CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

27 July 2010

Kencing Manis

Salam....

Arini nak bercerita pasal kencing manis. Sebabnya aku sendiri terkene kencing manis. Penyakit ni senang dihidapi oleh ibu-ibu mengandung. Biasanya selepas bersalin hilang la penyakit ni. Tapi ada jugak dlm peratusan yg kecil si ibu terus mengidap penyakit ni.

Mcm ne aku bole detect penyakit ni?? Biasa la kalo da check up kat gomen, berat melebihi aim yg sepatutnya dlm bulan tu akan terus kene buat MGTT test. MGTT ni kene puasa dulu satu mlm then esok pagi amik darah sebelum minum air gula. Pastu kene minum air gula yg manis tak hengat tu lepas 2 jam baru amik darah semula. Kalo bacaan gula dlm darah tu tinggi selepas minum air gula maka oleh itu dicop mengidap kencing manis. So aku tak pas lepas minum air gula. Serasa aku la..ini semua penangan musim durian. Hehehe...


Bawah ni jadual bacaan gula dlm darah. Sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Glucose_tolerance_test



1999 WHO Diabetes criteria - Interpretation of Oral Glucose Tolerance Test
Glucose levels NORMAL impaired fasting glycaemia (IFG) impaired glucose tolerance (IGT) Diabetes Mellitus (DM)
Venous Plasma Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs
(mmol/l) <6.1 <7.8 > 6.1 & <7.0 <7.8 <7.0 >7.8 >7.0 >11.1
(mg/dl) <110 <140 >110 & <126 <140 <126 >140 >126 >200



Ok. Selepas MGTT ni tak lepas kene wat BSP lak. BSP stand for Blood Sugar Profile. Satu hari kene amik 4 kali ujian gula dlm darah. Selepas mkn pastu kene puasa 2jam baru la buat BSP ni. Aku buat MGTT 21/07/2010. Esoknya aku buat BSP. Alhamdulillah semua result aku normal. Ini menguatkan lagi teori durian aku tu. Hehehehe... Utk bacaan BSP seingat aku la result dia kene la kurang dari 7.0 mmol.

Utk para2 ibu sekalian. Mitos time pregnant la bole kita belasah apa yg disukai tu adalah tidak bole dipakai sama sekali. Moral of the story, nak mkn tu bersederhana la. Kalo tak mcm2 penyakit dapat. Amik pemakanan yg berkhasiat. Baik utk baby baik utk ibu. :)


20 July 2010

Perjumpaan SGM 3 oleh Ratu Hati

Salam. 

Awal tahun ni sempena aku pregnant, aku byk join forum tapi satu je yg lekat dgn aku sampai la ni. Aku terjumpa forum ratuhati (RH) masa aku dok surf tenet cari ilmu pasal pregnancy. Almaklum la first time. Mane ada ilmu lagi. Tgk org pregnant ada la.Lagi pon da berniat nak menyusukan bb nnt. Tak mo guna formula milk. Bagi aku la susu ibu adalah susu terbaik utk anak2. Ye la kan sapa tak mo yg terbaik utk anak2 kita.



RH da byk kali wat anjuran pasal sokongan kepada susu ibu. Perjumpaan biasanya melibatkan para ibu dan kaunselor2 bertauliah mengenai susu ibu. So sesapa berminat dan byk pertanyaan serta mau menimba ilmu bole la join perjumpaan ni. Aku lak yg SGM 1 tu da lepas waktu aku join RH. Yg SGM 2 lak aku ada hal. Bulan lepas rasanya diorg buat tapi time tu MIL aku sakit. Tak dapek nak join. So aku join SGM 3  (Sabtu 17/07/2010) dgn tajuk Pemakanan utk ibu menyusu dan persediaan ketika ramadhan. Due date aku even da lepas raya pon still ada gak la kemusyikilan pasal preparation during ramadhan. Larat ke tidak aku ni nak berpuasa.

Tapi bila join SGM ni at least ada gak la ilmu ibu2 lain bole berkongsi. Hehehe.. Diorg suggest wat jus kurma sbb kurma ni bole bagi tenaga. Then dlm Islam ada kelonggaran bagi para ibu dibolehkan tak berpuasa. Tapi kene la ganti ye. Huhu...

Bawah ni adalah pengisian pada perjumpaan tersebut. ( Credit to ratuhati.com )

1. Ibu menyusu yang sihat dan makan makanan berkhasiat dan seimbang tidak memerlukan makanan tambahan dan vitamin untuk penyusuan.
2. Minum air secukupnya semasa malam/ tidak berpuasa.
3. Jika tidak larat bangun sahur, letak air dan biskut di tepi katil untuk dimakan/ minum jika bayi bangun menyusu.
4. Tidak perlu susu khas untuk menyusu (begitu juga mengandung)
5. Jika bayi ada ruam, cirit-birit, sembelit, check makanan yang ibu makan, termasuk jamu.
6. Kafein boleh membuatkan bayi aktif dan sukar tidur dan mungkin meragam jika diambil berlebihan, tambahan lagi jika ibu tidak/ kurang mengambil makanan minuman berkafein semasa mengandung.
7. Makan makanan sihat semasa menyusu, ia satu proses didikan untuk bayi juga kerana bayi akan mudah menerima makanan sihat nanti. Lebihkan makan sayur, dan makanan berserat.
8. Seboleh mungkin masak sendiri. Sediakan bahan masakan (basuh, potong, kisar, precook, simpan) semasa hari minggu/ tidak bekerja. Rancang apa yang nak dimasak. Anda akan dapati memasak setiap hari selepas pulang bekerja bukan lagi kerja yang susah dan mengambil masa.
9. Kebanyakan ibu-ibu yang datang mengatakan bahawa kuantiti susu yang dipam tidak banyak berubah semasa ramadhan.
10. Gunakan kuasa minda positif. Jika pam di pejabat, katakan susu saya cukup. Badan saya cukup sihat untuk hasilkan susu ibu. Kenangkan ibu-ibu di Afrika yang tidak cukup makan, tetap boleh menyusukan anak walaupun kebuluran.
11. Dalam Islam ada keringanan untuk ibu yang menyusukan anak untuk tidak berpuasa semasa ramadhan. Sila rujuk fatwa untuk lebih lanjut.
12. Kesan penambah susu yang tiada kajian klinikal berbeza terhadap seseorang. Contohnya, halba mungkin berkesan bagi ibu A tetapi menimbulkan reaksi alahan kepada ibu B.
13. Kesan supplemen penambah susu juga biasanya hanya beberapa hari.
14. Cara menambah susu terbaik dengan mengamalkan konsep supply demand. Lebihkan hisapan bayi atau memerah susu untuk menimbulkan demand.

Terima kasih pada yg hadir pada hari tersebut. Byk sgt info berguna :D
Gambo amik dari pakcik google.

p/s: credit to En. Maarif sebab tlg hantar and amik saya sempena perjumpaan ni. Terima kasih ye.. Jasamu dikenang.. ;)

Melenggang Perut

Ok ni aku nak cerita pasal balik kg utk buat majlis melenggang perut. N3 kali ni panjang dan takde gambo. Lupe nak bawak balik kamera. Majlis tu diadakan pada jumaat lepas bersamaan 9 Julai 2010 waktu petang. Ritu mmg amik cuti la. Bertolak balik kul 11mlm 8 Julai 2010. Mmg mlm tu balik bergilir driving. En somi penat + mengantuk. So aku tdo dulu then sampai gua musang kitorg pon switch la. Oh lupe..adik aku ada gak balik skali so anto dia balik umah mak aku dulu then patah balik p umah MIL.

Ok cerita pasal melenggang perut ni adalah hanya adat orang2 melayu sahaja. Dulu2 org tua2 buat majlis ni utk nak tgk jantina bb dengan cara si ibu ni menendang kelapa yg diletakkan pada hujung kaki. Waktu tu si ibu ni kene berbaring. Disebabkan acara seperti itu mendatangkan syirik sbb percaya pada mende2 tak betul so zaman skrg ni acara tu dah ditukar dgn solat hajat dan bacaan yasin. Takde dah kelapa bagai.

Jumaat - 09/07/2010 :
Majlis tu dibuat kat umah MIL. Ape lg byk la mende nak kene buat sesudah sampai. Huhu.. Aku buat mane termampu je. Sebabkan da penat sgt sementara ada kudrat ni aku kemas la satu umah. Penat wooo... da kawen dgn anak tunggal nasib la..tak de la org nak tlg kemas2 ni. MIL aku pon baru je sembuh dari denggi. Haih.. En somi kene la tugas2 berat sket. Da abes kemas aku pon tgk2 la apa patot ditolong kat dapur tu. Kat sini rewang2. So ramai la jiran tetangga dtg menolong. Aku duduk2 la dulu sebab rasa letih yg amat.

Tapikan disebabkan terlampau penat en somi hampar tilam utk rest kejap. Aku bg syarat sejam je sbb ada byk kije lagi ni. Tapi paling best aku pon join sama sekaki..Hahahaha... Nak wat camne tilam tu cam memanggil2 je suh tdo. Aku sedar2 je da sejam setengah da tdo..hehe.. Ampun ma.. harap faham ye. Kami keletihan.. ;)

Bgn je makanan da nak siap dimasak. Aku bgn p tukar baju tapi seluar tu bole nampak perut. Baju lak kecik da. Tak senonoh kan..hahaha... Terkial2 aku nak cover perut. Hehe.... Dah bertukar konon nak join masak la. Tapi pegi melahap lak. Diorg ckp takot aku kempunan. Baik sungguh ati para sedara2 en somi. Kebetulan pulak semua jari2 kaki tgn aku bengkak. Tak tau kenapa bole bengkak. Hingga ke saat aku dok menaip ni pon still ada bengkak. Mak aku ckp maybe sebab aku driving. Hmm... maybe la kot.

Tiba la saat majlis berlangsung lepas solat jumaat. Aku tgk mak aihhhh ramainya dtg sampai 3 saf. MIL aku ckp maybe dlm 15 org je dijemput. Yg dtg tu lebih 20 org. Nasib la masak byk. Cukup la nak jamu org mkn. Time mkn tu mkn berhidang. Hadooiiii..ingatkan ala buffet. Sungguh penat. Nasib la en somi ni ada ramai sepupu lelaki bole la menolong. Da abes part solat hajat terus ada utk bacaan yasin. Bacaan ni oleh org2 perempuan. Yg ni pon mkn berhidang gak. Hmmm... Lepas abes sume tu baru la mak sedara aku dtg dan mak aku paling last. Adehhh...

Dah abes majlis aku p bantai tdo. Tak larat woooo.. Huhuhu.. Pastu lewat ptg p kait buah rambutan kat kg arwah ayah en somi. Dapat la satu baldi. Byk tuuu... tapi byk gak diberi pada org lain. Aku dan en somi mkn skettt je. Da magrib sampai umah. Tgk pinggan mangkuk da bersih sume. Hehe.. Takde la patah tgn aku nak membasuh. Heheh.. :p

Mlm tu tdo umah MIL. Tdo dlm bilik kitorg. Bilik jarang org guna byk la serangga dlm tu. Itu pon aku da bersihkan awal2 lg. Penat punya pasal aku tdo jeee tak ingat da kat en somi. Maaf ye.. hehe.. Sedar2 je dlm 2-3 pg gitu. Itu pon sebab aku kene gigit dgn LIPAS!! First time dlm hidup aku kene gigit dgn lipas. Huhu... Bengkak sampai rini. Pastu aku nak kencing la kan. Hujan la plak turun dgn lebatnya.. Kat tepi pintu bilik air lak ada labah2 besarrrrr punya.... Ptg sblom tu en somi da halau tp labah2 tu tak mo gerak. Da aku terjaga en somi pon turut terjaga. Aku mintak suh temankan aku p kencing tapi dia bantai tdo balik. Huhu... Ku kuatkan semangat. Pegi kat bilik air ada labah2 tu. Bila aku p dekat suis tu bole lak labah2 tu melompat. Menjerit la aku.. aaaaaa...(nada manja ye) en somi ape lg terkejut la. Nanges2 aku takot kat labah2.. huhu.. tapi p kencing gak la sbb da tak nampak da labah2 tu. Pastu sambung tdo tapi dlm hati ni takot2 lagi.

Sabtu - 10/07/2010 :
Tdo dgn nyenyak sampai ke pagi. Bangun pon sebab dikejutkan oleh MIL. Tak malu... :P
Kul 10pg ada appointment p servis kete. Pagi2 da mkn dulu. Pastu aku kemas2 la brg. Mlm ni turn tdo umah mak aku lak. Hehehe.. Nak bertolak tu MIL aku pesan before balik KL singgah umah dia. Baik laa... :)
P servis, byk juga la kete ni nak kene baiki. Huhuhu.. Pastu singgah umah mak sedara. Mkn dulu pastu rehat2 jap. Tgk2 cite pastu balik umah mak aku. Sampai je cm tak de org je. Tinggal adik aku sorg dok tgk tv. Adik2 aku yg lain dok tdo. Mak aku p servis kete jugak. Call dia, dia ckp da siap. Just nak p beli durian. Nak wat pulut durian. Aku pesan la beli laksa gak. Aku nakkkkkkk... :D

Ptg tu aku belasah mkn laksa + pulut durian. Paling byk mkn durian laaaa.... Dah tu sampai aku tak le nak gerak. hahaha... Naik atas terus tdo cam tu je. Sampai ke mlm. Teruk betul aku melantak. Heheeee.... Baru la aku bole merasa rehat... Ayah aku nak borak pon aku tak layan. Penat badan + penat makan. Plan esok pg2 nak p amik sijil kawen. Tapi aku bgn pon mak aku kejutkan.. haih.. teruk tul en penat ni dtg.

Ahad - 11/07/2010 :
Mak aku kejutkan nak p brekpest kat satu kedai kat pengkalan chepa. Jauh tul nak p brekpest ni. En. somi lagi la bukak mata terus terkam durian. Mandi2 terus g mkn then sudah mkn je terus p beli brg2 keperluan. Beli beras utk bawak balik then beli air 100+ utk MIL. Tgh dok membeli tu aku terasa penat lagi. Mintak balik kejap. Tgk2 mak aku dok menunggu. Hmm... borak2 sambil rehat2. Then mak aku p hantor adik aku sekolah. Aku pon p kemas2 brg. Nnt da amik sijil bole la balik terus. Mak aku sampai semula kat umah, salam2 bagai then aku pon terus nak p amik sijil then bole la terus balik KL.

Sesampai kat balai islam, nak amik tu bole lak org tu ckp kene dtg balik amik kul 3ptg sbb nak amik pengesahan dari bos diorg. Aikkk.. aku pon.. selama ni tunggu org dtg claim baru nak buat. Ntah pape la sistem kat sini. Cam menyusahkan org. Pastu kad e-nikah tu nak kene anto borang lain. Sebulan baru siap. Ape kejadah dibuatnya lama sgt. Hampeh.. kitorg p la jumpa mak sedara jap sebab tertinggal barang dan jumpe la jugak buat visit kat umah mak sedara satu lagi. Da lama pon tak jumpa. Tunggu sampai kul 2.30ptg, terus ke balai islam. Sijil da siap. Teruskan perjalanan ke next destination.

Sejam kendian sampai la umah MIL. Kemas brg2 yg tertinggal kat situ. Then tlg la sket2 apa yg patut. Borak2 jap sambil mkn pengat durian ( manis sampai migrain rasanya ). MIL lak dok pujuk2 suh mandi la supaya kami stay lama sket. Esok da kije ni. Adeihhh.. Tak lama pon kat umah MIL kitorg pon balik la ke KL. Nak wat camno.. esok da kije ma. Tak dapek la nak stay lama2. Paham bonar MIL nak bermanja dgn anaknya.. :p






07 July 2010

My Pregnancy



Salam. Hari ni bercerita plak pasal pregnancy aka mengandung.

Mula2 ngandung aku dpt rasa yg perut ni berisi pertengahan Januari. Sebab hanya la instinct semata2 xde proof. So aku tunggu la sampai waktu en P dtg. Tapi tak dtg2.. Aku da excited da.. Kitaran aku selama ni 28 hari je. So setiap bulan en P dtg bukan pd tarikh yg sama. So sebab ada yg berkata2 tunggu tarikh sama en P dtg last month tu so aku pon tunggu la.. Hati tak keruan ni. Nak je wat pregnancy test :P tapi tetap bole bersabar lagi :D . Sesampainya tarikh tu aku pon apa lagi menggelupo la suh en somi belikan pregnancy test. Dia pon belikan la...

Esoknya aku pon wat la testing tu... tapiiiiiiiiiiii waktu tu aku nampak ada 2 line tetapi ( tapi lagi ) 1 line tu kabur2. En somi ni da la rabun. So mcm ragu2 lagi. Esoknya aku p klinik ingat nak wat scan la pengesahan. Bole lak klinik tu wat pregnancy test je. Adehhhh.... Doc tu ckp aku maybe pregnant sbb line 1 tu kabur2. Dia kasi la aku ubat asid folic. Makan la aku pon.. tunggu seminggu lagi bg nak kompom betul2 tak aku ni pregnant.

Setelah seminggu berlalu... cheeewaahh.. aku pon pe lagi.. wat la test. Berdebar2... risau.. takot.. sume ada la.. Then result dia...jeng jeng jeng.... 2 line terang benderang lagiiiii... Hehehe... Gumbira rasa hati.. En. somi pon turut sama gumbira... :P ye la sapa tak gumbira dpt anak kan.. :D :D :D



Pada awal pregnant mmg la aku mabuk teruk. Morning sickness org ckp. Aku ni tak kira waktu 24jam wekkkkkk je kije nya. tak larat da. Cuti mc hampir diabeskan sbb mabuk2 ni. Aku start mabuk time nak masuk ke ke-3 bulan pregnant. Kebetulan lak aku pegi bercuti..konon honeymoon. Nak honeymoon camne kalo da mabukk.. :P tapi tak pe at least bercuti rehat gak la aku ni. Bole la tgk2 sabah tu.. selama ni tgk dlm gambar je.. hehe..





Then kehidupan aku berlangsung la sebagai mak buyung.. Mcm2 alahan aku dpt. Tak le minum air masak la.. tak le bau masakan la.. tak larat nak bgn and mcm2 lagi la.. Pendek kata alahan2 time mengandung tu aku dpt rasa la.. kecuali mengidam. Aku pregnant ni tak mengidam la pulak. Tapi ku tgk en somi yg berlebihan mengidamnya tapi tak mo ngaku lak tu. Nak mkn asam la..mkn manga la..byknya mende2 masam la. hmm.. tak pe asal tak ngidam pelik2 dah le... Mabuk aku ni blom hilang lg ni.. nak dijadikan cerita.. da mabuk teruk gastrik pon melanda. Mmg sebelum ni aku ada gastrik tapi bole lagi la nak tahan kan. Ritu tak tahan sgt pegi la klinik.. Terus kene warded..masukkan air. Sebab gastrik + aku muntah2 = dehydration. Huhu... sakit wooo kene cucuk..




Ini la kali pertama aku kene admitted. Selama ni masuk wad pon sebab temankan org sakit. Sendiri sakit tak pernah lagi kene warded. Ini la antara pengalaman2 aku time pregnant. Tak dapat dilupakan.. mabuk sampai lembik2 tak le nak berjalan. Nasib la en somi gagah perkasa. Bole la angkat aku time aku tak larat.. hehe.. Terima kasih ye.. jasamu dikenang. ;)

Bawah ni gambo scan detail time kandungan aku masuk 6 bulan pada bulan 6 lepas. Nak check la kot2 baby ada problem ka. Takat ni..Alhamdulillah.. takde pape. Bile scan detail ni diorg scan 4D. so bole la nak tgk muka baby dlm perut. Hehe.. pasal jantina lak..baby ku pemalu..sampai skrg tak tau lagi jantinanya.. Nnt pasni scan lagi baby jgn malu2 ye.. ;)




p/s : Nampak tak hidungnya yg mancong tuuu??? Hehe.. hasil usaha dok tgk org hidung mancong je pastu dok doa biar la bb ni hidungnya mancong.. ;)


02 July 2010

Short summary my past life..

Salam dan selamat sejahtera semua...

Ayat permulaan mesti la skema sket. Hehehe...
Berdasarkan tajuk, post ni berkenaan dgn my past life.

Asal : Kelantan
Agama dari lahir : Islam
Keturunan : Melayu

Start sekolah tadika di tadika jln raja dewa. Skrg nama da lain..tak pernah nak ingat :P pastu sekolah rendah zainab 2. sambung lagi ke sekolah menengah zainab 1. Ini sekolah keturunan sume dari adik beradik mak hingga ke saya sekolah disini.

Pastu sekolah ni da sekat hanya UPSR 5A or 4A je bole masuk kalo tak kene masuk sekolah lain. so adik2 perempuan bawah aku sorg da tak le masuk. sorg lagi tak amik lg UPSR. Lupe nak bgtau.. sekolah nama zainab ni hanya utk perempuan shj. Lelaki tak le.. pondan pon tak le masuk.

Da abes sekolah menengah masuk uitm dari diploma ke degree amik course computer. :D Masuk pon kene paksa :P tapi gumbira sebab menurut kata2 mak.. hehehe bertambah gembira jumpe en.somi masa amik dip. computer



Lepas je abes degree terus dpt kije.. Alhamdulillah..sampai skrg masih setia dgn company ni.. :P




Setahun kije terus kawen..hehehe.. time tu umo 26thn.. standard zaman skrg punya usia mau kawen.



Itu la rengkasan hidup takat ni.. :D
kehidupan skrg lepas kawen musti la nak anak kan... hehe.. Alhamdulillah murah rezeki, skrg da pregnant 7bulan ;D