CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 July 2010

Perjumpaan SGM 3 oleh Ratu Hati

Salam. 

Awal tahun ni sempena aku pregnant, aku byk join forum tapi satu je yg lekat dgn aku sampai la ni. Aku terjumpa forum ratuhati (RH) masa aku dok surf tenet cari ilmu pasal pregnancy. Almaklum la first time. Mane ada ilmu lagi. Tgk org pregnant ada la.Lagi pon da berniat nak menyusukan bb nnt. Tak mo guna formula milk. Bagi aku la susu ibu adalah susu terbaik utk anak2. Ye la kan sapa tak mo yg terbaik utk anak2 kita.



RH da byk kali wat anjuran pasal sokongan kepada susu ibu. Perjumpaan biasanya melibatkan para ibu dan kaunselor2 bertauliah mengenai susu ibu. So sesapa berminat dan byk pertanyaan serta mau menimba ilmu bole la join perjumpaan ni. Aku lak yg SGM 1 tu da lepas waktu aku join RH. Yg SGM 2 lak aku ada hal. Bulan lepas rasanya diorg buat tapi time tu MIL aku sakit. Tak dapek nak join. So aku join SGM 3  (Sabtu 17/07/2010) dgn tajuk Pemakanan utk ibu menyusu dan persediaan ketika ramadhan. Due date aku even da lepas raya pon still ada gak la kemusyikilan pasal preparation during ramadhan. Larat ke tidak aku ni nak berpuasa.

Tapi bila join SGM ni at least ada gak la ilmu ibu2 lain bole berkongsi. Hehehe.. Diorg suggest wat jus kurma sbb kurma ni bole bagi tenaga. Then dlm Islam ada kelonggaran bagi para ibu dibolehkan tak berpuasa. Tapi kene la ganti ye. Huhu...

Bawah ni adalah pengisian pada perjumpaan tersebut. ( Credit to ratuhati.com )

1. Ibu menyusu yang sihat dan makan makanan berkhasiat dan seimbang tidak memerlukan makanan tambahan dan vitamin untuk penyusuan.
2. Minum air secukupnya semasa malam/ tidak berpuasa.
3. Jika tidak larat bangun sahur, letak air dan biskut di tepi katil untuk dimakan/ minum jika bayi bangun menyusu.
4. Tidak perlu susu khas untuk menyusu (begitu juga mengandung)
5. Jika bayi ada ruam, cirit-birit, sembelit, check makanan yang ibu makan, termasuk jamu.
6. Kafein boleh membuatkan bayi aktif dan sukar tidur dan mungkin meragam jika diambil berlebihan, tambahan lagi jika ibu tidak/ kurang mengambil makanan minuman berkafein semasa mengandung.
7. Makan makanan sihat semasa menyusu, ia satu proses didikan untuk bayi juga kerana bayi akan mudah menerima makanan sihat nanti. Lebihkan makan sayur, dan makanan berserat.
8. Seboleh mungkin masak sendiri. Sediakan bahan masakan (basuh, potong, kisar, precook, simpan) semasa hari minggu/ tidak bekerja. Rancang apa yang nak dimasak. Anda akan dapati memasak setiap hari selepas pulang bekerja bukan lagi kerja yang susah dan mengambil masa.
9. Kebanyakan ibu-ibu yang datang mengatakan bahawa kuantiti susu yang dipam tidak banyak berubah semasa ramadhan.
10. Gunakan kuasa minda positif. Jika pam di pejabat, katakan susu saya cukup. Badan saya cukup sihat untuk hasilkan susu ibu. Kenangkan ibu-ibu di Afrika yang tidak cukup makan, tetap boleh menyusukan anak walaupun kebuluran.
11. Dalam Islam ada keringanan untuk ibu yang menyusukan anak untuk tidak berpuasa semasa ramadhan. Sila rujuk fatwa untuk lebih lanjut.
12. Kesan penambah susu yang tiada kajian klinikal berbeza terhadap seseorang. Contohnya, halba mungkin berkesan bagi ibu A tetapi menimbulkan reaksi alahan kepada ibu B.
13. Kesan supplemen penambah susu juga biasanya hanya beberapa hari.
14. Cara menambah susu terbaik dengan mengamalkan konsep supply demand. Lebihkan hisapan bayi atau memerah susu untuk menimbulkan demand.

Terima kasih pada yg hadir pada hari tersebut. Byk sgt info berguna :D
Gambo amik dari pakcik google.

p/s: credit to En. Maarif sebab tlg hantar and amik saya sempena perjumpaan ni. Terima kasih ye.. Jasamu dikenang.. ;)

2 comments:

Maarif Ibrahim said...

Ooo...tak cite pun saya tolong anta. dan tolong ambik. penat tau...:P

Sima said...

En. Maarif.. saya da cite.. siap ada credit lagik.. hehe