CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

02 March 2011

Ilmu Susu Ibu : Pengendalian dan Penyimpanan Perahan Susu Ibu

Salam.

Ilmu ini saya amik dari Momma Mia Blog. Mari kita sama2 menimba ilmu penyusuan susu ibu. Harap dpt menyampaikan juga kpd mommies yg baru belajar seperti saya ini.

Disebabkan oleh bekerja, mmg kene gali segali-galinya ilmu penyusuan ni utk menjayakan penyusuan susu ibu sampai la Qistina umo 2 tahun (InsyaAllah). Susu ibu boleh diperah dan jika disimpan dgn kaedah betul, susu perahan itu boleh bertahan lama kerana mempunyai sel2 hidup dan anti-bakteria.

Mari kita ketahui istilah-istilah penting susu ibu yg diperah.


ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH 

  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey <-- ramai betul tanya pasal 2 lapisan ni. Tak...tak basi tau..
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku
Pehtu dah tahu pasal istilah ni mesti la nak tau pasal container utk letak EBM2 ni kan.


BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI

  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni  boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.


Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label. 
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
Da tau pasal bekas meh amik tau pasal tmpt menyimpan lak. Musti la kene tau rules and regulation pasal nak simpan susu ni kan.


TEMPAT PENYIMPANAN

SUHU BILIK?
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.




FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) 
    - bahagian beku - 2 minggu
    - bahagian sejuk ( tak beku la ) - 48 jam

Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
  (sebelum dibekukan) - 3-7 hari <-- biasa buat sampai 3 ari.Lebih dari waktu tu terus naik atas
  (selepas dibekukan) - 24 jam <-- yg sudah cair. Asal dari tmpt beku.

Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun. (dok kat kutub utara paling best tak yah guna freezer)

BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
 
PERINGATAN: 
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula 
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

Wokey.. moh jenguk tips2 dan cara penyimpanan kat opis ke rumah.


TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku. 
  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

Okeh. Ini kata2 hikmah dari penaja. hehe...


JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. <-- da tak cukup tmpt tu cuit2 la en somi suh beli deep freezer. Hehe..
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Rujukan : 
http://sereniety.blogspot.com/2009/08/penyimpanan-asi-ebm.html
http://www.momschoice.com.my/blog/
http://mom2muzz.blogspot.com

Okay.. selamat sudah ilmu utk kali ni. Next ( copy dari blog momma Mia jugak.. byk ilmu dia perturunkan wooo ) cara2 mencairkan dan memanaskan susu ibu. Mau tepek gambo EBM yg tak seberapa. Ye la..saya ibu yg tidak dikurniakan susu melimpah ruah tapi masih lagi boleh menyusukan Qistina bok bok. Alhamdulillah :)


Yg bawah tu botol BPA Free. Yg atas tu guna liners. Alhamdulillah.. :)


Oleh sebab Qistina minum 3oz sekali hadap (kadang2 6oz time kebulur le). Maka setiap botol tu letak 3oz je. Kalo dlm liners tu letak 6oz sbb biasa akan kasi 2 botol EBM beku yg dicairkan ke babysitter. Harap2 bole conquer freezer ni. Hekeke... :P



No comments: