CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

27 April 2012

Homemade pizza

Salam.

Selesa lepas request daku kepada encik suami buatkan pizza. Tapi cam biasa la resepi dari internet gak. Resepi ni dah berkali2 buat. Hehe.... sedapppp. Topping lak buat byk2 sampai melimpah ruah. Hehe..... kitorg suka yg jenis nipis. Sebabkan takde tempat nguli yg besarrrr so buat takat mane yg ada je la..

Gambar sempat snap sekeping ajo sebelum semua abes. Daku ni penggemar pizza. Suka order dari domino cepat tangkas dan sodap. Tapi memandangkan ongkos membeli pon bosar, mari kita berjimat. Buat ikut sedap dan letak cheese byk2. Sebab dah malam dan daku dah naik berat berkilo2, maka cheese tu limited edition la plak ( sebenarnya en somi yg nak diet ). Apa pon masakan beliau ada kelas tersendiri. Ececece sapa lagi nak puji kalo bukan bini dak gitu? Hehe......

Nak tepek gak resepi kat sini. Kopipes dari MYR kecuali gambar tu fresh from my oven. ::

Air tgn en somi. Overloaded pizza





Bahan-bahan ( loyang 11" )

** Untuk doh pizza **
200g / 2 cawan tepung gandum
20g / 2 st yis segera
3g / 1/2 st garam
5g / 1 st gula
10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cwn air suam untuk menguli
** Untuk sos pizza **
1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak masak
3 sb tomato puri
2 sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano
garam & gula

** Untuk Topping **
Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas
Keju untuk pizza

Cara-cara

** Untuk doh pizza **
Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.

** Untuk sos pizza **
Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.





Multigrain bread

Salam.

Lama tak update. Hehe..... hujung minggu lepas Qistina ada follow up kat DEMC utk sakit dia baru2 ni. Alhamdulillah makin sihat. Kahak takde.. batuk2 takde dan demam pon takde. Syukur sangat dan hari tu jugak amik cucuk last jab utk pneumococcal... tak demam pon. Hehe... asek dok tunjuk je tempat dia kene cucuk. Kesian tengok... sabar la anak. Untuk kebaikkan. Nanti bulan depan cucuk lagi ye. Kali ni utk jab wajib lak. Patut nak cucuk waktu check up tu. Kebetulan dia sakit lak so postponed la ke bulan depan.

Ok la Ahad lepas buat roti multigrain utk Qistina dan en somi. Sebenarnya ni dah kali ke-2 buat. Ni buat byk2 sket request dari en somi. Suka sangat makan roti. Nak buatnya senang ajo. Roti jenis ni tak gebus ya sebab byk serat dia lebih berat dan cepat kenyang. Gambar tak sempat nak snap sebab asek dok kejar masa je. Huhu...... sempat snap gitu2 jer...

Ini first time buat

Rasa dia sedappppppp... hehe.. resepi amik dari buku yg disambar kat warewolf sale dulu. Berbaloi2 beli. Banyak buku resepi daku rembat. Ada berapa kerat je guna. Hehe.... Kali ke-2 ni daku buat bun utk separuh adunan separuh lagi buat loaf macam yg kat atas tu.. Bun terover masak sket tapi loaf tu ngam2..ngeee.... bakar semua sekali gus tu la jadinya. Hehe.... yang utk ke-2 ni daku ada masukkan flax seed dan rasa dia jadi lebih sedap.


Ini bun overcooked.. rasa tetap sedap


Nak tepek resepi kat sini lak.

Resepi asal : Easy Home Baking oleh Carole Clements

Multi grain bread

Bahan2 (1 loaf)

1/2 sudu kecil yeast
1oz air suhu bilik
35g rolled oat
225ml susu
1 sudu kecil garam
1oz minyak
27.5g gula perang
1 sudu besar madu
1 biji telur dipukul sedikit
15g wheat germ
260g wholemeal flour
210-245g tepung roti

 Cara2
1) Campurkan yeast dengan air, kacau dan biarkan selama 10 minit dan berbuih.
2) Masukkan susu, minyak dan oat kacau biar sebati. Masukkan campuran yeast dan kacau.
3) Kemudian masukkan gula, madu, wheat germ, telur dan wholemeal tepung.  Kacau atau uli sampai menjadi ala2 doh kasar.
4) Alihkan doh ke tempat menguli dan mula uli sambil tambah tepung roti sedikit demi sedikit sampai menjadi doh dan tak melekat di tangan. Adunan ni agak2 dlm 500 gram keseluruhan tepung + wholemeal tepung.
5) Letakkan doh dlm bekas yg dah digris dengan minyak sehingga naik 2 kali ganda dan tutup dengan kain lembap atau cling wrap yg digris dengan minyak juga. Agak2 dalam sejam setengah ke dua jam utk doh naik 2 kali ganda.
6) Selepas naik dua kali ganda, keluarkan doh dan tumbuk2 utk keluarkan angin. Kemudian bentukkan ke bentuk yg digemari dan masukkan ke dlm loaf pan/ pan.
7) Tunggu 45 minit utk doh naik sekali ganda dan bakar dlm oven suhu 190 darjah selama 20 minit.
 




16 April 2012

Kembali Bekerja dan Apam Beras

Salam.

10 hari tak bekerja sebab Qistina demam + batuk berkahak tu. Rini start kembali bekerja. Rasa lemauuuuuuuunyaaaa... Sepanjang daku EL ni, opismate ku la yg amik alih tugas2. Terima kasih yerrrrr... hehe... jasamu ku kenang. So takde la byk benor kije pending. Hihihi.... sukaaa.. 

Wokeh, semalam sempat daku buat apam beras utk Qistina. Sebabkan dia asekkkkkk nak makan je kijenya selepas balik dari hospital. Petang semalam p la cari resepi. Bahan2 semua dah ada. Tunggu gaul aje ni. Hehe.... tengok2 sekali kene tunggu 3 jam daaaa... Malam tu baru la bole mengukus apam. Alhamdulillah sekali buat dah jadi. Lagi pon simple aje resepinya. Sedappppppppppp kalo tak camne la Qistina bole abeskan 3 sekali gus. Tak sempat dah nak tunggu esok. Malam tu jugak nak biarpon mata terpisat2 mengantuk. Alahai anak ibu sayang. Meh kita tengok aksi budak mucuk makan apam. :)

Resepi amik dari MYR : apam beras


Apam... ada tersenym ada tak.. hehe
Budak kecit tak menyabo sampai dok cium2
Yeay dah dapat...
Dah pon ngap... haaaa makan tgn kiri sapa suruh??

09 April 2012

Qistina Warded

Salam.

Sekarang bersiaran dari DEMC lagik. Huhuhu... awal2 buat appointment dgn DEMC utk checkup biasa Qistina sempena masuk 18bulan kan kene cucuk dah. 2 hari sebelum appointment Qistina start demam, batuk dan selsema. Tiba2 je sakit. Seminggu sebelum tu asek selsema je. Tapi dah nak sembuh tu terus kene demam lak. Alahai anak.... tak tau la jangkit dari umah BS ke apa. Ya la dah ramai budak kan. Mesti la berjangkit gak. 

Pegi DEMC appointment sabtu pagi. Check2 rupanya kahak jahat dah pon bertapak dalam paru2. Doc bagi option, bole dtg utk amik neb setiap beberapa jam atau bole je nak warded. Asal plan warded utk weekend je. Bila Ahad tu Qistina asek demam panas dan suhu pon tinggi je so extend la lagi sampai ke Isnin. Moga2 anakanda cepat sembuh ya. Sedih hati ibu tengok anak ibu demam macam ni. Skrg dah start antibiotik dan antiviral. Kahak dah pon berkurangan dlm paru2. 

Ibu doakan Qistina cepat sembuh dan membesar dgn lebih sihat. Amin.

 


Nangis sebab tak leh nak nenen. Ibunya nak amik gambo ;)
Majuk suda....
Qistina baru boleh tido. Kalau tak asek batuk je.

04 April 2012

Qistina 1 tahun 6 bulan

Salam.

Hehehe.... alhamdulillah dah setahun 6 bulan Qistina pada 2 April 2012. Membesar bagai johan! :) dan masih lagi menyusu dengan jayanya. Alhamdulillah... dapat Master in Breastfeeding. Moga penyusuan dapat diteruskan hingga ke PHD. Ada 6 bulan lagi. Nak kene tempuh waktu berpuasa gak ni. Moga2 dipermudahkan. Amin.

Perkembangan dia.. macam kanak2 lain juga alhamdulillah. Sekarang dah ajar mkn rempah ratus. Kari bagai tu... selera tok sah cakap la. Perut dah sendat still nak mkn lagi tu. Huhu... pasal ni mmg sangat merisaukan. Kene kontrol kalo tak perut tu. Ayorkkkk.... Pantang ada makanan ada atas meja. Laju jer dia nak p makan. Letak bungkusan makanan wajib la kene korek. Kalo kene marah kemain lagi muka tu sedih sgt. Ish ish... kamu buat ibu cairrrrrrr... hehehe... comel je tgk nangis sedih tak le mkn. Kih kih kih.. suka sakat Qistina. Semalam ibu MC. Seharian dok bermain dgn Qistina. Apa lagi amik peluang la kan menyusu tanpa henti. Kalo ibu bangun nangis kan. Kesian dok main sorang2. Pagi ni excited nak bermain dgn kawan2 lak.

Dah sangat faham apa yg ibu dan ayah cakap. Sudah pandai menyuarakan ( dengan bahasa jerman dan badan dia ) apa yg mau. Suka sangat bergurau dan berkawan. Pandai memujuk ibu bila ibu marah. Sudah mau bermain2 dengan ayah. Pandai berdoa utk mkn dan naik kereta. Hehe... sungguh cepat terasa masa berlalu. Baru je terasa seperti baru melahirkan Qistina. Teringat2 ketika Qistina tak tahu apa2. Skrg perkembangan Qistina sgt pantas. Risau ibu lak tak terkejar. Moga Qistina menjadi anak yg baik, hamba ya taat kepada Allah S.W.T dan org yg berguna di masa hadapan. :)