CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

05 November 2014

November 2014

Salam.

Menulis lagi walaupun sekian lama mencari masa untuk buka blog pon payah. Tahun ini memang tahun dugaan kesihatan. Tak anak sakit, daku lak yg sakit. Dah abes giliran anak-anak dan ibu, ayah pula yg sakit. Alhamdulillah sakit itu penghapus dosa-dosa kecik. Moga-moga dosa-dosa makin kurang ;) 

Dah masuk akhir tahun, kerja alhamdulillah ok. Anak-anak alhamdulillah perkembangan bagus walaupun ada yg tak sihat. Pembelajaran juga alhamdulillah ok. Secara purata sangat bersyukur dgn apa yang ada. Mengenai business lak masih lagi berjalan. Boleh lah jenguk-jenguk ke FB atau pun IG, search "nawwarBizz". InsyaAllah sentiasa update walaupun bukan setiap hari. Mak bizi nak.. nak buat promosi pon tak sempat. Iklan apetah lagi. Huhuhu....

Sekarang ni daku tengah dalam pertimbangan untuk melanjutkan pelajaran. Kalau ada rezeki insyaAllah terasa macam nak juga melanjutkan pelajaran. Cumanya jika dah confirm nak lanjutkan pengajian memang kene berenti kerja la. Huhu.... kene tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. InsyaAllah akan cuba apply biasiswa. Doa-doa la agar daku sekeluarga dimurahkan rezeki. Amin.. :)

Nanti next entri insyaAllah nak buat entri utk majlis birthday anak-anak masa raya haji ke-2.

Princess Qistina


15 July 2014

Ramadhan 2014 dan berpuasa di hospital

Salam Ramadhan.

Hari ini hari ke - 16 berpuasa. Alhamdulillah kita bertemu lagi ramadhan moga-moga ada rezeki utk bertemu ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah..amin. 

Last entri daku ada mention nak kene cari kije kan. Alhamdulillah 15 April 2014 start kerja di tempat baru. Skrg masih dlm probation tapiiiii hahaha ada tapi tu lagi. Dalam 3 bulan ni dah bape hari dah cuti. Anak-anak asik tak sihat. Tak berjangkit kat tadika Qistina, jangkit kat umah babysitter. Berputar gitu la. Lepas last entri tu dah 2 kali warded termasuk kali ni. Total warded utk tahun ni je dah 3 kali. Bulan 1, bulan 5 (lepas start kije!) dan hari Ahad lepas (bulan 7). 

Allahuakhbar hati ibu mane la tak sayu tgk anak-anak sakit je. Dalam hati ni mmg takde rasa nak kerja dah. Moga-moga dilembutkan hati emak lihat la cucu perlukan perhatian si ibu. Terasa I'm a very bad mom! Couldn't take care own child and end up they always get sick. Sobbsss sobb... 

Belajar ilmu tinggi-tinggi pon bukan la wajib bekerja pon. Boleh apply ilmu-ilmu dipelajari itu kepada anak-anak. Sungguh kesian kat anak-anak. Hospital mcm rumah ke-2. Drugs dah byk masuk dlm badan. Hmmmm.... guna natural remedy mmg tak jalan bila dah start sakit. Kalau sebelum sakit tu Alhamdulillah ada la juga menjadi. Contoh daku beri black seed honey utk Qistina. Memang jarang jatuh sakit. Tapi itu la masalah pulak dgn en. suami. Dah tgk depan mata anak OK dgn madu tu boleh pula nak tukar ke madu lain. Madu asli dari kampung lah bagai. Nak tunggu amik madu kampung tu satu hal la pula. Bukannya tiap2 minggu balik kampung. Berbulan baru balik. Dah takde stok madu mula la Qistina start sakit. Ya Allah.. berikanlah kesabaran. Lain daku minta lain pula dibelinya. (Urut dada minta kesabaran tinggi).

Kali ini si adik pula yg start sakit dulu. Mula-mula tu daku dan en suami dah bergilir sejak minggu lepas duk amik cuti dan jaga si kecik ni. Hari Khamis pegi check, alhamdulillah kahak takde dlm paru-paru. Dia pon nampak makin ok takde selsema sgt dan batuk. Jumaat hantar la si kecik ke umah bs dan kami bekerja. Amik je haaaaaa makin teruk. Esoknya makin tak sihat dan dah dgr wheezing terus! Ohhh.. Ahad pagi terus ke hospital dan sah kene warded utk neb tiap 4jam. Daku dah bergenang air mata. Tahan sgt tak mo jatuh air mata niiiii. Kakak Qistina lak dah ada kahak dalam paru-paru tapi masih sikit dan bole continue ubat je tak perlu warded. Tapi dah nama si adik kene tahan kan, mmg semua berkampung kat hospital la. Dan dan terus pegi beli black seed honey tu sementara menunggu kemasukan ke ward. Start hari ni kakak pula dah demam panas. Walaupun nampak aktif, panas tau suhu dia. 39C! Ubat demam takde. Lap-lap je la badan kakak. Kebetulan lak demam dah petang doktor dah balik umah. Nak ke emergency nak kene register bagai. Adoilaaaaaaa daku dgn si adik kecik meragam dan cirit je nak kene register menunggu utk amik ubat semata je. Memang tak dapat nak buat la. Tunggu en. suami balik kije bawakan ubat aje la. Alhamdulillah mlm ni nampaknya demam dah surut. Moga kakak dan adik cepat sembuh ya. Amin..amin..ya Rabb.

 Kalo jumpa daku dan nampak cam tulang temulang berjalan tu tok sah tanya kenapa ye. Dalam bulan Ramadhan ni makin tak berselera la mikirkan kesihatan anak-anak. Doakan anak-anak daku diberikan kesembuhan dan kesihatan yg baik. Serta doakan agar emak daku dilembutkan hati utk daku berenti kije and give full attention to my own daughters. Ya Allah perkenankanlah doa-doa ku. Amin.



26 March 2014

One hectic month! Phewww...

As Salam.

Lama benar blog ni bersawang. Ampunnnn mmg sgt tak sempat. Bermula dengan tahun baru anak sulung masuk tadika tapiiiii part paling mencabar bila ada ibubapa yg amik mudah pasal kesihatan anak-anak. Dihantar juga anak yg sakit. Sungguh kasihan anak yg sakit dipaksa hantar ke sekolah. Bila deme sendiri sakit pandai lak nak MC bagai. Tahu sakit tak larat pegi kije. Anak-anak pon gitu la. Mesti la diorg pon tak larat. Nak kene berehat. Dah pulak berjangkit kat budak-budak lain termasuk la anak ai. Hangen tak hangen. Sampai warded berminggu. Dah satu family jatuh sakit. Dugaan sungguh. Bila anak-anak duk sakit den fikir-fikir.. berenti je la kije jaga anak fokus belajar. 

Alhamdulillah berenti la den.. kiki... Qistina lak lepas warded 2 minggu masuk sekolah balik tak sampai 2 minggu kene pulak chicken pox. Mak aihhhh...memang superrrr vangang la makpak budak tu..Yang pegi anta jugak tu jumpa dgn aku memang kene tampo kokedai la.. Dah jangkit pula dekat si kecik. Alahai kesian tgk anak-anak sakit tak berenti. Ini baru beransur pulih dua beradik tu. Alhamdulillah.. tapiiiii bulan ni jugak ai start semester baru. Start je penuh assignment kene buat. Huhu... sem lepas agak menurun la den punya pointer. Ye la... byk kot kelas aku tuang. hehe....

Yang paling best aku kene cari kije balik.... -_-'' bermula la pencarian kije lak.. Keputusan cari kije balik bukan sebab en suami aku tapi sebab omak den. Ohh ibu....restu la ai mau jaga anak-anak je. Huhu... disebabkan itu aku juga ada setup bizz kecil-kecilan.. ya... ai mula jual kain-kain japanese cotton yg comel-comel. Kain-kain ni bukan dari vietnam ye. Ini japanese cotton kainnya lagi lembut dan sejuk dari vietnam cotton / english cotton ni. Corak pon sgt menarik dan ada juga corak-corak yg sesuai dibuat sebagai crafter. Bole jenguk page ai di Nawwar Bizz

Moga-moga selepas ini kehidupan kami dipermudahkan dan rezeki dimurahkan. Amin.

Ketika warded bulan akhir bulan January di DEMC


Yang ni kakak kene chicken pox sgt byk.

Kakak dah sembuh adik pula kene.
Antara stok yg ada
Corak bunga

Mari pilih sebelum tailor tutup tempahan :)