CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

19 June 2012

Selamat hari bapa

Salam.

Amaran! Entri ini byk memuji partner saya. Jika tamao muntoh hijo sila jangan baca.

Hari ini minggu ke-3 bulan Jun adalah sambutan hari bapa di Malaysia (post peram). Alhamdulillah suami daku mempunyai ciri2 bapa mithali. Ewahhhh..... sapa lagi nak puji kalo bukan si isteri ye dakk. Heheh...

Sejak semalam lagi daku dah celebrate dgn buat kek karot khas utk si dia. Hari ni plak p makan2 kat papa john pizza jer. Takde la sambutan grand2. Ala kadar ajer. Sangat bersyukur kerana dijodohkan dgn en somi. Hihi... Skrg ni most house chores dia yg buat. Dan yg paling penting, sejak si Qistina tu start baby lagi dia da jaga spt mandikan, basuh yak yak, buatkan makanan Qistina dan macam2 lagi. Terima kasih ya sayang. Walaupun mulut tu menceceh membebel tapi tangan kaki badan bergerak buat. I lap you laj...Hehe..... kadang2 tak suruh pon buat. Rajin sungguh.. Akibat kerajinan en somi, daku jadi kembang sket (sebenarnya byk ). Jadi si isteri dok berlingkar depan tv aje. Muahahaha....

Moga encik somi mengekalkan sifat yg ada dan improvekan mane yg kekurangan. Sama2 kita berubah ke arah kebaikan. Walaupun kita byk improve tang perut kedepan. You tetap jejaka paling tampan di mata ai. Ekeke.... Skrg ni nampak byk perubahan.. lagi2 time bercakap2 dengan Qistina. Lagi best dah boleh ditinggalkan Qistina dgn you. Daku bole la berjimba2 (dasar tak sedar diri) kan... Paling best bila bole layan citer korea sama.. Hahaha... ai tetap tak le layan citer thriller yg you suka. Dasat benor...

Oh da habes rambling tak tentu arah. Yeahh.... Moh jamu mata dgn karot kek. Try buat deco ala2 basket.. tak berapa menjadi sangat. Huhuh... dah ler terrrrover cooked sket. Tak pe la lenkali bole take note da. Resepi ni amik dari kawan sekerja. Memang seorang yg sangat pandai dlm bab kulinari. Hehe... terima kasih ya. Mohon halal segalanya. Ai share kat sini ya. Seperti biasa ada la sedikit penambahan dlm resepi tu. Ikut suka ati ai aje kan. Nasib menjadi. Hehe... lenkali bole buat lagi.





Nyum nyum... sedap sos garlic tu.
Order hari itu...
Si kecik yg kepenatan berjalan2.
Carrot cake dah tinggal separuh
Deco yg comotssss
Resepi yg marbeles
Moist dan tak crumble.

En somi kesayagan saya




Resepi : (Terima kasih kak Akmal Hani Hashim)

Bahan2
- 1 1/2 cawan walnut
- 2 1/2 cawan carrot parut halus
- 1/2 cawan maple syrup (nik guna golden syrup)
- 2 cawan gula (nak kurangkan manis pon ok)
- 1/2 cawan minyak jagung
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung serba guna (nik pakai tepun gandum)
- 2 sudu kecil serbuk kayu manis (nak kene kurang)
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 sudu garam
- 1/4 cawan sunflower seed (nik tambah)

cara2
1) campurkan maple syrup, gula, minyak dan esen vanilla. Pukul dan masukkan telur sebiji2.
2) ayak tepung, cinamon, soda bikarbonat dan garam.
3) Masukkan campuran tepung ke dalam campuran maple syrup. Masukkan sedikit demi sedikit, pukul hingga sebati.
4) Masukkan carrot dan walnut. Gaul sebati.
5) Griskan loyang dan alaskan dengan baking sheet. Tuang adunan dan bakar selama 50 minit suhu 185C


 Kalo nak tambah raisins pon ok. :)







18 March 2012

Langkawi Part 2

Salam.

Meh kita sambung cita pasal cuti-cuti Langkawi. Hehe.... Sedia maklum kalo p pulau ni tak buat island hopping tu tak sah la kan. Kitorg book island hopping utk aktiviti pertama yg akan dibuat pada hari ke-2 kat sini. Kul 9.30 pagi lagi dah siap2 bergerak ke lobi tunggu van angkut ke jeti. Walhal jeti sebelah hotel ja. Hihi... Island hopping ni pegi 3 tempat. Pulau beras basah, tasik dayang bunting dan tempat kasi helang makan.

Mula2 pegi pulau beras basah. Tempat tu bole mandi manda. Cantik gak pantainya. Tapi Qistina dan bapaknya ja mandi. Daku jaga barang + amik gambo. Kejap je pon mandi sebab Qistina dok tdo ja huhu.. Sejam pastu p kat tempat helang makan. Woahhh byk gila helang. Pehtu bosar lak tu. Tu la first time tgk secara dekat. Dok situ dlm 15-30 minit, pegi ke pulau tasik dayang bunting lak. Huhu.... Tinggi betul tempat tu. kitorg naik gak. Peluh menitik dari setiap liang roma badan. Nasib tak pancit. Sampai atas tu wajib la den mandi2 bagai. Satu family join mandi manda tempat cetek. Dalam tasik tu 10 meter. Woahhhhhh... dalam tuuu... Hihi.... Seronok even penat. Tapi situ kene hati2, monyet bykkkk. Makanan tu jgn la bawak kat tgn nnt kene rembat.

Lepas abes island hopping, balik la ke hotel. Rehat dan solat. Pastu wajib la kebulur kan. P la cari makanan kat pantai chenang. Hihi...Jauh betul kitorg p cari. Konon nak cari seafood la kan. Tapi tak jumpa. Huhuhu.... Makan la ada kedai mamak kat situ. Cheese nan dia sodap. Food yg lain2 tu ok la. Takdak la nak muntah balik :p Pastu jalan2 la sekitar situ. Tengok apa ada. Beli souvenir serba sket sebab dah dpt arahan banker jgn nak shopping kat org sgt. Baiklah banker... beli gitu2 je la. Pastu dah takde arah tujuan. Awal rancangan nak p cable car tapi time kat tasik pagi tu, ada ah kak tu ckp semalam dia pegi queue masyaAllah panjang betul. So kitorg decide nak p nnt pagi hari ke-3. Then tengah dok jalan2, kasi idea jom p rikki jalan nak ke cable car. Nanti pagi2 takde la sesat. Jalan2 nampak laksa stall apa lagi singgah jap pekena laksa dan cendol. En somi konon nak mkn rojak buah ja. Daku punya cendol abes dihirup.. huhuhu... dpt rasa 2-3 sudu ja. Haih.... takpa la, laksa pon dah buat perut den membesar bagai juara. :D Kitorg sambung jalan p tempat cable car tu..singgah jap petronas station. Belakang tu ada yard. Banyakk dan cantikkkkkkkkkkkk... bila la daku nak ada kapal layar (mode verangan tak abes). 

Sampai kat eco park tu.. p la tgk apa ada. Tanya org situ dia kata maybe cable car dah tutup. Alahai takpe la lagipon nak rikki jalan ja. Saja takde arah.. p la jalan2 dlm tu. Nak gak tgk cable car tu dah tutup belom. Sebab sampai pon kul 6 ptg. Diorg tutup kul 7.30mlm. Sampai ja, cable car masih beroperasi...yeaahuuuu... weeeeee... bole naik. Esok aktiviti utk sopping aje la. Ngeeee... Apa lagi jalan2 la. Semua tempat kat cable car tu kitorg explore. Time part kene panjat tangga dari hanging bridge tu haaa da pancit. Asek memanjat ja kijanya.. tak pe la janji seronok. Heheheh.....

Dah malam baru turun. Sampai hotel dalam kul 8 lebih. Lapar tu ada la sket. Tapi penat tu mmg la takle nak tahan da. Kene berehat dulu before nak g mkn (konon nak mkn seafood sebelah hotel) tapi mlm tu ada cap goh mei celebration. Sebelah hotel lak tu. Aiyohhh takde tempat lain ka.. rehat2 jap sedar2 dah pagi. Miahahahaha... mkn la sangat. Kempunan gak le nak mkn seafood. Huhu... takpe la. Aktiviti pagi ni p shopping kat Haji Ismail Group. Yeahhh... nak cari hadiah si pengantin baru dan juga periuk utk umah. Weee... amik vision tapi sampai skrg tak guna lagi. hehe.... ;p

Kul 1 check out hotel. Jalan2 pusing2 lagi. Pastu p mkn pizza kat jalan otw ke cable car tu. Kul 3 kitorg p anta barang. Ferri kul 5 ptg kitorg amik. Ada masa lagi ni nak jalan2. Apa lagi p amik gambo kat helang bosar nun. Dokek ja dgn jeti. Jalan kaki ja. Tapi panasnyaaaaa... sabar je la. Pastu sambil tunggu ferri, pekena teh kat mamak bistro. Haihh... nak minum air ja pon. Kul 4.30 siap2 ke jeti pelepasan. Bab tax lak tak kene sebab stay 3 hari kan. Ngee... tunjuk ja tiket dtg sebelum tu. Lepas le kami. Naik feri ni satu hal la kan. Memang penuh ja org. Tobat da kompom naik flight pasni.

Sekian cerita bercuti kami. Hehe... meh layan gambar....



Breakfast kat hotel
Nyummm nyummm
Menunggu van pick up
Tak sabar nak explorace ;)
Jetty sebelah hotel jek..
Dlm bot nak island hopping
Qistina mabuk... hehehe...
1st destination
Pulau Beras Basah
Qistina mandi laut 1st time.
Penakot air...
Nenen time.
2nd destination
Tempat helang santap
3rd Destination Tasik Dayang Bunting
Mandi di kolam kecik
Still takot air dan sejukkk
Tempat dalam.
Ayah mandi kat tempat dlm aje..
Pemandangan di tasik
Lunch kat mamak pantai chenang
Laksa pulau
Sebijik telur dlm tu.
Rojak buah
Cendol yg sedap
Qistina mkn nasi putih tapau kat mamak
Kapal layar kat belakang petronas
Oriental village/cable car
Weeee....
Muka anak beranak gayat
Pemandangan dari dlm cable car.
Us inside
Hehe...sampai di 1st level
Hanging bridge
Top level
Kat hanging bridge
Kenangan
Di cable car

Yeahhhhh

Konon helang mendarat ehhh
Langkawi

OTW balik da... Qistina minum dulu.

Qistina tdo dulu..


Sekian ;)