CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 July 2011

Bebelan di pagi hari

Salam.

Bersiaran setelah lama menyepi. Hehe...bukan apa, kat opis jarang aku nak update blog. Biasa kat umah je la. Tapi sejak2 Qistina kene demam campak aritu dan masih lagi dlm proses pemulihan, blog pon bersawang. Huhu..nak wat camne. Tumpuan mostly pada Qistina. Syukur dah nak hilang dah campak tu. Tinggal sket2 je kat muka dan leher. Campak dia tu byk gak naik lebih2 lagi tang muka. Kesian tgk. Huhuhu... Syukur juga Qistina baby yg tak byk meragam. Dia just nak comfort dari ibunya ni. Dok mengempeng je la.

Skrg separation anxiety dia makin menjadi2 lak. Biasa la baca kat babycenter itu adalah normal utk baby usia dia. Huhu...sabo je la. Mmg tak leh nak bergerak sket. Hilang sket dari mata dia terus menangis berjejeran air mata. Sabo la naseb la kan. Hehe... Sejak dah tak demam ni, Qistina menyusu makin kuat. Kalo mlm2 bgn kejap je dia akan sedar cari ibu dia hilang dok update blog. Haha...lebih2 lagi kalo nak mengepam mlm2. La ni tak leh langsung. Asal pegang pam je terus Qistina sedar. Mcm tau tau aje ye. Dengki sungguh dgn pam. Kalo pam sebelah lagi dia menyusu tu..haihhh....kene ada tahap kesabaran yg tinggi. Mmg sedaya upaya dia nak tendang pam dan botol tu. Walhal susu tu utk dia gak. Kalo takda kesabaran mmg kene marah dah Qistina ni.

Ptg sabtu ingatkan nak buat la pie apple la konon sebab ada byk stok apple utk Qistina tapi disebabkan Qistina kalo mkn apple dia akan sembelit. Sampai skrg tak jadi2 sebabnya, asal ibunya dok kat dapur Qistina meraung2 menangis bagai. Sabooooooo aje la. Si ayah lak konon nak tlg..tlg tdo ada la. Mmg jadi perempuan ni kene ada tahap kesabaran yg tinggi la. Kalo tak meroyan daku. Bila dah nak mlm ni lagi la Qistina tak mo berenggang. Sanggup tu merangkak ala2 komando dlm hutan tu dari luar ke dapur. Selagi tak amik selagi tu menangis. Huhu....camno la nak siap pie ni. Nak pakai RS sambil buat kije? Tak jalan jugakkkk...sibuk tgn dia nak capai apa yg org dok pegang. Letak kat belakang, abes ditendang2 + menyenget2 nak capai segala barang. Suruh ayahnya pegang, bole la tahan 5 minit. Si ayah pon best. Kalo mintak pegang, pegang aje la yg reti. Tak pandai da nak main2 dgn anak. Kasi dia leka sambil si ibu ni dok wat kije + makanan utk si ayahnya jugak. Hmmm nasib badan la kan. Nak mengeluh sgt pon takde guna.

Conclusionnya ntah bila pie nak siap. Terima kasih atas segala kerjasama. Kalo dok depan lappy pon biasanya sambil menyusukan Qistina. T____T



P/s : Ayahnya Qistina kalo baca jgn mare ye. Ini adalah hakikat. 0_0


1 comment:

mizah said...

Hee..cian nik...anak mizah si aufa pun ada gak sikit2 mcm qistina tu..tak boleh ditinggal.. meraung bagai..last2 masukkan dalam walker..boleh dia bergerak..sebab dia belum nak menjulur lagi...heheh...kalau mizah mandi, dia tunggu je la dalam walker dia tu kat depan bilik air dan meraung kalau pintu bilik air ditutup...hhihihih...sabar...sabar...