CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

26 September 2013

Menunggu Masa

AsSalam.


Hari ni genap la 36 minggu kandungan anak ke-2. Harapannya dapat la melahirkan anak ni dgn cara normal dan juga dilancarkan segala urusan dan perjalanan bersalin nanti. InsyaAllah.. amin. :)

Setakat ni estimate berat adalah +-2kg je. Kesnya kene diet sempena ada GDM. Anak ibu sangat aktif dalam perut. Bermain-main dan suka sgt kalo kakak Qistina peluk perut kan..mula la senget-senget ke arah kakak Qistina. Ibu la yg kene tahan sakit tegang perut. Uhuhu..... keluar nanti main la puas-puas dgn kakak Qistina ye. Kali ni ibu perasan anak ibu ni sgt mendengar kata ayah. Tak le ayah sentuh mula aktif bagi respon. Gumbira sangat ayah bila anak bagi respon. 

Barang-barang nak menyambut anak dah siap belaka. Untuk berpantang ibu je blom siap lagi. Kali ni aim produk tanamera. Tapi nak beli loose item. Tak mo la beli set karang jadik macam lepas tak pakai sgt pon. Sampai skrg ada lagi. Barang ibu dan anak dah siap-siap letak dlm beg. Kain sarung tinggal selai dua ja lagi blom jahit. Nak kene siapkan cepat-cepat. Kain sarung yg dulu semua da kene rembat dgn mami. Bawa balik selai je pas pantang Qistina. Ohh lupa pulak nak kene basuh car seat dan baby carrier. Sehari dua lagi la nampaknya. Kene buat slow-slow. Sian en somi semua kerja rumah dia amik alih da.

Kali ni tiap-tiap minggu kene pegi kkia. Selang minggu ni check up perut pastu minggu depan jumpa doktor utk review BSP lak. Penat gak la walaupun bacaan gula takde masalah. Huhu... tak pe lah demi anak, ibu sanggup nak. Minggu lepas dah start kelas utk semester ni. Jadi dah buat keputusan tak ambil cuti khas sebabkan kelas waktu jumaat dan sabtu je. Sambil cuti bersalin ibu study. Bole gak berehat dan tumpukan perhatian untuk belajar. Ada 3 minggu lagi sebelum cuti tengah semester. Lepas tu anak ibu dijangka lahir lagi 4 minggu. Moga dipermudahkan. Amin.

Hujung minggu ni ada check up kat Hospital Kota Bharu. Nak check parut czer dan juga tulang pelvis. Sama ada bole bersalin normal ke tak. Harap-harap la boleh. Lagi pon anak ibu kali ni kecik je. Hehe.... tapi yg tak bestnya sakit badan oooooo ulang alik ni. Sakit badan balik KB 2 minggu lepas baru nak hilang. Uhuhuhu....





18 September 2013

Anak Ibu Sayang

Salam.

Hari ini ibu emooooo... huhu.. kesnya sebab cuti 4 hari tu bergolek santai dgn anak. Hari ni start kije ibu emo nak.. Teringat kat Qistina dgn manja dia, keletah dia tu..mane la ibu tak teringat. Pagi ni bangun je terus cium perut ibu pastu peluk muka ibu tekap kat dada. Kekonon ikut aksi ibu bila ibu peluk Qistina letak kat dada. Hehe... mesti terasa kasih sayang nak ibu rasa kasih sayang dia gak tu :D

Semalam dah le kene marah & pukul kakak comel ni. Walaupun tak kuat.. tergugat jugak la emosi ibu. Dah Qistina tak mo pakai seluar kene la marah kan. Lepas tu nangis peluk ibu ketat2.. uhuhu...bergenang ayor mata ibu. Dah dekat 2 minggu lebih Qistina ada syndrome separation anxiety. Tak leh ibu hilang. Kene tinggal kejap pon tak mo. Anak ibu sungguh Qistina ni. Ibu pon sayang sangat kat Qistina. Pon dah jangkit dah separation anxiety dari Qistina. Hehe.... kebetulan rini tak le balik awal. Ayah Qistina ada bowling la pulak. :(



Permintaan Qistina nak berdukung tak dapat ditunaikan pon. Huhu..sedih ibu sebab ibu tak le dukung. Ibu bole peluk-peluk ketat je. Nanti bila ibu bole dukung ibu dukung ye nak. Semoga keakraban ibu dan anak hingga anak ibu membesar dan menjadi seorang ibu pula ya. Amin. :)






10 September 2013

Macam-macam cerita satu entri

Salam.

Lama tak update blog. Alkesah tak leh nak view part write new post kat opis.. Uhuhu... Ni ntah camne bole la plak. Nak update kisah pregnancy ni. Tinggal 6 minggu dan 2 hari lagi nak ke due date. Debor pon ada takot pon ada excited nak dpt baby pon ada. Takot dan debar sebab tau dah rasa sakit macam mane dan nak bertarung nyawa untuk melahirkan anak. Sangat excited nak dapat baby baru...hehee :)

Pagi tadi baru selongkar barang-barang baby yg baru beli. Baju-baju nak kene basuh. Uhuhu.. barangan utk si ibu dlm masa berpantang pon tak beli lagi. Mandian dan ubatan nak letak kat bengkung. Dah le kali ni berpantang kejap je kat kampung. Risau gak ni...memandangkan ada kelas nak tak nak kene la masuk juga. Maybe skip 2 minggu je kelas. Pastu sambung berpantang kat umah sendiri je. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Amin.

Setakat ni perkembangan baby bagus.. menendang dgn sangat kuat dan aktif. Orang dok tegur perut nampak kecik dan dah turun. Moga-moga mudahlah nak bersalin nanti. Amin. Kecik kat dalam tak pa, nanti dah keluar ibu kasi susu badan byk-byk kasi bam bam. InsyaAllah :) Ohhh teringat pulak blom beli pam lagi ni. Pam yg ada tu kan dah tenat nazak dikerjakan oleh Qistina. Kali ni pegi beli terus kat retailer medela tu. Huhu...payah aih nak servis hat US diorg tak mo terima. Sedih tau...

Weekend ni balik Kelantan dan ada extra cuti Hari Malaysia. Nak kene p spital jumpa gynae kat hospital besar kota bharu tu. Doktor kat sini insist suh p jumpa gak. Tak tau la bole jumpa terus tak pon suruh tunggu nak beranak baru pegi sana. Disebabkan i ada scar c-sect sebelum ni dan juga ada GDM sebab tu la diorg nak suh check gak dan doc sana kene nasihat bole ke tak option utk normal. Hmmm..... tengok je la nnt camne. Harap-harap takde la kene lama menunggu. Jenuh duduk je. Dah le balik pon kejap je. Sabtu petang baru bertolak pas kelas. Isnin nak kene balik dah. Aiseh... blom berlaku lagi dah terbayang-bayang kepenatan tu. Balik time raya tu pon rasa sakit tak le nak bangun :(

Cerita pasal bakal jadi kakak plak. Malam-malam tido still bawah ketiak ibu lagi. Parah sungguh.. dah tu nak berpeluk ja. Manja makin menjadi-jadi. Layankan aje sementara boleh ni. Kadang-kadang bangun nak cium perut. Ehehe...suwit ja rasa. Moga jadi kakak yg baik dan bole membimbing adik-adik (ehhh) amin... Mode princess dia masih lagi aktif cuma dia dah pandai busan asek tgk citer sama so dia dok explore education game yg ada. Bila tanya itu apa, dia pandai buat sound effect ja tapi tak tau apa nama. Ekekeke... ni part ibu dan ayah kene terangkan dan ajarkan lagi ni. 

Bulan depan, 2hb genaplah kakak Qistina 3 tahun dan maybe tiada sambutan meriah hanya dengan famili kecik kami je. Tahun depan hajatnya nak masukkan ke tadika playground gitu. Belajar sambil bermain dan juga yg penting Islamic. Cari-cari kat sini jumpa littlecaliph mentari dekat je dgn rumah. Masalahnya bertempat di kedai. Hat ni den tak berkenan. Kalo bole mau jenis rumah. Luas dan byk mende bole explore. Naseb bagitau babysitter dia pasal ni. Ada satu tadika jenis Islamic dekat-dekat area perumahan. Bole la nak p survey.

pssttttt... ada mende baru dlm keluarga kecik kami. Hehehe.... permintaan dari en suami yg nak si isteri belajar mende ni. Turutkan aje la.... nnt ada hasil bole la nak tunjuk. Skill budak baru belajo. Ekeke.... :)