CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

02 September 2012

Rainbow cake

Salam. Ini entry sebelum ramadhan tahun ini lagi dah diperam. Huhuhu.... korek-korek nak clear semua yg diperam.

Ini percubaan pertama buat rainbow cake selepas attend kelas kak zu tu. Alhamdulillah menjadi kek ni. Sedap... ehehe... eh terpuji lak. Tapi bagi den manissss sket rasa dia so lepas ni insyaAllah akan dikurangkan tahap kemanisan tu.


Togel sebelum melepa

Filling cream cheese utk setiap lapisan

Hiasan comotssss...

Rupa dari atas

Siap dipotong

Inside view

Yummehhh...

Jemput makan...............


19 July 2012

Firm hokkaido chiffon cake

Salam.

Ini entry peram. Dah lama buat hokkaido chiffon cake ni. Cake ni jadi jenis firm sebab terlupa nak extra kan white eggs. Huhuhu.. sungguh2 lupa.. nasib bole mkn dan sedap jugak. Hehehe...... next pasni nak try lagi la. Nak try yg bebetul punya. Harap2 takde yg tertinggal mane2. Hehe.... Ohhh walaupun dapat dlm 20cup. Sekelip mata je abes okeh. Biasa la anak dgn bapak la abeskan. Ai kurangkan gula so takde la manis sgt.


Untuk dinner daku buat creamy chicken soup makan dgn french loaf. Lagi2 makan time sejuk2 dan hujan mmg sgt comfort rasanya. Hehe..... walaupun tak berapa pekat sbb malas nak tunggu lama2. Lapoooo benornya. Hehe... alhamdulillah walaupun takde bahan2 perasa pelik2 dan semua adalah makanan sihat.
Resepi nnt la daku update ya. Skrg kat opis lupa da kat mane amik resepi ni. :)


Firm Hokkaido Chiffon Cake
Creamy chicken soup with french loaf
Habes sekelip mata
Crispy base pizza
Oh ya pizza menjadi menu makan malam utk next day nya. Resepi sama cam dulu. Alhamdulillah kenyang. Skrg dah byk kali buat tapi tang cheese tu failed lagi ler.. huhuhu.....


31 May 2012

Dari Dapur Kak Zu (Kelas)

Salam.

Hari ahad lepas, daku dan kawan2 dah komplot nak join kelas baking ni. Orang yg handle kelas ni namanya Kak Zu. Kelas di buat kat rumahnya aje. So satu kelas tu beberapa org aje la. Based on kita punya demand. Hehe.... mcm daku dan kawan2 berempat sahaja. Amik utk 2 kek sekaligus. Sungguh byk ilmu yg diperturunkan. Tak rugi belajar walaupun daku belajar kek bukan utk amik tempahan, tapi kalo org nak tempah ai terima aje (keh keh keh). Rezeki jangan ditolak.

Kek yg dipilih adalah Russian Black and White dan Rainbow kek. Niat daku nak buat la nnt rainbow kek utk celebrate birthday Qistina bulan 10. Hehehe... awal2 da plan kan ;) ye la ralat gak masa 1st birthday dia, gitu2 ja. InsyaAllah ada la planning sket2. Hehe.... Okeh berbalik pada kelas tu. Daku dan 2 org lagi ( Shila dan Nuyu ) plan nak jumpa kat KL Sentral dan naik komuter turun dekat2 kawasan umah Kak Zu tu. Nanti Pija amik kami...weeee.... heheh... tapi ada la sedikit kelewatan atas2 sebab tak dapat dielakkan. Ehhh bukan ai tau.. ai siap sempat breakfast lagi menunggu kawan2. Hehe..... dan train ke Seremban pon time tu slow sebab ada landasan dok baiki. Ini kata Nuyu sebab dia naik train mmg ke Seremban. Asal nak jumpa kat atas terus jumpa dlm train aje. Hehehe.. rasa lawak pon ada ;).

Okeh meh kita layan gambo sedikit time belajar kat umah kak zu. Daku ni sepanjang dok belajar tu kejap2 jilat ( perangai mcm budak2! ). Sedappp ooooo... Kelas ni jenis hands on. So kak zu buat sedikit dan tunjuk camne nak buat pastu kitorg sambung sampai abes. Memang praktikal tu ada bukan demo ya. Terima kasih pada Kak Zu sudi mengajar kitorg. Kelas tu start dlm kul 9.30 pagi abes dlm pukul 2.30 petang. Lunch disediakan.. sedap nasi ayam tu Kak Zu. Tu sebab ai bertambah2 makan. Dasar tak malu eh. Hehe... oh ya, TQ Pija dtg amik dan anto kami. :)

Dari kiri : Shila, Pija dan Nuyu.

Kak Zu menerangkan tips2

Rainbow cake batter

Dah siap baking tunggu sejukkkk

Hehe... Kak Zu cam nak ugut org ;)

Picit pija jgn tak picit

Haaa ni sesi deco2 lak

Rainbow cake tersusun da tu

Cantekkk kan ;P

Ahhh gambo daku dok deco rainbow cake.

Ini la hasilnya... :)

Yummehhh

Yg ini mmg superrrbbbbbb

Bole jual da ni... mari mari..

Kami budak baru belajar... :D

Wajah dalaman RBW

Potongan pelangi..


Selesai aje kelas, kitorg p la rewang2 dekat Nilai 3. Hehe... umah kak zu tu  dekat bandar bukit mahkota. Sangat la dekat dengan nilai. Tak beli apa sgt pon. Singgah2 kedai bakeri cari2 apa yg patut. Kalo daku p dgn keta ni mau la borong sakan. NASIB naik komuter. Hehehe.... oh ya, Pija ada buka page sila la terjah ya kat sini, Q'sBites. Shila dalam proses nak bukak page juga. Daku dan nuyu takdak page lagi.





30 May 2012

Kek SMECC Lapis Cheese


Salam,

Hari isnin minggu lepas buat kek coklat lapis cheese. Pastu terus masuk esbok sebab dok cari idea camne nak deco. Tangan menggedik nak mendeko kek ni. Hari Selasa baru la buat deco-deco. Pastu hasilnya mesti la hasil budak baru belajar kan. Comot sana sini tapi sebab nak gakkkk cuba kan jadinya gitu la hasilnya. Memang geram jer tengok org lain dok deco2 cake comel2. Kita pon nak cuba juga.... :)

Kek ni dah lama daku simpan resepi tu. Dok intai2 tapi tak buat2..Bila mlm tu terjaga tapi tak le tdo balik apa lagi. Terus la daku buat kek ni. Tak lama sgt nak buatnya. Alhamdulillah.. dapat juga buat kek ni. Sedapppppp sangat lagi2 kek yg dah padat tu. Superrrr moist la katakan. Terima kasih pada kak Nor dan Dayang yg menyumbang resepi ni.







Maaf la deco2 yg super simple dan comot. Masih belajar lagi. Ini pon hasil dok tengok dlm youtube dan blog2 baking.


Resepi asal : Kak Nor
Sumber : Sima

Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.


pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
 Sumber : Sima


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor lebih suka guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

 Cara daku buat :
Kek coklat tu, buat 2 kali ganda resepi tu. Pastu bila nak masak, disebabkan pengukus ai kocik ai guna kaedah steam bath. Alhamdulillah menjadi cuma masa amik lama sket la. Ai punya oven tu kene lama sket bakonya. Bakar dengan suhu 185C selama 20 minit.


12 May 2012

Chilled Oreo Cheesecake

Salam.

Ini kali pertama cubaan daku nak buat chilled cheesecake. Pilihan hati guna biskut oreo sebab stok biskut dah ada. Cuma tak terbuat sampai la selasa lepas sebab takde gelatin. Pastu p cari gelatin halalgel kat Giant. Alhamdulillah ada. Terima kasih kawan2 yg kasi info. Ai ni susah sket nak percaya bab tanda halal yg tak terkenal ni. Pastu permintaan encik suami lak nak makan cheesecake. Bahan2 semua ada kat store. Apalagi ku godek2 sampai la jumpa 1 resepi ni. Tapi resepi ni byk dah daku olah sesedap citarasa daku la. Hehe.... lain org lain citarasa kan. Daku tak suka telur..nanti rasa berlemak sgt. So dapat la kat sini. Basic resepi tu aku amik kat situ. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.


Pandangan atas... takdak topping
Sudah potong dan diletak topping



Okeh kat sini meh daku share resepi olahan daku lak. :) Kalo ada yg sudi nak cuba, silakan la. InsyaAllah bagi yg tak berapa gemar manis2 ni bole la guna resepi ni.

Resepi asal : Chilled Oreo Cheesecake
Olahan : Sima


Chilled Oreo Cheesecake

Bahan-bahan
- 250G cream cheese
- 40G Gula Halus
- 70G/2.5Oz Air panas
- 1/2 tsp Esen Vanilla
- 130ml/4Oz Whipped cream. ( Nik guna whipped whipping cream
- 1 tbsp gelatin
- 5 keping biskut oreo
- Lebihan cream base biskut oreo

Bahan Base
- 100G Biskut Oreo dibuang krim
- 50G butter dicairkan

Cara-cara Base
1) Tumbuk/Blend biskut oreo hingga halus
2)Gaul dgn butter yg dicairkan hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan tekan hingga padat
3) Sejukkan dalam peti sejuk sementara membuat filling

Cara-cara cream cheese filling
1) Masukkan gelatin ke dlm air panas yg disukat. Kacau hingga larut. Ketepikan.
2) Pukul cream cheese, gula dan vanilla sehingga sebati. Masukkan lebihan cream oreo.
3) Masukkan whipped cream, kacaau secara lembut.
4) Masukkan gelatin, kacau sebati secara perlahan.
5) Masukkan chopped biskut oreo ke dalam adunan. Tuang adunan ke atas base.
6) Sejukkan selama 4 jam.




11 May 2012

Kek Karamel

Salam,

Ini adalah cubaan pertama membuat kek karamel. Alhamdulillah menjadi. Puding tak rebeh dan kek pon sodap. Dah lama mengidam nak buat kek ni. Ye la kan asek dok tengok org dok tayang je. Hehehe.... ini resepi jenis puding yg tebal. Kalo makan panas2 cepat rasa muak. Ritu tak penyabar punya kes nak makan terus ngap lepas kuar dari oven. Memang sekali ngap terus rasa cepat muak. Peh tu ai pon letak ler dlm peti ais. Tunggu petang baru ngap balik. Sedapppppppppppppppp plak rasa dia. Tak muak pon. Hehe.... yg membuat cepat rasa muak tu puding dia. Kalo kek tu makan panas ka sejuk ka semua sedap. Hehe..... syioknya dah menjadi kek ni. Weeeeeee.... bole la buat bila2 masa ai terasa nak makan. :D

Meh kita tengok gambo2 dia. Hehehe..... oh ya ai potong tak cung ah. Maap ler... tapi belang dia ok la. Buat warna apa yg ada je. Time tu ada 3 warna aje. Skrg gigih mengumpul warna pelangi. Nak buat kek pelangi lak :) Yang berwarna-warna tu ai letak perisa. Warna coklat, perisa coklat. Warna hijau perisa pandan dan warna pink perisa strawberry. Weeee..... kalo tak letak perisa pon takpe. Itu adalah optional.

Pandangan sisi... sila abaikan pandangan dibelakang ya. hikss....


Time amik gambar ni lepas keluar dari oven. Terus potong... sebab tu sememeh sket. Huhuhu.... Bila time sejuk2 dipotong tak sempat nak amik gambor. Potong je abes.. haha... dasar suka makan kek. Gitu la...

Pandangan dari atas. Hehe.....

Yg ini yg dipotong.. sememeh sket. Malu saya....


Resepi kopipes dari : Diana

Bahan-bahan : Loyang 22cm
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula ( untuk buat gula hangus )
  1. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.. biar gula hancur dan warna tukar jadi perang ).
  2. Ketepikan dulu ( gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu ).
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur ( putih & kuning )
(C) - Lapisan Kek 
  • 140 gm tepung gandum
  • 70 gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis ( Ana tambah ) _ Diana tak bubuh
(D) Merinque
  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar
Cara²
  1. Sediakan bahan ( A ) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn ( B ) perlahan²... jangan bagi berbuih²... nanti tak jadi karamelnye...
  3. Tapis bahan ( B ) tadi dalam loyang gula hangus ( A ) tadi.. ketepikan.
  4. Pukul bahan ( C ) *Ana guna senduk je.. ketepikan.
  5. Pukul sampai bhn ( D ) sampai jadi kembang & bila kita angkat dia tak jatuh...( meringue )
  6. Campurkan adunan ( C ) + ( D ) dan gaul dengan senduk hingga sebati.. jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna dan paste kalau nak..
  8. Masukkan ke dalam loyang yang ada gula hangus & keremel tadi ( A + B )..s elang seli warna, letak ditengah² loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175°C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160°C / 170°C sahaja, ( bergantung kpd oven masing-masing juga ya )
  10. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit.
  11. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit / setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi... masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  12. Masukkan dalam peti sejuk 1 jam dan lepas tu makan sejuk². Lebih sedap selepas semalaman.
  13. Sedap dimakan sejuk.