CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

26 September 2013

Menunggu Masa

AsSalam.


Hari ni genap la 36 minggu kandungan anak ke-2. Harapannya dapat la melahirkan anak ni dgn cara normal dan juga dilancarkan segala urusan dan perjalanan bersalin nanti. InsyaAllah.. amin. :)

Setakat ni estimate berat adalah +-2kg je. Kesnya kene diet sempena ada GDM. Anak ibu sangat aktif dalam perut. Bermain-main dan suka sgt kalo kakak Qistina peluk perut kan..mula la senget-senget ke arah kakak Qistina. Ibu la yg kene tahan sakit tegang perut. Uhuhu..... keluar nanti main la puas-puas dgn kakak Qistina ye. Kali ni ibu perasan anak ibu ni sgt mendengar kata ayah. Tak le ayah sentuh mula aktif bagi respon. Gumbira sangat ayah bila anak bagi respon. 

Barang-barang nak menyambut anak dah siap belaka. Untuk berpantang ibu je blom siap lagi. Kali ni aim produk tanamera. Tapi nak beli loose item. Tak mo la beli set karang jadik macam lepas tak pakai sgt pon. Sampai skrg ada lagi. Barang ibu dan anak dah siap-siap letak dlm beg. Kain sarung tinggal selai dua ja lagi blom jahit. Nak kene siapkan cepat-cepat. Kain sarung yg dulu semua da kene rembat dgn mami. Bawa balik selai je pas pantang Qistina. Ohh lupa pulak nak kene basuh car seat dan baby carrier. Sehari dua lagi la nampaknya. Kene buat slow-slow. Sian en somi semua kerja rumah dia amik alih da.

Kali ni tiap-tiap minggu kene pegi kkia. Selang minggu ni check up perut pastu minggu depan jumpa doktor utk review BSP lak. Penat gak la walaupun bacaan gula takde masalah. Huhu... tak pe lah demi anak, ibu sanggup nak. Minggu lepas dah start kelas utk semester ni. Jadi dah buat keputusan tak ambil cuti khas sebabkan kelas waktu jumaat dan sabtu je. Sambil cuti bersalin ibu study. Bole gak berehat dan tumpukan perhatian untuk belajar. Ada 3 minggu lagi sebelum cuti tengah semester. Lepas tu anak ibu dijangka lahir lagi 4 minggu. Moga dipermudahkan. Amin.

Hujung minggu ni ada check up kat Hospital Kota Bharu. Nak check parut czer dan juga tulang pelvis. Sama ada bole bersalin normal ke tak. Harap-harap la boleh. Lagi pon anak ibu kali ni kecik je. Hehe.... tapi yg tak bestnya sakit badan oooooo ulang alik ni. Sakit badan balik KB 2 minggu lepas baru nak hilang. Uhuhuhu....





1 comment:

Hannyy said...

SALAM NIK..
WAH DAH NAK BERSALIN DAH...
SEMOGA SELAMAT DAN DIPERMUDAHKAN SEMUA NIK..AMIN..
SEMOGA KALI NI DAPAT RASA BERSALIN NORMAL YERK. IN SHA ALLAH..