CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

10 September 2013

Macam-macam cerita satu entri

Salam.

Lama tak update blog. Alkesah tak leh nak view part write new post kat opis.. Uhuhu... Ni ntah camne bole la plak. Nak update kisah pregnancy ni. Tinggal 6 minggu dan 2 hari lagi nak ke due date. Debor pon ada takot pon ada excited nak dpt baby pon ada. Takot dan debar sebab tau dah rasa sakit macam mane dan nak bertarung nyawa untuk melahirkan anak. Sangat excited nak dapat baby baru...hehee :)

Pagi tadi baru selongkar barang-barang baby yg baru beli. Baju-baju nak kene basuh. Uhuhu.. barangan utk si ibu dlm masa berpantang pon tak beli lagi. Mandian dan ubatan nak letak kat bengkung. Dah le kali ni berpantang kejap je kat kampung. Risau gak ni...memandangkan ada kelas nak tak nak kene la masuk juga. Maybe skip 2 minggu je kelas. Pastu sambung berpantang kat umah sendiri je. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Amin.

Setakat ni perkembangan baby bagus.. menendang dgn sangat kuat dan aktif. Orang dok tegur perut nampak kecik dan dah turun. Moga-moga mudahlah nak bersalin nanti. Amin. Kecik kat dalam tak pa, nanti dah keluar ibu kasi susu badan byk-byk kasi bam bam. InsyaAllah :) Ohhh teringat pulak blom beli pam lagi ni. Pam yg ada tu kan dah tenat nazak dikerjakan oleh Qistina. Kali ni pegi beli terus kat retailer medela tu. Huhu...payah aih nak servis hat US diorg tak mo terima. Sedih tau...

Weekend ni balik Kelantan dan ada extra cuti Hari Malaysia. Nak kene p spital jumpa gynae kat hospital besar kota bharu tu. Doktor kat sini insist suh p jumpa gak. Tak tau la bole jumpa terus tak pon suruh tunggu nak beranak baru pegi sana. Disebabkan i ada scar c-sect sebelum ni dan juga ada GDM sebab tu la diorg nak suh check gak dan doc sana kene nasihat bole ke tak option utk normal. Hmmm..... tengok je la nnt camne. Harap-harap takde la kene lama menunggu. Jenuh duduk je. Dah le balik pon kejap je. Sabtu petang baru bertolak pas kelas. Isnin nak kene balik dah. Aiseh... blom berlaku lagi dah terbayang-bayang kepenatan tu. Balik time raya tu pon rasa sakit tak le nak bangun :(

Cerita pasal bakal jadi kakak plak. Malam-malam tido still bawah ketiak ibu lagi. Parah sungguh.. dah tu nak berpeluk ja. Manja makin menjadi-jadi. Layankan aje sementara boleh ni. Kadang-kadang bangun nak cium perut. Ehehe...suwit ja rasa. Moga jadi kakak yg baik dan bole membimbing adik-adik (ehhh) amin... Mode princess dia masih lagi aktif cuma dia dah pandai busan asek tgk citer sama so dia dok explore education game yg ada. Bila tanya itu apa, dia pandai buat sound effect ja tapi tak tau apa nama. Ekekeke... ni part ibu dan ayah kene terangkan dan ajarkan lagi ni. 

Bulan depan, 2hb genaplah kakak Qistina 3 tahun dan maybe tiada sambutan meriah hanya dengan famili kecik kami je. Tahun depan hajatnya nak masukkan ke tadika playground gitu. Belajar sambil bermain dan juga yg penting Islamic. Cari-cari kat sini jumpa littlecaliph mentari dekat je dgn rumah. Masalahnya bertempat di kedai. Hat ni den tak berkenan. Kalo bole mau jenis rumah. Luas dan byk mende bole explore. Naseb bagitau babysitter dia pasal ni. Ada satu tadika jenis Islamic dekat-dekat area perumahan. Bole la nak p survey.

pssttttt... ada mende baru dlm keluarga kecik kami. Hehehe.... permintaan dari en suami yg nak si isteri belajar mende ni. Turutkan aje la.... nnt ada hasil bole la nak tunjuk. Skill budak baru belajo. Ekeke.... :)



2 comments:

ashra said...

alhamdulillah...baby dalam yut juga sihat2..

tak sabar tunggu adik bb.hehe.
owhh..saya masukkan aleesya tahun depan ke LC =)
da tanya,program dia menariks nampaknya.lagi satu dekat dgn umah

Sima said...

Alhamdulillah ash.. :)

Memang sgt tak sabar dah ni... rasa berat je perut pastu rasa tak sabo nak geget!! ekeke...

Ha ah program LC nampak menarik tapi masalahnya dia area kedai dan sgt jammed pack :( rasa rugi sgt.