CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

31 January 2012

Baking mould

Salam.

Heehehe... dah lama dok meninjau silicon mould ni. Ada nampak kat midvalley.. belek2 rege dia 1 mould aje da RM50. Pengsannnnnn nak beli byk2. huhu... Tapiiiiiiiii pegi 1 kedai ni kat tesco, ada jual. Murah2 lak tu. Cantek2 lagi. Haritu da test buat brownies. Ok ja guna. hehehe.... mula la verangan nak buat macam2 ni. Tunggu satu lagi mende paling penting dlm baking. Muahahaha tak saborrrrrrr....

Weekend lepas p lagi borong silicone mould ni hat kecik2 punya lak ^___________________^


Cantek tak? Murah aje tau....









25 January 2012

Cerita Menyusu Qistina 15bulan

Salam.

Lama tak update pasal BF kan. Sekarang Qistina dah pon setahun 3 bulan = 15 bulan. Qistina masih lagi menyusu bagai johan. Rasanya dia menyusu makin kuat. Even skrg stok makin susut tapi alhamdulillah masih lagi mencukupi utk dia.

Average Qistina minum sepanjang dok kat umah BS adalah 21oz. Kalau lewat 30minit dah jadi 24oz. Ya jumlah dia minum still sama dari start tinggalkan dia kat BS umur 2 bulan sampai skrg. Walaupun dah start makan mcm2 dan 3kali sehari. Hebatkan...hehe..jgn tanya mcm ne rupa perutnya. Molat okehh molat mcm ball. Hehe..... Alhamdulillah dia berselera utk mkn dan menyusu. Tak susah nak kasi dia mkn. Asal sedap dan bole dimakan semua dia telan. Tinggi dia skrg dah hampir 100cm dan berat 11kg. Ok la kan...kira ideal la tu. Skrg dia dah tak chubby cam dulu2. Kurusss sket hasil cirit birit dulu.

Ok cerita mengenai sesi mengepam. Daku masih mengepam dgn rajin di opis. Tak miss dan tak kurang. Masalah skrg tak boleh nak mengepam di mlm hari. Sebab tu la stok makin susut. Sebab susu yg keluar tak sama byk yg masuk. Huhu... ya Qistina sgt tak suka akan pam. Jika dulu dia just menangis bila daku pam. Skrg makin advance dipukul2 pam tu. Tak jalan gak dia protes sambil hantuk kepala. Best kan? Mcm mane la tak drop susu ibu. Huhu.... mlm2 sgt jarang dah mengepam. Kalo dulu 8 kali sehari/24jam sekarang dah kurang turun ke 5-6 kali sehari mengepam. Paling best dpt pam opis hour je = 4 kali je. Hai hai hai........ skrg ni daku dok berusaha nak suh Qistina tdo nyenyakkkkkk mlm2 hari. Blom berjaya lagi even dah kasi mkn before tdo.

Masalah daku juga, segala jenis milkbooster tak jalan kat badan ni. Tak kira la mkn la vitamin ka pil2 ka, makanan2 yg org kata milkbooster ka...mmg tak jalan. Langsung takde effect. So kerapkan mengepam juga la yg jalan. Masalah utama nak cari masa utk mengepam 2jam sekali amatlah susah. Tempat kije yg kadang2 buatkan daku tak mkn tu punya la kejar masa. Huhu.... dan stress juga adalah penyumbang utama kenapa susu daku drop. Tak pe lah...optimis aje la. Heehuuu... semoga susu ini cukup utk Qistina sehingga umur 2 tahun dan lebih.

Hasil mengepam sehari daku dpt +- 11oz. Mmg sikit..tapi jgn dipandang dgn angka tu. Fikir positive insyaAllah cukup utk Qistina. Hari2 pulun stok at least 6oz sehari. Biasa pagi daku pam utk kasi fresh milk utk Qistina. Dulu bole capai 6oz sekali pam la ni 1oz adalah biasa. Qistina sgt aktif menyusu di waktu mlm. Masih bersyukur sebab Qistina masih ada rezeki utk fully bf sehingga ke 15bulan. Ada 9bulan lagi. InsyaAllah. Doakan agar perjalanan penyusuan Qistina berjalan lancar. Amin. :)







22 January 2012

Cerita Dilanda Musim Sakit

Salam.

Haaa kali ni nak cerita pasal sakit la plak. Asek cerita gumbira kan. Sepanjang cerita gumbira tu ada cerita tak best sket je. Tapi ini semua dugaan Allah kasi. Redha dan terima. Sakit2 ni mengurangkan dosa kita, ya dak?

Mula2 yg start sakit adalah daku. Start 30 November 2011 lagi. Mula2 selsema + demam sket. Hampir 2 minggu selsema tak hilang. Lama2 dpt lak batuk. Alhamdulillah... makin kurang dosa2 aku. Kadang2 ok kadang2 teruk tapi mostly sgt teruk batuk itu. Ditambah lagi musim sejukkkkk ketika tu. Tak lama lepas tu Qistina menyusul hasil dari genting tu. Batuk2 juga tapi alhamdulillah demam dia tak melarat. Batuk pon kurang dan takde kahak.

Lebih kurang sebulan lepas tu, Qistina dah baik sket batuk dia kene demam + cirit birit + muntah2 lak. Huhuhu... time ni mmg daku sedih la.. kurussss anak dara den. Setelah sekian lama dia membesar bagai juara, kali ni dia kalah. Mula2 tu menyusu pon kurang sbb muntah2 kan. Dah daku amik cuti jaga dia. Ya la hati ibu mana la nak tenteram p kije kan dgn anak sakit2. 3 hari lepas tu demam kurang, muntah2 pon takde tapi still cirit. Cirit dia hilang setelah seminggu. Time Qistina cirit tu dia menyusu dgn bykkkkk sgt sampai daku dehydrate. Mula sakit tekak dan daku first time dpt ulser. Huhuhu... sakit ohhh.. La ni baru je sembuh sehari dua ni.

Bila Qistina dah sembuh, si ayah lak menyusul. Demam + batuk2. Huhuhu.... selama daku dan Qistina sakit, dia la dok jaga kami. Masak, kemas dan lain-lain. Terima kasih sayangku. Daku akan ingat jasa mu. Dia demam ai tak coti, tapi dok berjaga gak tgk2 kot2 suhu tinggi. Alhamdulillah 2 hari hilang demam. Tinggal batuk aje.

Sekarang ni, Qistina hanya ada sgt light batuk atau bole kata makin hilang dah. Daku pon kalo rasa gatal tekak p mkn eskrem kompom dpt batuk balik dan en somi lak dah sembuh totally. Alhamdulillah.. syukur kami dpt harungi musim sakit ini dgn jayanya. Apa2 pon semua yg dtg tu hanya lah dugaan kecil sahaja. Ada hikmah disebalik semua ni. :)


Tunggu turn jumpa Doc
Lihat la da kurussss
Qistina hampir sembuh
Slim kan?
Setelah sihat
Mmmm sedapnya tosai


Sekian.

Cerita Cuti New Year

Salam.

Ini kumpul entry buat byk2 sekali gus update.
Cuti :

30hb Dec 2011, daku cuti. Saja cuti nak menghabeskan cuti. Walaupun takde carry forward leave tetap la kene abeskan sbb tarikh tutup carry forward da lepas. Daku apa lagi amik kesempatan lerrrr... hari tu hari Jumaat, en somi pegi kije naik bas. Ai guna kereta ( kijam kah? ). Petang tu pegi amik en somi sekali shopping kasut Qistina dan en Somi. Tapi tak beli pon utk en somi.. pilih je lebih. Cerewet kemain. Kalah ai. 

Kasut Qistina wajib la warna pink hokey. Kemain excited dia nak berjalan2 tapi takut nak pergi jauh. Pusing2 dekat ibu dan ayah je. Tak pe la... bagus la tak main jauh. Kalu tak jenuh nak kejar. Tempat leburkan duit ialah di Midvalley la. Sebab kami kije kat sana. Haha... :p

Gambar hanya sempat snap ketika dok menunggu en somi abeskan kije beliau. Selain dari itu mmg tarak sbb tukang gambar kene entertain tuan puteri excited.

Ai boss okeh
Apa tgk? Sila buat kije.
Ayah khusyuk cari rezeki.




 Jeram :

Selepas celebrate besday husband kat umah, oleh itu daku berbesar hati nak pegi dinner kat Aroma Ikan Bakar di Jeram. Hehe... kat umah guna duit en somi. Kali ni ai velanja la.. :p

Ni kali ke-2 aku pegi sini. Kali pertama dulu time pregnantkan si Qistina. Time tu selera mkn ke laut. Kali selera mkn mmg kat darat. Haha...Mkn mcm nak jamu 4 org walhal yg peginya hanya la daku, en somi dan Qistina. Kami anak beranak pegi sana. Takde ajak lain2 saja ja utk en somi. Ececece....

Overal mkn kat situ mmg la sedap jugak walaupun ramai org dan menungu lama, tempat dia takde la boring mane. Angin sepoi2 4 bahasa. Sejuk jee.. murah pon murah. Mlm tu menu kami adalah Kerapu 3 rasa, sotong masak tepung, butter prawn, tomyam dan kailan ikan masin. Haaaaa amikkk byk gila mkn okeh. Kembung perut sbb byk mkn. Hehe... Hasil tangkapan tak dpt disiarkan kerana kami cam kebulur. Sampai je makanan tak ingat dah nak amik gambo. Terus hadap sampai abes.

Yang ada gambar persekitaran sementara menunggu makanan sampai. Oh lupa nak bgtau tarikh kejadian adalah cuti new year lepas. Daku da lama nak mkn seafood ni. Dulu time honeymoon kat Sabah, mkn seafood kat situ mmg marrrveles la... lagi2 dekat Tawau. Ikan kerapu besarrr gile tu RM10 je. Fresh dan sedap.. ahhhh teringat2 makanan disana. Bila lagi la nak pergi. Hehe....


Selesai ordering
Pose istimewa dari ayah dan anak
Persekitaran
Sekali lagi posing



Sardin Roll

Esoknya sebab free tak buat dan pegi mane2 cuti tu daku meroti lagi la... Kali ni try wat sardin roll. Resepi amik dari blog secubit garam. Hmmm lembutttt tak perlu guna bread softener. Asli gitu.. mmg sedap ler dan mcm biasa snap gambar sebelum potong dan bakar kerana seperti biasa puteri yg dok beradu tu bgn daa... Lagi pon Qistina start da tak berapa sihat. Si ibu pon loq laq gak.. main2 buat. Hehe... Oh ya, sardin tu patut kene lagi kering. Hasil lepas bake tu agak comot lerrr...




Maaf ler akibat kerakusan perut lapo, gambo lepas bako takde. Ampun... miahaha.... 

Masuk tahun baru ke opis ni, big boss team aku ni memberikan hadiah utk team. Sempena kije dgn penat lelah tahun sudah. Terima kasih boss.. :)

Chocolate, candies and mug



Ok la. Sekian.

04 January 2012

Doa


Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bikhair.

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini. 
Amin.