CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

29 March 2011

New Start At New Place

Salam.

28/3/2011 bermula la kehidupan bekerja di tmpt baru. Alhamdulillah takat ni ok je lagi. Hehe... harap2 semuanya berjalan dgn lancar dan baik. Pembelajaran perkara baru tu wajib ada kan. Rini da start training. Hehe... siap da buat exercise lagi. Tapi rini tak tau kenapa sgttttttt mengantuk. Maybe dlm 2-3 hari ni tak cukup air. Huhu... org dok terangkan pasal kije bole lak tdo. Hahaa.. teruk tul kan. :p

Disebabkan tmpt kije da sama dgn en somi maka perbelanjaan utk ke opis da pon jimat sket. Heehee.. sama tmpt bukan sama kompeni. ;)

Rini sempat pegi beli fenugreek coklat. Haha... nak le try nih. Siap rembat 2 kotak lagi..pelahap betul. Nntkan dia punya penangan. Ahad mlm isnin tu da kene penangan durian dah. Abes basah baju dibuatnya. Haha.. suka suka.. my milk booster. First time mkn milk booster menjadik nih. Tapikan takkan la nak mkn hari2 ye dak? Wat naya ja. Hahaha.... naya fulusssss.



21 March 2011

Last day kije kat e*w*rx ni.

Salam.

Last day kije sini. Hopefully kat tmpt baru nnt dpt melebarkan lagi pengalaman dan ilmu. InsyaAllah. Semoga perjalanan kerjayaku ini berjalan lancar. Amin. 

Tempat lama ni ok je. Saje je beralih hangin. Tak mo la kerah tenaga tempat sama lama2 sgt. Haha... saya kije utk diri sendiri. Kerana Allah. Bukan kerana / untuk kompeni itu. Jgn sangka saya jahat ye. Kene la fikir kebaikan diri sendiri dulu. Saya ada family utk dibantu tanggungannya.

Ohh.. kenangan kat sini takkan ku lupakan. Biasa la pahit manis kehidupan mkn gaji nih. ;)

18 March 2011

Baby Fair Midvalley

Salam.

Rini lepas opis hour mau pigi MV. Hehe... mau sopping brg2 Qistina. Lagi 2 minggu Qistina nak start solid food. Harap2 bole la kumpul brg2 tu minggu ni. Nnt kan hapdate sopping ya.. tak sabooo nak pegi buang fulus. huhuhu... moga murah rezeki kami. Amin. :)


Oh ya.. Rini opismate belanja mkn2 kat Madam's Kwan KLCC. Mkn nasi bojari. Marbelessss.. sodap. tapi sbb kebulur mkn cepat2 sempat snap makanan je. huhu... Oh ya. Next week adalah last week kat eBworx. Aku kije sini 3year ++. Lamaaaa gak kan. First job and kompeni. Byk kenangan kat sini. Apakan daya rezeki kat sini da berakhir. Pencarian rezeki ke tmpt lain lak. Tukar mood tukar segalanya. Hehe... demi kebaikan daku jugaaa. :)



=============== UPDATE ==============

Sudah pegi fair tu. sampai je kene pam + solat dulu. naik je da kul 8mlm. ada kedai da tutup. huhu... sempat beli baby cot mobile, botol avent dan pyjama 2 pasang. huhu... baju2 lain tak sempat nak rembat da tutup. combi punya car seat byk murahhhhh... huhu.. mcm nak beli. Ahad ni last day. camno la... cloth diaper online lagi murah. Ingat nak rembat ssc tapi hampir 400. Mahal la plak. Tgk kat online lagi murah.

16 March 2011

15 March 2011

Mengepam Di Workstation

Salam.

Hehe... rini testing mengepam di workstation. Rasa cam nerbes pon ada. Huh!! Mane taknya kiri kanan depan belakang lelaki hokeyyy...dan takde cubicle ke ape ke. Open air punya. La ni dok pam sambil buat n3 ni. Rasa cam ok ja. Hehe... Selama ni dok pam kat surau asek nak tgk bape oz je dpt. Bole kasi stress. Nnt kita tgk berapa hasilnya. Huhu.. saja ja testing. mane tau dpt lebih Alhamdulillah. Kalo kurang pon syukur gak. :)


= = = = = = = = = UPDATE = = = = = = = =

Ada la peningkatan sebanyak beberapa ml. Alhamdulillah. Walaupun sikit je namun sgt berharga buat aku k. :) hasilnya dpt la 4.1oz. Hehe... ye saya BF mom yg tak dianugerahkan susu melimpah ruah. Tapi sgt bersyukur masih dpt menyusukan si Qistina bok bok itu. Ngeeee....


12 March 2011

Kelas Teknik Marmet

Salam.

N3 lepas ada aku cite pasal kelas memerah teknik marmet kan. Haa.. meh sini mau cerita. Hehe... seronok gak dpt belajar memerah ni. Nnt kalo apa2 terlupa bawak pam ke corong ke atau blocked duct ke bole la guna teknik ni. Teknik marmet ni hanya guna tangan shj. Memerah guna tgn dikategorikan yg ke-2 terbaik selepas hisapan baby utk mengeluarkan susu.

Mula stimulate B dgn cara mengurut lembut. Lepas tu letak jari ala2 bentuk C kat area arola, tekan ke dlm pastu rolled kedepan. Hehe..agak2 faham tak? Aku wajib la tak master lagi. Tadi perah dpt la 1/2 oz je. Hehe..byk la bagi aku ni. Kalo mau demo, pegi je search kat youtube. Byk guideline bole dpt. Dlm pertemuan tu tadi byk gak la ilmu2 dari lain2 aku kutip. Terima kasih kpd yg sudi mencurah ilmu dan menasihat. Dpt berjumpa teman2 di alam maya to real life. :)

Tadi dpt la jumpa kak ayu dan akma. Ini yg aku kenal through RatuHati le. Yg lain2 tak kenal pon tapi jumpa mcm da kenal lama. Hehe... oh mau tanya kak ayu, camne bole maintain lagi dgn anak 2 org. Wiwittttt.. hehe...Pasni bole la try2 utk memasterkan diri guna teknik marmet. Sgt membantu lebih2 lagi time bengkak susu tapi pam susu tak keluar. Situasi mcm tu sgt kerap aku kene.

jOm layan picca ::

Sesi menurun ilmu dimulakan


Para penuntut berjaya

Para penuntut berjaya juga.


Org lain cun aje.. aku je serabai. haihhh..



p/s : Qistina aku tinggal dia dgn en somi. Huh..melalak bukan main lagi. Dia ingat aku ada dekat dia kot. Sbb biasa en somi ada wajib aku ada. So bila tinggal berdua je anak beranak ni Qistina mengamuk nak nenen gak walau da menyusu 3 botol. Huhu.. cian dia. Bila nampak aku je terus nangis tak kuar suara.

11 March 2011

Ujian yg tak berhenti menimpa

Salam.

Qistina da ok sket even da secara totally tapi sgt bersyukur pada Allah S.W.T. Ujian anak sakit da bole dikira berakhir utk waktu ini tapi kini aku dan en somi pulak diuji olehNya. Ya.. ketika ni aku dok menahan sakit akibat food poisoning + ala2 da nak demam da ni. En somi lak da 2 hari menunjukkan tanda2 demam jugaksss.. huhu..

Apa la nasib ( aippp xle mengeluh ok ). Redha ujian dtg bertimpa. Dlm hati aku yakin ujian2 sakit2 ni utk mengurangkan dosa2 aku yg bykkkkk aku kumpul. hehehe... skrg pon masih terkumpul dosa secara tak sengaja. huk huk.. saya manusia yg serba kekurangan dan akan cuba utk meningkatkan lagi tahap performance kpd pencipta manusia dan sekalian alam. InsyaAllah. Amin. :)

Skrg Qistina dgn berat susah 7.5kg pada usia 5 bulan. Hehe... Lagi sebulan dpt diploma penyusuan susu ibu. Gumbira dan tak sabar rasa dihati. Oh bab solid food tu mmg nak kasi bila dia masuk 6 bulan tapiiiiii kene tgk tahap persediaan Qistina jugak. Kalo da sedia, umo 6 bulan da bole start kalo blom kita sambung BF exclusive lagi. Hehe...Qistina ada menunjukkan minat pada makanan yg kitorg dok mkn. Tgk jeeee ibu ayah dia dok mkn. Ritu da gapai nasi goreng panas si ayah. Menjerit Qistina. Huhu.. kami juga leka dan lalai. Lupa yg si kecit ini sudah pandai menggapai dan mengambil brg.

Dan growth spurt Qistina da berenti waktu ini. Nnt nak dtg lagi sila bagi amaran ye. Huhu.. Stok yg abes time growth spurt tu Alhamdulillah dpt diganti balik. Ngee.. suka!! Lani kembali -+ 8 botol. Skrg Qistina mmg tak le lekang la dgn aku. Nak wat kije pon susah. Manjanyaaaaa.. huhu..( suka gak anak manja dgn ibunya ini ). Si ayah pon da naik moncong. Adeihhh.. bab nak amik supplemen kalsium blom beli2 lagi. Tak sempat bila anak da kene masuk spital nih. Tgk la esok camne insyaAllah. Nape aku amik supplemen?? Huhu.. aku tak dpt nak sediakan makanan seimbang okay. Dan lagi product tenusu lagi2 susu fresh lembu tu mmg Qistina anti tul. Asal aku minum je dia kembung. Uihhh..tak nak la sakitkan anak. Kalo cheese tu sket2 bole la nak baham. Tulang haku pon berbunyi tak hengat daaa... cramp dan kebas tu makanan ruji aku da. Mcm ne nak sihat kalo mcm ni berterusan. huk huk... Ye aku amik supplemen utk diri sendiri. Supaya sihat, cergas dan bertenaga utk menjadik superrrrrrrrrwoman. ;)


Esok lak ari sabtu ada kelas teknik marmet utk mengepam susu ibu. Venue MLO PJ. Nasib dekat itu yg excited tu. Qistina anto kat akak sulong aku. Huhu.. harap2 dia bole saborrrr dgn karenah Qistina. Bukan risau cara dia ya risau kesabaran meletop aje dgn karenah menggediks Qistina ni. Oh en somi lak mau buat urusan insurans. Ya la, ritu Qis masuk spital under medical card. Mujur la dia umo sebulan terus kitorg amik insurans utk dia. Alhamdulillah membantu ketika kewangan blom stabil ni. Riban gak le ongkos dia bila tgk bil. Mau ke nak layangkan CASH?? Rasa tak sanggup ketika ni tapi bila keadaan time tu rasanya sangguppppp utk anak kan. :)


p/s : Harap before class esok mau rehat sikijapppp.


09 March 2011

Qistina dan KPJ Shah Alam


Salam. Kembali bersiaran selepas beberapa hari menyepi.

Oh saya menyepi selepas pegi follow up check up Qistina kat KPJ. Seperti da dijangka Qistina kene warded sbb ubat yg diberi isnin 28/2 tu tak de kesan pon. Jumaat 4/3 pegi jumpa doc lagi. Then petang tu kene warded. Doc ckp kahak Qistina sgttttttttt pekat. Sedut pon keluar sikittt je. Warna hijau2 lagik. Uihhh... tak sanggup tgk Qistina meraung2 menangis. Huhuhu...

Otw ke KPJ



Neb





Nak kene sedut kahak



Hari ini baru discaj 8/3 kul 4ptg. Mula2 masuk tu Qistina kene neb setiap 2 jam sekali. Mlm2 tdo tak lena la. Qistina siap fobia da dgr bunyi gas neb tu. Baru pegang mask tu da nangis cam kene pukul. Tiap2 pagi kene pegi sedut kahak dia. Dan ada dia poo poo kuar lendir kahak shj. Alhamdulillah rawatan tu menjadi utk Qistina. Sepanjang 3 minggu Qistina sakit ni mmg dia tak mo dgn sape2 pon even ayahnya sendiri. Mmg penat nak layan tapi da nama anak lagi. Apa saje utk mu sayang..


First day warded. Mode :: monyok


Selepas sehari warded, Qistina da bole senyum2. Maknanya dia da makin sihat. Hehe.. gumbira hati ini. Even mlm2 pon kene bgn tiap2 2 jam utk neb, tak pe asal sihat. Pas neb terus tdo balik dan menyusu dgn jayanya. Tgk bb lain kat ward time sakit2 mmg tak de selera nak menyusu tapiii lain dgn debok kecik ini. Makin kuat lak dia menyusu. Hehe.. tak pe tak pe dan paling shocking time sakit2 ni jugak gigi dia tumbuh!! Haha.. ada nampak putih2 sket kat gusi dia. 


Mama long dtg melawat


Habit skrg ni dok geget jari2 je. Huhu... ubat lak mmg sgt susah nak diberi. Last2 sekali masukkan ubat dlm susu. Pam utk kasi ubat. Selebihnya simpan wat stok. Ooohhh... da dok kat hospital ni, waktu mengepam hanya beberapa kali je sehari. Qistina byk menyusu. Cuma hari2 last je dia kurang menyusu. Nak main je kijenya. Happy sgt bila lihat anak da sihat. Tapi masalah lak part stok yg da pam. Bole lak nurse2 kat situ p letak kat tmpt freezer. Mula2 kasi tu diorg letak kat chiller. Bila nak balik ni tgk2 ehhh beku. Yg pagi td pam pon beku. Aiyoo... huhu.. dah le ingat nak kasi kat BS esoknya. hmmm...cian Qistina kene minum stok beku punya.

Skrg ni Qistina dok tdo dgn lena. Jap lagi pam le.. tapi kan wheezing dia ada lagi la. Huhu... harap2 ubat yg continue ni bole betul2 hilangkan kahak degil tu. Amin. Meh layan gambar2 dia dan ayahnya dok lepak2 kat ward + dgn hobi terbaru Qistina.


Qistina da gumbiraaa


Hehe... saya sukaa


Ibu.. gigi da tumbuh!!







Gatal gusi. sedapnya geget tgn.



Dua2 belah la lagi best..






03 March 2011

Qistina dan Growth Spurt.

Salam.

N3 pasal Qistina. Hehe.. 2-3 hari ni Qistina mengalami growth spurt. Huhu.. mmg agak penat la. Asek nak menyusu je sampaikan nak pam pon tak le. Bila da tak le pam, stok EBM utk esok short sampai 2-3 botol gak. Kalo biasa Qistina minum +-8 botol sehari. Skrg 10 botol dan tak kurang ok.

Udah la ibu kamu ni pam pon cukup2 mkn je. Ini la gunanya stok beku EBM. Tatkala mengalami perkara begini amatlah membantu. Bukan takat growth spurt je, siap mengamuk sakan. Tak le lepas B dari mulut. Ibu nak mandi pon tak le!! Menangis melalak cam kene pukul. Dgn ayahnya pon tak mo. aiyoooo anak ibu sabo la ye. Nasibla ayah tak PJJ. Bole membantu ibu ni Qistina ooii..

So bila Qistina da lepas fasa growth spurt ni kene la gigih mengumpul stok kembali. Sehari pam bukan bole wat stok pon. Ya Allah, murahkan rezeki anakku ini. Amin. :)


02 March 2011

Ilmu Susu Ibu : Pengendalian dan Penyimpanan Perahan Susu Ibu

Salam.

Ilmu ini saya amik dari Momma Mia Blog. Mari kita sama2 menimba ilmu penyusuan susu ibu. Harap dpt menyampaikan juga kpd mommies yg baru belajar seperti saya ini.

Disebabkan oleh bekerja, mmg kene gali segali-galinya ilmu penyusuan ni utk menjayakan penyusuan susu ibu sampai la Qistina umo 2 tahun (InsyaAllah). Susu ibu boleh diperah dan jika disimpan dgn kaedah betul, susu perahan itu boleh bertahan lama kerana mempunyai sel2 hidup dan anti-bakteria.

Mari kita ketahui istilah-istilah penting susu ibu yg diperah.


ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 

  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey <-- ramai betul tanya pasal 2 lapisan ni. Tak...tak basi tau..
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
Pehtu dah tahu pasal istilah ni mesti la nak tau pasal container utk letak EBM2 ni kan.


BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.


Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label. 
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
Da tau pasal bekas meh amik tau pasal tmpt menyimpan lak. Musti la kene tau rules and regulation pasal nak simpan susu ni kan.


TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.




FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) 
    - bahagian beku - 2 minggu
    - bahagian sejuk ( tak beku la ) - 48 jam

Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
  (sebelum dibekukan) - 3-7 hari <-- biasa buat sampai 3 ari.Lebih dari waktu tu terus naik atas
  (selepas dibekukan) - 24 jam <-- yg sudah cair. Asal dari tmpt beku.

Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun. (dok kat kutub utara paling best tak yah guna freezer)

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
 
PERINGATAN: 
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

Wokey.. moh jenguk tips2 dan cara penyimpanan kat opis ke rumah.


TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 
  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

Okeh. Ini kata2 hikmah dari penaja. hehe...


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. <-- da tak cukup tmpt tu cuit2 la en somi suh beli deep freezer. Hehe..
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Rujukan : 
http://sereniety.blogspot.com/2009/08/penyimpanan-asi-ebm.html
http://www.momschoice.com.my/blog/
http://mom2muzz.blogspot.com

Okay.. selamat sudah ilmu utk kali ni. Next ( copy dari blog momma Mia jugak.. byk ilmu dia perturunkan wooo ) cara2 mencairkan dan memanaskan susu ibu. Mau tepek gambo EBM yg tak seberapa. Ye la..saya ibu yg tidak dikurniakan susu melimpah ruah tapi masih lagi boleh menyusukan Qistina bok bok. Alhamdulillah :)


Yg bawah tu botol BPA Free. Yg atas tu guna liners. Alhamdulillah.. :)


Oleh sebab Qistina minum 3oz sekali hadap (kadang2 6oz time kebulur le). Maka setiap botol tu letak 3oz je. Kalo dlm liners tu letak 6oz sbb biasa akan kasi 2 botol EBM beku yg dicairkan ke babysitter. Harap2 bole conquer freezer ni. Hekeke... :P



Takde rezeki :(

Salam.

Arini pagi2 lagi buat saya sedih. Qistina arini cukup 5 bulan. Asek mengamuk  nak susu je. Ye la...faham dia mengalami growth spurt. So mmg banyakkkkkk minum susu. Dah tu lewat la dtg opis. Sampai je da tiba waktu nak kene pam. Pam2 dpt la 2.5oz. Sikit pon tak pe. Redha.. Syukur kurang2 ada la jugak susu. Tapi tiba2 tgn ini terlanggar susu yg nak dicampur.. abes tumpah 0.5oz.

Ooo...sungguh saya sedih melihat susu yg tumpah itu. Maafkan ibu ya Qistina. Ibu careless..hukhuk..da la kamu nak susu byk utk membesar. ooo sedih banget.. redha aje lah. Ade la hikmah disebalik susu tumpah ni. InsyaAllah. Ibu percaya Allah ada perancangan lagi baik utk kita. :)

Da... tak mo sedih2 lagi. Ibu cuba sedaya upaya buat terbaik utk Qistina. :) Anak ibu da umo 5 bulan dgn berat 7.2kg. Alhamdulillah walaupun ada sikit sakit, masih kategori sihat2 lagi.


Moh layan gambar meragam Qistina pagi tadi.. :)





















01 March 2011

Update On My Qistina

Salam.

Update mengenai Qistina. Sudah 2 minggu selsema + batuk da hilang2 walaupun da 2 kali pegi jumpa doc + paed lagi ditambah neb still virus jahat gile tu tak mo hilang. So decide ari Isnin pegi KPJ la plak. Da tmpt lain result sama je.

Pegi pagi kul 10 gitu balik kul 2 pm. Apa aktiviti sana ialah neb jugak tapi dos lagi tinggi. Pastu fisioterapi tepuk2 dan lastly sedut kahak. Huhu...sedey saya tgk anak kecik tu nangis2. Then jumpa paed balik. Paed ckp Qistina still ada kahak dan sgt pekat. Sedut pon kuar sikit je. Errmmm... so doc decide continue dulu dgn medication and Jumaat ni jumpa dia balik. Nak tgk keadaan Qistina ada baik ke tidak. Harap2 baik lah.. kalo tak kene neb + sedut kahak lagi. Jika masih lagi virus jahat gile tu berdegil kat situ alamatnya anak ibu akan kene tahan masuk wad then amik neb 4 jam sekali. Ohhhhh tidakkkk..rasa cam nak pingsan je dgr doc ckp camtu.

Terfikir.. asal kene dari sapa / mane ?? Redha pada Mu ya Allah. Kau sembuhkanlah sakit anakku ini. Amin. ( Usaha tu pasti kene buat ). Oh ye doc ckp nama penyakit tu acute bronchitis. :(