CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

16 August 2010

Cabaran Berpuasa Ketika Mengandung

Salam.

N3 kali ni mengenai cabaran mak buyung berpuasa. Al maklum ler aku kan jatuh kategori mak buyung. Heeheh.. So berdasarkan pengalaman yg setakat baru nak masuk 6 hari berpuasa ni, bole la aku buat summary sket. Kali pertama aku puasa dalam keadaan sarat ( ye lah da 8 bulan mengandung ) boleh dikatakan mcm biasa saje. Iaitu takde rasa pelik la. Kecuali ptg nak dekat berbuka tu aku da lemah. Itu aje. Masuk puasa ke-2 perut aku da start berangin. Tapi still aku bole bertahan. Dan yang pasti aku takde selera nak mkn. Ntah le nape. Perut aku still berangin sampai skrg dan semakin worst!

Tapi puasa kali ni yg aku pasti aku amat dahaga. Ya... dahaga. Ibu mengandung akan mengalami suhu badan yg tinggi sket dari org biasa. Ye la proses nak buat anak ingat senang ke. So kalo aku tak cukup minum air tu bole tgk kat bibir aku ni merekah2. Takat ni takde la sampai berdarah lagi. Huhu.. Dalam N3 sebelum ni aku ada ckp aku disahkan mengidap GDM. Bagi pesakit GDM ni biasanya kalo berpuasa akan membuatkan badan seseorg tu menggigil. Ini disebabkan oleh kekurangan gula. Ye..org kencing manis tapi gula kurang sbb tu badan akan menggigil. Setakat ni simptom tersebut tak berlaku pada diri aku. Yeay!!!

Utk baby lak. Hari pertama puasa mmg pergerakan dia sungguh kuat. Lagi2 bila da masuk waktu sepatutnya aku mkn. Huh..sakit tau kene tendang dlm perut ni. Tapi start 2 hari lepas pergerakan bb slow je. Buatkan aku sedikit risau. Dan diri aku pon bertambah lemah. Mmg tak larat sgt. Tapi bertahan jugak. Rini bb mcm back to normal. Alhamdulillah.

Penyakit yg biasa ada dlm diri aku ni ialah gastrik. Sepanjang puasa ni, hari ke-4 mcm tu aku da kene gastrik. Tapi waktu tu waktu berbuka. So aku safe sket la. Hehe.. Still lagi dok monitor penyakit ni. Agak2 nak kene tu aku kene la berbuka puasa. Kalo tak, huh..seksa tau menahan gastrik. Cian bb dlm perut. So kesimpulannya, takat ni cabaran yg aku hadapi ialah dahaga, gastrik dan keadaan bb. Harap2 aku takde masalah utk puasa penuh. :D

13 August 2010

Apabila Ramadhan Bermula

Salam.

Seperti tajuk kat atas. N3 kali ni aku nak cerita mengenai rutin puasa aku ( baru 2 ari puasa ). Tahun ni niat dihati nak penuhkan puasa. Hehe.. dah cik p tak dtg bole la wat azam tu. Tapi berita terbaru aku kene wat BSP next week so kene gak la tak posa sehari. Huhu.. berkecai hajat. InsyaAllah hari2 yg bole aku puasa, aku nak puasa melainkan keadaan tak mengizinkan. Contoh ; time puasa tapi badan aku da terlampau lemah dan menggigil. Haaa.. itu tandanya nak kene buka posa la. Lagi2 time sarat ni kan. Ramai dok bising kat aku especially opismate la. Diorg ckp bukan ke pregnant women ada exception? 

Ok. Dalam Islam mmg ada mengatakan wanita mengandung dibolehkan tak berpuasa di bulan Ramadhan. Tetapi kene ganti puasa dan kene bayar fidyah. Huhu..bayar fidyah tu tak de la nak berkira mane. Tapi bab nak mengganti posa ni la paling lemah. Kalo da tak posa sebulan..adeihhh naya nak ganti sebulan tu. Sebab tu la aku nak posa selagi mampu. Hehe.. dulu time cik p dtg pon rasa penat da nak berganti. Itu baru seminggu. Ini berminggu2 nak ganti. Hish... cekeding la aku. Dan setakat ni, aku masih lagi mampu berpuasa. :)

gambo dari pakcik google

Baiklah berbalik ke topik sebenar. Time berbuka puasa aku dan en. somi takat ni simple2 je. Takde berlebih2. Ye la berdua je pon. Lagi la space perut aku makin kecik. Takat lauk 1 jenis dan sayur 1 jenis. Cukup da. Even bole buat aku tak berselera. Hahaha.. Maybe sebab family aku kan ramai. So lauk pon byk la. Sahur pon mcm tu gak. Sama mcm berbuka ( panaskan lebihan lauk berbuka je ). Percubaan pertama sahur buat susu blend kurma. Ini en. somi yg buatkan. Mmg aku punya suggestion tapiiii.. mmm.. ( maaf ye en somi.. saya cite disini ) kurma bykkkkk tapi susu sikit.. so imagine la kemanisannya. Rasa nak migrain sbb manis. Hehehe... sampai skrg aku trauma. ( tak byk pon rutin ) :p

Hajat dihati, weekend ni bole la nak masak special sket utk en. somi. Itu pon kalau keadaan aku mengizinkan la. Kalo da dtg BH ni. Huhu.. Nak bgn pon tak le. Cian kat en. somi asek dia je yg kene masak. Ada member aku dlm forum ckp bila ibu mengandung ni berpuasa. BH pon akan selalu strike. Dan ye mmg aku selalu kene. Nak patah pinggang aku rasa. Nak beribadah pon tak selesa yg amat. Cian en. somi tak terawih sebab aku. Nasib en. somi jenis menjaga isterinya. :)


 gambo dari pakcik google gak


Ini sedikit artikel mengenai panduan utk ibu mengandung pasal puasa. Klik disini [...] dan juga disini [...] utk ibu2 yg menyusukan bayinya.



11 August 2010

Salam Ramadhan

Salam.

Dgn sukacitanya dimaklumkan bahawasanya bulan ramadhan telah pon tiba. Oleh itu N3 kali ni khas utk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam. Sama2 la kita memperbanyakkan amal ibadah dibulan yg mulia ini. Jangan lupa puasa betul2.. :)





09 August 2010

Senarai Barang Utk Saya

Salam.

Senarai ini lak utk aku aka bakal mak baby. Hehe... Utk peringatan diri sendiri jugak. First time nak berpantang ni. Teruja nak shopping tapi takotttt bila teringat sakit nak bersalin. :p

1. Set bersalin NR - On the wayyyyyyy...
2. Maternity pad
3. Nursing bra
4. Pati ikan haruan
5. Stoking
6. Tungku - mami ckp da ada
7. Bengkung - nak dua
8. Kerusi toilet ( utk umah mami )
9. Breast pump - Bie kasi pinjam
10. Nursing cover - Bila keperluan baru beli
11. Nursing pad - Disposable
12. Normal pad
13. Bag
14. Kain sarung - Nak kene check ada tak yg da berjahit
15. Baju butang depan
16. Towel
17. Sweater


Senarai Barang Baby

Salam.

Ini senarai barang2 baby yg diperlukan. Disebabkan first baby, kene la berhabis sket. Nnt next child bole la recycle. Hehe... Skrg da 8 bulan pregnant. Mmg kene beli cepat2 brg2 dlm list ni. Nnt tak larat la den nak bersopping. Huhu...

1. Baju lengan pendek
2. Baju lengan panjang
3. Romper
4. Seluar pendek
5. Seluar panjang
6. Sarung kaki
7. Sarung tangan
8. Barut
9. Topi
10. Sapu tangan
11. Napkin - Nak beli 1 pek lagi
12. Disposable Diapers
13. Diapers wipes
14. Changing mat
15. Nappy liners
16. Detergent khas utk brg baby
17. Bedak baby
18. Losyen
19. Baby oil
20. Baby bath & shampoo
21. Cotton bud
22. Nail clipper
23. Minyak telon
24. Cotton balls / rolls
25. Selimut
26. Bedding set
27. Katil baby
28. Bendung
29. Bakul baby
30. Botol susu - Nak tambah utk EBM
31. Berus pembersih botol
32. Sterilizing tablet - Tak perlu kot guna cara klasik je la = air panas
33. Baby bath tub
34. Bath tub rub
35. Towel
36. Stroller
37. Car seat - Nak beli utk newborn till 5 years or more?
38. Baby bag
39. Baby closet
40. Cloth diapers
41. Botol susu drainer and storage





04 August 2010

Kenduri Menyambut Menantu

Salam.

N3 kali ni takde apa yg menarik pon. Saja nak berkongsi cerita. Pada 24hb Julai lepas, aku dan en. somi pergi ke Felda Kratong utk menyertai majlis menyambut menantu mak sedara en. somi. 4 jam perjalanan ok.. jauh tuuuu walaupun kelantan lagi jauh, rasa tak larat tu terasa sgt. Lagi2 aku da makin sarat. Perut ni tok sah ckp la, besar sgt ku rasa. Kadang2 nampak kecik kadang2 nampak besar. Nak2 lagi badan aku byk meragam spt masuk angin la..loya la dan etc etc.

Tapi nak wat mcm ne majlis family. MIL dan mak2 sedara dia yg lain sume turun dari kelantan so nak tak nak aku kene gak join. Nnt apa la diorg tanya mcm2 kat en. somi. Lagi la en. somi ckp tak mo pegi kalo aku tak pegi. Adeiihh.... Bertolak kul 7.40pagi sebab aku akan terus balik pd ptg tersebut. Pagi2 lagi MIL call, pesan kat en. somi suruh aku pakai baju jgn nampak perut. Hahaha... ini mesti kes masa balik kg ritu. Otw ke sana tu borak2 la dgn en. somi sampai bole terlepas exit highway kene exit lagi jauh pastu patah balik. Adeihhhh sekali lagi..

Sampai sana dlm kul 11.++ pg. Majlis dah berjalan. Makanan sume da siap. Hehe.. aku dtg utk mkn je. :p Duduk2 la sambil2 bersalam dgn yg aku kenal. Yg tak kenal aku tak salam sampai la org ckp dgn aku yg diorg ni sapa. Aku tlg pon sket2 je. Itu pon sambil duduk2. Kebetulan badan aku berangin. Perut nampak besarrrrrr.. Kebetulan lak ada 2 org lagi mak buyung iaitu isteri2 kpd sepupu en. somi. Lak tu diorg gap sebulan je dgn aku. Hehe.. Diorg pakai baju ala2 jubah. Mmg la tak nampak. Perut ku masa 6 bulan pon still tak nampak. Skrg je terjojol keluar. :p

Dok kat sana sambil menunggu kedatangan rombongan pengantin perempuan yg bertolak dari Kuala Berang. Uihh.. jauhh tu. Da mkn minum kencing sume da.. En. somi da lama belayar ke alam mimpi. Aku je tak sanggup nak tdo. Panas lak tu. Join la club2 ibu mengandung dok borak2. Lamaaaaa rasanya. Tapi kan yg aku perasan tiap kali aku nak bergerak wajib la ada mulut yg berbunyi... hati2.. jalan slow2.. kene pakai selipar...bole ke tak tu.. Hihii...nampak benor aku ni merisaukan diorg. ;p

Rombongan pengantin perempuan sampai dlm kul 3.++ ptg. Jenuh kami menunggu. Tetamu pon da berkurang. Aku langsung tak bergerak. Tak larat wooo..dgn badan berangin ni. Aku dok ratah lauk ayam je. Masakan yg diorg hidang kebanyakan masakan kelantan. So takde la aku teruja mane. Tapi tang manis tu pasti. So sweeetttt dia punya hidangan.. sampai aku rasa dok telan gula je. Haha... Kul 5ptg aku dan en.somi bertolak balik. Yeay akhirnya balik.. :D

Tapi en. somi terlupa akan hasratnya nak mkn durian. Apa lagi bila da sampai umah baru pegi beli durian. Haha.. cian dia. Aku pon turut sama bantai. Walhal nak diet utk kencing manis ni. Hihi..

p/s : gambo takde walaupun aku bawak kamera. Hehe.. Semoga pengantin baru bahagia hendaknya. Amin.