CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

12 June 2013

Kisah Angah (Muhammad Amin Fahmi)

Salam.

Hari ini nak share kisah adik ni yg dipanggil angah oleh ahli keluarganya. Angah mengidap kanser. Dah lama follow kisah angah. Bermula dgn luka di punggung yg sgt susah nak sembuh. Alhamdulillah dah makin ok tapi kanser leukemia yg dihidapi sebelum luka tu makin mengganas. Keadaan kanser angah makin byk merebak ke seluruh badan. Dari mula follow kisah angah sampai la ni tak putus-putus doa dititipkan untuk angah semoga dilindungi olehNya. Diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.

Hari ini post ini di facebook oleh ayah angah (link : ini) membuatkan gugur air mata ni. Tersentuh hati keibuan yg selama ni cuba ditahan-tahan bila membaca kisah angah. Akhirnya hari ini tak mampu nak menahan air mata dari mengalir. Moga diberi kesembuhan kepadamu angah. Moga diberi kesihatan yang baik-baik untukmu angah. Moga diangkat segala derita dan penyakit dari tubuh badan mu, angah. Amin ya rabbal alamin.

--------------------------------------- UPDATE 10 JULAI 2013 ----------------------------------------------

Pada 24 Jun 2013, adik kecil ini telah pergi menemui Allah S.W.T. Moga rohnya dicucuri rahmat. Syurga untukmu, insyaAllah. Bertabahlah wahai keluarga angah. Disana angah sihat dan menanti ibu bapanya dipintu syurga. 




05 June 2013

20 weeks

As Salam.

Lama tak update. Huhu... cik M dtg melanda. Preggy kali ni agak penat + sakitnya extra berbanding first preggy. Alhamdulillah morning sickness dah berkurangan. Dah sgt jarang muntah-muntah just still rasa loya je la. Apa pon bersyukur gak. Kembali bertenaga sedikit. Sedikit tu pon dah bersyukur sgt. Kalo tak nak solat pon nak mintak en somi tlg amikkan wudhu. Ohooooo......

Kali ni preggy byk sgt craving. Tak mcm kakak Qistina, takde nafsu langsung nak mkn apa2. Telan je semua yg bole mkn. Craving pon still tak mkn byk. Tak leh nak telan sgt. Huhu.... Awal-awal dah turun 4kg dlm masa 3 bulan pertama. Ni baru naik 1 kg balik. Harap naik tak byk sgt la. Senang sket nak turunkan berat. Ekeke... Tapi yg tak bestnya GDM detect awal. Tinggi lak tu 9.9 selepas minum air gula. Itu pon lepas amik darah lepas minum terus muntah. Adoiiii...skrg on BSP every two weeks. Next BSP esok ni.. Lusa nak kene jumpa doktor. Dua minggu sekali jumpa doktor. Haih... tak suka ahhhh... sampaila dah nak bersalin rutin mcm tu. :( hmmmm.........

Kali ni preggy suka mende masam-masam, beza dgn hat first suka manis2 je. Boleh minum air masak byk2. Dulu kalo air masak tu minum sikit je mesti muntah. Hehe.... sangat suka mkn seafood. Ayam jarang2 bole sentuh max 1 kali sehari je bole mkn ayam. Itu pon part2 yg tulang belulang je. Kalo ikan ke udang, sotong ok je mkn. Selain tu muka byk kusammmm...yg lain2 tak ketara sgt la. 

Kakak Qistina pulak tiap-tiap malam mesti cium adik baby. Gomol-gomol perut ibu dia. Huhuhu... dan masih lagi menyusu. Alhamdulillah..walaupun ada terasa pedih-pedih. Kalo tak tahan tu pujuk-pujuk dia ckp ibu sakit. Kejap la dia merajuk pastu dia paham. Very good girl. Skrg sgt manja dgn ayah dia. Hehe... tau ibu dia tak berapa larat nak melayan karenah. Nanti bila ibu masuk ward tak de la terasa sgt kan. Kakak Qistina dah sgt petah even kadang-kadang german dia terkeluar jugak. Hehe... suka gak layan borak dia. Macam dah besar je nak borak cam org tua. Siap tanya kalo ada ibu ayah borak-borak sket mula la sibuk nak tau citer apa. Berat pon makin bertambah selera pon macam-macam nak mkn. Dia pulak terlebih craving. Asal tgk iklan makanan je nak...tu nak ini nak. Hehe.... 

Semalam dah print senarai barang yg diperlukan. Ada la sedikit lagi nak kene beli. Ada barang-barang nak kene basuh lagi. Huhuhu.... byk nak kene buat. Dah basuk simpan masuk plastik siap-siap. Takde la habuk nak berkumpul. Ada 5 bulan termasuk bulan ni utk prepare barang-barang baby. Next entry nanti letak le senarai barang ibu dan baby. Dah la tak berapa larat nak berjalan ni. Kali baby bump ketara sgt. Ye la... buncit before preggy. Waakakaka... dah preggy ni bertambah-tambah kemuncitan. Boleh lak en somi ckp, kalo tak tau preggy mmg saspek moncit. Uhuk uhuk....  

Esok genap la kandungan masuk 20 minggu. Ada lagi 20 minggu to go. Excited, serems semua perasaan pon ada la. Tendangan si kecik kat dalam ni pon makin kuat. Bila scan tumbesaran sejajar dgn edd. Moga dipermudahkan urusan bersalin kali ni. Cita-cita nak bersalin normal biarlah dapat ditunaikan. Amin. :)