CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Salam.

Raya ke-5 baru update blog untuk hari raya. Hari ini dah start kerja tapi MC sebab cirit birit yg kene sebelum raya lagi. Apa pon selamat hari raya maaf zahir dan batin utk family dan rakan taulan. Mesti raya korang semua meriah kan? Ai raya tahun ni kepenatan yg amat. Biasa la bila berbadan dua ni. Balik kampung pon dah berbelas jam dalam kereta. Nak balik dgn flight kesian kat en somi lak. Drive balik sorang-sorang lak nanti.

Balik raya ni dapat la merasa beberapa makanan masakan kelantan yg best-best. Hehe... cuma still kontrol carbo tu. Kat sana kan kebanyakan makanan manis-manis. Memang bole cuit sesikit aje la. Kang melambong naik tinggi gula ai. Ekeke... Tahun ni giliran raya kat umah mak. Banyak tempah dari buat sendiri. Yang buat byk lauk pauk je. Gulai ayam, gulai kuning ikan tongkol dan kuah satay. Tu memang menu wajib kat umah tiap-tiap tahun. Umah MIL mcm biasa mmg takde masak apa-apa. MIL dari dulu mmg takde buat apa-apa. Kami laki bini biasa bawa balik biskut dan kerepek raya aje mcm biasa.

Raya pertama, lepas solat sunat raya pergi ziarah kubur arwah Che. Dah 3 tahun tak jejak kaki kes bergegas kene ulang alik. Raya kali ni dpt pergi. Alhamdulillah... lepas tu p beraya umah mak-mak sedara yg memang sgt dekat dgn kubur arwah Che. Dah selesai beraya baru la p beraya umah MIL. Rancangan asal umah MIL raya ke-2 tapi mengenangkan permintaannya nak gak kami dtg, kami pegi juga. Plan raya ke-3 dah nak balik KL.Since raya pertama dah separuh hari kat MIL dan raya ke-2 pon disitu, kami postpone la plan nak balik KL ke ari ahad, raya ke-4. Raya ke-3 tu beraya dgn mak ai ler. Cian kat dia. Sob sob....

Sekarang bersiaran di KL di hari raya ke-5. Gambo raya tak berapa nak ada. :(



No comments: