerja sebab Qistina demam + batuk berkahak tu. Rini start kembali bekerja. Rasa lemauuuuuuuunyaaaa... Sepanjang daku EL ni, opismate ku la yg amik alih tugas2. Terima kasih yerrrrr... hehe... jasamu ku kenang. So takde la byk benor kije pending. Hihihi.... sukaaa.. 

Wokeh, semalam sempat daku buat apam beras utk Qistina. Sebabkan dia asekkkkkk nak makan je kijenya selepas balik dari hospital. Petang semalam p la cari resepi. Bahan2 semua dah ada. Tunggu gaul aje ni. Hehe.... tengok2 sekali kene tunggu 3 jam daaaa... Malam tu baru la bole mengukus apam. Alhamdulillah sekali buat dah jadi. Lagi pon simple aje resepinya. Sedappppppppppp kalo tak camne la Qistina bole abeskan 3 sekali gus. Tak sempat dah nak tunggu esok. Malam tu jugak nak biarpon mata terpisat2 mengantuk. Alahai anak ibu sayang. Meh kita tengok aksi budak mucuk makan apam. :)

Resepi amik dari MYR : apam beras


Apam... ada tersenym ada tak.. hehe
Budak kecit tak menyabo sampai dok cium2
Yeay dah dapat...
Dah pon ngap... haaaa makan tgn kiri sapa suruh??

19 November 2011

Fuhhhhhhh

Salam.

Lama betul tak update blog. Bulan ni bulan amat bzzzzz. Huhuhu... kije mmg la hari2 busy ajo. Tambah2 lagi musim raya. Pehtu macam2 hal yg menghalang daku menghapdate blog ni. Hari ni baru ada masa skettt ajo. Selama ni asek dok BW aje. Komen pon kadang aje. Pesbuk pon jarang hapdate gak. Tgk kejap then ada la kije nak kene buat. Huhu.....

Skrg ni meh nak cite perkembangan anak dara ku. Skrg da ligat berjalan. Hehe.. sukanya. Dah jarang merangkak melainkan nak amik perhatian ibunya ni ler. Kadang2 nampak dia kurus sket sbb dah ligat kan. Kadang2 nampak naik balik badannya. Apa pon satu je daku harap, agar dia sentiasa sihat dan membesar dgn baik. InsyaAllah amin. :)

Bab menyusu lak, Qistina macam biasa la menyusu bagai juara. Kurang sebotol dari dulu. Skrg dah mkn 3 kali sehari. So susu pon berkurang ke 7 botol sehari = 21oz sepanjang tinggal kat BS. Time2 kecik before start solid food dulu 8-9botol = -+ 27oz. Ok la... skrg production pon berkurang start lepas raya. Nak up balik tu.. huhu sadis gak ler. Pernah dpt 2oz je sekali pam. Before raya menten 4oz sekali pam skrg ni 3oz. Kurang 1oz tu. Bagi daku ni byk tuuuu.. memandangkan Qistina kuat menyusu. Daku mkn macam2 mende nak up kan balik susu. Mmg takde yg boleh buat susu ku naik. Skrg ni daku dok mkn madu. Alhamdulillah nampak la kenaikan sket. At least dlm 10-20ml gitu. Apa2 pon rezeki juga tu.

Skrg daku amat susah nak mengepam mlm2. Sebabnya Qistina dok bergayut ajooo.. Aku bgn dia bgn, aku tido dia tido gak. Mmg anak ibu sungguh la. Asal pegang aje pam mata dia terus terbuntang bosar. Nampak aku dok mengepam mmg dia mengamuk ler...skrg ni lagi dasat, pandai bukak pam kat B ku tu. Hambekk.. marah benor dia. Manja tu toksah ckp ler...kalo bole nak berkepit 24jam ajo. Tak pe la...kecik2 ni ler boleh dok berkepit dok gomol puas2. Dah besar esok2 kang dah jadi bini org kene ikut laki. Huhu...wahhh jauh betul daku berimaginasi. Hihihi...

Jadual mengepam kat opis masih sama takde skip ke apa. Cuma kat umah dah short dari 4 kali sehari ke 2 kali sehari aje. Fenatttt satu hal la kan, itu bole ignore. Masa mmg sgt singkat terasa, lagi2 kije kat opis makin dasat byk benor. Huhu.. nak berenti ekonomi blom stabil. Terasa nakkkkkk sgt jadi mem bosar... hahaha... huarrrggghhh angan2 sungguh!! Kembali ke topik asal. Suka sgt merapu. Huhu.. kalo dulu, bila susu drop daku akan mengepam 2 jam sekali. Biasa amik coti la dan anto Qistina ke BS. La ni mane boleh amik coti. Dah abesss..huhu.. Rasa2 nak je mc next week. Sejak lepas raya haji ritu, hari ni baru la daku berehat sekejap. Badan pon dah rasa sakit2. Huhu... sabo aje la.

Awal minggu ritu mak daku dtg sini sempena meneman akak daku yg baru lepas pantang balik ke umahnya. Selama 3 hari la daku berkampung kat Bukit Raja tu. Huhu...salah satu makin penat sbb kene travel lagi jauh. Hari terakhir mak daku dok sini, dia tlg jagakan Qistina. Sgt behave ok. Dok main2, mkn dan minum susu dgn baiknya kata mak daku. Sejak balik ke KL semula lepas pantang, mak daku mmg tak pernah jaga dah melainkan dlm pantang dulu. Huhu...so risau gak ler kot2 menangis kan. Iyo la time aku tinggal nak pegi kije tu bukan main meraung2. Alih2 semua itu drama queen ajo. Sabo ajo la.. Dan hujung minggu depan mak daku bersama2 adik2 yg bersekolah tu dtg sini utk berjimba2 bercuti sakan. Yeaaahaaa....

Masalahnya plak MIL daku mintak kami balik kg. Bincang tadi dgn en somi, biar dia je balik sorg2 naik bus. Nak naik flight idak ler kami mampu. Huhu... dan sekali lagi daku tak kasi kata putus sebab masih berkira2. Risau ooohhhh biarkan en somi balik sorg2. Fobia pon ada. MIL minta balik kg sempena majlis tahlil utk arwah adik MIL a.k.a mak sedara en somi yg bongsu. Daku masih dlm dilemma.. hmmm.....

Kalu kamu ler ( sapa2 yg membaca blog ni... eh ada ke? hehe ) apa kata kamu ya? Ada pendapat? Balik bersama or stay sini? Tarikh mmg betul2 clash la.. 26hb ni MIL buat majlis tahlil dan 26hb ni juga pagi tu mak daku dtg sini. Hmmm.......

Moh layan gambar Qistina time mak den jaga awal minggu ni. Hehe...

Main apa tu dgn mama bie??
Alolo ibu cair tgk Qistina :)

OTW ke Subang airport



10 July 2011

Bebelan di pagi hari

Salam.

Bersiaran setelah lama menyepi. Hehe...bukan apa, kat opis jarang aku nak update blog. Biasa kat umah je la. Tapi sejak2 Qistina kene demam campak aritu dan masih lagi dlm proses pemulihan, blog pon bersawang. Huhu..nak wat camne. Tumpuan mostly pada Qistina. Syukur dah nak hilang dah campak tu. Tinggal sket2 je kat muka dan leher. Campak dia tu byk gak naik lebih2 lagi tang muka. Kesian tgk. Huhuhu... Syukur juga Qistina baby yg tak byk meragam. Dia just nak comfort dari ibunya ni. Dok mengempeng je la.

Skrg separation anxiety dia makin menjadi2 lak. Biasa la baca kat babycenter itu adalah normal utk baby usia dia. Huhu...sabo je la. Mmg tak leh nak bergerak sket. Hilang sket dari mata dia terus menangis berjejeran air mata. Sabo la naseb la kan. Hehe... Sejak dah tak demam ni, Qistina menyusu makin kuat. Kalo mlm2 bgn kejap je dia akan sedar cari ibu dia hilang dok update blog. Haha...lebih2 lagi kalo nak mengepam mlm2. La ni tak leh langsung. Asal pegang pam je terus Qistina sedar. Mcm tau tau aje ye. Dengki sungguh dgn pam. Kalo pam sebelah lagi dia menyusu tu..haihhh....kene ada tahap kesabaran yg tinggi. Mmg sedaya upaya dia nak tendang pam dan botol tu. Walhal susu tu utk dia gak. Kalo takda kesabaran mmg kene marah dah Qistina ni.

Ptg sabtu ingatkan nak buat la pie apple la konon sebab ada byk stok apple utk Qistina tapi disebabkan Qistina kalo mkn apple dia akan sembelit. Sampai skrg tak jadi2 sebabnya, asal ibunya dok kat dapur Qistina meraung2 menangis bagai. Sabooooooo aje la. Si ayah lak konon nak tlg..tlg tdo ada la. Mmg jadi perempuan ni kene ada tahap kesabaran yg tinggi la. Kalo tak meroyan daku. Bila dah nak mlm ni lagi la Qistina tak mo berenggang. Sanggup tu merangkak ala2 komando dlm hutan tu dari luar ke dapur. Selagi tak amik selagi tu menangis. Huhu....camno la nak siap pie ni. Nak pakai RS sambil buat kije? Tak jalan jugakkkk...sibuk tgn dia nak capai apa yg org dok pegang. Letak kat belakang, abes ditendang2 + menyenget2 nak capai segala barang. Suruh ayahnya pegang, bole la tahan 5 minit. Si ayah pon best. Kalo mintak pegang, pegang aje la yg reti. Tak pandai da nak main2 dgn anak. Kasi dia leka sambil si ibu ni dok wat kije + makanan utk si ayahnya jugak. Hmmm nasib badan la kan. Nak mengeluh sgt pon takde guna.

Conclusionnya ntah bila pie nak siap. Terima kasih atas segala kerjasama. Kalo dok depan lappy pon biasanya sambil menyusukan Qistina. T____T



P/s : Ayahnya Qistina kalo baca jgn mare ye. Ini adalah hakikat. 0_0


10 June 2011

Saja Nak Hapdate

Salam.

Sesi meroyan dah lepas. Barang yg lepas jgn dikenang....ekekeke :p

Ok ingat tak entry aku kepingin burger? Hehe...Alhamdulillah dah selamat menjadi en shit. Hehe...sakan beli yg 2 lapis terus. Lamaaaaaa dah kan tak dpt nak dpt mkn burger balik mau lambat lagi ni. Pasni nak kepingin ape lak ye? Next week en bos nak velanja makan bosarrrrr. Tapi kat restaurant thai le. Dia ckp sedapppp.. ini semua reward kpd kitorg yg kije mcm nak gila backup worst disaster yg terjadik kat server a.k.a server down dan data & setting lost hokay. Mujuq la dpt up balik dgn timeline yg client kasik. Mujuqqqq jugak client aku dok coti. Huhu...tak byk buat tapi sempat la nak meroyan.

Nak story pasal kije la plak.... Susu aku drp gara2 aku fenatttttt + kije bykkkkkkkkkkkkk yg amat. Huhuhu... Sgt byk sampai kene buat jadual dan aku fully booked sampai hujung bulan ni. Kalo ada request baru kene buat next month! Bapak ahhh..aku ingat tukar tmpt yg lagi tarak kije rupanya makin byk kije!! Cuma kije tu aku bole cope lagi just byk dan aku kene kejar DEADLINE. Hahaha.... cam hape ntah. :p

Ok la skrg aku dok gigih kembali mengepam tgh2 mlm setelah hampir 2 bulan aku TERstop mengepam mlm2 buta. hehe.... pasni kan nak puasa next week aku nak start ganti puasa. Moga2 aku ingat nak ganti tu. InsyaAllah susu tu sentiasa ada. Positive mind tu penting. Walaupun demand Qistina mcm dah drop sebab terlalu asyik nak bermain je. Skrg dia dah pandai menjulur/mengengsot kedepan dgn  lajunya. Ibu sukaaa walaupun asek kene kutip awok je Qistina. Ibu kamu ni Qistina tak le leka sebab awak punya demand selalu berubah2. Huhu.... Semoga Qistina membesar dgn sihat dan kuat!! :)





20 April 2011

Update sket

Salam.

Lama betul tak update kan.. hehe... sgt2 la penat sejak 3 menjak ni. Balik je mesti flat. Walhal kat opis kije pon tarak. Tapi mcm pegi bendang rasanya. Huhu...member ckp ni penangan tak cukup vitamin yg jadi camni. Erkkk... kalo kalsium kompom tak cukup. Nape?? Sbb da 3 minggu asek sakit gigi je. Huhu.... last month ada beli pil kalsium. Tapi M punya pasal pastu Nyanyuk sket kan. Jadinya mkn sekali sekala je. So sakit tetap ada. Start rini mkn secara berjadual. Hehe... Ok la kan. Sakit da hilang.

Wokeh pasal Qistina lak. Cam biasa... umo dia 6bulan seminggu lebih baru start solid fod. Itu air beras + ebm. Hehe... abes gak la dlm 4-5-6-7 sudu kot. Esoknya wat bubur nasi kosong. Ok ja elok je dia mkn. Ibu sukaaa.. hehe... First time buat bubur Qistina yg bercampur dgn sayur lobak merah. BS dia ckp licinnnnn... mkn sampai abes 3 oz okay. Byk tu...bersudu2 dah. Huhu.. susu ada la kurang sket. Itu pon sebotol je. Kadang2 demand tetap sama 8x3oz. Biasa mmg kasi lebih la kat BS. karang tak cukup mau menangis.

Hari sabtu lepas pegi melaka utk settle pasal kereta sambil melawat pak sedara di sana. Ari ahad bertolak dari melaka direct ke lcct jumpa mami tersayang. Mami transit kat lcct dari sarawak ke kelantan. sempat la Qistina main2 dgn nenek dia. Hehe.... ok la nekku nak lepas windu budak bosar ni. :)

Start ari isnin, ari2 aku bgn lewat nak ke opis. sabo aje la... huhu...harap2 esok2 bole improve. ok la skrg dok pam ni. da nak siap da. jumpa next entry... :D