CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

10 July 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Salam.

Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada rakan-rakan dan keluarga yg menyambut bulan yg mulia ini. Moga kita mengambil kesempatan ke atas bulan mulia ini dgn memperbanyakkan amal dan ibadah kepadaNya. Puasa ini mesti la bersederhana ya. Bukan berlebihan dalam menu makanan untuk berbuka. 

Dibulan ramadhan, kita berpuasa bukan sahaja menahan dari makan dan minum, tapi menahan rasa amarah, nafsu dan lain-lain juga. Berpuasa mengajar erti bersabar dan bersederhana dalam serba serbi. InsyaAllah nasihat untuk diri sendiri juga ni. :)

Ramadhan kali ini, kali ke-2 berpuasa dalam keadaan sarat mengandung. Sekarang dah masuk 25 weeks, agak mengah dan selalu je rasa heart burn. Harap-harap, dapat berpuasa penuh. Amin. :) Masa mengandungkan Qistina, berlobang 5 hari terakhir disebabkan demam. Moga puasa kali ini, tiada masalah untuk menghadapinya. Amin.. lagi sekali. Hehe... Oh ya, kali ini en suami kene la masak-masak macam biasa ya. Ai bole tolong serba sedikit ja. Mengah dan penat pregnancy kali ini mmg taking it's toll! Huhu....

Salam ramadhan kalian :)



2 comments:

ashra said...

Selamat berpuasa nik..

Hehe..ngandung seterusnya mmg gitu...kalau hat pertama dulu,manja badan..skang anak dalam yut n luar yut pun jaga..hehe....semput nak ngejar anak luar yut.hehehe..


Sima said...

Selamat berpuasa ash.. :)

betul tu semput nak ngejar hat luar yut nii.. kadang2 sampai tak terkeluar suara. anak pulak makin sensitip.