CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

19 January 2011

Pertama kali menyusu Qistina

Salam.

Dlm n3 lepas2 ada aku attend SGM dari ratuhati.com kan. Start pregnant lagi aku da set mind nak breastfeed bb aku. Ye la.... susu ibu kan susu terbaik utk anak2 kita lg pon Allah juga menyuruh kita menyusukan anak2 kita. Kalo kita tak le susukan cari ibu susuan kalo tak jumpe baru la cari susu artificial aka susu lembu ka susu kambing ka.. Susu ibu ada byk kebaikan dia. Yang paling penting kandungannya mengandungi antibodi. Dlm 3 hari pertama selepas bersalin susu yg keluar dipanggil kolostrum adalah sgt kaya dgn antibodi juga dipanggil cecair bernilai emas. Selepas 3 ari baru susu sebenar atau susu matang keluar.

Niat dihati mmg nak exclusive breastfeed shj. Maksud exclusive ni dimana anak kita diberi susu ibu sahaja selama 6bulan tanpa campur air atau susu lain. Lepas 6 bulan bole introduce solid food kpd bb kita. Meh nak start story mory pasal menyusu Qistina. Hari pertama dia keluar aku da dpt pelbagai tentangan!! Hadeeeiii.. Semua org2 tua paksa suh kasi susu formula. En somi dan aku da pesan awal2 kat nurse jgn kasi susu formula (FM) sbb aku nak breastfeed. Pastu bermula la episod dimana org2 tua memaksa2 ckp bb lapar susu sbb bb besar.. Aku kene bius sbb tu tak le nak menyusu ( ada ka mcm ni??? appara doc ckp aku ok je bole menyusu!! ) aku lak time tu baru pas keluar dari bilik bedah. Tiba2 kene mcm tu terus la aku cari en somi. Dia lak takde kat situ time tu. Dgn berat hati aku pon terpaksa la setuju. Huhu...dlm hati tak ku sangka org2 tua sekeliling aku ni tak terdedah pasal susu ibu.

Nampak kan beza khasiat.

Disebabkan aku sendiri bawa air zam zam, ntah bila diorg dok kasi air kat Qistina. Huhu...musnah da nak dpt first touch within 30minit after deliver. Bila aku da sihat sket aku mintak la Qistina tu aku nak menyusu bole lak depa wat lari Qistina ckp badan aku ada bius lagi tak le kasi susu. Bius masuk dlm susu la. Alahaiii kuciwa lagi aku. Bila aku bole menyusu Qistina tu?? Selepas sehari aku bersalin. Huhu....sedih kan. Tapi tak pe sekurang2nya selepas aku dpt je bb dlm tgn, aku da tak kasi sapa2 amik pon. Hmm...baru puas ati aku. Ari ke-3 ptg tu da bole keluar. Semangat makin membara nak breastfeed bb. Lantak le apa diorg nak kata. Aku tak kesah. Aku tau aku ada susu. Kene stimulate saje. Alhamdulillah.. Qistina masih lagi menyusu sampai skrg tanpa campuran susu lembu.


14 January 2011

Demam!!!

Salam.

Arini bersiaran dgn keadaan demam yg agak teruk!!! Tak mkn ubat mmg tak le nak bergerak. MC daa dpt utk rini. Semalam rasa nak merangkak je sbb terlampau sakit!! Huhuhuu.... Time sakit ni lah terasa nak dilayan cam princess.. Tapi apakan daya jadik princess dlm mimpi la kau..

Sudah pon lunch time tapi nampak gaya takde nak sembuh pon :(

Sgt risau effect ubat yg diambil akan direct ke Qistina. Takat ni amik ubat pon lepas pam susu.

Berpantang

Salam.

Arini bersiaran dari rumah dgn keadaan demam. Tak de la teruk mana, tak mkn ubat tak bole berjalan tu jekkk.. Dah lama tak dpt demam mcm ni. Seram sejuk je badan ni. Haihs.. Ok ok berbalik pada cerita. Ni baru nak bercerita bab berpantang ni... Mcm hal la.. Alhamdulillah time pantang mak aku aka nenek comel telah menjaga aku macam princess tip top. Hahah... suka benor time pantang. hehe... bole dok rileks je. Nak apa2 bgtau jek. Syukur alhamdulillah dpt menempuh waktu pantang yg manis. hehehe (kalo yg tak best tu bole jadik meroyannnn). Suami pon byk membantu. Alhamdulillah...

ehsan pakcik google

Disebabkan aku c-ser, bengkung mmg tak dpt nak pakai la. Kesian beli mahal2 tak dpt nak pakai. Last2 pakai yg tang barut cap AVON saje. Murah2 RM20 shj okeyy...Bab jamu lak disebabkan oleh aku breastfeed anak, aku malas nak start mkn. So set NR tu aku pakai minyak bengkung dia dan ada la sebiji dua pil dia utk lawas berak. Tapi itu da lepas 2 minggu baru aku mkn pil tu. Teh dia dan set uncang tu tak terusik pon sampai la ni. Da nama c-ser set uncang tu tak terguna la sbb kat bawah tak kene potong ( uih ngeri lak pk )

Ini la bengkung AVON.

Berpantang ni bab mknan la paling seksa. Mak aku mmg strict sket la bab mkn2 nih. Sayur mmg takde dlm menu langsung ye. Pastu lauk aku ialah ikan gelama kering, ikan selar dan ikan jaket ( kelate panggil kronge ) dan sket2 daging. Dan resepi kalo ikan ni bakar je. Even ikan kering tu pon just bakar je. Sekali je aku mkn daging bakar. Lain2 mak aku buat sup daging cara org berpantang iaitu takde asam ye. Ayam tak le sentuh langsung. Ada sekali bole mkn telur itu pon dah diletak lada hitam sampai aku tak le nak abeskan. Panas perut wooiiii.... ini org namakan lauk berubat. Huk huk...

Ok bab berurut lak. Rata2 tau kan belah2 ni lagi leceh nak kene jaga kan. So perut aku mmg tak berurut langsung la. Bertungku apatah lagi. Tapi mak aku mmg pandai berurut. So takde la nak mengupah tukang2 nih. Mak aku mlm2 akan urut kaki, tgn dan belakang. Mmg best... syiok wooo.. lg la badan aku ni jenis cepat masuk angin. Hmmm... nak buek camno. Terima je la...

Pastu pasal mandian lak aku guna mandian lulur NR tu. mmg la cepat ilang hitam2 tu pastu mak aku akan sediakan air mandian ape ntah namanya yg ada segala jenis daun dan rempah tu. Haa...mak aku ckp mandian air rebusan ni bagi menyegarkan badan. Aku buat selama 40ari aku berpantang. hek hek....

Sekian,

10 January 2011

HAPPY BABY CONTEST



Salam.

Ini first time masuk GA. Berdebar2 bole tak? Hehehe... 

Contest mengenai happy2 baby... sementelah Qistina suka sgt dok gelak lani ( tapi tak sempat rakam gambar ) ada la sempat snap first time dia gelak. Hehe...best sgt time tu. Comel je (kene la puji anak sendiri kan) bunyi dia gelak.

Category A
Baby : Nik Nawwar Qistina Binti Maarif
Mak Baby : Nik Nurul Azreen Sima Binti Fauzi
Tarikh Lahir : 02-10-2010

Nak tag :: haniharith la.. Hehe...

02 January 2011

Detik detik bersambung nyawa

Salam,

Lama tak bersiaran kan. Hehe... sowi la ye tiada kesempatan. Ini pon bersiaran jam 4.30am. Masih lagi menyesuaikan diri dgn jadual baru :- being a mother and a wife. :D :D

Mari nak bercerita detik detik sebelum bersalin. Seperti sedia maklum, aku time pregnant suspek GDM dan tak leh overdue k. Balik raya ritu daku sempat la check up, booking dan byk lagi utk preparation bersalin ni. So tiba la waktu due aku 1/10/2010 ketika itu masih lagi tiada tanda2 nak bersalin maka terpaksa la pegi serah diri kat Klinik An-Nisa'. Plan da lama nak bersalin situ. Pegi la klinik dia dulu sblom masuk wad. Ada la dekat sejam wat CTG. Siap tdo bangun tak siap2 lagi. Rupanya2 da ada contraction setiap 20minit tapiiii aku tak rasa pape sakit pon. Hehe..serius ni takde rasa pon. Lepas tu sesi selok menyeluk pon berlaku. Bapak aih sakittttt.. midwife tu pesan siap2 jgn tendang dia. Hahaha...bole la skrg kalo time tu mmg nak sepak je. Check2 jalan tak terbukak lagi. Baby lak baru masuk 1/3 laluan. Terus aku kuar darah tanda2 utk bersalin. Pas abih sume timbang berat tu sume masuk la wad. Ooo..berat terakhir aku 55kg. Naik 8kg sepanjang pregnant ni.



Masuk wad, aku diberi ubat utk induce. Ubat telan ye bukan ubat masuk ikut tutttt... Tak lama pastu baru la rasa sakit sket2. Itu aku kira contraction da 5minit skali dan darah turun dgn byk sgt. Org tua ckp kembar darah @ turun darah ni lagi sakit dari air. Huhu..ngeri lak dgr. Sakit contraction aku ni tetap stay mcm tu. Then midwife dtg check, langsung tak terbukak jln lg. Pastu terasa lapar sgt. Suh la en somi pegi beli chicken chop. Hehe.... suka dpt mkn sedap2 ni. Sepupu, adik2 dan mak aku dtg temankan aku. Tapi bila da mlm aku still tak bersalin lagi, sume balik le tinggal en somi menunggu. Terharu den dgn en somi. Sbb da mlm, utk 2nd induce tu diorg ckp esok pagi baru kasi lagi. So aku tdo la dgn lenanya. Mlm tu ramaiiii ibu2 bersalin.

Sesi makan chicken chop dgn sgt lahap. Time ni darah da turun mencurah2.

Cousins dan adik aku turut sama menjamu selera.
2/10/2010
Jam kul 6 pagi mata aku da terkebil2 dok tgk sekeliling. Ye la busan menunggu si kecik tak mo kuar2 lagi ni. Org lain dok kuar masuk LR. Aku jugak yg setia menunggu. Jam 8pagi mak aku dtg temankan sekejap. En somi masih dok membuta. Haha...kesian dia. Kene tdo kat luar wad. Plan nak bilik private. Tapi time tu ramai la plak org. Aku dok dlm waiting list utk masuk bilik private. Klinik ni kecik je. Bilik private ada 3 bilik je. Hmmm...bayaran bukan main mahal. Kompom pasni tak mo da kat situ. Sakit contraction tu terus makin hilang lak. Pegi makan nasi lemak dulu. Pastu terus bgtau nurse ckp contraction da makin kurang. Midwife pon dtg la check lagi. Seluk lagi laaaa... adeiii.. Da 3cm bukak. Terus dia ckp prepare la utk masuk LR. Mak aku da pgi kije da time tu. 

Patut lunch time aku ada order mkn dari diorg. Terus tak sempat nak mkn da. Huhu...masuk LR, kene masuk drip. Takde pon kasi utk berak ke ape ke. Pelik le daku ni. Makin lama makin sakit. Masih bole senyum2 lagi. Ni sakit da 3 minit skali. Graft tunjuk 100%. Sakit pon tahan la. Lama sakit, masuk dlm kul 12t/h lagi. Kul 3 tu dok sakit, tak lama pastu midwife dtg seluk tgk bukaan. Still 3cm dan kepala bb masih jauh. Sakit aku ni sentiasa 100% da. Selang masa lak tak sampai 5saat. Punya la sakit tak tahan. Diorg ckp sakit camni aku patut da terbukak jalan. Air ketuban pon da pecah sendiri. Aku lak punya gelabah takot bb lemas. hehe...sayang anak woo..

Akhirnya, doc dtg..check lagi tgk bukaan tetap 3cm. Aku sakit menggelupo da. Takde offer ubat tahan sakit langsung ni. Aku mintak, diorg ckp tunggu dulu. Doc consult ckp bedah sbb bb tak turun pon dan bukaan aku tak terbuka langsung. 3 cm tu pon asalnya doc tlg sket. Huhu...akhirnya bedah la aku pon. Terus kene bius satu badan. Jam 3.55pm selamat la anak daraku keluar dari perut ikut tingkap. Hehehe.... aku sedar bila da ada dlm wad dan badan menggeletar sbb sgt sejuk. Terus la diorg warmkan aku guna warminng light tu. cam bb da. Hahaha...diorg pon tunjukkan la bb kat aku. Terus cium sket. pastu kasi aku pegang. Syahdu betul time tu. Nama time tu aku tak fikir lagi ye. Ye la jantina bb aku tak tau sampai da lahir baru la tau. Dah.. utk seterus cerita nntkan di n3 baru ye. Layan gambar2 ;)

Menunggu dalam LR. Senyum lagi ni.

Ni la makanan yg patut aku mkn lunch time. Selamat dibedal adik aku.

Akhirnya ada bilik kosong. Family dok menunggu dlm bilik. Sila abaikan sibuyung tak meletup atas katil.

Ini la permata hati ibu dan ayah. Fresh from womb. Bam bam kannnn