CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 September 2011

New born in the house!!

Alhamdulillah akak 2nd daku selamat melahirkan bayi lelaki seberat 4kg secara normal. Wahhh teringat2 bau best newborn nih. Hehe... Tak sabar nak jumpa la. Lambatnya bole coti mau gomo itu budak bam bam.

21 September 2011

Perjalanan Penyusuan Tatkala Qistina 11 Bulan

Salam.

Meh sini nak cerita pasal my breastfeeding journey takat ni. Alhamdulillah masih ada rezeki Qistina walaupun drop agak teruk start kita berpuasa. Sampai skrg masih lagi struggle utk up kan balik volume susu tapi dgn dugaan N luka akibat terkena cakar manja Qistina. Ya masih tak sembuh da dekat sebulan. Semalam makin parah tiap kali pam mesti kuar darah. Apa lagi marmet la jawabnya. Naseb sempat belaja dulu. Hehe...

Ok. Dulu tiap kali pam mesti dpt at least 4oz. La ni nak dpt 4oz ya Allah bercinta da.. huhu... skrg rata2 3oz per session. Mane nak cukup. Qistina minum purata 24oz sehari. Daku dpt pam 5x3oz=15oz aje. Mmg selebihnya top up dgn frozen EBM. Nasib dulu dok pulun kumpul stok. La ni stok2 itu masih lagi menjadi penyelamat. Kalo dulu, bila susu drop daku buat intensive pumping. Amik cuti 1 hari, Qistina anta ke BS then aku pam every 2 hour. Keesokkannya alhamdulillah berhasil. Tapi kini sebabkan cuti nan hado terpaksa la buat2 tahan hati. Regular pump mcm biasa, minum extra luar biasa dan mkn pon extra luar biasa juga. Amik masa jugak la. Then mlm2 pon kene pam juga. Ini satu masalah daku. Skrg amat susah nak bgn sbb sgt la letih. Masak + kije + bf + kemas2 + layan big baby lagi. Huhu... redha aje lah. Daku pon kene rehat gak.

Walau apa pon, mesti jgn putus asa! Nak wat power pumping lak, harap2 sedar lah tgh2 mlm ni. Amin. Jgn lupa juga doa agar perjalanan penyusuan di permudahkan olehNya. Amin. :)




Wordless Wednesday || missing my adorable baby

20 September 2011

Open House Rakan RH

Salam.

Sabtu lepas daku p terjah open house rakan2 RH. Hanya sempat pegi 2 biji umah pada ari ahad sbb ari jumaat dan sabtu daku pegi umah pak sedara kat melaka ada open house gak.

Memula pagi2 lagi siap2 nak pegi ke umah pija kat seremban. Lepak2 pastu konvoi ramai2 sekali dgn pija p terjah umah kak as aka pengasas RH. Pija hidangkan kami nasi ayam marrrbelesss. Sbb kan syiok lagi dok borak, niat nak mkn lagi tu daku simpan dulu. Hehe...dasar mkn byk kan... Lepak dekat 2 jam, tunggu shila tapi katanya stuck dlm jammed PLUS highway. So kami pon berangkat la ke rumah kak As. Gather kat sana lak.

6 biji kete dari umah Pija serbu umah kak As. Haru biru satu umah. Hihi.. Gembira dpt jumpa member2 RH. Mula2 sampai tu ada shila dan 2-3 org je. Kami sampai mk2 kejap makin lama makin ramai lak. Mmg bingit satu umah. Hehe.... syiok oooo... borak, mkn2 (roti jala berpagar marbelessss + nugget best banget) sampai moncit perutku pastu snap sana sini. Qistina dok galak borak dgn member2 sebaya (mcm la paham..haha). Take 5 jap, Qistina dok menyusu pastu en somi da ajak balik. Memandangkan jam dah kul 5ptg, daku pon setuju la nak balik. Itu pon atas permintaan kak As, bergambar beramai2. Nak gather mak2 budak ni cukup susah! Hehe...sebok dok borak + bersilat dgn anak2 kan.

Moh kita layan gambar. Oh ya, kat umah kak aris 2 minggu lepas tak nyempat amik gambo. Huhu..


Ahli club anak Ogos 2010
Gambar ramai2
Qistina sebok dok capai kepala org!


Tuan umah pertama Pija
Shila dan Myra bam bam
Zaid anak kak sue
Izn dan Icha comel
Kat umah Pija
Ibu dan Qistina yg galak

19 September 2011

Boikot Restoran CILI MERAH!

Salam.

Ini cerita sakit hati, byk mongok dll. Hati ni sumpah seranah tul. Huiii... mmg dasar mata duitan!! Jom kita sama2 pakat boikot restoran bangang!! CILI MERAH SEC 9, SHAH ALAM.

Sebab apa nak boikot? Sebab ini cerita :: Tragedi.

Kalo manusia dewasa pon menggelupur kene air panas, inikan pula baby kecik! 7 bulan ok. Meraung aku tgk bb comel tu masak daging dia. Baik pula si owner kedai tu langsung tak tanya khabar, tak jenguk mahupun kasi ganti rugi/ tanggung kos medical. Cam haram J.


p/s :: geram tahap apa ntah..


Update :: 20110921 ::
Salam, link tu dah pon di remove oleh owner blog dan kisah ini dah jagi kes polis. Kita tunggu dan lihat camne. Ada dpt response back dari kawan owner restoran tu, katanya owner tu nak melawat tapi tak dibenarkan oleh bapanya. Cekidout dari sini lah ye :: Kejadian tomyam tumpah ke baby


18 September 2011

Minggu Open House

Salam.

Ya minggu ni mesti kita sgt busy attend umah terbuka!! Tak pon mesti ramai gak yg buat rumah terbuka kan. Hehe... Cerita pasal open house ni, terlampau la byk jemputan utk open house. Siap ada yg berkahwin pon ada. Ya time cenggini la kita amik peluang wat majlis kan. Org pon bole dtg time coti2 ni. :)

Start Jumaat smlm pegi umah pak sedara kat Melaka. Satu hari sampai ke mlm open house dia. Daku tlg2 mane2 yg mampu la. Lagi pon dgn Qistina yg suka ngendeng kat ibu dia ja sempat la dok kipas lamb chop kejap. Hehe... yg lain2 tu, daku dah sampai semua da siap. Akak daku pon turut serta join. Meriah tu mmg meriah tapi penat pon sama naik. Hampir kul 12 mlm baru la siap majlisnya. Kami pon turut la berehat. Muahaha...walhal daku da berehat lagi awal sbb tdo kan si Qistina. Ibunya pon turut sama zzzzzzz... :)

Hari Sabtu pagi tu baru bertolak balik ke KL. Takde la jammed pon kat highway nun. Alhamdulillah. Tapi ada nampak beberapa eksiden la. Yg paling teruk bas persiaran. Abes kemekkk. Uhuhu..ngeri lak tgk. Masukkan ke lebuh raya perseketuan, ya Allah jammed teruk!!. Lalu try cari laluan tikus.. Hehe... dpt la keluar ke jalan klang lama. ;)

Sesampai kat rumah terus flat. Zzzzz... ingat bole la nak pegi open house mane2. Tak juga. Last2  bgn2 je da magrib. Mmg takde open house da..close house suda. Hehe... Nnt nak continue jejak open house ari ahad pula. Miahaha... rancangan ke rumah rakan2 alam maya. :)







15 September 2011

Jimat dan Selamat bukan kedekut ok

Salam.

Haha rini saje2 nak post makanan bekal dari rumah. Ya jimat pon ya bersih pon terjamin. Takat ni takde la kes keracunan makanan bila mkn makanan kita masakan sendiri.

Almost everyday daku balik umah dari kije dan masak sekali harung utk esok punya lunch box. Fenat mmg fenat tapi demi keluarga terchenta daku buat juga. En somi wajib menolong hokeh.

Moh kita layan rini punya menu. Hehe... Fully handmade by meeee...

Ayam masak sweet sour
Nasi putih dimasak oleh en husand
Kailain ikan masin

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-55

Salam.

Hari ini hari istimewa buat insan yg sgt teristimewa dihati daku. Kerana dia juga daku dpt menjadi insan berguna. Terima kasih mami. Ya hari ini hari ulang tahun kelahiran ibondaku yg ke-55. Apa yg ku ingin hanya ialah melihat mami ku bahagia dan ceria serta sihat walafiat. Amin. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan keberkatan ke atas setiap kebaikannya. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibuku ini.

Ya daku amat menyayangi ibu ku. Sapa tak sayang ibu kita kan? Hehe... Dia lah yg menjadi insipirasiku dan idolku. Harapan nak menyambut bersama hari istimewa mami menghadapi kekangan kerana faktor jarak yg jauh. Namun daku juga hendak meraikannya walaupun berjauhan. Ku titip doa dari jauh utk ibondaku. Semoga bahagia dan sihat serta dipanjangkan umurnya.

Tak tau nak kasi hadiah utk ibondaku. Daku hanya dpt memberikan kasih sayang tak ternilai buat ibuku sebagai hadiah. :)

Sima sayang sama mami. Mmmuuuahhh....


Ini la mami ku. Cantik tak dia? Hehe...
Bergambar ketika beraya baru2 ini.





13 September 2011

Susu Ibu Menggelikan??

Salam.

Tajuk tak hengat donia kan? Haaa ini la yg berlaku dlm dunia penyusuan susu ibu. Ada je yg tak reti menghargai anugerah Allah ni dan ckp geliiiiiiii.. Weiiii susu tu bukannya najis sampai nak rasa geli2 ok. Mcm la kami2 yg menyusu ni kasi anak2 tu najis sampai ko terasa geli. Itu fitrah ok. Anugerah tak ternilai dari Allah S.W.T. Kang ckp buta ilmu marah. Reti marah org tapi tak le nak terima balik amarah org lain.

Well daku mmg sentapppppp ok. Lagi2 yg dok ckp geli tu adalah someone relate to me. Mmg la tak amik pusing sgt. Tapi geram tu ada. Takdek pon daku ckp, "geliiii dok minum susu bukan manusia". Main sedap mulut je ek. Dah sedas dua kene balik. Daku siap screen capture lagi kasi bukti. Mari kita sama2 doa agar org2 mcm ini dibukakan pintu hatinya. Semoga mereka ini sedar diri yg ini semua ciptaan Allah.

Toksah la menghina ciptaan Allah. Karang tak pasal2 kene bayaran cash dariNya. Dosa pon dapat.


p/s :: Kepada ibu2 yg tak menyusukan anak dgn susu ibu, jgn anggap entri ini mengkondem kamu. Ini entri sentapan rohani kepada org yg tak reti dan berkata geli kpd daku ini! Daku pon minum gak susu lembu sebelum ni sebelum anak daku alergik dgn susu lembu.







12 September 2011

Oh susu..

Salam.

Daku bersiaran dari MV sambil tunggu en somi sopping. Kita manfaatkan masa yg ada.

Oh ya daku mau meluah ferasaan tak seberapa nih. Puas sudah dianalisis kenapa la cik susu kuar spt shy shy cat skrg ni? Alhamdulillah masih bole menampung permintaan si bam bam yg makin kurus. Harap jgnla makin kurus. Double chin dah ilang.

Skrg ini susuku sekali pam dpt la ngam2 3oz. Nak dpt 4oz mcm before puasa tu berchentaaa... mane ntah sebabnya. Bulan depan Qistina setahun da. Gigi satu pon tarak, susu nak mcm biasa. Hmmm... Kawan2 any solution?

Ps:: jadual pam daku mcm biasa.

10 September 2011

Testing ipong app

Salam.

Testing dari Qistina.

Harap blom basi lagi.

Salam.

Semua dah update pasal raya, daku baru terkedek2 nak upload gambo. Hehe... raya kali ni raya pertama utk Qistina. So preparation utk Qistina adalah yg utama. Ibu no 2 ayah no 3. :p

Wokeh maleh nak cerita panjang lebar mane. Raya kali turn kat umah daku ( tapi mostly still kat belah sana :( tak suka hokey). Malam raya aku la org paling sibuk tlg mami aka nenda tersayang Qistina kat dapur. Hari terakhir puasa, pagi2 lagi daku dah rebus nasi himpit cap Nyonya. Beli instant punya senang. Tgh hari sket daku buat puding roti dan sos kastard. Sepatutnya ptg tu aku nak buat gulai ayam utk nasi dagang dan roti jala tapi ayamnya stuck kat kuala krai daaaa... Tayar pancittttt.. so kene la tunggu. Stok ayam proses yg ada tu kasi kat customer lain dulu. Oh ya, adik ku meniaga ayam proses segar. So mmg kitorg amik ayam dari dia ja. Dah le dia je yg buka sampai ke mlm sempena raya. Mmg mantopsss meniaga time tu.

Dah sampai ayam, time tu daku sibuk dok buat roti jala sambil berlari2 p nyusukan Qistina yg dok kerap terjaga. Ayam sampai kul 11mlm gitu kalo xsilap. Mami dok potong2 ayam, akak 2nd dok prepare bahan utk gulai kuning dan ayam. Then daku basuh2 ayam, mami daku sambung tebar roti jala. Sampai ke pagi mami dok wat gulai. Mujur yg lain2 tu dah prepare awal2 so mami just buat je la. Takde la fenat sgt. Daku lak tertdo time p menyusu Qistina hampir kul 3 pagi. Fenat gak okay..

Pepagi raya tu dah agak lewat le bgn tapi sempat le solat subuh pastu dok berebut nak iron baju. Haha last2 daku continue gosok semua baju yg tak gosok lagi utk semua org! En somi dah siap pegi solat raya daku tak mandi2 lagi. Prepare hidang makanan la hape2 la. Biasa la akak 2nd dah tunggu masa je nak bersalin. Bergerak pon susah. Aiii aje la yg dok tlg mami ai. Akak 1st dok beraya belah en somi dia. Dah siap2 berbaju raya terus nak kasi duit raya! Tak nyempat2 la en somi nih. Daku pon continue mehlantak sbb da lapoooo. Daku baru je nak beraya bersama2 keluarga sebabkan keluarga daku mmg jenis pepagi bzzzz utk preparation lagi biasa tgh hari baru la bole nak beraya. Petang baru berjalan2. Ini kebiasaan kat umah daku le. Tapi tepat kul 12 en somi ajak balik kg dia da. Moncong la daku.. yela baru nak beraya. Uhuk2222...

Well daku bertolak ke umah MIL pon dlm kul 2 lelebih. Jarak patut sejam je jadik la hampir 2 jam. Biasa la petang2 org2 keluar utk beraya. Mmg jammed ler. Sampai2 kat umah MIL beraya la dgn dia. Pastu takde dah. Lagi pon mmg tradisi belah en somi mmg takde wat nasi ke gulai2 ka. Tarak ok. So dok melangut daku tak tau nak wat apa dah. Mlm tu tdo sana then raya ke-2 pon dok sana gak. :(

Qistina riang ria mcm biasa. Dari raya pertama. Walaupun muka dan badan berbintat kene serangan terik cuaca dan alergik dgn habuk. Uhuk2 cian Qistina. Tapi mami daku kasi bedak merah tu. Alhamdulillah ok la. Raya ke-2 ptg tu dah nampak surut dah bintat2 di muka dan badan. Raya ke-2 pegi ke umah sepupu sepapat belah hubby dgn adik beradik yg sebapa. Kami dihidangkan dgn ketupat palas semata. Woahhhh daku kebulur!! Haha...tak pernah lagi beraya rasa kebulur. Uhuhuhu... destinasi terakhir aje baru la dpt mkn nasi. Itu pon MIL ku da request kat tuan rumah. Haha.. mujur la tuan umah tu sepupu hubby je. Rapat la jugak. Bole la alas perut. Kenyang suda....

Raya ke-3 baru la balik semula ke kg daku. Haaa... apa lagi harus la mami den ajak p beraya kat umah member2 dia. Pegi 2 buah umah je tapi sehari suntuk masa. Harusla jammed tak hengat k. Byknya masa kat atas jln je. Uhuhu...nanges lagi. Mlm tu mak sedara daku wat bbq. Makan sampai senak sabo je la. Hehe.. dah lewat baru balik umah. Raya ke-4 pon dah ptg baru la berjalan2. Sebab da ngantuk seharian sebelum tu dok berjalan je. Kali ni open house nasib dekat dan tak jammed. Makanan pon merbeles. Hehe... Esoknya dah nak balik. Sedih ai.. Moh kita layan gambo lak. :D :D


Raya pertama

Ciuman raya dari Qistina

Ibu dan Qistina

Sepupu yg dtg pagi2 raya

Antara yg beraya

Dah dok kasi duit raya
Kat umah mak sedara hubby

Qistina muka tompok2.

Mari belajar wat ketupat palas


Raya ke-dua


Cantik tapi panassss sgt

Kat umah mak sedara hubby

Qistina masam tak tahan panas


Raya ke-ketiga


OTW g ke umah pertama

Member mami pertama. Bosar umahnya

OTW ke umah ke-2 kat rantau panjang. sgt jammed

Dah pon sampai.

BBQ kat umah mak sedara

Antara yg mehlantak






Apa pon tetap seronok beraya. Qistina la yg paling suka sbb byk duit raya!!




06 September 2011

Qistina 11 bulan

Salam.

2hb September 2011 genap la Qistina umur 11bulan. Alhamdulillah semakin sihat, cergas dan ceria. Pada hari sama juga Qistina merangkak dgn jayanya. Selama ni merangkak ala2 malas pastu continue dgn cara komando nak ambush tu. Rasa gumbira sgt. Lagi sebulan nak ke setahun. Cepat benar rasa masa berlalu. Baru terasa dok melahirkan Qistina. Rindunya saat kegembiraan menyambut kelahiran dia. Sebulan juga lagi la daku nak dptkan Ijazah dlm menyusu! YEAY... harap2 sampai la hajat beta mau menyusu sampai 2tahun.

Wokeh meh kita tgk dulu milestone Qistina takat ni :

1) Merangkak dgn lajunya sampai keliling ruang tamu
2) Membebel dgn jayanya ( ini tak lain tak bukan ikut peel ayahnya )
3) Dah berjalan dgn menyusur disekitar barang dipegang ( ye dia berdiri dulu baru merangkak )
4) Berdiri dgn megah sambil belajar dok nak lepas tgn.
5) Dah makin kurus sket ( part ni paling tak suka )
6) Dah sgt pandai ekspress rasa dan kehendak
7) Masih menyusu dgn jayanya
8) Blom tumbuh gigi
9) Dah pandai bergurau dgn org sekeliling
10) Dah bole dibiarkan bermain sorang2 ( tapi still kene ada org sekeliling )
11) Pandai berebut barang. ( selama ni biar je kene buli )
12) Masih lagi tak suka didukung oleh org tak dikenali
13) Saiz baju dah meningkat
14) Pandai mengamuk
15) Suka ajak org berbual
16) Suka menyusu sambil tdo atas badan ibu!
17) Pandai meniru aksi2 org lain