CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

27 March 2013

Triple Happiness

Salam.

--------------- ENTRY TERTANGGUH ---------------


Ehem2... Ado perkhabaran gumbira... Yeayyyy Alhamdulillah daku bakal menimang cahaya mata ke-2. Hehe....Alhamdulillah dimurahkan rezeki anak. Yang tak best lak time tau preggy tu la start demam + batuk + selsema. Complete package..3 minggu baru la beransur sembuh.

Tak pa redha... Sakit ni adalah utk menggugurkan dosa² yg dah kita lakukan. Alhamdulillah.. Harapan agar pregnant kali ni tak mabuk super dasyat time pregnant kan Qistina. In shaa Allah.. Amin. Nampaknya bule start verangan barangan apa nak dibeli. Hehe...

Moga daku dapat teruskan pelajaran serta kerja ini dgn jayanya. Amin. Doakan daku ya kawan2... Dalam hati ada risau tapi tawakkal. En somi mmg taknak tangguh dah nak anak second ni.

------------------------------ UPDATE ---------------------------------


Scan kat bawah ni baru lima minggu. Nampak kantung je la dulu. Dijangka bersalin 24 hb October 2013. Sekarang dah masuk 9 minggu tapi tak pergi lagi utk second checkup. Tak jumpa lagi tempat yg buat antenatal checkup bukak hari ahad or malam hari.

Bab alahan, kat atas dah doa awal² kalo boleh tamao la mabuk super teruk tu kan. Tapi ketentuan Illahi, tetap lah mabuk super dasyat. Hari² muntah, tak lalu makan atau minum. Badan lemau dan sentiasa loya. Uwaaaaaaaaaaaaa nak nanges dahhh... Berat makin hari makin turun dan paling tak best sgt effect pada pelajaran dan pekerjaan den. Errrrmmmmmmmmmmmmm... :(

Moga baby kecik dalam perut tak de effect apa² ya. Doktor cakap, kalo kuat kita morning sickness tu menandakan anak dalam tu sihat dan kuat. In shaa Allah. :)

Semoga semuanya berjalan lancar masa hadapan. Amin.

11 March 2013

Musim sakit sefamily

Salam.

Daku baru nak sembuh dari demam + selsema + batuk tapi rini bertambah kembali selsema dan batuk yg non stop. Huhu..... Qistina dah on antibiotik selama 5 hari. 3 minggu lepas dia dah demam + selsema + batuk. Dah sihat kemudian jangkit semula sebab ayah dia pulak yg sakit 3 serangkai tu. Huhu double... 

Seksa bila batuk sampai nak terkencing pon ada. Ragu² plak bila nak solat. Kalo kat rumah tak pe ini kat opis guane? Dah beli panties pakai buang.. adeh hat free size ni rupanya utk hat selim melim aje. Huhu dah nak kene beli yg lain. Cisssss...... so skrg ni byk dok mkn madu dan ubat. Ubat pon dah abes nak kene p klinik lagi la ni maksudnya. Ermmmm..... malasnyaaaa

Semalam hari ahad, pegi rumah kak sue nak ambil ice cream maker + melawat kak sue dalam pantang. Sayang pulok tak le nak cium baby yg sedap bau tu. Ya la kita dah le sakit takkan la nak p cium kan. Nak dok dekat pon rasa takot. Geram tgk tembun...hehe.... Selamat berpantang ya kak sue. :)

Ice cream maker tu takkan digunakan selagi sefamily tak sembuh. Lagi² daku ni. Mane bole tahan tgk ice cream! en somi dah dok tanya² camne nak buat ice cream guna mende tu. Bersungguh benar beliau. Almaklum la dia la kaki ice cream dalam rumah tu. Kalah anak beliau. Nanti la yer bila dah benar² sihat boleh la nak buat segala mende tu. 

Skrg ni asal pagi dan petang wajib la pening dan sakit badan ni. Huhu... ya betul sakit tu menggugurkan dosa² kita. Moga daku sefamily cepat sembuh. Lagi² anak ibu Qistina. Amin.




07 March 2013

Isu semasa : Sabah Diceroboh

Salam.

Sekarangkan kecoh dan heboh isu Sabah diceroboh oleh so called "Royal army of Sulu" konon. "Sultan" Kiram yg tak diiktiraf tu sibuk dok claim tanah di Sabah. Kiram kat sana pon tak diiktiraf, pastu ceroboh Sabah kekonon tanah dia lepas tu nak kita iktiraf dia?? What the helll.....

Pedulikan si Kiram nyanyuk itu. Mari kita doakan keselamatan anggota tentera dan polis yg bertugas menjaga keamanan negara. Moga Allah S.W.T. mempermudahkan segala urusan dan melindungi mereka. Amin. Sekarang ATM dan polis melancarkan serangan habis-habisan dan memburu saki baki penceroboh. Jangan diberi muka kepada penceroboh kejam dan bangang ni.

Kepada wira negara yg meninggal dunia. Al-fatihah. Moga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh² mereka dan ditempat dikalangan orang² yg beriman. Amin.

Kepada rakyat Malaysia yg dok mengutuk tentera dan polis, sedarlah kamu. Tanpa mereka kita berada dalam ketakutan. Siapa kamu yg suka suki dok mengutuk? Adakah kamu pergi ke barisan hadapan juga? Tidak bukan.. tangan je pandai menaip mengutuk tapi tak reti nak berfikiran waras.

Kepada para pemimpin dan pembangkang, keadaan di Sabah sedang berlaku! Tak perlulah saling menuding jari sesama sendiri. Sepatutnya ketika ini kita bersatu! Anasir² luar sedang memerhatikan apa yg berlaku dalam negara dan cuba mengambil kesempatan atas keadaan berlaku dan cuba campur tangan. Tak perlulah mempolitikkan perkara pencerobohan ini.