CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

23 August 2011

Rich choc pudding tak menjadi!

Salam.

Tgk tajuk da tau kan. Hehe.. so dgn itu kompem takdak gambo utk entry ni. Weekend ritu saja2 ja nak buat puding alang2 dah ada bahan2 dia. Last2 buat dan sejukkan, asal lembik je ni? Huhu... tapi rasa dia tetap marrrveless. Hehe... masih boleh dimakan. Lembik sedikit ajo ;)

Daku buat dgn sos kastard. Setelah buat analisis, maka hasilnya adalah daku tak masak sampai betul2 pekat. Huhu... sabo je la. Len kali  bole buat lagi. Senang yg amats!



18 August 2011

Susu Berdarah!!

Salam.

Baru je lepas mengepam sesi ke-2. Dah sudah pam, alih2 tgk ada darah laaaa.... uwaaaa... sedihnya. :(
Daku ada baca mmg bole je kasi tapi sanggupkah kita beri susu bercampur darah? Dah le pam dpt ciput aje. Sekali yg berdarah tu belah B yg paling byk susu banding yg sebelah lagi tak kene. Uhuk2...


Nak nangis bole?? Dugaan di bulan ramadhan. :(


Nampak tak beza??





17 August 2011

Puasa dan Menyusu

Salam.

Kita berpuasa dah separuh bulan. Tinggal beberapa hari je lagi nak menyambut raya! Wahaha... ini daku tak sabo nak nunggu nih. Tapi kan rasa sedih gak le nak tinggal bulan yg mulia ni. Apa2 pon tak buat lagi! Baca Quran pon blom sempat. Huhu sedih!! Semoga hari2 yg tinggal ni daku dpt manfaat sepenuhnya. Amin. ( Telinga dah dok dgr lagu raya je ni ).

Oh...daku menyusu tapi puasa masih penuh. Alhamdulillah.. syukur sgt. :) Bajet2 nak capai tak yah ganti puasa nnt moga2 tercapai. Amin. hehe.... Ramai gak yg heran nape daku bole puasa lagi sedangkan daku menyusu. Diorg tanya tak penat ke? Tak dehydrate ke? Takde apa2 effect ke? Meh sini daku jawab. Allah tu Maha Pengasih..daku tak mengalami apa2 kesukaran setakat ni sepanjang ramadhan. Alhamdulillah syukur sgt. Ya mmg pernah sekali skip sahur tapi mmg takde effect. Badan masih sama cuma rasa lapar lebih sket. Tang tu takkan tak leh tahan kan? Dahaga? Opkos la dahaga. Wat pe org ckp puasa kalo tak bole tahan lapar dan dahaga? Ini daku punya badan masih lagi boleh bertahan. Bab menyusu lak susu daku ada sedikit effect la.. Effect kerana daku penat. Hanya penat saja wat susu daku drop. Tapi sampai skrg daku masih penat! Huhu...so mmg tiap2 hari penat la. Susu drop la 1oz utk setiap sesi. Byk wokeh!! Tapi daku masih lagi bole top up dgn stock yg dok pulun sebelum ni.

Ini la salah satu sebab kenapa aku nak wat stock. Bila time2 memerlukan sgt membantu. So aku tak risau aku tak stress! Maleh nak tambah penyakit. Hehe... skrg stok hanya bole buat bila ada lebihan. Kalo dulu bole la aku wat stock 18oz setiap minggu tapi bulan ni hanya dpt 12oz saja. Hmmm... takpe lepas ni pulun balik wat stock. Jgn risau jgn sedih. Kita bermunajat kpdNya. Usaha lepas tu tawakkal la. Tak mo la stress2 mcm awal2 zaman penyusuan dulu. Pengalaman mematangkan kita. Dak gitu? Hehe... so susu kering time puasa adalah mitos! Bagi daku itu semua mind set sahaja. Fikir kita boleh, positif baru la semuanya nampak best saja. Ada faham? Tak faham buat2 faham la ye.

Oh ya, sepanjang berpuasa ni daku hanya sekali membeli di bazaar ramadhan. Itu pon planning asal mmg nak mkn lauk dari bazaar shj tapi jadi lain cerita. Disebabkan rege kat param tu sgt la mahal then tak sedap lak tu. Daku pon rela hati masak la utk berbuka dan sahur. Ini lah punca penat daku. Kije + menyusu + pam + memasak + mengemas! Aiyarkkk nak jadi supermak!!!! Biasa daku masak sekali utk berbuka. Yes daku masak pagi hari time bersahur baru berselera sket. Pastu lebihkan utk ke berbuka. Nnt balik penat kije takde la nak bersilat kat dapur lagi. Hehe... en somi riang gumbira la dpt mkn kat umah. Mamat tu mane suka mkn kat luar. Membazir katanya. Huhu... teringin nak mkn buffet japanesse food. Best wooo... kadang2 time daku penat sgt en somi la masak. Itu pon masak nasi dan sayur aje. Lauk still daku yg masak. Tapi kemas umah skrg ni en somi la yg buat. Penat wehhh...daku dok menyusu Qistina 24jam. I heart u lah darling..

Apa pon, byk lagi persiapan raya tak buat! Huhu... nasib la kan. En somi pon tak bersungguh daku pon apa lagi. Takde rasa sgt nak beraya. Boleh?



Pssttt : Mau cari LED tv. Mane satu yg best eh?





15 August 2011

Balik Kampung

Salam.

Entry lama tak terpublish. Huhu...

Last 2 weekend 5hb Ogos 2011 lepas kami balik kampung... yeahhh!! Agak memenatkan sebab tak amik cuti just balik time weekend aje. Oh bukan saja2 balik tapi balik nak check up Qistina kat HBKB nama skrg spital tu panjang benor. Nape check up kat kelanta? Disebabkan peristiwa dulu2 di entry ini dan sambungan sini. Disebabkan kelantan working day dia start ari Ahad, kami check up pon ari ahad la. Ari lain tak mo la. Sabtu tutuppp.

Alhamdulillah ini pertama kali balik selepas Qistina da panjang akal dia, risau gak takot ngamuk dlm kete kan. Boleh behave suda anak dara ku ini. Dulu2 kene pegang je tak mo dok dlm car seat langsung. Huhu... Bayangkan la 8 jam perjalanan. Bahaya wooo... kali ini berjaya tdo lama2 dlm car seat. Sebab pulang pon ari Jumaat mlm sabtu. Ok la daku pon bole berehat zzzzz... Cian ayahnya Qistina drive sorang2. Tapi daku tdo pon sejam aje. Pastu temankan si ayah Qistina. Sempat la sahur sama2 dgn family. Alhamdulillah...sodapppp mak den punya masakan. Rinduuuu sgt :)

Sampai je umah mak, siap2 mkn lepas solat terus melepettt. Huhu... sama naik dgn Qistina. :) Ptg tu mak den ajak p beli barang utk berbuka. Sakan jalan2 kat KBMall.. haha mende sama je tapi terasa kat sini lagi murah. Errmmm... jalan2 Qistina nak menyusu lak. Sambil pakai ssc tu sambil menyusu dan den pon sarung la apron nursing cover tu. Hehe... pelik je mata2 sekitar dok tgk. Pedulik.. ehe... Balik umah terus kuar balik ke pasar ramadhan! Haha.. pulok berjalan tanpa henti. Esok dah nak balik kan. Pegi ke pasar ramadhan stadium. Nampak makin kecik lak kawasan tu dan tak semeriah dulu2 zaman anak dara. Heehe... cari la ayam percik. Nampak semuanya best2. Paling best en somi nak beli kueh onde2 tapi rege lagi mahal dari KL! Aiyark.. melampau betul. Ini cekik darah namanya. Dah le kecik cinonet ajo. Patut la da tak meriah mane. Diorg ni meniaga nak cari untung saja la ni. Harga mahal gila. Apa pon sempat la rembat sket2 apa yg kempunan tak dapek kat KL ni. :)

Mlm tu buka posa ramai2. Meriah seronok sungguh! Hehe... kalo kat umah hmmm sunyi sepi je tapi still juga suka sebab masih lagi bole berbuka dgn en somi + Qistina. Esoknya pagi2 dah bersiap p spital. Check up Qistina. Berat da 10.3kg dan panjang 69cm. Doktor check berat dah border line obess. Uhuhu...tak pe doc pon tak kata apa. Hehe... sume progress nampak normal elok dan terlebih sihat. Hehe.. next checkup lagi 6 bulan. Yeahhh.... sampai la umo Qistina 2 tahun baru stop check up. Ermm... apa2 je la asakan utk Qistina. :)

Selepas je checkup kami sekeluarga pegi jalan2 hirup udara sogarrr. Hahah... en somi sempat beli tembikai madu 20 biji! Haiyoo ingatkan nak jual balik tapi ini plan jangka panjang dia utk bulan berbuka bulan puasa. Daku lak p beli tulang rusuk utk wat sup tulang. Wah wah wah.... terliur jap. Hehe.. pastu jln2 sambil cuci2 mata then balik ke umah mak. Balik kemas2 apa patut. Siap2 terus la berangkat ke sarang. Alhamdulillah Qistina tak meragam dlm kereta sepanjang perjalanan tu. Siap tdo direct 3 jam. Pastu bosan da..Ajak main2 pon tak jalan. Sambung tdo balik lepas nenen. Sempat la singgah bentong utk berbuka puasa. Jam 10mlm sampai umah. Alhamdulillah..syukur.. :)

Nak tepek gambo gak tapi sempat snap sket ajo. :)


Dok tunggu turn jumpa doc
Dah tak reti dok diam sgt.
Apa la yg di tgk tu.
Pantai cahaya bulan yg terhakis
Dulu tmpt ni sgt cantik.
Tunggu nasi utk berbuka
Alahai konon comel la tu wat moncong?
Ayah ckp dahi luas mcm ayah (perasan)
Dok tgk makanan org eh??















09 August 2011

En Ithnin Sudah Selamat Pulang ke pangkuan keluarga

Salam.

Maaf la ye lambat update mengenai En Ithnin. Beliau sudah pun selamat ditemui setelah 3 hari hilang. Dijumpai di masjid berdekatan dgn rumahnya. Di mana sebelum ini isteri dan rakan2 beliau telah pon mencari di kawasan tersebut. Semoga keluarga mereka bahagia keakhirnya. Amin. :)

Gembira sungguh bila tau kepulangan en Ithnin. Alhamdulillah...


04 August 2011

Missing person || Mohon Bantuan || En. ITHNIN NGADIMAN

Salam.

Rakan2 sekalian jika ada sebarang maklumat atau terjumpa dgn en. Ithnin Ngadiman, tolong sampaikan kepada Sarjan Radha 0126059997 atau Siti Al'Izzah 0133101221 atau mak kepada Siti Al'Izzah 0163743248. Mari kita sama2 sebarkan berita kehilangan ini kepada org ramai. Semoga dpt membantu Siti Al'Izzah dlm mencari suaminya.

Details ::

Siti Al'Izzah bgtau suami beliau hilang ketika hendak mengambil Tafsir Al-Quran di dalam keretanya pada 2 ramadhan jam 3 pagi ketika umat Islam bersiap sedia utk bersahur. Time tu dah 20 minit keluar tapi tak masuk kembali ke rumah, dia check kat luar dan langsung takde kelibat suaminya. Suaminya hilang sehelai sepinggang, tak bawa hp, ic atau wallet dan pintu kereta lak terbuka. Suaminya memakai baju melayu warna merah dan berseluar hitam.





Mari kita sama2 doakan keselamatan ke atas en Ithnin dan selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Amin. Ya Allah, bantulah hamba mu itu. Kembalikanlah suami ke pangkuannya dgn keadaan selamat. Amin. Jika rakan2 dpt memberitahu masjid2 berdekatan agar dpt buat solat hajat juga sungguh membantu.

Semoga Siti Al'Izzah dan anak2 tabah menghadapi dugaan di bulan ramadhan. Amin.



p/s : Maaf kalo ayat lintang pukang. Nak cepat tak dpt nak wat karangan.






02 August 2011

Happy 10th Month My Little Princess

Salam.

Rini, Qistina genap umur 10bulan. Hehe... alhamdulillah. Walaupun kejadian jatuh katil berlaku semlm, Alhamdulillah, Allah melindungi dia. Syukur sgt. Sampai skrg dia masih aktif, gebus dan riang mcm biasa. Paling penting mulut dia dah tak reti dok diam. Asek nak berkicau aje. Ada je la aksi2 comel lagi2 time kita bercakap, dia pon sibuk sama nak borak. Haha...

Milestone dia takat ni :
1) Sudah pandai nak memegang utk berdiri
2) Pandai lari dari kene cium
3) Pandai melambai
4) Duduk sendiri tapi memerlukan badan ibu sbg pemangkin huhu..
5) makin lajuuuuu merangkak ala komando.
6) Tidur makin buas
7) Pandai tunjuk emosi. Moncong kene tinggal kat BS.
8) Faham apa ibu dan ayah ckp.
9) Pandai demand!! Huhu... fening ibu dan ayah.
10) Makin gebus?? Panjang pon dah 69cm.

Last timbang berat smlm dah pon 10.3-10.5kg! Doc ckp ini berat patut dikala usia setahun. Huhu..takpe nak ibu larat lagi nak dokong. Takat sekampit beras. Bole la ibu jadi selim melim nnt. Semalam pegi cucuk pnemococoal utk dose ke-2 sambil tu mintak doktor check Qistina ok ke tak. Dah pagi tu jatuh dari katil. Huhu...ibu risau sgt. Sama naik ibu nanges. Agak2 ibu lagi kuat kot. Huhu...alhamdulillah, doktor ckp takde pape. Ibu akan monitor lagi utk 2-3hari lagi. Pagi tadi ibu rasa badan Qistina panas dedar gitu. Hasil kene cucuk smlm la tu. Skrg suhu badan ok. Takde la panas sgt. Syukur. Ibu tak mo la Qistina demam lagi.

Ok la ahad ritu p jln2 sopping barang2 ibu dan Qistina kat parenthood expo. Ada talk show host by Dynas. Cantekkkkk sgt dia. Talk pasal breastfeeding. Hehe... dpt snap gambo dari jauh je. Ayah Qistina da moncong sedepa. Gambo xbyk sgt amik. Amik time mkn2 kat Chicken Rice Shop aje.

Para penceramah. Rugi tak join awal2.
Canteknya dynas.






01 August 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam.

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak kpd rakan2 dan umat Islam yg menyambut ramadhan. Semoga ramadhan kali ini kita manfaat sepenuhnya. Segala setan dah kene ikat. So harap2 daku tak malas dlm menambah pahala dibulan mulia ini. :)

Tahun lepas daku dpt merasa berpuasa dlm keadaan mengandung. Tahun ni pula berpuasa dlm keadaan menyusukan Qistina. Time pregnant Qistina thn lepas, puasa takde masalah besar bagi daku. Tapi tinggal la jugak 5hari sebab demam bila dah nak raya. Hari raya tu sembuh. Ajaib! Hehe... tapi daku demam 3 hari tinggal puasa. Lagi 2 hari sebabkan daku gastrik. Hehe... Harap2 kali ini takde masalah juga hendaknya. Amin. Tapi time daku mengganti puasa itu amatlah jerih terasa. Selama 5 hari ganti secara berperingkat. Hehe...takut tak tahan sebenarnya.

Mula2 ganti sehari je dulu. Next week lepas tu 2 hari berturut. Lepas tu terus demam. Hmmm ini jangkit dari org terdekat. Huhu.... sampai skrg sakit2 gitu2. Time tak sakit, susu takde pon drop. Pastu tu gap seminggu, then ganti lagi 2 hari time demam. Kali ni susu drop walaupun takde amik ubat. Amik vit C je. Nak mkn oren tak dapek nnt Qistina ciriti lak. So agak struggle gak le utk top up susu tu. Walaupun ada stok susu dari bulan 2 lagi, tapi tak mo la bergantung sgt. Harap2 sebulan ni takde la drop sgt. Mlm2 kene ngepam lagi bersungguh2!!

Baca2 tips2 dari ibu2 menyusu yg lain2 diorg kata sahur dan buka kena MAKAN! ok ini mmg tak le tinggal la kan. Pastu mlm2 kalo terbangun tu wajib minum air bergelen2. Tang ini agak susah den nak buat. Sebab asal terjaga sekejap je Qistina pon jaga sama. Baru je terjengket nak p minum air, dia pon nak minum sama! Tapi nak susu le... huhuhu... kalo ada botol air yg ada straw panjang bole la rekomen ya. Minum sambil tdo!. hahaha... Pastu kan mkn kurma byk2. At least 7 biji. Hmmm... pagi tadi telan 5 biji pon rasa manissssssssssssssssssssssssssnya. Huhu... susu kompom tak le minum kan. Ermmm.... ingat nak beli soya la. Buat soya kurma. Ok gak kan? Hehe...

Oh ya, pagi ramadhan ni disambut dgn kejadian Qistina jatuh katil!! Mende palingggg cuba dielakkan. Huhuu...harap2 dia takde apa2. Rasanya rini daku balik awal kot. Balik naik bus la. Risau dihati blom hilang. Dah check sume, lebam ke apa ke takde. Takat ni, aku call BS dia ckp Qistina ok je. Takde la muntah ke tak aktif ke. Hmmm.... harap2nya la. Amin. Sampai skrg daku masih lagi risau yg amat. :(