CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 June 2013

Kisah Angah (Muhammad Amin Fahmi)

Salam.

Hari ini nak share kisah adik ni yg dipanggil angah oleh ahli keluarganya. Angah mengidap kanser. Dah lama follow kisah angah. Bermula dgn luka di punggung yg sgt susah nak sembuh. Alhamdulillah dah makin ok tapi kanser leukemia yg dihidapi sebelum luka tu makin mengganas. Keadaan kanser angah makin byk merebak ke seluruh badan. Dari mula follow kisah angah sampai la ni tak putus-putus doa dititipkan untuk angah semoga dilindungi olehNya. Diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T.

Hari ini post ini di facebook oleh ayah angah (link : ini) membuatkan gugur air mata ni. Tersentuh hati keibuan yg selama ni cuba ditahan-tahan bila membaca kisah angah. Akhirnya hari ini tak mampu nak menahan air mata dari mengalir. Moga diberi kesembuhan kepadamu angah. Moga diberi kesihatan yang baik-baik untukmu angah. Moga diangkat segala derita dan penyakit dari tubuh badan mu, angah. Amin ya rabbal alamin.

--------------------------------------- UPDATE 10 JULAI 2013 ----------------------------------------------

Pada 24 Jun 2013, adik kecil ini telah pergi menemui Allah S.W.T. Moga rohnya dicucuri rahmat. Syurga untukmu, insyaAllah. Bertabahlah wahai keluarga angah. Disana angah sihat dan menanti ibu bapanya dipintu syurga. 




2 comments:

tenku butang said...

hai.. salam kenal,

done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

anajingga said...

Semoga angah dan keluarga diberikan kekuatan menempuh ujian getir ini..amin.