CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

19 September 2010

Sambutan Hari Raya

Salam.

Hari ni hari raya ke - 11. Hehe... aku da berkampung di kampung halamanku. Menunggu waktu utk deliver. N3 kali ni nak cerita berkenaan raya pertama yg ku sambut bersama en. somi. Hehe... wokeyy.. terus terang ku cakap aku tak larat sgt beraya dgn 2 kampung perlu dibahagi sama adil. Huhuhu....

Perut sarat da cukup bulan org tua2 cakap. Mcm ne la nak sakan sgt. Raya pertama dirumah mertua. Biasa2 sahaja. Takde istimewa ke hapa ke..hehe.. Memandangkan mertua saya hanya ada anak sorg saje so sambutan ala kadar je. Takde masakan sempena raya pon. Hanya ada ketupat pulut dan tapai utk anak kesayangan dia. Aku ni mmg tak le nak mkn tu sume. Pulut or tapai mmg ku tak makan sbbkan pregnant ni. Pagi raya aku tak pegi solat raya k. Tak larat la nak solat beramai2 tu dgn aku yg tak le solat mcm biasa da.

Lepas tu mkn2 kat umah mak sedara aka adik kpd mertuaku. Nasi sume kat situ. Aku da kebulur daaa.. Nak mkn nasi tapi sume sibuk dok suruh aku mkn mende lain. Huk huk huk... aku lak mmg la malu nak demand ok. Umah org.. umah mertua takpe lagi. Lepas mkn2 pegi ke kubur. Baca surah yassin utk arwah pak sedara2 dan nenek kpd en. somi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin. Da selesai sesi tu terus balik umah. Kroh kroh kroh........ sampai ke ptg then pegi ke umah mak aku lak.

Kebetulan lak mak aku dah ada kat umah mak sedara kat bunut payong. So direct la kami ke sana. Sampai je aku terus makan dgn banyaknyaaa... Hahaha... tak sedar diri tu. Mkn byk2.. Hehe... aku sampai, akak 2nd pon sampai gak. Tahun ni giliran raya pertama kat umah mertua. Sama dgn akak aku yg 2nd. Hehe... so sampai da ptg, adik beradik aku dan sepupu sepapat yg lain sume da beraya sakan pg2 lagi. Ptg tu mereka da letih pecahkan umah. Lepas mkn2 sume pegi melawat kubur arwah nenek aku dan pak sedara aku lak. Lepas tu beraya kat umah mak sedara sorg lagi. Dokat jo... jalan kaki sampai da.. Mkn lagi. Tak hengat dunia. Aku ni tak perasan agaknya perut aku da terlampau sarat da. Dgn baby lagi dan segala makanan aku telan. Hehehe....



Da ptg hampir mlm balik la ke rumah mak aku. Rehat2.. makan2 ( lagi ) sambil bakar satay. Huhu...aku sempat mkn sikit je satay. Secucuk je. En. somi da nak balik umah dia da. Da la sepi je umah dia nak balik awal2 lak. Huhuhu.... sampai dalam kul 10 gitu. Mertua ku ada kat umah adik dia. Sambil tgk cite. Hmmm... Esok pg2 ada majlis kat umah mak sedara yg ke berapa ntah tak ingat. Merewang la MIL aku ni. So sambil2 tu kitorg yg dok goyang ni pegi beraya umah kakak ipar ku. Lain mak je. Hehe..still consider kakak ipar. First time aku jumpa. Lepas borak2 beraya pegi balik ke umah kenduri tu. Then balik umah. Berehat...kroh2 lagi. Lepas zohor pegi jumpa abg2 ipar la plak. Beraya dgn diorg. Sampai ke magrib. Baru balik umah. Lepas tu aku bersiap2 nak balik umah mak aku le. Patut ptg ok. Ni mlm da.. huh.. tak puah ati aku. Tak pe. Ada lori ada bas.. :p

Sampai umah mak aku terus la aku landing. Seharian dok atas kereta je. Sakit badan ni. Huhuhu... Esoknya majlis pertunangan sepupu aku. Tema biru gitu. Hehe... Mlm tu en. somi ku jatuh gering la plak. Selsema makin menjadi2. Suara pon da lain. Pg2 je rasa badan da panas. So pg tu pegi ke klinik dulu le. Nasib ada yg da bukak. Cian dia... kat majlis tu asek tdo je. Dapat la mc 2 ari utk ari berkerja. Yeay!!! dpt bermesra2 2 hari lagi. Hehehe.... Da dpt mc apa lagi terus ke majlis. Alhamdulillah..majlis berjalan dgn lancar. Aku dgn tak hengatnya mkn dgn lahap skali. En. somi pas mkn terus mkn ubat dan tdo. Cian dia.. raya2 ni demam lak. Kije aku kat majlis tu tukang tgk aje la... Org lain lak risau tgk aku sarat bawak perut. Makanan pon org tlg amikkan. Hehe..mcm princess pon ada. Tapi aku mmg susah nak bgn kalo da duduk. Berat wooo... da 3kg anggaran bb ni.

Bakal pengantin kene berdiri bagi laluan kpd pengantin baru harum lagi.

Kesimpulannya aku dpt la apa yg dihajati iaitu raya = makan dgn sakannya before bersalin. Hehehe... Sampai skrg ni still lagi dok menunggu bb kesayangan ni bila nak kuar. Hari2 pujuk. En. somi da balik KL ari raya ke-5. Weekend ni tak balik tgk aku. Cian dia penat lagi. Raya kali ni mmg sgt penat la bg aku. Penat bawak perut ke hulu ke hilir beraya. Hahaha... Apa pon, aku bahagia dpt beraya dgn en. somi. Hik hik... ( gewdikss )



07 September 2010

Selamat Hari Raya

Salam.

Bersempena dgn kemenangan kita dlm menghadapi cabaran di bulan ramadhan maka Syawal adalah bulan kemenangan. Bulan bersuka ria ( bukan suka ria yg tak berfaedah ye ). Oleh itu dikesempatan ini cheewaaahhh ingin mengucapkan 


Gambo dari pakcik google. Nak wat sendiri tak reti..


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap. Hehe... Terutama kepada en. somi saya yg terchenta.. Maaf ye en. somi kalo ada salah silap selama kita kenal. Hik hik... nnt first raya minta ampun lagi. 

Kepada semua yg nak balik kampung tu. Ini pesanan penaja ye.. Berhati2 la ketika driving tu. Fikir la keselamatan diri sendiri dan juga org lain yg nak beraya juga. Bukan kamu sorg ye. Baik kamu behave. Yg penting selamat sampai. Tak perlu la nak berlumba2 nak cepat sampai. Kalo apa2 jadi kamu jugak menyesal. Kalo melibatkan nyawa org lain da jadi kes lain lak. Tak pasal2 berdosa sbb kecuaian kamu org lain yg merana. So beringat la ye. Tak perlu nak jadi samseng jalan raya.


06 September 2010

Demam Di Hujung Ramadhan

Salam.

Update sket arini. Start sabtu lepas badan da mula rasa sakit2. Tekak rasa perit. Badan rasa panas. Huhu...tanda2 demam nak melanda. Ari ahad bgn utk sahur rasa cam ok je. Tapi selepas tdo balik then bgn pastu terus tak larat nak mengangkat kepala. Huhuhu... demam melanda. Dgn itu kompom la tak bole nak teruskan puasa. Da jadi 3 hari tak puasa. Hari ni pon still lagi demam. Blom berbuka je. Tapi kompom kene buka nak mkn ubat. Makin menjadi2 lak demam ni. Hidung meleleh je hingus. Da jadi 4 hari. Harap2 esok bole puasa. Amin.




Ari ahad tu en. somi nak berbekam. Sebelum berbekam tu pegi klinik dulu la. Doc advise suh buka posa. Dpt la serba 2 ubat. Mkn ubat tahan la sket. Pastu terus pegi utk berbekam. Tak amik gambar lak masa dia berbekam. Cam pelik pon ada. Haha... Buat kat blkg, leher dan kepala. So skrg en. somi da jadi Mr. Kojack. Botak mcm gangster pon ada. Hehe...



Gambar dari pakcik google.


Sekian utk update arini.

p/s : Org2 da start balik kampung da. Daku esok lusa baru balik. Huhu... Berhati2 di jalan raya ye.

03 September 2010

Mengandung Minggu ke-36

Salam.

Lama betul tak bersiaran. Sepanjang ramadhan ni byk sungguh dugaan. Huhu.. lebih2 lagi bab mengandung ni. Takat ni puasa aku da berlobang 2 hari. Harap2 ramadhan yg tinggal lagi 6 hari puasa ni dapat la aku penuhi. Start pertengahan ramadhan perut aku da meragam. Berangin je. Asyik muntah2. Mkn mmg sgt sedikit. Tiada selera langsung. Minum air je byk.




Hari ni genap usia kandungan aku 9 bulan. Hehehe... da tak lama lagi baby ku akan keluar jumpe ibu dan ayah. Gumbira rasa. Tak sabar pon ada. Tapiiii harapan aku biarlah baby kuar lepas raya. Nak beraya sakan gak ni. ;) Sejak 2 minggu ni aku asyik kene Braxton Hicks ( BH ). BH ni dikatakan contraction palsu utk persediaan bersalin. Teruk jugak aku kene. Setiap hari okeyyy... seksa menahan sakit ni. Mcm nak patah tulang pinggang aku ni. Duduk tak kene, baring tak kene, berdiri pon tak kene. Huhu... Baru tau seksanya ibu kita mengandungkan kita dulu. Ampun mami. Nasib la aku ni jatuh bawah kategori anak TAK DERHAKA.




Minggu lepas mami dan sepupu ku dtg fly jauhhh dari kelate semate2 nak sopping raya. Jumaat lepas kawasan Selangor cuti sempena Nuzul Al-Quran. So time cuti2 ni amik kesempatan la nak sopping. Baju aku da tak yah sopping da. Pakai mane yg da beli last ritu kat JJ Bukit Raja. So aku just sopping utk en. Somi aje la. T-shirt dan seluar slack selai. Cukup la. Tak perlu beraya sakan. Tahun ni budget byk ke arah baby dan ibu baby berpantang je. Hehehe.. Sepupu aku dtg hari khamis mlm. Mami lak jumaat ptg. Balik ahad mlm.

Yg tak tahan pegi sogo pada jumaat. Semua maklum sogo tu lautan manusia berkumpul utk sopping. Aku ni amik mana berkenan then bayar terus. Dah duduk diam2. Tunggu spupu aku n bakal somi dia memilih je. Aku dok setempat berehat. Senang kan. Tapi duduk diam2 pon dok tgk2 gak ragam org sopping. Dasattttttt... menakotkan pon ada. Ramainya ya Allah. Ptg tu balik umah akak aku sambil tunggu mami lak sampai dari kelate. Da sampai berbuka siap, terus la ke KL balik pergi ke Jln TAR. Huhu... ingat mlm2 buta pegi takde la crowded mane. Tapi sampai je, ya Allah. Dasat tul org sopping utk raya ni. Mcm semut dok hurung gula. Ramai gak even da kul 12 time tu. Aku jalan2 je la..ikut mami sopping. Mengikut je aku ni tak padan dgn buyung. Abes tawaf hampir kul 2 da. Mula2 nak balik, tapi akak sulung aku ajak p minum lak. Kat kg baru. Pegi la kami pon. Da sampai tu terus order makanan skali. Terus la utk sahur. Balik sampai umah da kul 5pg. Aku teguk air masak je dah...masuk tdo. Penat!!!!




Hari sabtu tu. Aku bgn kul 11 pg. En. somi bgn kul 3 ptg okeyy!! Kalah ibu mengandung penat dia. Bukan dukung aku pon. Hehe.. Berehat dulu kat umah pastu kemas umah then buat kije umah mane2 yg patut. Kul 6 bertolak ke umah akak 2nd aku utk bukak puasa. Mami and the gang satu hari pegi PAS dan PKNS. Cari baju raya lagi. Aku mmg tak ikut la. Mlm tu lepas buka pon diorg pegi lagi. Aku stay je kat umah. Tak larat dah. Esoknya tak tahan pegi lagi sogo. Aku ikut sama. Pegi je..sopping tu takde la. Aku sopping bahan2 basah je. Hahaha.. jgn tak tau rege sogo pon murah2 tau. Terkezut den. Mlm tu kul 9mlm, mami dan spupu aku balik kelate. So kene berbuka kat lcct la gamaknya. Akak 2nd aku masak kitorg mkn kat masjid berdekatan dgn lcct. Sedap lak rasa ikan sardin je pon. Hehehe.. so dgn keberangkatan mereka balik maka sesi sopping pon abes la. Hehe.. minggu ni minggu utk berehat. Yeah!!



Gambar terkini dgn perut 9 bulan. Hehehe....

Semangat nak raya berkobar2 ni. Minggu depan da raya!! Hehe.. tapi semlm buat weekly check up. Jumpa doktor pakar. Bole lak doktor tu ckp "Nampak gaya awak ni tak lama lagi ni. Harap2 sempat la ye balik. " Huhu... saya mau beraya!!! Sume org ckp tgk gaya perut ku ini da tak lama lagi nak bersalin. Sob sob.. nak raya dulu. Baby..kuar lepas raya ye. Hehe...