CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

23 November 2012

Bercuti di Cameron Highland

Salam.

Cuti berselang Deepavali dgn Maal Hijrah minggu lepas pegi bercuti ke Cameron Highland. Pegi terus balik tak bermalam kat sana pon. Agak penat la.. tapi kat sana seronok utk tenangkan fikiran. Suasana sejuk dan persekitaran yg hijau. Ye la ai first time pegi sana tau. Tak pernah jejak Cameron lagi sepanjang 29 tahun hidup sebelum ni.

Kali ni bercuti bawa sekali MIL yg duduk sama kami time cuti ritu seminggu. Time ni bawa dia pegi jalan-jalan. Merasa minum teh mahai. Haha.... dapat makan strawberry fresh. Bunga-bunga yg cantik. Alhamdulillah masa naik ke Cameron tu tak hujan pula walaupun sebelum ni tiap-tiap hari hujan lebat. Qistina memang suka sangat kalo dapat melancong tu. :)

Jalan yg kami guna nak pegi ke Cameron lalu ikut Sg.Koyan. Jalan dia takde la berpusing sangat dan tak sempit. :) len kali bole p lagi. In shaa Allah plan utk bermalam pula. Hehe... 

































Hari Raya Qurban

Salam.

Entry basi lagik. Kali ni nak tunjuk gambo-gambo raya Qurban. Raya tahun ni alhamdulillah dapat buat Qurban kali ke-3. Ya baru 3 bahagian langsai. Ada lagi 4 bahagian. In shaa Allah moga dapat la langsai hingga genap 7 bahagian. Lebih pon tak pe. :)

Balik raya haji ni kejap je. Cuti hari Khamis before raya. Itu pon dah makan 12 jam perjalanan. Sepanjang jalan nak pulang ke kampung ada beberapa kejadian kemalangan berlaku. Sempat gak terserempak dgn kemalangan maut. Baru je berlaku lak tu. Huhu... Al-fatihah utk mangsa. Kita kene beringat tak salah kita salah org lain cuai dalam memandu. Tapi bila ajal sudah tiba, kita akan dijemput juga.

Okeh selamat sampai ke kampung kami ada byk urusan nak diselesaikan. Lewat petang baru dapat berehat. Esok pagi-pagi dah nak kene kerjakan lembu. Kat Kelantan, binatang Qurban selepas di sembelih biasanya kami sendiri turun padang potong-potong dan lapah utk dibahagikan. Fenat jugak ler... tapi sangat seronok. Bila lagi nak merasa melapah lembu. Ada bahagian diberi utk dimasak dan dihidangkan utk yg sama-sama melapah lembu tadi. Sebahagian dibahagikan kepada org-org kampung. Dan amik sedikit utk dibawa balik KL.

Hari Sabtu dah bertolak pulang. Tapi kami singgah ke Kratong, Pahang utk hantar MIL ke rumah kakak dia kat sana. Ada majlis utk cucu sedara dia menikah. So MIL pegi awal utk menolong mana yg boleh. Hari Ahad baru balik KL. Dari perjalanan 4 jam jadik ke 8 jam. Itu pon jammed sebab kemalangan gak. Kami guna jalan jarang org guna utk balik. Guna jalan Jelebu-Klawang-Kajang. Jalan tu sunyi dan tak terurus bila masuk sempadan Selangor. Huhu... nasib ada dalam 10 kete pada masa tu dok guna laluan tu. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.





Selamat Hari Lahir Nik Nawwar Qistina yg ke-2 Tahun ^________^

Salam. (Entry tertunggak lama)

Pada 2 Oktober 2012 jam 3.45 petang tarikh ulang tahun kelahiran anakanda tercinta, Nik Nawwar Qistina. Alhamdulillah anakanda tercinta telah melangkau umur 2 tahun. Ibu sangat-sangat gembira dan bersyukur. Lebih-lebih lagi Ibu dapat Master in BreastFeeding. Alhamdulillah..diizinkan olehNya.

Ibu doakan semoga anak Ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik-baik serta membesar menjadi anak yang solehah. Membesar sebagai juara duniawi dan akhirat. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Maka genap jugalah perjalanan penyusuan ibu kepada anakanda tercinta. Bersyukur Ibu diberi peluang dan rezeki menyusukan anakanda. Pengalaman yg tak dapat ibu lupakan. Indah sungguh aturan Allah S.W.T. 


Untuk birthday celebration Qistina, kami buat kecil-kecilan sahaja. Mula-mula buat kat rumah babysitter. Lunch time tu sempat la balik tengok jap. Menu kat umah babysitter, meehun goreng, nugget, kek coklat lapis cheese dan air milo kotak. Hehe... malu-malu kucheng Qistina bila time nyanyi lagu birthday. Hehe.. mula dia buat perangai takmo berenggang dengan ibu. Sabar la anak manja oit. Gambar pon tak sempat amik sangat. Ada la rakam video tapi mulut ayahnya tak berenti membebel. Tak nak la post kat sini. Memalukan ai aje. Lepas makan-makan sket, terus la nak balik opis. Macam biasa la anak pasti menangis ingat kita balik amik dia. Hehe....


 Weekend tu pula buat majlis kecil-kecilan utk family. First time buat nasi tomato. Hehe.... Menu hari itu nasi tomato, ayam masak merah dan dalca sayuran. Kek Russian Black & White ai buat utk celebration ni. Dan air sarsi sejuk serta buah-buahan. Alhamdulillah... gumbira tengok Qistina seronok dok bermain. :)

Dan Qistina dapat hadiah ikan emas 4 ekor dari mama long dan pak long dia. Sekarang 2 ekor dah mampus. Sebab apa tak tau. Maybe sebab air tu berbuih so oksigen tak le nak masuk sgt. Huhu... itu dah tukar air tiap-tiap hari tu. Ermmmm..... ntah ler.


Penyusuan lepas Qistina 2 tahun ni, dah tak le nak pam sebab pam rosak dikerjakan Qistina. Huhuhu... nak servis, en somi cakap tak yah la. Nanti beli baru. Huhuhu...sedeynya. So dok marmet je la untuk tak sakit sgt. Siang-siang pon dah kurang menyusu. Tanya babysitter, Qistina ada mintak-mintak susu tak. Jawabnya dah tak meminta susu. Bila org lain menyusu pon dia just tengok jer. Ai plan nak kasi fresh milk kat dia. Nak kasi susu kambeng terasa mahei plak. Tak plan lagi apa yg nak kasi kat dia. Skrg ni just kasi fresh milk sikit-sikit kat dia. Bagus anak ibu, sayang anak ibu. Muahhhh... tapi malam-malam dibantai menyusu sampai ke pagi ler. :)

On her birth day anniversary. :)

Posing sebelum memotong kek

Patut gambar Qistina dan kek tapi abang Hareez mmg suka bergambo. Hehe.. (Ignore je kaki tu)

Birthday Girl and Cake

Acara potong kek. Ibu tak sempat menghias kek. Huhu...

Kek Besday Girl. Russian Black and White.

Lepak santai dgn family. Model Haneef Absyar.

Ikan emas mama long dan ayah long kasi present. Asal 4 ekor tinggal 2 ekor je. T_T