CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

23 November 2012

Hari Raya Qurban

Salam.

Entry basi lagik. Kali ni nak tunjuk gambo-gambo raya Qurban. Raya tahun ni alhamdulillah dapat buat Qurban kali ke-3. Ya baru 3 bahagian langsai. Ada lagi 4 bahagian. In shaa Allah moga dapat la langsai hingga genap 7 bahagian. Lebih pon tak pe. :)

Balik raya haji ni kejap je. Cuti hari Khamis before raya. Itu pon dah makan 12 jam perjalanan. Sepanjang jalan nak pulang ke kampung ada beberapa kejadian kemalangan berlaku. Sempat gak terserempak dgn kemalangan maut. Baru je berlaku lak tu. Huhu... Al-fatihah utk mangsa. Kita kene beringat tak salah kita salah org lain cuai dalam memandu. Tapi bila ajal sudah tiba, kita akan dijemput juga.

Okeh selamat sampai ke kampung kami ada byk urusan nak diselesaikan. Lewat petang baru dapat berehat. Esok pagi-pagi dah nak kene kerjakan lembu. Kat Kelantan, binatang Qurban selepas di sembelih biasanya kami sendiri turun padang potong-potong dan lapah utk dibahagikan. Fenat jugak ler... tapi sangat seronok. Bila lagi nak merasa melapah lembu. Ada bahagian diberi utk dimasak dan dihidangkan utk yg sama-sama melapah lembu tadi. Sebahagian dibahagikan kepada org-org kampung. Dan amik sedikit utk dibawa balik KL.

Hari Sabtu dah bertolak pulang. Tapi kami singgah ke Kratong, Pahang utk hantar MIL ke rumah kakak dia kat sana. Ada majlis utk cucu sedara dia menikah. So MIL pegi awal utk menolong mana yg boleh. Hari Ahad baru balik KL. Dari perjalanan 4 jam jadik ke 8 jam. Itu pon jammed sebab kemalangan gak. Kami guna jalan jarang org guna utk balik. Guna jalan Jelebu-Klawang-Kajang. Jalan tu sunyi dan tak terurus bila masuk sempadan Selangor. Huhu... nasib ada dalam 10 kete pada masa tu dok guna laluan tu. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah.





No comments: