Salam....
Arini nak bercerita pasal kencing manis. Sebabnya aku sendiri terkene kencing manis. Penyakit ni senang dihidapi oleh ibu-ibu mengandung. Biasanya selepas bersalin hilang la penyakit ni. Tapi ada jugak dlm peratusan yg kecil si ibu terus mengidap penyakit ni.
Mcm ne aku bole detect penyakit ni?? Biasa la kalo da check up kat gomen, berat melebihi aim yg sepatutnya dlm bulan tu akan terus kene buat MGTT test. MGTT ni kene puasa dulu satu mlm then esok pagi amik darah sebelum minum air gula. Pastu kene minum air gula yg manis tak hengat tu lepas 2 jam baru amik darah semula. Kalo bacaan gula dlm darah tu tinggi selepas minum air gula maka oleh itu dicop mengidap kencing manis. So aku tak pas lepas minum air gula. Serasa aku la..ini semua penangan musim durian. Hehehe...
Glucose levels | NORMAL | impaired fasting glycaemia (IFG) | impaired glucose tolerance (IGT) | Diabetes Mellitus (DM) | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Venous Plasma | Fasting | 2hrs | Fasting | 2hrs | Fasting | 2hrs | Fasting | 2hrs |
(mmol/l) | <6.1 | <7.8 | > 6.1 & <7.0 | <7.8 | <7.0 | >7.8 | >7.0 | >11.1 |
(mg/dl) | <110 | <140 | >110 & <126 | <140 | <126 | >140 | >126 | >200 |
Ok.
Selepas MGTT ni tak lepas kene wat BSP lak. BSP stand for Blood Sugar
Profile. Satu hari kene amik 4 kali ujian gula dlm darah. Selepas mkn
pastu kene puasa 2jam baru la buat BSP ni. Aku buat MGTT 21/07/2010.
Esoknya aku buat BSP. Alhamdulillah semua result aku normal. Ini
menguatkan lagi teori durian aku tu. Hehehehe... Utk bacaan BSP seingat
aku la result dia kene la kurang dari 7.0 mmol.
Utk
para2 ibu sekalian. Mitos time pregnant la bole kita belasah apa yg
disukai tu adalah tidak bole dipakai sama sekali. Moral of the story,
nak mkn tu bersederhana la. Kalo tak mcm2 penyakit dapat. Amik
pemakanan yg berkhasiat. Baik utk baby baik utk ibu. :)
2 comments:
Hmm...tu la. Saya cakap jgn makan byk sangat durian tu tak nak dengar. Kan dah kena cucuk...:P
Anyway, nice info.
Itu laaa... len kali jgn tunjuk depan mata nnt nak baham gak :P
Post a Comment