CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

03 July 2011

Qistina 9 bulan

Salam.

Wahhh... Qistina dah 9 bulan. Huhu...sungguh tak ku sangka tak lama lagi nak celebrate first birthday dah. Walaupun bykkkkk cabaran. Biasa la kan cabaran bab2 parenthood ni kan lagi2 breastfeeding. Mmg ku akui byk pengalaman pahit dan manis. :)

9 bulan gak mcm2 penyakit yg Qistina kene. Harap lepas ni byk dah antibody Qistina bina. Kuar masuk spital. Hmmm sapa nak kan? Baru2 ni kene demam campak lak. Sedih tau tgk anak kita merengek je. Kalau la sakit tu ibu bole transfer, akan ibu transferkan sakit Qistina tu pada ibu. Biar la ibu yg tanggung. Qistina kecik je lagi. Ibu cuba buat yg terbaik utk Qistina. Nnt bila Qistina dah besar, bolelah baca blog ni tgk camne kehidupan ibu dan ayah ye nak? Hehe... :)

Milestones Qistina 9 bulan :

1) Merangkak ala2 komando dlm semak dgn lajunya.
2) Bole tepuk amai2. Siap kene ibu nyanyi lagi
3) Bole da buat bunyi mcm berzikir. Siap goyang2 badan lagi
4) Dgr lagu bole joget lambak eh tak le goyang2 je. Ini ibu tak ajar okay.
5) Peberet mengambil makanan kat pinggan ibu dan ayah.
6) Suka jalan2. Kalo shopping tak tgk da kat ibu.
7) Suka berdiri je. Cuba nak angkat badan sendiri tapi berattttt
8) Boleh sebut mama dan papa dgn jelasss ( anak moden nak wat camne suh sebut ibu & ayah tak mo )
9) Suka membebel sebijik cam ayah.
10) Kalo kene bebel dia akan bebel balik kat kita.
11) Tak leh kene marah, karang menangis terisak2.
12) Tak leh ibu hilang sket mula la meraung2.
13) Suka bermain mainan yg org lain main. Haihhh sabo je la.
14) BERMINAT DGN FOREX!! Ini kes ayahnya mengajar le ni.
15) Masih lagi tak suka dgn pam. Sgt dengki.
16) Dah pandai mintak dukung. Comelllll je ibu tgk Qistina angkat tangan minta diangkat. Hehe..
17) Dah bole main sorg2 5 minit. Huhu...
18) Dah pandai ketuk barang2 yg dipegang antara satu sama lain.
19) Byk daaaa blom pandai merangkak betul je lagi. :)


9 Bulan gak la ibu menyusu Qistina sepenuhnya. Semoga Allah makbulkan niat ibu utk menyusukan Qistina sampai 2 tahun. Amin.3 bulan lagi cukup setahun ibu menyusukan Qistina. Niat ibu nak wat mkn2 sket. Hehe... dlm perancangan lagi. :)




2 comments:

ummi auni&aufa :) said...

nik...anak sulung memang banyak cabarannya kot...mizah dulu anak sulung pun macam2 la...ni anak kedua..syukur belum datang lagi cabarannya...sabar ye...tapi seronok kan jadi ibu :)

Sima said...

ha ah mizah.. nik anggap camtu je. anak first ni byk la cabaran dia :)

mmg seronokkkk tapi time keadaan dia sakit tu la yg kita pon sakit juga. uhuhuhu... anak second lambat lagi ni. hehe