CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

06 March 2012

Langkawi Part 1

Salam.

Cerita pasal cuti2 lagiiii... hehe... lepas CNY tu kan ada cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam. So kami sekeluarga telah pegi bercuti waktu itu. Hehe... last daku pegi umor 12 tahun kalo tak silap. Setelah 17tahun berlalu baru la daku pegi lagik sekali. Kali ni bawa family sendiri lak. Hehe.....


Cuti2 Langkawi ni encik somi cakap hadiah besday merangkap cuti tahunan kami. Uhuhu...tak pa la 2 in 1 pon janji ai suka. Hehe... Memula plan nak pegi Khamis dan Jumaat memandang Isnin dan Selasa coti kan. Tapi sebabkan Partner in Crimes ni nak turunkan saham dia jadi bini org kena pegi. Gumbira utk kamu, Noni. Majlis beliau ari Sabtu, maka Sabtu malam Ahad tu kami bertolak ler. Prepare apa yg patut dan bertolak. Yeahaaa... hehe.... destinasi mlm tu adalah Kuala Perlis! Daku excited, en somi gumbira dan Qistina tdo. ;p


Terasa gak ler jauhhhhh sbb papan tanda satu pon takde tunjuk mane destinasi Kuala Perlis ni. Singgah ada la 2-3 tmpt sbb nak terkucil dan sebagainya. Berhenti jap kat R&R sebelum masuk Penang ( tak hengat nama daa ) pastu daku amik alih turn sampai la ke R&R before nak masuk Perlis. Fenat jugak sempat sambung zzzz walaupun Qistina da jaga. Pehtu sambung bfing dia dan letak balik sambung balik zzzz..Qistina pon turut serta zzzzz. Haha.... sedar2 dah masuk ke arah Kuala Perlis. Seronoknya terasa...hehe...sampai ja jeti Kuala Perlis tu, ramainyaaaa umat. Walhal baru kul 8pagi gitu kalo tak silap. Cari2 parking berbumbung ni dpt la juga. Alhamdulillah rezeki kami, 1 lot parking terakhir kat pakcik tu. Pastu apa lagi bergegas ler ke jeti nak beli tiket. Memang ramai betul manusia time tu. Beratur nak beli tiket pon da mcm ular kene palu. Nasib ada 1 kaunter bukak lagi. Yang lain2 semua dah sold out. Huhu...

Berenti breakfast dan solat subuh.
Kita makan dulu
Yeay dah dekat da...
Udah sampai
Park kat berbumbung tuuu.. bayo RM15 sehari
Tengok baru kul 8pg ni


Ku beratur dan en somi p tinjau2 pasal kete lak. Ye la da first time dtg sini kan. Tak tau lak manusia seramai tu yg ada nak ke Langkawi. Memang kete pon sold out gak. Pakcik tu offer iswara RM80 sehari. Huhu... en somi decide nak tgk kat Langkawi lak kot2 ada lagi baik ka. Rezeki kami lagi ada tiket utk feri tu jam 10.30pagi akan bertolak. Sementara menunggu feri, daku salin ler pampers Qistina, basuh muka ( tak mandi pon ) dia kasi sogar sket. Punya la dia excited ke tempat org. Terjerit2 gumbira. Hehe...Sampai ja feri berpusu manusia nak masuk. Uhuhuhu... mmg ramai, len kali tamao naik feri da.. Naik flight and have better + proper planning! Ni la gara2 semua en somi mau terjah ja kalo bole dak gitu? Nasib ku berkeras suh booking hotel cecepat. Alhamdulillah dpt D'Baron Resort dekat dgn jeti Langkawi.

Menunggu feri jam 10.30pagi
Qistina yg gembira dpt jalan2
Very well behave my dotter. Love u..
Us in ferry..yeay!!



Sampai kat Langkawi kul 12tgh hari. Maka melahap da dulu kat Kenny Rogers. Sesak sungguh kat situ. Sememangnya ramai benor dgn panas terik lagi. Mujur Qistina excited dia berjalan2 lebih dari ibunya. Alhamdulillah dia tak meragam. Gembira ada lagi. Hehe... selesai santap kami jalan2 cari kereta. Tanya org situ sini. Pastu wat keputusan dan call org itu ini dpt la Viva manual RM100 sehari! Amik kau... haaa penangan peak season. Huhu... tak pa mujur gak dpt keta kan. Haha... lepas tu da dpt kete terus la ke hotel utk check in. Alhamdulillah walau pun bau cam kusam tapi pemandangan dan bilik tu molek lah.

Udah sampeeee...
The rules....
Kita makan dulu sambil tunggu kete


Hari pertama hanya la berehat2 dan jalan2 sekeliling hotel aja. Malamnya saja kuar utk mkn. Daku dah aim satu tempat mkn ni. Ramai yg kata sedappppp lazatttt the bam booommm lah. Restoran Wan Thai pilihan daku mlm tu. Sempat la amik alamat sebelum ke sini. Hihihi... kuar pegi makan kul 6.30 jalan2 cari sesat sekejap walhal amat la dekat dgn tempat hotel tu. Haha.... tanya org situ sini dpt la jumpa restoran ni. Dalam bandar dan kene masuk dlm bandar tu baru la jumpa. Takat lalu mmg la tak le jumpanya. Pastu sampai ja nampak semua meja ada "Reserved" paper. Huhu... tanya la waiter tu ada tak meja kosong utk 2 org mkn? Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dapat la mkn dan terus order. Hehe... makin lama makin ramai org dan ketiadaan tempat. Mujur gak kami kuar awal. Kekenyangan aja... Qistina dpt mkn nasi kosong aja pon da kenyang gak. Hehe... lauk pauk tak le kasi ler sbb pedas..huhu... tak pa sepinggan nasi dia abeskan. ;D Hasil ke restoran ni tak sia2. Memang sangat sedap. Semua yg kami order abes makan licin. Hehe... recommended ler utk sesapa pegi ke Langkawi. Tempat wajib pergi ni.



Saya gumbira
Our room
Pemandangan luar
Close up skett.. cantik kan.
Sedia utk jalan2
 Belakang tu pool

Pose istimewa anak ayah
Restoran Wan Thai yg marbeles
Menu
Menu item
Ikan siakap kukus halia
Sayur campur

Tom yam kung
Nasi putih (Qistina abes 1 pinggan)
Ayam pandan



Wokey la kita sambung lak ke next entry lak. Fenat mengarang mlm ni. Baru hari pertama dah berjela..hari kedua mau ada sampai 2-3 part :p




4 comments:

♥ Vna ♥ said...

samalah..wina pun dah lebih 10 tahun kot tak gi langkawi..masa pegi dulu bru lepas sekolah huhuhuuu

betul..nak gi langlawi nie better naik flight la..dulu wina naik feri gak...penatttt

Unknown said...

sedap nya lauk2 tuuuuuuuu

ayukhairy said...

merasa dah naik feri ke sana..mmg gitu la rupanya...

akak pun teringin nak ke sana naik flight plak ni..^_^

Sima said...

Wina, Kak ayu... tu la pasni tobat tanak naik ferry time peak season ni.. ramai benar org. jom naik belon :D

aida... sedap woooooo licin tau walhal yg mkn tu 2 org ja. sila jgn tgk perut kami :P