CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Suami. Show all posts
Showing posts with label Suami. Show all posts

19 July 2013

10 Ramadhan Pertama Dah

Salam.

Pejam celik dah masuk 10 hari pertama ramadhan dah. Alhamdulillah diizinkan Allah S.W.T untuk berpuasa sepenuhnya. Belum tinggal pon lagi. Walaupun kadang-kadang terlampau letih masih lagi bertahan. Syukur... Semalam baru kali pertama tapau makanan untuk berbuka. Sebelum ini en suami akan menjadi chef. Lauk pauk simple pon dah syukur. Ada gak rezeki untuk berbuka puasa. :) Terima kasih ya en suami. Kadang-kadang kalo larat ai turun sekali memasak mane patut. En suami takat ni request nak makan puding laici. Blom tertunai lagi. Moga ada kudrat nak membuatnya. Sebelum ni en suami mengidam nak cek mek molek. Buat la kami laki bini. Rasa dah ok.. rupa je tak comel mane. Dah selamat dalam perut :) Sebab rupa tak seberapa memang tak amik gambo ler. Hehe...

10 ramadhan ke-dua ni dikatakan 10 hari untuk pengampunan.. mari kita ambil kesempatan ini memohon ampun dosa-dosa yang telah kita lakukan. Perancangan untuk minggu ni nak start buat biskut raya. Buat hat simple-simple jer. Mulakan dengan cornflake madu dulu ;)



27 April 2012

Homemade pizza

Salam.

Selesa lepas request daku kepada encik suami buatkan pizza. Tapi cam biasa la resepi dari internet gak. Resepi ni dah berkali2 buat. Hehe.... sedapppp. Topping lak buat byk2 sampai melimpah ruah. Hehe..... kitorg suka yg jenis nipis. Sebabkan takde tempat nguli yg besarrrr so buat takat mane yg ada je la..

Gambar sempat snap sekeping ajo sebelum semua abes. Daku ni penggemar pizza. Suka order dari domino cepat tangkas dan sodap. Tapi memandangkan ongkos membeli pon bosar, mari kita berjimat. Buat ikut sedap dan letak cheese byk2. Sebab dah malam dan daku dah naik berat berkilo2, maka cheese tu limited edition la plak ( sebenarnya en somi yg nak diet ). Apa pon masakan beliau ada kelas tersendiri. Ececece sapa lagi nak puji kalo bukan bini dak gitu? Hehe......

Nak tepek gak resepi kat sini. Kopipes dari MYR kecuali gambar tu fresh from my oven. ::

Air tgn en somi. Overloaded pizza





Bahan-bahan ( loyang 11" )

** Untuk doh pizza **
200g / 2 cawan tepung gandum
20g / 2 st yis segera
3g / 1/2 st garam
5g / 1 st gula
10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cwn air suam untuk menguli
** Untuk sos pizza **
1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak masak
3 sb tomato puri
2 sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano
garam & gula

** Untuk Topping **
Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas
Keju untuk pizza

Cara-cara

** Untuk doh pizza **
Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.

** Untuk sos pizza **
Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.





27 December 2011

Besday En Suami

Salam.

Semalam birthday hubby yg ke-33. Dia ckp tak pe expose angka umur dia. It just a number..haha... yo lah. Ferasan muda jugak hubby ku ini. Semalam juga sempat la buat majlis kecil2 sahaja. Sambut bersama family yg ada saje. Dan semalam juga daku buat kek utk perrrrtama kali. Hehehe.... nerbes tahap master :p daku amik resepi dari sini. Salah satu amik resepi ni sbb daku takde mixer. Miahaha... tapi resepi ni mmg sgt moist dan sedap. Sila la ke link tersebut jika nak ye. Topping tu pon ala kadar xde tulisan pon. Hehe.. Mula2 nak keluarkan kek tu tapi disebabkan terlampau moist kot. Kek tu takleh dikeluarkan. Den pon heran banget. Huhu.. takpa la nak wat camne. Potong ler dlm loyang tu. Muahahah...

Lepas tu daku ada la buat roti jala dan kari ayam serta puding pelangi  dan amik resepi dari myresipi.com. Kari ayam tu daku dah tak ingat amik kat mane.. hehe... tapi resepi derhaka gak ler. Roti jala pon amik dari situ gak. Mmg lembut dan sedap. Bukan nak kata masakan sendiri sedap tau. Ekeke.... mmg resepi2 kat sana tu tak rugi utk cuba. Disebabkan daku sgt bz pada hari kejadian. Gambar hanya skettt je sempat snap. Alhamdulillah hampir licin semua makanan. Hehehe..

Oh ya lupa lak, puding pelangi tu tak berapa nak menjadi pelanginya sbb Qistina bole lak terjaga dari tdo terus mengamuk. Puding lak atas dapo. Huhuuhu... hubby lak pegi sopping groceries kat Mydin time tu. Adeh la... tak dak rezeki nak buat cun2. Haha... Oh ya... present mmg tak beli lagi sbb en somi ku ni cerewetttttt. Baik p beli sekali dgn dia. Aku nak belikan dia Rayban.. hampir dah beli sekali dia mau kasut la plak. Ish ish... ikut la labu. Semalam daku beri dia kad birthday aje la. Takde la romantik mane. Tulis pon tergesa2 je.

Birthday boy with daughter

Takdak tulisan ya ampun.. hehe..