CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

18 March 2012

Langkawi Part 2

Salam.

Meh kita sambung cita pasal cuti-cuti Langkawi. Hehe.... Sedia maklum kalo p pulau ni tak buat island hopping tu tak sah la kan. Kitorg book island hopping utk aktiviti pertama yg akan dibuat pada hari ke-2 kat sini. Kul 9.30 pagi lagi dah siap2 bergerak ke lobi tunggu van angkut ke jeti. Walhal jeti sebelah hotel ja. Hihi... Island hopping ni pegi 3 tempat. Pulau beras basah, tasik dayang bunting dan tempat kasi helang makan.

Mula2 pegi pulau beras basah. Tempat tu bole mandi manda. Cantik gak pantainya. Tapi Qistina dan bapaknya ja mandi. Daku jaga barang + amik gambo. Kejap je pon mandi sebab Qistina dok tdo ja huhu.. Sejam pastu p kat tempat helang makan. Woahhh byk gila helang. Pehtu bosar lak tu. Tu la first time tgk secara dekat. Dok situ dlm 15-30 minit, pegi ke pulau tasik dayang bunting lak. Huhu.... Tinggi betul tempat tu. kitorg naik gak. Peluh menitik dari setiap liang roma badan. Nasib tak pancit. Sampai atas tu wajib la den mandi2 bagai. Satu family join mandi manda tempat cetek. Dalam tasik tu 10 meter. Woahhhhhh... dalam tuuu... Hihi.... Seronok even penat. Tapi situ kene hati2, monyet bykkkk. Makanan tu jgn la bawak kat tgn nnt kene rembat.

Lepas abes island hopping, balik la ke hotel. Rehat dan solat. Pastu wajib la kebulur kan. P la cari makanan kat pantai chenang. Hihi...Jauh betul kitorg p cari. Konon nak cari seafood la kan. Tapi tak jumpa. Huhuhu.... Makan la ada kedai mamak kat situ. Cheese nan dia sodap. Food yg lain2 tu ok la. Takdak la nak muntah balik :p Pastu jalan2 la sekitar situ. Tengok apa ada. Beli souvenir serba sket sebab dah dpt arahan banker jgn nak shopping kat org sgt. Baiklah banker... beli gitu2 je la. Pastu dah takde arah tujuan. Awal rancangan nak p cable car tapi time kat tasik pagi tu, ada ah kak tu ckp semalam dia pegi queue masyaAllah panjang betul. So kitorg decide nak p nnt pagi hari ke-3. Then tengah dok jalan2, kasi idea jom p rikki jalan nak ke cable car. Nanti pagi2 takde la sesat. Jalan2 nampak laksa stall apa lagi singgah jap pekena laksa dan cendol. En somi konon nak mkn rojak buah ja. Daku punya cendol abes dihirup.. huhuhu... dpt rasa 2-3 sudu ja. Haih.... takpa la, laksa pon dah buat perut den membesar bagai juara. :D Kitorg sambung jalan p tempat cable car tu..singgah jap petronas station. Belakang tu ada yard. Banyakk dan cantikkkkkkkkkkkk... bila la daku nak ada kapal layar (mode verangan tak abes). 

Sampai kat eco park tu.. p la tgk apa ada. Tanya org situ dia kata maybe cable car dah tutup. Alahai takpe la lagipon nak rikki jalan ja. Saja takde arah.. p la jalan2 dlm tu. Nak gak tgk cable car tu dah tutup belom. Sebab sampai pon kul 6 ptg. Diorg tutup kul 7.30mlm. Sampai ja, cable car masih beroperasi...yeaahuuuu... weeeeee... bole naik. Esok aktiviti utk sopping aje la. Ngeeee... Apa lagi jalan2 la. Semua tempat kat cable car tu kitorg explore. Time part kene panjat tangga dari hanging bridge tu haaa da pancit. Asek memanjat ja kijanya.. tak pe la janji seronok. Heheheh.....

Dah malam baru turun. Sampai hotel dalam kul 8 lebih. Lapar tu ada la sket. Tapi penat tu mmg la takle nak tahan da. Kene berehat dulu before nak g mkn (konon nak mkn seafood sebelah hotel) tapi mlm tu ada cap goh mei celebration. Sebelah hotel lak tu. Aiyohhh takde tempat lain ka.. rehat2 jap sedar2 dah pagi. Miahahahaha... mkn la sangat. Kempunan gak le nak mkn seafood. Huhu... takpe la. Aktiviti pagi ni p shopping kat Haji Ismail Group. Yeahhh... nak cari hadiah si pengantin baru dan juga periuk utk umah. Weee... amik vision tapi sampai skrg tak guna lagi. hehe.... ;p

Kul 1 check out hotel. Jalan2 pusing2 lagi. Pastu p mkn pizza kat jalan otw ke cable car tu. Kul 3 kitorg p anta barang. Ferri kul 5 ptg kitorg amik. Ada masa lagi ni nak jalan2. Apa lagi p amik gambo kat helang bosar nun. Dokek ja dgn jeti. Jalan kaki ja. Tapi panasnyaaaaa... sabar je la. Pastu sambil tunggu ferri, pekena teh kat mamak bistro. Haihh... nak minum air ja pon. Kul 4.30 siap2 ke jeti pelepasan. Bab tax lak tak kene sebab stay 3 hari kan. Ngee... tunjuk ja tiket dtg sebelum tu. Lepas le kami. Naik feri ni satu hal la kan. Memang penuh ja org. Tobat da kompom naik flight pasni.

Sekian cerita bercuti kami. Hehe... meh layan gambar....



Breakfast kat hotel
Nyummm nyummm
Menunggu van pick up
Tak sabar nak explorace ;)
Jetty sebelah hotel jek..
Dlm bot nak island hopping
Qistina mabuk... hehehe...
1st destination
Pulau Beras Basah
Qistina mandi laut 1st time.
Penakot air...
Nenen time.
2nd destination
Tempat helang santap
3rd Destination Tasik Dayang Bunting
Mandi di kolam kecik
Still takot air dan sejukkk
Tempat dalam.
Ayah mandi kat tempat dlm aje..
Pemandangan di tasik
Lunch kat mamak pantai chenang
Laksa pulau
Sebijik telur dlm tu.
Rojak buah
Cendol yg sedap
Qistina mkn nasi putih tapau kat mamak
Kapal layar kat belakang petronas
Oriental village/cable car
Weeee....
Muka anak beranak gayat
Pemandangan dari dlm cable car.
Us inside
Hehe...sampai di 1st level
Hanging bridge
Top level
Kat hanging bridge
Kenangan
Di cable car

Yeahhhhh

Konon helang mendarat ehhh
Langkawi

OTW balik da... Qistina minum dulu.

Qistina tdo dulu..


Sekian ;)




No comments: