CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 August 2012

Qistina 22 Bulan

Salam.

Alhamdulillah masih lagi bernafas di dunia ini. Syukur juga Nik Nawwar Qistina sudah meningkat umur ke 22 bulan dan semakin panjang akal dia. Hehee.... seronok melihat karenah anak2 yg sedang membesar. Qistina masih lagi menyusu susu ibu sepenuhnya dan daku pon masih mengepam di tempat kerja. Cuma dirumah memang dah sentiasa dikosongkan oleh Qistina. Asal dapat dok rilex jap mula la dia dtg mengempeng. Even dok busy pon still dia nak juga. Huhuhu...tak pe ibu turutkan aje. Bila lagi anak nak menyusu, sekaranglah masanya. Dah besar nanti, tak dapat la nak nyusu dok? Hehe...

Hai...
Untuk perkembangan dia, alhamdulillah perkembangan seperti toddler yg lain. Dah start bercakap walaupun guna ayat yg hujung2 saja kadang-kadang ada juga ayat penuh. Hehe.... tapi nak sebut ayah, ibu tu walaupun boleh tapi tetap la dia panggil "MA".... semua mcm tu la. Ayah pon MA, ibu pon MA. Kalau tak faham apa yg dia cuba cakap memang dia akan merajuk. Hehe... tapi mostly apa dia cakap akan beserta dgn aksi sekali. So memang daku akan faham apa dia cuba sampaikan. Suka sangat ajuk cakap kita, orang dewasa. Emosi makin berkembang..dah tahu apa keinginan dan apa baju yg disukai. Nak suruh pakai baju cepat-cepat kene cakap baju tu cantik. Kene puji pujian dulu. Anak perempuan la katakan... ikut sapa la tu. :)

Nom nom...
Bluuueeekkkk
Perkembangan fizikal pula alhamdulillah juga, sihat dan suka beriadah. Bila dia tau macam mane nak memanjat, mula la dok panjat sana sini. Sebelum ni hanya test skill kat tangga jer. Skrg meja la kerusi la.. nasib almari penuh barang kalo tak almari pon dipanjatnya. Dah 2-3 minggu lepas mula melompat.. hehehe... walaupun lompatan kaki tak terangkat, cubaan tu penting. Hehehe..... ibu ayah tukang sorak bila cubaan dibuat. Berat makin meningkat (opkos) sebegitu juga dgn perut semakin kedepan. Haaa tang ni ibu risau. Walaupun makanan dicatu kat rumah BS dia tu tak tau la apa yg dimakan. Memang makin chubby. Lagi lagi kalo weekend, dok dengan daku memang sentiasa makan tapi tetap la sedikit. Memadai dgn dia kenyang saja tapi still sambung bf lepas tu. So takde istilah rehat dari makan dan minum. Ermmmmmm......


Special pose dari Qistina













Sama-sama membantu meringankan

Salam.

Di ramadhan barakah ini, daku ingin berkongsi kepada rakan2 diluar yg dermawan. Mereka yang menderita dan memerlukan bantuan. Dapat info dari blog kak Moon (sini). Sungguh besar dugaan dihadapinya. Moga penderitaan dan penyakitnya cepat sembuh dan dapat meneruskan hidup seperti biasa. Amin.



Link blog beliau : aliaharyanie.blogspot.com