CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

26 September 2013

Menunggu Masa

AsSalam.


Hari ni genap la 36 minggu kandungan anak ke-2. Harapannya dapat la melahirkan anak ni dgn cara normal dan juga dilancarkan segala urusan dan perjalanan bersalin nanti. InsyaAllah.. amin. :)

Setakat ni estimate berat adalah +-2kg je. Kesnya kene diet sempena ada GDM. Anak ibu sangat aktif dalam perut. Bermain-main dan suka sgt kalo kakak Qistina peluk perut kan..mula la senget-senget ke arah kakak Qistina. Ibu la yg kene tahan sakit tegang perut. Uhuhu..... keluar nanti main la puas-puas dgn kakak Qistina ye. Kali ni ibu perasan anak ibu ni sgt mendengar kata ayah. Tak le ayah sentuh mula aktif bagi respon. Gumbira sangat ayah bila anak bagi respon. 

Barang-barang nak menyambut anak dah siap belaka. Untuk berpantang ibu je blom siap lagi. Kali ni aim produk tanamera. Tapi nak beli loose item. Tak mo la beli set karang jadik macam lepas tak pakai sgt pon. Sampai skrg ada lagi. Barang ibu dan anak dah siap-siap letak dlm beg. Kain sarung tinggal selai dua ja lagi blom jahit. Nak kene siapkan cepat-cepat. Kain sarung yg dulu semua da kene rembat dgn mami. Bawa balik selai je pas pantang Qistina. Ohh lupa pulak nak kene basuh car seat dan baby carrier. Sehari dua lagi la nampaknya. Kene buat slow-slow. Sian en somi semua kerja rumah dia amik alih da.

Kali ni tiap-tiap minggu kene pegi kkia. Selang minggu ni check up perut pastu minggu depan jumpa doktor utk review BSP lak. Penat gak la walaupun bacaan gula takde masalah. Huhu... tak pe lah demi anak, ibu sanggup nak. Minggu lepas dah start kelas utk semester ni. Jadi dah buat keputusan tak ambil cuti khas sebabkan kelas waktu jumaat dan sabtu je. Sambil cuti bersalin ibu study. Bole gak berehat dan tumpukan perhatian untuk belajar. Ada 3 minggu lagi sebelum cuti tengah semester. Lepas tu anak ibu dijangka lahir lagi 4 minggu. Moga dipermudahkan. Amin.

Hujung minggu ni ada check up kat Hospital Kota Bharu. Nak check parut czer dan juga tulang pelvis. Sama ada bole bersalin normal ke tak. Harap-harap la boleh. Lagi pon anak ibu kali ni kecik je. Hehe.... tapi yg tak bestnya sakit badan oooooo ulang alik ni. Sakit badan balik KB 2 minggu lepas baru nak hilang. Uhuhuhu....





03 September 2010

Mengandung Minggu ke-36

Salam.

Lama betul tak bersiaran. Sepanjang ramadhan ni byk sungguh dugaan. Huhu.. lebih2 lagi bab mengandung ni. Takat ni puasa aku da berlobang 2 hari. Harap2 ramadhan yg tinggal lagi 6 hari puasa ni dapat la aku penuhi. Start pertengahan ramadhan perut aku da meragam. Berangin je. Asyik muntah2. Mkn mmg sgt sedikit. Tiada selera langsung. Minum air je byk.




Hari ni genap usia kandungan aku 9 bulan. Hehehe... da tak lama lagi baby ku akan keluar jumpe ibu dan ayah. Gumbira rasa. Tak sabar pon ada. Tapiiii harapan aku biarlah baby kuar lepas raya. Nak beraya sakan gak ni. ;) Sejak 2 minggu ni aku asyik kene Braxton Hicks ( BH ). BH ni dikatakan contraction palsu utk persediaan bersalin. Teruk jugak aku kene. Setiap hari okeyyy... seksa menahan sakit ni. Mcm nak patah tulang pinggang aku ni. Duduk tak kene, baring tak kene, berdiri pon tak kene. Huhu... Baru tau seksanya ibu kita mengandungkan kita dulu. Ampun mami. Nasib la aku ni jatuh bawah kategori anak TAK DERHAKA.




Minggu lepas mami dan sepupu ku dtg fly jauhhh dari kelate semate2 nak sopping raya. Jumaat lepas kawasan Selangor cuti sempena Nuzul Al-Quran. So time cuti2 ni amik kesempatan la nak sopping. Baju aku da tak yah sopping da. Pakai mane yg da beli last ritu kat JJ Bukit Raja. So aku just sopping utk en. Somi aje la. T-shirt dan seluar slack selai. Cukup la. Tak perlu beraya sakan. Tahun ni budget byk ke arah baby dan ibu baby berpantang je. Hehehe.. Sepupu aku dtg hari khamis mlm. Mami lak jumaat ptg. Balik ahad mlm.

Yg tak tahan pegi sogo pada jumaat. Semua maklum sogo tu lautan manusia berkumpul utk sopping. Aku ni amik mana berkenan then bayar terus. Dah duduk diam2. Tunggu spupu aku n bakal somi dia memilih je. Aku dok setempat berehat. Senang kan. Tapi duduk diam2 pon dok tgk2 gak ragam org sopping. Dasattttttt... menakotkan pon ada. Ramainya ya Allah. Ptg tu balik umah akak aku sambil tunggu mami lak sampai dari kelate. Da sampai berbuka siap, terus la ke KL balik pergi ke Jln TAR. Huhu... ingat mlm2 buta pegi takde la crowded mane. Tapi sampai je, ya Allah. Dasat tul org sopping utk raya ni. Mcm semut dok hurung gula. Ramai gak even da kul 12 time tu. Aku jalan2 je la..ikut mami sopping. Mengikut je aku ni tak padan dgn buyung. Abes tawaf hampir kul 2 da. Mula2 nak balik, tapi akak sulung aku ajak p minum lak. Kat kg baru. Pegi la kami pon. Da sampai tu terus order makanan skali. Terus la utk sahur. Balik sampai umah da kul 5pg. Aku teguk air masak je dah...masuk tdo. Penat!!!!




Hari sabtu tu. Aku bgn kul 11 pg. En. somi bgn kul 3 ptg okeyy!! Kalah ibu mengandung penat dia. Bukan dukung aku pon. Hehe.. Berehat dulu kat umah pastu kemas umah then buat kije umah mane2 yg patut. Kul 6 bertolak ke umah akak 2nd aku utk bukak puasa. Mami and the gang satu hari pegi PAS dan PKNS. Cari baju raya lagi. Aku mmg tak ikut la. Mlm tu lepas buka pon diorg pegi lagi. Aku stay je kat umah. Tak larat dah. Esoknya tak tahan pegi lagi sogo. Aku ikut sama. Pegi je..sopping tu takde la. Aku sopping bahan2 basah je. Hahaha.. jgn tak tau rege sogo pon murah2 tau. Terkezut den. Mlm tu kul 9mlm, mami dan spupu aku balik kelate. So kene berbuka kat lcct la gamaknya. Akak 2nd aku masak kitorg mkn kat masjid berdekatan dgn lcct. Sedap lak rasa ikan sardin je pon. Hehehe.. so dgn keberangkatan mereka balik maka sesi sopping pon abes la. Hehe.. minggu ni minggu utk berehat. Yeah!!



Gambar terkini dgn perut 9 bulan. Hehehe....

Semangat nak raya berkobar2 ni. Minggu depan da raya!! Hehe.. tapi semlm buat weekly check up. Jumpa doktor pakar. Bole lak doktor tu ckp "Nampak gaya awak ni tak lama lagi ni. Harap2 sempat la ye balik. " Huhu... saya mau beraya!!! Sume org ckp tgk gaya perut ku ini da tak lama lagi nak bersalin. Sob sob.. nak raya dulu. Baby..kuar lepas raya ye. Hehe...




16 August 2010

Cabaran Berpuasa Ketika Mengandung

Salam.

N3 kali ni mengenai cabaran mak buyung berpuasa. Al maklum ler aku kan jatuh kategori mak buyung. Heeheh.. So berdasarkan pengalaman yg setakat baru nak masuk 6 hari berpuasa ni, bole la aku buat summary sket. Kali pertama aku puasa dalam keadaan sarat ( ye lah da 8 bulan mengandung ) boleh dikatakan mcm biasa saje. Iaitu takde rasa pelik la. Kecuali ptg nak dekat berbuka tu aku da lemah. Itu aje. Masuk puasa ke-2 perut aku da start berangin. Tapi still aku bole bertahan. Dan yang pasti aku takde selera nak mkn. Ntah le nape. Perut aku still berangin sampai skrg dan semakin worst!

Tapi puasa kali ni yg aku pasti aku amat dahaga. Ya... dahaga. Ibu mengandung akan mengalami suhu badan yg tinggi sket dari org biasa. Ye la proses nak buat anak ingat senang ke. So kalo aku tak cukup minum air tu bole tgk kat bibir aku ni merekah2. Takat ni takde la sampai berdarah lagi. Huhu.. Dalam N3 sebelum ni aku ada ckp aku disahkan mengidap GDM. Bagi pesakit GDM ni biasanya kalo berpuasa akan membuatkan badan seseorg tu menggigil. Ini disebabkan oleh kekurangan gula. Ye..org kencing manis tapi gula kurang sbb tu badan akan menggigil. Setakat ni simptom tersebut tak berlaku pada diri aku. Yeay!!!

Utk baby lak. Hari pertama puasa mmg pergerakan dia sungguh kuat. Lagi2 bila da masuk waktu sepatutnya aku mkn. Huh..sakit tau kene tendang dlm perut ni. Tapi start 2 hari lepas pergerakan bb slow je. Buatkan aku sedikit risau. Dan diri aku pon bertambah lemah. Mmg tak larat sgt. Tapi bertahan jugak. Rini bb mcm back to normal. Alhamdulillah.

Penyakit yg biasa ada dlm diri aku ni ialah gastrik. Sepanjang puasa ni, hari ke-4 mcm tu aku da kene gastrik. Tapi waktu tu waktu berbuka. So aku safe sket la. Hehe.. Still lagi dok monitor penyakit ni. Agak2 nak kene tu aku kene la berbuka puasa. Kalo tak, huh..seksa tau menahan gastrik. Cian bb dlm perut. So kesimpulannya, takat ni cabaran yg aku hadapi ialah dahaga, gastrik dan keadaan bb. Harap2 aku takde masalah utk puasa penuh. :D

09 August 2010

Senarai Barang Utk Saya

Salam.

Senarai ini lak utk aku aka bakal mak baby. Hehe... Utk peringatan diri sendiri jugak. First time nak berpantang ni. Teruja nak shopping tapi takotttt bila teringat sakit nak bersalin. :p

1. Set bersalin NR - On the wayyyyyyy...
2. Maternity pad
3. Nursing bra
4. Pati ikan haruan
5. Stoking
6. Tungku - mami ckp da ada
7. Bengkung - nak dua
8. Kerusi toilet ( utk umah mami )
9. Breast pump - Bie kasi pinjam
10. Nursing cover - Bila keperluan baru beli
11. Nursing pad - Disposable
12. Normal pad
13. Bag
14. Kain sarung - Nak kene check ada tak yg da berjahit
15. Baju butang depan
16. Towel
17. Sweater


Senarai Barang Baby

Salam.

Ini senarai barang2 baby yg diperlukan. Disebabkan first baby, kene la berhabis sket. Nnt next child bole la recycle. Hehe... Skrg da 8 bulan pregnant. Mmg kene beli cepat2 brg2 dlm list ni. Nnt tak larat la den nak bersopping. Huhu...

1. Baju lengan pendek
2. Baju lengan panjang
3. Romper
4. Seluar pendek
5. Seluar panjang
6. Sarung kaki
7. Sarung tangan
8. Barut
9. Topi
10. Sapu tangan
11. Napkin - Nak beli 1 pek lagi
12. Disposable Diapers
13. Diapers wipes
14. Changing mat
15. Nappy liners
16. Detergent khas utk brg baby
17. Bedak baby
18. Losyen
19. Baby oil
20. Baby bath & shampoo
21. Cotton bud
22. Nail clipper
23. Minyak telon
24. Cotton balls / rolls
25. Selimut
26. Bedding set
27. Katil baby
28. Bendung
29. Bakul baby
30. Botol susu - Nak tambah utk EBM
31. Berus pembersih botol
32. Sterilizing tablet - Tak perlu kot guna cara klasik je la = air panas
33. Baby bath tub
34. Bath tub rub
35. Towel
36. Stroller
37. Car seat - Nak beli utk newborn till 5 years or more?
38. Baby bag
39. Baby closet
40. Cloth diapers
41. Botol susu drainer and storage





27 July 2010

Kencing Manis

Salam....

Arini nak bercerita pasal kencing manis. Sebabnya aku sendiri terkene kencing manis. Penyakit ni senang dihidapi oleh ibu-ibu mengandung. Biasanya selepas bersalin hilang la penyakit ni. Tapi ada jugak dlm peratusan yg kecil si ibu terus mengidap penyakit ni.

Mcm ne aku bole detect penyakit ni?? Biasa la kalo da check up kat gomen, berat melebihi aim yg sepatutnya dlm bulan tu akan terus kene buat MGTT test. MGTT ni kene puasa dulu satu mlm then esok pagi amik darah sebelum minum air gula. Pastu kene minum air gula yg manis tak hengat tu lepas 2 jam baru amik darah semula. Kalo bacaan gula dlm darah tu tinggi selepas minum air gula maka oleh itu dicop mengidap kencing manis. So aku tak pas lepas minum air gula. Serasa aku la..ini semua penangan musim durian. Hehehe...


Bawah ni jadual bacaan gula dlm darah. Sumber http://en.wikipedia.org/wiki/Glucose_tolerance_test



1999 WHO Diabetes criteria - Interpretation of Oral Glucose Tolerance Test
Glucose levels NORMAL impaired fasting glycaemia (IFG) impaired glucose tolerance (IGT) Diabetes Mellitus (DM)
Venous Plasma Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs Fasting 2hrs
(mmol/l) <6.1 <7.8 > 6.1 & <7.0 <7.8 <7.0 >7.8 >7.0 >11.1
(mg/dl) <110 <140 >110 & <126 <140 <126 >140 >126 >200



Ok. Selepas MGTT ni tak lepas kene wat BSP lak. BSP stand for Blood Sugar Profile. Satu hari kene amik 4 kali ujian gula dlm darah. Selepas mkn pastu kene puasa 2jam baru la buat BSP ni. Aku buat MGTT 21/07/2010. Esoknya aku buat BSP. Alhamdulillah semua result aku normal. Ini menguatkan lagi teori durian aku tu. Hehehehe... Utk bacaan BSP seingat aku la result dia kene la kurang dari 7.0 mmol.

Utk para2 ibu sekalian. Mitos time pregnant la bole kita belasah apa yg disukai tu adalah tidak bole dipakai sama sekali. Moral of the story, nak mkn tu bersederhana la. Kalo tak mcm2 penyakit dapat. Amik pemakanan yg berkhasiat. Baik utk baby baik utk ibu. :)


07 July 2010

My Pregnancy



Salam. Hari ni bercerita plak pasal pregnancy aka mengandung.

Mula2 ngandung aku dpt rasa yg perut ni berisi pertengahan Januari. Sebab hanya la instinct semata2 xde proof. So aku tunggu la sampai waktu en P dtg. Tapi tak dtg2.. Aku da excited da.. Kitaran aku selama ni 28 hari je. So setiap bulan en P dtg bukan pd tarikh yg sama. So sebab ada yg berkata2 tunggu tarikh sama en P dtg last month tu so aku pon tunggu la.. Hati tak keruan ni. Nak je wat pregnancy test :P tapi tetap bole bersabar lagi :D . Sesampainya tarikh tu aku pon apa lagi menggelupo la suh en somi belikan pregnancy test. Dia pon belikan la...

Esoknya aku pon wat la testing tu... tapiiiiiiiiiiii waktu tu aku nampak ada 2 line tetapi ( tapi lagi ) 1 line tu kabur2. En somi ni da la rabun. So mcm ragu2 lagi. Esoknya aku p klinik ingat nak wat scan la pengesahan. Bole lak klinik tu wat pregnancy test je. Adehhhh.... Doc tu ckp aku maybe pregnant sbb line 1 tu kabur2. Dia kasi la aku ubat asid folic. Makan la aku pon.. tunggu seminggu lagi bg nak kompom betul2 tak aku ni pregnant.

Setelah seminggu berlalu... cheeewaahh.. aku pon pe lagi.. wat la test. Berdebar2... risau.. takot.. sume ada la.. Then result dia...jeng jeng jeng.... 2 line terang benderang lagiiiii... Hehehe... Gumbira rasa hati.. En. somi pon turut sama gumbira... :P ye la sapa tak gumbira dpt anak kan.. :D :D :D



Pada awal pregnant mmg la aku mabuk teruk. Morning sickness org ckp. Aku ni tak kira waktu 24jam wekkkkkk je kije nya. tak larat da. Cuti mc hampir diabeskan sbb mabuk2 ni. Aku start mabuk time nak masuk ke ke-3 bulan pregnant. Kebetulan lak aku pegi bercuti..konon honeymoon. Nak honeymoon camne kalo da mabukk.. :P tapi tak pe at least bercuti rehat gak la aku ni. Bole la tgk2 sabah tu.. selama ni tgk dlm gambar je.. hehe..





Then kehidupan aku berlangsung la sebagai mak buyung.. Mcm2 alahan aku dpt. Tak le minum air masak la.. tak le bau masakan la.. tak larat nak bgn and mcm2 lagi la.. Pendek kata alahan2 time mengandung tu aku dpt rasa la.. kecuali mengidam. Aku pregnant ni tak mengidam la pulak. Tapi ku tgk en somi yg berlebihan mengidamnya tapi tak mo ngaku lak tu. Nak mkn asam la..mkn manga la..byknya mende2 masam la. hmm.. tak pe asal tak ngidam pelik2 dah le... Mabuk aku ni blom hilang lg ni.. nak dijadikan cerita.. da mabuk teruk gastrik pon melanda. Mmg sebelum ni aku ada gastrik tapi bole lagi la nak tahan kan. Ritu tak tahan sgt pegi la klinik.. Terus kene warded..masukkan air. Sebab gastrik + aku muntah2 = dehydration. Huhu... sakit wooo kene cucuk..




Ini la kali pertama aku kene admitted. Selama ni masuk wad pon sebab temankan org sakit. Sendiri sakit tak pernah lagi kene warded. Ini la antara pengalaman2 aku time pregnant. Tak dapat dilupakan.. mabuk sampai lembik2 tak le nak berjalan. Nasib la en somi gagah perkasa. Bole la angkat aku time aku tak larat.. hehe.. Terima kasih ye.. jasamu dikenang. ;)

Bawah ni gambo scan detail time kandungan aku masuk 6 bulan pada bulan 6 lepas. Nak check la kot2 baby ada problem ka. Takat ni..Alhamdulillah.. takde pape. Bile scan detail ni diorg scan 4D. so bole la nak tgk muka baby dlm perut. Hehe.. pasal jantina lak..baby ku pemalu..sampai skrg tak tau lagi jantinanya.. Nnt pasni scan lagi baby jgn malu2 ye.. ;)




p/s : Nampak tak hidungnya yg mancong tuuu??? Hehe.. hasil usaha dok tgk org hidung mancong je pastu dok doa biar la bb ni hidungnya mancong.. ;)