CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

11 March 2013

Musim sakit sefamily

Salam.

Daku baru nak sembuh dari demam + selsema + batuk tapi rini bertambah kembali selsema dan batuk yg non stop. Huhu..... Qistina dah on antibiotik selama 5 hari. 3 minggu lepas dia dah demam + selsema + batuk. Dah sihat kemudian jangkit semula sebab ayah dia pulak yg sakit 3 serangkai tu. Huhu double... 

Seksa bila batuk sampai nak terkencing pon ada. Ragu² plak bila nak solat. Kalo kat rumah tak pe ini kat opis guane? Dah beli panties pakai buang.. adeh hat free size ni rupanya utk hat selim melim aje. Huhu dah nak kene beli yg lain. Cisssss...... so skrg ni byk dok mkn madu dan ubat. Ubat pon dah abes nak kene p klinik lagi la ni maksudnya. Ermmmm..... malasnyaaaa

Semalam hari ahad, pegi rumah kak sue nak ambil ice cream maker + melawat kak sue dalam pantang. Sayang pulok tak le nak cium baby yg sedap bau tu. Ya la kita dah le sakit takkan la nak p cium kan. Nak dok dekat pon rasa takot. Geram tgk tembun...hehe.... Selamat berpantang ya kak sue. :)

Ice cream maker tu takkan digunakan selagi sefamily tak sembuh. Lagi² daku ni. Mane bole tahan tgk ice cream! en somi dah dok tanya² camne nak buat ice cream guna mende tu. Bersungguh benar beliau. Almaklum la dia la kaki ice cream dalam rumah tu. Kalah anak beliau. Nanti la yer bila dah benar² sihat boleh la nak buat segala mende tu. 

Skrg ni asal pagi dan petang wajib la pening dan sakit badan ni. Huhu... ya betul sakit tu menggugurkan dosa² kita. Moga daku sefamily cepat sembuh. Lagi² anak ibu Qistina. Amin.




6 comments:

Aidanisme said...

tak pe la.. kau sakit pun bersebab tu.. take care ok..

mizah said...

anak2 mizah pun on off je selsema..pening dah pikir sbb kejap selsema,batuk..kejap ok,krna blalik...adoii la...mcm2 zaman skrg kan...semoga cepat sembuh...uuu gi rumah kak sue,lenkali meh singgah rumah mizah...haha,tak jauh dari rumah shila n kak sue...hiks

Sima said...

Aida : ramai kata aku sakit bersebab tapi aku rasa kebetulan tgh² imun low opismate bawa virus dan disebarkan. Huhu.... alhamdulillah dah makin kurang.

Mizah : kan.. memang musim kot demam meleret. Pegi DEMC ritu, doc ckp mmg ramai budak sakit dan dalam darah ada jangkitan. Kalo lama sgt tu better p check darah. Qistina ritu p check darah dia la tu yg dapat antibiotik. Alhamdulillah dah sembuh skrg. Ibu ayah dia je tak berapa sihat lagi.

In shaa Allah kalo ada masa mengizinkan nik pegi singgah umah mizah :)

ashra said...

mudahan da sembuh sepenuhnya ya nik sekeluarga.mmg kalu sorang da sakit,berjangkit2 dibuatnya kan.dugaan...

tahniah buat k.su..belum kesempatan lawat...da lama rasanya tak jumpa geng RH.last masa raya 2 tahun lepas..oh no?....ingat baru tahun lepas.huhu....

aishh...tu ar,ni aaron da setahun,lega sket..baru ruang masa kat ruang ada.tu pun jarang saya kat fb n rh.tak tekejo laks..hehe

Nurul A said...

salam,
pakai ice cream maker brand apa yer??

btw, cantik template blog ni.

Sima said...

Ash : Alhamdulillah.. sembuh juga walaupun ambil masa lama dekat sebulan lebih gak le. Hhuhuhu...

Nurul A: Ice cream maker brand kitchen aid. tapi ice cream maker tu bukan stand alone. dia attachment kepada mixer kitchen aid tu. so kalo nak ice cream maker ni mmg kene beli kitchen aid mixer tu dulu la. Huhu..

tq.. template amik hat free :D