CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

31 July 2013

Scan 4D si Kecik Dalam Rahim Ibu

Salam.

Entry panjang berkala kali ini. :)

Hari isnin lepas adalah hari pertama puasa den berlobang. Disebabkan kepenatan / tak larat melanda. Maybe sebab aktiviti sopping last minit hari sabtu dan ahad tu. Walaupun tak sampai satu hari pon still effect pada badan amat terasa. Decide nak amik MC je la. Pegi la ke UMRA alang2 nak jumpa doktor kan better p scan si kecik dalam ni terus.

Ibu p scan sekali jer kat swasta lepas tu scan kat klinik kesihatan jer. Memang tak nampak jelas pon anak ibu ni. Kali ni nak p scan detail 4D terus la. Lagi pon dah masuk 27minggu 4 hari. Extra minggu lepas tu mmg payah la nak scan. Tak nampak sgt dah. Biasa kan baby masuk trimester ke-3, peringkat mengumpul lelemak dan membina isi badan berkembang pesat. Esok ni officially masuk trimester ke-3 dah. Huhu.. tak lama lagi akan melalui process labor.

Sampai pagi2 tak ramai sgt org. Kebetulan sebelum ni memang ada call UMRA utk scan detail tapi weekend penuh. Diorg offer Isnin tu tapi den sombong tamao sebab kene cuti. Naseb bole walk in. Hehe.. ada hikmah gak sakit2 ni. Dapat tgk anak ibu. Sebelum scan tu kene check urine dan timbang berat badan. Tang berat badan agak merisaukan den sebab den hilang 3KG sepanjang puasa ni. Dah le waktu 3 bulan pertama tu turun 4KG, gain balik dlm 2.5KG ni lost balik 3KG. Hmmm.... apa pon alhamdulillah si kecik dlm ni membesar dgn jayanya. Ibu je la makin keding. Huhu... Berat ibu sekarang 49KG. Estimated berat si kecik 1.2KG. Patut la ayah asek dok ckp muka ibu makin kecik dah.. Nak camne kene kontrol carbs utk kontrol kencing manis. Nasib on diet jer tak on insulin. Alhamdulillah result BSP sentiasa under kontrol.

Okeh cerita si kecik lak. Masa scan badan panjang normal, panjang kaki terlebih sket stok tinggi gak insyaAllah. Jantung dan anggota badan semua normal. Syukur sgt sebab kes p buat X-ray pastu 2 minggu tu dpt tau result den ngandung. Memang risau juga dihati ini. Tang nak scan muka paling byk drama. Haih dlm perut pon dah pandai bermain-main! Masa sonographer tu nak scan muka bole dia p lindung dgn tangan. Dok hisap jari la, dok menguap la, dok minum air ketuban tu la. Muka lak ke tepi abes. Memang tak leh nak tgk full face. Bila p scan tempat lain boleh lak dia alihkan tgn tu. Bila nak scan lagi sekali kat muka dia lindung balik muka tu. Saboooo la anak oi. Hehe... dapat la tgk sipi2 pon jadi la... Ibu tak kesah sgt. Asalkan anak sempurna sifat dah syukur sangat.

Bab gender lak, ai dah announce kat pesbuk dan ig. Hehe.... dari scan tu nampak macam perempuan. Jika keluar lain dari yg di scan tu, tak leh nak kata apa la kan. Kita just buat check dgn teknologi buatan manusia. Allah S.W.T juga yg berkuasa dan maha mengetahui :)

p/s : kakak Qistina ada kawan la kalo betul adik dia ni perempuan.




No comments: