CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

07 March 2013

Isu semasa : Sabah Diceroboh

Salam.

Sekarangkan kecoh dan heboh isu Sabah diceroboh oleh so called "Royal army of Sulu" konon. "Sultan" Kiram yg tak diiktiraf tu sibuk dok claim tanah di Sabah. Kiram kat sana pon tak diiktiraf, pastu ceroboh Sabah kekonon tanah dia lepas tu nak kita iktiraf dia?? What the helll.....

Pedulikan si Kiram nyanyuk itu. Mari kita doakan keselamatan anggota tentera dan polis yg bertugas menjaga keamanan negara. Moga Allah S.W.T. mempermudahkan segala urusan dan melindungi mereka. Amin. Sekarang ATM dan polis melancarkan serangan habis-habisan dan memburu saki baki penceroboh. Jangan diberi muka kepada penceroboh kejam dan bangang ni.

Kepada wira negara yg meninggal dunia. Al-fatihah. Moga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh² mereka dan ditempat dikalangan orang² yg beriman. Amin.

Kepada rakyat Malaysia yg dok mengutuk tentera dan polis, sedarlah kamu. Tanpa mereka kita berada dalam ketakutan. Siapa kamu yg suka suki dok mengutuk? Adakah kamu pergi ke barisan hadapan juga? Tidak bukan.. tangan je pandai menaip mengutuk tapi tak reti nak berfikiran waras.

Kepada para pemimpin dan pembangkang, keadaan di Sabah sedang berlaku! Tak perlulah saling menuding jari sesama sendiri. Sepatutnya ketika ini kita bersatu! Anasir² luar sedang memerhatikan apa yg berlaku dalam negara dan cuba mengambil kesempatan atas keadaan berlaku dan cuba campur tangan. Tak perlulah mempolitikkan perkara pencerobohan ini.


2 comments:

mizah said...

sedih bila tgk polis terkorban tu..tp fatwa dah sahkan syahid akhirat,kan....al fatihah..

Sima said...

Ya Mizah... Majlis fatwa sahkan mati syahid. Walau macam mane pon kita sedekahkan Al-fatihah utk yg dah meninggal dan berdoa dilindungi para pejuang kita yg sedang berjuang. Amin.