CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

09 October 2013

Start Cuti dan Menunggu Masa

Salam.

Esok bermula la daku MC hingga 18hb. Sekarang ni mak buyung nak jalan pon dah tak berapa nak mampu sgt. Kene rehat 4 jam dulu baru bole jalan beberapa meter. Huhu.... mulanya plan nak start MC next week tapi bila dah berjalan pon dah sgt tak larat apa lagi nak buat kerja (walhal takdak kerja pon). Nak pergi ke tempat kerja pon rasa tak larat. Hari ini paling terasa so decide pegi klinik nak mintak MC ler. So doktor kasi start esok sampai 18hb. Even due 24hb, minta HR tolak maternity leave atau kalo dpt MC lagi den kasi ler. Tapi rasanya better tolak maternity leave aje la. Tak kosa nak p klinik semata nak mintak MC lagi. Which is hanya 3-4 hari bekerja ja lagi. 

Weekend ni dah nak balik kelate dah. Harapnya dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai ke kampung. Minggu depan dah Raya Haji dan takde pon buat korban utk tahun ni. Adik plak nak bernikah hari raya ke-3. Adik lelaki, umur dah 27tahun gedix benor nak kawen. Kasi aje la... majlis reception akan diadakan pada tahun depan. Kenapa tahun depan? Haaa pengantin tau nak kawen je kan tak reti nak cari persediaan dan bergantung kat mak je. Jadik la gitu... omak den kerja lagi dan bulan ni mmg sgt pack utk beliau. Naseb la labu... ;P takpa. Da gedix sgt buat dulu hat wajib. Hehe...

Sekarang ni daku rasa cam dah ada regular contraction tapi rasanya still lambat lagi. Ikutkan pengalaman hat first, mmg sgt lambat nak buka jalan even kene induce. So minggu depan sempat lagi kot. Hahaa.. Harap sgt tak overdue.. seriau benarnya mikirkan sakit induce tu. Sakit dia lagi sharp. La ni sibuk dok cari apa yg patut kene buat utk cepatkan bersalin. Hehe... tapi akan practice bila kat kampung la. Baju bajan tak packing pon lagi. Bila kira-kira balik, den ada kat kampung 3 minggu je pastu balik sini semula. Seminggu ja pantang kat kampung. Uhuhuhu.... to be exact dlm 10 hari je pantang kat kampung. Lagi 50 hari pantang sendiri...tak bestnyaaaaaaaaaaaaaaa... :(



03 October 2013

Happy Birthday Anakanda Qistina

As Salam.

Semalam genap umur 3 tahun anakanda ibu. Hari ini baru sempat nak update. Semalam awal-awal pagi lupo nak snap gambo princess sorang tu. Malam dah balik baru bole snap. Itu pon byk benor sesi air mata tumpah dan drama sebabak. Manja hamat.

Selamat hari lahir yang ke-3 anakanda ibu, Nik Nawwar Qistina. Alhamdulillah membesar dgn sihat dan cerdas. Moga anak ibu membesar menjadi juara dunia dan akhirat. Amin. :) Harapan ibu dan ayah agar Qistina dapat menjadi seseorang yg berguna dan solehah dimasa hadapan. Apa pon cita-cita Qistina, ibu dan ayah pasti akan memberi sokongan untuk mu asalkan tidak melanggar syariat Islam. 

Disebabkan keadaan ibu yang dah sgt sarat ni, tak dapat nak buat kek utk anakanda seperti tahun lepas. Sambutan pon ala kadar sahaja. Sekadar kek utk diraikan bersama dgn kawan-kawan di rumah babysitter. Mujur ada lebih, bole la ibu dan ayah makan dgn anakanda. Hhuhuhu.... tang hadiah lak tahun ni ibu dan ayah awal-awal lagi dah belikan. Satu khemah mainan dan block warna princess utk bermain. Nanti bila ibu dah cergas balik boleh la ibu belikan princess dress utk anakanda yer. Hehe... 

Disebabkan sambutan buat kat umah babysitter dan ibu dgn ayah langsung tak join, takde la gambo-gambo sambutan tu. Qistina pon berpeluh sakan masa ibu amik gambar. Dlm kul 9mlm baru la nak mandi yer. Haaaa ada satu permintaan Qistina yg ibu tunaikan malam tu. Qistina nak susu ibu so ibu pon kasi la. Siap bole pilih nak belah mane lagi tu. Hehe..... lepas ni mmg dah jarang dah ibu nak kasi ye. Qistina pon dah nak jadi kakak dah. Sudah besar pon. Pecah rekod ibu nyusu sampai umur 2 tahun lebih. Qistina lagi advance sampai 3 tahun genap. Ekeke...

Akibatnya mlm tu ibu mengalami contraction sepanjang malam. Ingatkan kalo tak berkurang pagi tadi memang nak kene pegi hospital dah. Mujur makin kurang. Sekarang pon ada lagi cuma BH aje la. Mane la tau adik Qistina nak keluar dekat dgn tarikh kakaknya. :)

Gambar atas umur baru beberapa minit.
Kiri, umur setahun dan kanan 2 tahun

Haaa... makan byk. Gambar dia genap 3 tahun :)

Dah payah benar nak pandang kamera



01 October 2013

Czer Scar Checkup

As Salam.

Ahad lepas ada appointment dengan doktor pakar O&G kat hospital kota bharu. Purpose kene check up dgn pakar sebab sebelum ni czer utk lahirkan Qistina. So doktor kk insist suruh p check utk tahu bole tak ai ni bersalin normal lepas ni. Alhamdulillah dah jumpa pakar. Adalah 80% chances utk bersalin normal utk anak ke-2 ni.

Untuk bersalin normal ada risks yg perlu diketahui. Small chances about 0.03% risk czer scar to open while labor jika sakit datang secara natural. Jika induce, risiko tu naik dua kali ganda. Maka doktor pakar kata, untuk kes yg ada czer scar ni, waktu sakit yg bole diberi hanyalah 6-8 jam sahaja. Lebih dari tu kene czer. 

So nak kene la google untuk natural induce selain dari "bantuan" dari en somi kan. Hari tu ada member alam maya dah share pasal natural induce ni. Harap-harap ai tak kene induce la. Sakit oooo... induce ni sakit dia terus sharp. Tak macam yg sakit dtg sendiri ni slow2 progress sakit meningkat so bole la badan prepare utk menahan sakit. Doktor pakar tu sendiri cakap induce mmg sakit tu rasa kuat berbanding hat dtg sakit sendiri. Seriau mikir nak kene induce ni. Dah le tak le overdue sebab GDM tu.

Masa check dgn pakar, kene la scan juga utk pelvis tu semua. Estimate berat si kecik kat dalam ni dah 2.5kg dah. Hat ni mmg percaya la sebab scanner dia sgt baru dan canggih manggih lagi. Hehe... notti plak tu si kecik ni. Asal nak scan je bole p lari-lari ya. Hehe... 

Hari ni masih terasa flat penat balik kelate sehari je terus balik KL semula. Penat gila... pagi sampai terus checkup pastu rehat kejap sgt terus balik KL semula malam tu. Adesssss... semalam mmg amik cuti nak berehat tapi still sakit badan tu ada. Huhu...dah le ada 2 assignment nak kene anto minggu ni. Pingsan................