CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

29 July 2011

Growth Spurt again?

Salam.

Rini bersiaran dari amcorp  mall. Ada last day training. Rini nak bercerita pasal penyusuan Qistina. Since dia start solid, intake susu dia average 7-8 botol sehari. Kalo dulu sebelum start 8-9 botol sehari bukan 24jam tau. Biasa 9-12 jam tinggal dgn BS. So product tenusuku dah berkurangan mengikut consume dia seharian dan mlm2 pon tak berapa nak pam sgt disebabkan oleh dia akan menyusu sepanjang mlm.

Nak dijadikan story mory, start 2 minggu ni Qistina minum consistent 8 botol. Dan paling best 2 hari lepas 9 botol. Pastu semalam 10 botol! Haih.... nak kene kerah balik la ni. Tak tau la apa sebab tiba2 dia consume susu byk. Sedangkan solid food tetap diberi. Adakah??? Hehe ini antara teori daku la.

Pertama sekali sebab growth spurt? Ada lagi ke growth spurt pada umo 10 bulan? Hmmm... maybe sebab musim skrg panas?? ( Oh hari2 hujan tak le pakai ). Solid food dia tak cukup?? Errrmmmm tang ini den tak mo tambah mknan dia sebab apa. Skrg pon kasi mkn bykkkkkkk... perut suda muncit. Apa lagi ye? Susu bertambah sedap lemak berkrim sebab cuaca sejukkkk so susu byk lemak. Hehe... harap2 tak berlanjutan la consume 9-10 botol sehari. Ibu bole produce 8-9 botol sahaja itu pon kadang2 7-8 botol shj. Errrmmm... ya Allah, Kau permurahkan rezeki anakku. Perbanyakkan susuku utk anakku Nik Nawwar Qistina agar ku dpt menyempurnakan 2tahun penyusuan. Amin.

Skrg ni waktu mengepam daku dah berubah sket. Huhu.. dari 8kali sehari jadi ke 5-6 kali sehari je. Sungguh tak elok kan? Dah kene mcm ni baru bergado nak pam 8kali sehari balik. Tapi kene berkorban waktu tido la plak. Nak wat camne...demi anakku terrrrsayangggggggggg. Kembali ke zaman dimana mengepam tak kira masa dan waktu tdo adalah terhad. :)




24 July 2011

GA My Little Secret - Fisher Price - Tagged by Kak Ina

Salam.


GA link. Sebab dah lama kene tag dgn kak ina, so aii pon buat la. Ok gak kan. Lagi pon pemes apa brand ni. Nak  kene tag org, ermmm tag diorg ni ;

Mizah,
Farah,
dan Hani.



Nak pegi mane?? ~~ oooo Chemorrrr

Salam.

Semalam, hari sabtu bersamaan 23 Julai 2011 aku, en somi, Qistina dan sepupuku pegi ke chemor perak. Tujuan ke sana kerana member daku kawen sudaaa. Hehe... asal rancangan takde pon nak pegi sebab daku ada training tapi last minute cancel sebab trainer ada hal so postponed ke minggu depan. Harap2 sebelum posa la. Tak larat la kelas sampai ke 7.30 mlm ni. Penat oooo... eh melalut lak.

Wokeh, bertolak ke sana kul 12tgh gitu. Planning konon nak pegi pagi2 cepat pegi cepat balik. Ye la perak tu.. 2jam perjalanan. Tempat tak pernah sampai lak tu. Huhu... naseb tak sesat. Alhamdulillah..sepanjang perjalanan ok ok je. Cuma ada accident jalan menghala ke kl. Dah le baru je berlaku..remuk teruk gakk.. Lagi pon hujan lebat gak. Kadang2 sampai tak nampak jln raya! Bahaya sungguh. Naseb la en somi ku bawak agak berhemah. Risau tu..bas dan lori lak berlumba2 nak melintas kenderaan. Cam hape ntah.

Sampai ke destinasi dewan chemor, hujan masih lagi lebat. Tunjuk je muka ke pengantin terus menjerit2 galak. Sabo je la..daku nak menjerit sama tak le suara takdak. Huhuhu.... sampai masuk terus cari member2 yg lain. Dah lama tak jumpa..ada la 2-3 tahun gak. Windu sama diorg.. hehe... ini member2 masa belajar kat UiTM Jengka. Time tu amik course Business Insurans. Pastu punya la excited, mane2 yg dah kawen rata2 dah ada anak pon. Yg bujang2 ada lagi..hehe... Takpe insyaAllah ada rezeki turn bujang2 ni plak. Kalo kesempatan daku mmg nak pegi majlis2 member2.

Wokeh, kat majlis tu ada disediakan durian... durian tuuu... walaupun durian kampung aje tapi sgt sedapppp. Aku kompom la mkn sket je. Risau Qistina panas badan lak nnt. Nasi, lauk pauk merbeles la. Hihi..aku mkn sekali je. Takde tambah2. Tak  mo la perut dah kene tegur cam pregnant lagi. Huk huk... malu aiiii. Panjang lebar dok berborak2. Daku awal2 senyap aje. Takde mood nak gossip. Sakit tekak ooooo...selsema lagi. Lagi pon hajat dihati mau mkn, jumpa member2 jap pastu balik la... pegi jln2 round2 perak ke. Hehe... Sampai naik utk bergambo en mood masih lagi ke laut. Sakit sungguh tekak. Ingatkan nak makin sembuh. Huhu... Dok borak2 sket, pastu pas abes bergambo ingat nak balik le. Sekali member ajak p umah tumpangan mereka. Kot2 nak salin pakaian ke hape ke. Daku pon on aje sebab dah mmg berniat nak tukar pakaian pon. Nak mandikan Qis sekali. Dah sampai en somi aku p layan tdo. Lamaaaa tunggu sekali dgn Qis pon tdo tinggal daku sorg dok terkebil. Member2 pon sama dok tdo sebab penat dok bergendang dari mlm sebelum tu lagi. Huhu...

Tak lama tu member2 aku yg lain pon sampai. Makin meriah lak umah tu. Haha... terus la daku dok berborak tak hengat donia. Sekali da lebih 6 ptg da...punya la nak balik rupa2 dan nak masuk magrib da. Sabo je la. Terus la solat tu semua. Ingat da nak balik pon tak jadik jugak, tunggu magrib dulu pastu pengantin dtg bawa makanan + durian lagi. Haha...jamu kami lak. Dah mkn2 lagi..sambil2 borak ofkos... Dah borak, sambil potong kek plak. Haha... sabo je la. Nasib daku tergerak ati nak bawak baju. Bole mandi2. Hilangkan peluh :p dah dok bising2 satu umah tgk2 dah kul 9. Ape lagi nak kene gerak jugak la ni. Ada ke plak suh tdo situ. Tak le jadikkk karang esok ptg baru balik kl lak kan. Gambo tak amik byk sgt sebab daku lupa bawak kamera sekali hp pon bateri cam tak mo idop lama. Huhu...

Bertolak kul 9.30 sampai hampir kul 12 mlm. Sepanjang perjalanan Qistina tdo je. Ibunya amik peluang tdo jugakkk.. hehe... ok la. Bebel panjang2 jom layan gambo tak seberapa. ;)

p/s : selamat pengantin baru ye ailin dan ismail. Moga berbahagia hingga ke anak cucu. Amin. :)


Semua tak leh nak dok diam..
Ada je nak borak.
Tgk.. aku je diam..huhu sakit tekak
Akhirnya ada gak gambo semua dok posing
Alahaiii kek comelll
Qistina + ayah dok menunggu ibu dok borak
Sebak ibu tak peduli
Pengantin baru...
Anak member lentok ditgn member kitorg. Haha..




17 July 2011

Nasi lemak

Salam.

Hari jumaat lepas dpt resepi nasi lemak dari kak ina kat RH. Hari sabtu pagi try test buat first time niiii. Hehe.. alhamdulillah segala lauk pauk menjadi tapiiiii nasi lemak tak berapa nak menjadi la plak..mula2 dah siap masak tu nasi keras siap ada rasa cam beras lagi. Huhu..pastu tambah air + santan lagi. Dah jadi lembik la plak. Sabooo aje la. Bila buat siasatan kenapa terjadi sebegitu ropa baru daku tau. Rupanya sebab daku masak guna rice cooker tu terus tutup bila ON. Patut biar mendidih dulu  baru la tutup. Huhu... tak pe next time daku buat lagi.

Hasil sambal tu marrrveles.. hehe.. terima kasih ya kak ina. Jasamu ku kenang. Oh ya daku pon buat ayam goreng berempah juga. Resepi amik dari sini. Sedapppp..ada lagi lebihan sebab buat byk kan. Pagi nnt nak panaskan ajeeee. :)

Resepi nasi lemak warisan kak ina.

Bahan-bahan nasi lemak
-bawang merah kecil dihiris
-halia dihiris
-daun pandan disimpul
-santan (sama sukatan macam nak masak nasi biasa)
-beras of course
-garam

satukan semuanya dan masak....*wink* dah siap untuk dimakan
kalo nak kasi buang angin, boleh letak biji2 lada hitam jugak waktu memasak

Bahan sambal tumis
-bwg kecil,bwg putih,bwg merah - blend
-cili kering/cili giling
-belacan sikit
-air asam jawa
-garam,gula

-->tumis cili sampai masak,dah garing masuk bawang-bawangan...tumis lagi smp wangi...then masuk air asam jawa+belacan+gula+garam+ikan bilis

-->another version,buat sambal dulu then curah atas ikan bilis goreng

**sambal ni daku masukkan terus ikan bilis. Tak suka goreng dulu sebab tak suka mkn yg rangup.Sakit gusi. Huhu...tapi en somi suka mkn yg rangup. Naseb la aiii yg masak. :p

Oh ya entry tiada gambo ye sebab dah kebulur benor abes mkn suda.. :)



Tupai tupai

Salam.

Semalam sempena nak abeskan pantang seafood daku ni..berkenan la nak mkn kat seafood steambot. Hehe..saje je nak perabiskan duit. So dgn jayanya membesarkan perut dgn makanan yg ada kat situ. Walaupun konon dah abeskan pantang tapi daku still pantang mkn ikan pari dan air kelapa. Ntah le org2 tua ckp sgt bisa 2 mende ini. Kene pantang lagi lama. Hmm..ikan pari tu ok lagi sebab mmg tak mkn pon. Air kelapa tu ha... ish nak nak bulan posa nnt.

Kat sini dah naik rege, kalo dulu RM25 la ni RM26 sorg. Ok la mkn pon berdua je. Qistina tlg tgk ibu dia melahap je. Variety food dia ok la. Byk gak choice, bab sayur la freshhhh aje nampak. Ada ice cream, yg ni pon mkn sikit je. Pastu rege tu termasuk air ye. Ada gak nasi goreng, mihun goreng. Sebelum ni pernah ternampak spaghetti tapi semlm takde lak. Sorry la tak amik gambo makanan dia. Susah den nak bergerak dgn keadaan Qistina camtu. 2 jam dok mengadap makanan, rasa cam byk dah mkn tapi bila tgk org lain lagiiiii byk mkn. Huhu... Ok la jom layan gambo posing2. Sila jgn muntah ijo.





Homemade pie

Salam.

Dah lama rasanya tak update kan. Hehe..ini susulan dari bebelan tu post sebelum ni. Akhirnya setelah 2 hari membuat persiapan, pie apple + kurma + pear selesai dibuat dan dibakar. Selamat masuk dlm perut da. Resepi tersebut menggunakan pie apple hijau, so dia punya crust tu agak manis. Lain kali kalo nak letak kurma tak yah letak gula byk2. Hehe..sedap jugak dimkn panas. Oh ya, crust pie tu byk lebihan bila wat hiasan bole lak dia jatuh. Sabo aje la. Kije pon nak cepat kan. Qistina asek dok melalak je. Sedih sgt ibu dia p wat kije.

Resepi tu daku copy dari sini. Sukatan dia agak byk. Daku pon main aci sukat je. Penyukat yg ada pon wat hal. Da lama tak guna da jadi ting tong da. Mkn habuk byk sgt kot. Pasni ingat nak buat kek pisang lak. Alasan pon sama sebabnya stok utk Qistina tapi dia tak le mkn. Reason pon sama cam apple. Skrg menu Qistina bubur + carrot + bayam. Dok ulang yg tu je la. Baru start kasi ayam dah kene demam campak. Stop kejap tunggu sampai dia betul2 sembuh nnt baru nak kasi balik. 

Ok la jom layan gambo lak yg tak seberapa ni. Ini la hasil dia. First time buat ni. Kekeke...

Lebihan pie crust jatuh suda....
Hasilnya.. yummehhh...



10 July 2011

Bebelan di pagi hari

Salam.

Bersiaran setelah lama menyepi. Hehe...bukan apa, kat opis jarang aku nak update blog. Biasa kat umah je la. Tapi sejak2 Qistina kene demam campak aritu dan masih lagi dlm proses pemulihan, blog pon bersawang. Huhu..nak wat camne. Tumpuan mostly pada Qistina. Syukur dah nak hilang dah campak tu. Tinggal sket2 je kat muka dan leher. Campak dia tu byk gak naik lebih2 lagi tang muka. Kesian tgk. Huhuhu... Syukur juga Qistina baby yg tak byk meragam. Dia just nak comfort dari ibunya ni. Dok mengempeng je la.

Skrg separation anxiety dia makin menjadi2 lak. Biasa la baca kat babycenter itu adalah normal utk baby usia dia. Huhu...sabo je la. Mmg tak leh nak bergerak sket. Hilang sket dari mata dia terus menangis berjejeran air mata. Sabo la naseb la kan. Hehe... Sejak dah tak demam ni, Qistina menyusu makin kuat. Kalo mlm2 bgn kejap je dia akan sedar cari ibu dia hilang dok update blog. Haha...lebih2 lagi kalo nak mengepam mlm2. La ni tak leh langsung. Asal pegang pam je terus Qistina sedar. Mcm tau tau aje ye. Dengki sungguh dgn pam. Kalo pam sebelah lagi dia menyusu tu..haihhh....kene ada tahap kesabaran yg tinggi. Mmg sedaya upaya dia nak tendang pam dan botol tu. Walhal susu tu utk dia gak. Kalo takda kesabaran mmg kene marah dah Qistina ni.

Ptg sabtu ingatkan nak buat la pie apple la konon sebab ada byk stok apple utk Qistina tapi disebabkan Qistina kalo mkn apple dia akan sembelit. Sampai skrg tak jadi2 sebabnya, asal ibunya dok kat dapur Qistina meraung2 menangis bagai. Sabooooooo aje la. Si ayah lak konon nak tlg..tlg tdo ada la. Mmg jadi perempuan ni kene ada tahap kesabaran yg tinggi la. Kalo tak meroyan daku. Bila dah nak mlm ni lagi la Qistina tak mo berenggang. Sanggup tu merangkak ala2 komando dlm hutan tu dari luar ke dapur. Selagi tak amik selagi tu menangis. Huhu....camno la nak siap pie ni. Nak pakai RS sambil buat kije? Tak jalan jugakkkk...sibuk tgn dia nak capai apa yg org dok pegang. Letak kat belakang, abes ditendang2 + menyenget2 nak capai segala barang. Suruh ayahnya pegang, bole la tahan 5 minit. Si ayah pon best. Kalo mintak pegang, pegang aje la yg reti. Tak pandai da nak main2 dgn anak. Kasi dia leka sambil si ibu ni dok wat kije + makanan utk si ayahnya jugak. Hmmm nasib badan la kan. Nak mengeluh sgt pon takde guna.

Conclusionnya ntah bila pie nak siap. Terima kasih atas segala kerjasama. Kalo dok depan lappy pon biasanya sambil menyusukan Qistina. T____T



P/s : Ayahnya Qistina kalo baca jgn mare ye. Ini adalah hakikat. 0_0


03 July 2011

Qistina 9 bulan

Salam.

Wahhh... Qistina dah 9 bulan. Huhu...sungguh tak ku sangka tak lama lagi nak celebrate first birthday dah. Walaupun bykkkkk cabaran. Biasa la kan cabaran bab2 parenthood ni kan lagi2 breastfeeding. Mmg ku akui byk pengalaman pahit dan manis. :)

9 bulan gak mcm2 penyakit yg Qistina kene. Harap lepas ni byk dah antibody Qistina bina. Kuar masuk spital. Hmmm sapa nak kan? Baru2 ni kene demam campak lak. Sedih tau tgk anak kita merengek je. Kalau la sakit tu ibu bole transfer, akan ibu transferkan sakit Qistina tu pada ibu. Biar la ibu yg tanggung. Qistina kecik je lagi. Ibu cuba buat yg terbaik utk Qistina. Nnt bila Qistina dah besar, bolelah baca blog ni tgk camne kehidupan ibu dan ayah ye nak? Hehe... :)

Milestones Qistina 9 bulan :

1) Merangkak ala2 komando dlm semak dgn lajunya.
2) Bole tepuk amai2. Siap kene ibu nyanyi lagi
3) Bole da buat bunyi mcm berzikir. Siap goyang2 badan lagi
4) Dgr lagu bole joget lambak eh tak le goyang2 je. Ini ibu tak ajar okay.
5) Peberet mengambil makanan kat pinggan ibu dan ayah.
6) Suka jalan2. Kalo shopping tak tgk da kat ibu.
7) Suka berdiri je. Cuba nak angkat badan sendiri tapi berattttt
8) Boleh sebut mama dan papa dgn jelasss ( anak moden nak wat camne suh sebut ibu & ayah tak mo )
9) Suka membebel sebijik cam ayah.
10) Kalo kene bebel dia akan bebel balik kat kita.
11) Tak leh kene marah, karang menangis terisak2.
12) Tak leh ibu hilang sket mula la meraung2.
13) Suka bermain mainan yg org lain main. Haihhh sabo je la.
14) BERMINAT DGN FOREX!! Ini kes ayahnya mengajar le ni.
15) Masih lagi tak suka dgn pam. Sgt dengki.
16) Dah pandai mintak dukung. Comelllll je ibu tgk Qistina angkat tangan minta diangkat. Hehe..
17) Dah bole main sorg2 5 minit. Huhu...
18) Dah pandai ketuk barang2 yg dipegang antara satu sama lain.
19) Byk daaaa blom pandai merangkak betul je lagi. :)


9 Bulan gak la ibu menyusu Qistina sepenuhnya. Semoga Allah makbulkan niat ibu utk menyusukan Qistina sampai 2 tahun. Amin.3 bulan lagi cukup setahun ibu menyusukan Qistina. Niat ibu nak wat mkn2 sket. Hehe... dlm perancangan lagi. :)




02 July 2011

Update Qistina

Salam.

Pagi td pegi follow up utk Qistina sbb dia kene warded 2 minggu lepas kan. Huhu...dah la baru kuar ward terus kene demam campak lak. Plus lagi satu dpt tau ada infection kat dlm mulut dia tu. Ala yg putih2 tu. Doc dah kompom kene infection. Huhuhu...cian anak ibu patut la kurang menyusu. Ibu dah perasan dah putih2 tu. Harap2 lepas ni sembuh terus. InsyaAllah. Amin.

Skrg ni umah dok dibaiki barang2 yg dah lama aku idam. Patut before aku abes pantang lagi. Nak wat camne tak dpt permission. Lagi satu ventilator dah rosak. So baiki jugak yg ini. Umah aku ni kalo takde ventilator mmg terperap je udara. Tak elok kan. Beranda ada bahagian tepi umah tapi sebabkan umah aku ni tingkat 1 bawah umah tu ada buat tambahan bahagian blkg tepi betul2 kat beranda aku ni. Nak jadikan cerita, org2 takda akai bodoh ka hapa pegi dok buang sampah dari tingkap diorg tu ke bawah. Berkumpul la plak depan beranda aku ni. Bangang nak mampus okeh. Bukan sampah kecik2 siap plasterin buat bungkus tv pon dibuang. Kotak2 tak yah cite la. Dah jadi mcm2 sarang dah. Huiiii hangen aku. Dah dibersihkan tak lama sehari tu kumpul  balik sampah2 tu. Mmg superbbbbb bangang la. Ish lari tajuk lak.

Qistina, campak dia nampak dah makin kurang. Harap2 cepat la sembuh. Kesian nampak muka merah2. Badan merah2. Huhuhu.... Demam, batuk tok sah cite la. Mujur gak p check tadi doc ckp lung dia clear. Takde sign of kahak a.k.a broncho jahat tu. Segala pantang larang cuba diaplikasikan. Huhuhu... ramai yg suh kasi dia minum air kelapa. Tapi nenda terchenta Qistina tak kasi dia minum lagi. Katanya biar ruam2 tu hilang dulu. Baru kasi minum + mandikan dgn air kelapa. Aiiii ikut je la kata org tua kan. Lagi pon mami suh monitor demam je. Jgn kasi panas sgt risau mende  lain lak. Huhuhu.... Qistina, ibu kalo bole coti lama dah lama ibu cuti. Ini pon dah 2 hari ibu cuti. Isnin nnt mmg kene pegi kije gak.Haiiiii bila la ibu bole dok umah goyang2 sambil jaga Qistina. Ayah ckp dia nak cuti tapi kene ada MC la. Sbb AL dah tarak. :(


Ini la satu gambar Qistina. Ruam tu naik takat bahu ja. La ni dah naik sampai kaki.




Psst :: Pagi td buat pancake. Ok la sedap tapi ropa tak chantik sbb daku takda non-stick pan. Hehe...




01 July 2011

Kisah Benar Seorang Ibu

Salam.

Tgk...ada kat luar sana tu lagi besar dugaan dari kita. Bersyukurkah kita selama ini? Aku sgt bersyukur walaupun dugaan utk ku tetap dtg bertimpa tapi masih ada yg lagi berat dugaannya. InsyaAllah aku akan membantu takat mane yg mampu. Tak kira zahir atau secara doa.

Mari rakan2 kita sama2 menyumbang takat mane yg kita mampu. Doakan agar ibu muda ini sembuh dan dpt bermain dgn anaknya. Amin :)

Daku sgttttt sebak baca kisah dia. Teringat mak kat kg. Huhu.... Aku tak reti nak share2 camne tapi korg boleh click sini ya : http://kasihaleeya.blogspot.com/2011/07/kisah-sedih-pasangan-norma-dan-talib.html

Pssttt : Minta korang doakan Qistina cepat sembuh jugak Huhu....Amin.
Sebarkan juga pada insan2 yg berhati mulia :)