CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

15 July 2014

Ramadhan 2014 dan berpuasa di hospital

Salam Ramadhan.

Hari ini hari ke - 16 berpuasa. Alhamdulillah kita bertemu lagi ramadhan moga-moga ada rezeki utk bertemu ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah..amin. 

Last entri daku ada mention nak kene cari kije kan. Alhamdulillah 15 April 2014 start kerja di tempat baru. Skrg masih dlm probation tapiiiii hahaha ada tapi tu lagi. Dalam 3 bulan ni dah bape hari dah cuti. Anak-anak asik tak sihat. Tak berjangkit kat tadika Qistina, jangkit kat umah babysitter. Berputar gitu la. Lepas last entri tu dah 2 kali warded termasuk kali ni. Total warded utk tahun ni je dah 3 kali. Bulan 1, bulan 5 (lepas start kije!) dan hari Ahad lepas (bulan 7). 

Allahuakhbar hati ibu mane la tak sayu tgk anak-anak sakit je. Dalam hati ni mmg takde rasa nak kerja dah. Moga-moga dilembutkan hati emak lihat la cucu perlukan perhatian si ibu. Terasa I'm a very bad mom! Couldn't take care own child and end up they always get sick. Sobbsss sobb... 

Belajar ilmu tinggi-tinggi pon bukan la wajib bekerja pon. Boleh apply ilmu-ilmu dipelajari itu kepada anak-anak. Sungguh kesian kat anak-anak. Hospital mcm rumah ke-2. Drugs dah byk masuk dlm badan. Hmmmm.... guna natural remedy mmg tak jalan bila dah start sakit. Kalau sebelum sakit tu Alhamdulillah ada la juga menjadi. Contoh daku beri black seed honey utk Qistina. Memang jarang jatuh sakit. Tapi itu la masalah pulak dgn en. suami. Dah tgk depan mata anak OK dgn madu tu boleh pula nak tukar ke madu lain. Madu asli dari kampung lah bagai. Nak tunggu amik madu kampung tu satu hal la pula. Bukannya tiap2 minggu balik kampung. Berbulan baru balik. Dah takde stok madu mula la Qistina start sakit. Ya Allah.. berikanlah kesabaran. Lain daku minta lain pula dibelinya. (Urut dada minta kesabaran tinggi).

Kali ini si adik pula yg start sakit dulu. Mula-mula tu daku dan en suami dah bergilir sejak minggu lepas duk amik cuti dan jaga si kecik ni. Hari Khamis pegi check, alhamdulillah kahak takde dlm paru-paru. Dia pon nampak makin ok takde selsema sgt dan batuk. Jumaat hantar la si kecik ke umah bs dan kami bekerja. Amik je haaaaaa makin teruk. Esoknya makin tak sihat dan dah dgr wheezing terus! Ohhh.. Ahad pagi terus ke hospital dan sah kene warded utk neb tiap 4jam. Daku dah bergenang air mata. Tahan sgt tak mo jatuh air mata niiiii. Kakak Qistina lak dah ada kahak dalam paru-paru tapi masih sikit dan bole continue ubat je tak perlu warded. Tapi dah nama si adik kene tahan kan, mmg semua berkampung kat hospital la. Dan dan terus pegi beli black seed honey tu sementara menunggu kemasukan ke ward. Start hari ni kakak pula dah demam panas. Walaupun nampak aktif, panas tau suhu dia. 39C! Ubat demam takde. Lap-lap je la badan kakak. Kebetulan lak demam dah petang doktor dah balik umah. Nak ke emergency nak kene register bagai. Adoilaaaaaaa daku dgn si adik kecik meragam dan cirit je nak kene register menunggu utk amik ubat semata je. Memang tak dapat nak buat la. Tunggu en. suami balik kije bawakan ubat aje la. Alhamdulillah mlm ni nampaknya demam dah surut. Moga kakak dan adik cepat sembuh ya. Amin..amin..ya Rabb.

 Kalo jumpa daku dan nampak cam tulang temulang berjalan tu tok sah tanya kenapa ye. Dalam bulan Ramadhan ni makin tak berselera la mikirkan kesihatan anak-anak. Doakan anak-anak daku diberikan kesembuhan dan kesihatan yg baik. Serta doakan agar emak daku dilembutkan hati utk daku berenti kije and give full attention to my own daughters. Ya Allah perkenankanlah doa-doa ku. Amin.



11 March 2013

Musim sakit sefamily

Salam.

Daku baru nak sembuh dari demam + selsema + batuk tapi rini bertambah kembali selsema dan batuk yg non stop. Huhu..... Qistina dah on antibiotik selama 5 hari. 3 minggu lepas dia dah demam + selsema + batuk. Dah sihat kemudian jangkit semula sebab ayah dia pulak yg sakit 3 serangkai tu. Huhu double... 

Seksa bila batuk sampai nak terkencing pon ada. Ragu² plak bila nak solat. Kalo kat rumah tak pe ini kat opis guane? Dah beli panties pakai buang.. adeh hat free size ni rupanya utk hat selim melim aje. Huhu dah nak kene beli yg lain. Cisssss...... so skrg ni byk dok mkn madu dan ubat. Ubat pon dah abes nak kene p klinik lagi la ni maksudnya. Ermmmm..... malasnyaaaa

Semalam hari ahad, pegi rumah kak sue nak ambil ice cream maker + melawat kak sue dalam pantang. Sayang pulok tak le nak cium baby yg sedap bau tu. Ya la kita dah le sakit takkan la nak p cium kan. Nak dok dekat pon rasa takot. Geram tgk tembun...hehe.... Selamat berpantang ya kak sue. :)

Ice cream maker tu takkan digunakan selagi sefamily tak sembuh. Lagi² daku ni. Mane bole tahan tgk ice cream! en somi dah dok tanya² camne nak buat ice cream guna mende tu. Bersungguh benar beliau. Almaklum la dia la kaki ice cream dalam rumah tu. Kalah anak beliau. Nanti la yer bila dah benar² sihat boleh la nak buat segala mende tu. 

Skrg ni asal pagi dan petang wajib la pening dan sakit badan ni. Huhu... ya betul sakit tu menggugurkan dosa² kita. Moga daku sefamily cepat sembuh. Lagi² anak ibu Qistina. Amin.




07 March 2013

Isu semasa : Sabah Diceroboh

Salam.

Sekarangkan kecoh dan heboh isu Sabah diceroboh oleh so called "Royal army of Sulu" konon. "Sultan" Kiram yg tak diiktiraf tu sibuk dok claim tanah di Sabah. Kiram kat sana pon tak diiktiraf, pastu ceroboh Sabah kekonon tanah dia lepas tu nak kita iktiraf dia?? What the helll.....

Pedulikan si Kiram nyanyuk itu. Mari kita doakan keselamatan anggota tentera dan polis yg bertugas menjaga keamanan negara. Moga Allah S.W.T. mempermudahkan segala urusan dan melindungi mereka. Amin. Sekarang ATM dan polis melancarkan serangan habis-habisan dan memburu saki baki penceroboh. Jangan diberi muka kepada penceroboh kejam dan bangang ni.

Kepada wira negara yg meninggal dunia. Al-fatihah. Moga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh² mereka dan ditempat dikalangan orang² yg beriman. Amin.

Kepada rakyat Malaysia yg dok mengutuk tentera dan polis, sedarlah kamu. Tanpa mereka kita berada dalam ketakutan. Siapa kamu yg suka suki dok mengutuk? Adakah kamu pergi ke barisan hadapan juga? Tidak bukan.. tangan je pandai menaip mengutuk tapi tak reti nak berfikiran waras.

Kepada para pemimpin dan pembangkang, keadaan di Sabah sedang berlaku! Tak perlulah saling menuding jari sesama sendiri. Sepatutnya ketika ini kita bersatu! Anasir² luar sedang memerhatikan apa yg berlaku dalam negara dan cuba mengambil kesempatan atas keadaan berlaku dan cuba campur tangan. Tak perlulah mempolitikkan perkara pencerobohan ini.


31 January 2013

IPong KONG!!

As Salam.


Huhu... tepat birthday daku, iphone terchenta buat hal plak. Sebelum ni dah start ada problem. Ada masalah software sound tak bunyi² kecuali ringtone jer. Sekarang ni plak sim card tak leh baca lak. Huhuhu.... ai tau bukan masalah sim card. Tapi masalah dgn iphone. 

Daku tak pernah bukak or tukar sim pon selama ni. Sedihnya..... uwaaaaaaaaaaa.... so tak leh nak online. Pastu segala mala post kat facebook wish birthday tu ai reply through yahoo mail jer. Huhuhu... sedey gila. Harap² ada la solution dia. Sebelum ni pegi apple service center pon tak membantu sgt. Siap suruh trade in lagi. Ai akan dapat iphone version sama tapi hat baru la. Dannnnn kene tambah RM711. Uwaaaaaa... sedeynya. :(

Nak beli iphone 5 hat baru tu idak le ku mampu.... huk huk... ya Allah permudahkan urusan ku. Amin. Dah le sgt² sentimental value ini iphone. :(

Mode : sedey, kuciwa


15 October 2011

Broncho kembali menyerang :(

Salam.

Dah lama Qistina tak sakit2, sejak awal Selesa gitu Qistina start batuk2 kecil lama2 jadi batuk besaran sampai tercungap2 dia tak leh nak bernafas sgt. Hari Khamis daku MC utk Qistina. Pagi tu decide nak g DEMC tapi en somi ckp nak pegi U**A. Daku bukan hapa Qistina dpt treatment dia dari DEMC kan so mesti la doc tau history dia dan apa patut buat kan. Ni dia dpt ubat salbutamol + ubat lelah? WTH.. Qistina tak lelah pon terus kasi ubat lelah?? Hati daku ni gundah gulana la nak kasi ka tak ubat tu. Then terus tanya doc yg incharge dia ritu. Doc tu ckp tak yah kasi pon ubat lelah tu. So ari Jumaat tu da tak kasi.

Ari jumaat aku kije. Ptg balik amik Qistina tgk batuk dia makin serius. Bernafas pon sgt susah. Minum susu pon payah yg amat. Doc suh dtg esoknya tapi aku tak leh tahan la tgk anak tak bermaya cam tu. Nafas pon susah. Risau yg amat. Terus mlm tu p DEMC. Nasib diorg bukak sampai kul 9 ritu. Alhamdulillah... doc yg incharge Qistina takde tapi check doc lain. Pon sama je pendapat mereka tak yah kasi ubat lelah tu. Tapi Qistina kene admitted la sebab payah sgt nak breathing. Amik neb 3 jam sekali. Mlm tu baru dia bole tdo. Itu pon lepas 3 kali neb. Nangis2 daku mlm tu. Sedih sgt tgk anak camtu. Huhu... selama ni asek senyum dan gurau kali ni senyum pon tak siap nangis sebab tak tahan tak leh bernafas + batuk tak henti2.

Paling best, aku dpt call dari **** marah2 aku ckp nape bawak anak aku p spital. Patut biarkan dia sembuh sendiri je. Aku rasa nak marah gila tapi pk aku tak leh nak marahkan dia aku wat dekkk je. Aku terangkan elok2 lagi. Ubat yg DEMC kasi ni bukan ubat lelah. Dia just kasi nak suh lung Qistina tu clear kahak. Dibiarkan bole melarat ke pneumonia. Lagi bahaya! Skrg kita mencegah bukannya nak kasi melarat dan doctor jarang yg kasi ubat yg membuatkan kita lagi melarat! Waaaaaa sakitnya jiwa dah la susah ati anak sakit bole plak nak marah2. Nak je drop phone. Sabar lagiiii sabarrr... setan pon dok hembus api kemarahan neh... Kalo lagi melarat nak ke dia jaga Qistina. Kalo apa2 jadi nak ke dia tanggungjawab?

En somi lak p company trip jumaat pagi tu bertolak ke terengganu. Dah call nak cancel pegi tapi macam2 ugutan dia dpt. Nnt esok2 mcm2 hal la itu la ini la. Apa punya kompeni la. Anak sakit pon bole paksa pegi lagi. Cam CELAKA la.!!! Serius aku benci dgn majikan yg bengong camni! Kebajikan bukan nak jaga sgt pon. Dah tu en somi ckp pehni kompom dia tak join da kompeni trip thn2 depan. Bukan pegi dpt apa2 pon. Pegi berlelah je. Mmg aku emotionally tak stabil semalam due to this kind of things happened. Dah en somi pon kene marah sbb berkeras nak pegi ke U**A tu.

Skrg Qistina da makin ok tapi nafas dia still lagi berbunyi2. Masih agak tersekat2 blocked dek hingus. Harini menyusu da makin ok. Alhamdulillah.. part tu paling suka. Ya la... ibu mane tak risau kan tgk anak tak berapa nak menyusu dan mkn ni. First time Qistina meragam camtu. Huhu...nangis2 ibu tau. :( Semoga Qistina cepat sembuh ya nak. Boleh praktis jln byk2. Hehe....

p/s :: Ibu berhutang entry birthday utk Qistina. Bila la nak wat karangan. :)


19 September 2011

Boikot Restoran CILI MERAH!

Salam.

Ini cerita sakit hati, byk mongok dll. Hati ni sumpah seranah tul. Huiii... mmg dasar mata duitan!! Jom kita sama2 pakat boikot restoran bangang!! CILI MERAH SEC 9, SHAH ALAM.

Sebab apa nak boikot? Sebab ini cerita :: Tragedi.

Kalo manusia dewasa pon menggelupur kene air panas, inikan pula baby kecik! 7 bulan ok. Meraung aku tgk bb comel tu masak daging dia. Baik pula si owner kedai tu langsung tak tanya khabar, tak jenguk mahupun kasi ganti rugi/ tanggung kos medical. Cam haram J.


p/s :: geram tahap apa ntah..


Update :: 20110921 ::
Salam, link tu dah pon di remove oleh owner blog dan kisah ini dah jagi kes polis. Kita tunggu dan lihat camne. Ada dpt response back dari kawan owner restoran tu, katanya owner tu nak melawat tapi tak dibenarkan oleh bapanya. Cekidout dari sini lah ye :: Kejadian tomyam tumpah ke baby


07 June 2011

T_________T

Salam.

Ini le first time rasanya daku buat entry utk meluahkan ferasaan. Huihhhh.... mmg lamaaaaaaaaaaaaaaaa dah menyimpan ferasaan ni. Rasa tak tertanggung. Tak tau nak luahkan kat sapa. Rasa geram + sakit ati + sedih + marah (setan pon dok pom pom ferasaan ni). Ini baru bergegar gunung verapi blom lagi memuntahkan segala lahar. Harap2 Allah kurniakan aku kesabaran yg tinggi. Amin.



14 February 2011

Super Dooper Tired!!!


Salam.

Ya aku sgt penat pada hari isnin!! Dan ya juga aku tak dapat rehat yg berkualiti kat rumah weekend lepas. Qistina demam + selsema + batuk. Sangat sedih dan kesian kat si kecik bolat. Menyusu tanpa henti buatkan aku dehydrate. Tapi tak pe itu tak meletihkan. Hasil kepenatan aku selama minggu lepas menjadikan produk tenusu aku berkurangan sket. Sket pon nak up balik berjejeran air mata. Org ingat senang ke nak UP susu ni??

Kenapa aku tak dapat berehat?? Soklan yg berlegar kat kepala aku gak.