CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 March 2014

One hectic month! Phewww...

As Salam.

Lama benar blog ni bersawang. Ampunnnn mmg sgt tak sempat. Bermula dengan tahun baru anak sulung masuk tadika tapiiiii part paling mencabar bila ada ibubapa yg amik mudah pasal kesihatan anak-anak. Dihantar juga anak yg sakit. Sungguh kasihan anak yg sakit dipaksa hantar ke sekolah. Bila deme sendiri sakit pandai lak nak MC bagai. Tahu sakit tak larat pegi kije. Anak-anak pon gitu la. Mesti la diorg pon tak larat. Nak kene berehat. Dah pulak berjangkit kat budak-budak lain termasuk la anak ai. Hangen tak hangen. Sampai warded berminggu. Dah satu family jatuh sakit. Dugaan sungguh. Bila anak-anak duk sakit den fikir-fikir.. berenti je la kije jaga anak fokus belajar. 

Alhamdulillah berenti la den.. kiki... Qistina lak lepas warded 2 minggu masuk sekolah balik tak sampai 2 minggu kene pulak chicken pox. Mak aihhhh...memang superrrr vangang la makpak budak tu..Yang pegi anta jugak tu jumpa dgn aku memang kene tampo kokedai la.. Dah jangkit pula dekat si kecik. Alahai kesian tgk anak-anak sakit tak berenti. Ini baru beransur pulih dua beradik tu. Alhamdulillah.. tapiiiii bulan ni jugak ai start semester baru. Start je penuh assignment kene buat. Huhu... sem lepas agak menurun la den punya pointer. Ye la... byk kot kelas aku tuang. hehe....

Yang paling best aku kene cari kije balik.... -_-'' bermula la pencarian kije lak.. Keputusan cari kije balik bukan sebab en suami aku tapi sebab omak den. Ohh ibu....restu la ai mau jaga anak-anak je. Huhu... disebabkan itu aku juga ada setup bizz kecil-kecilan.. ya... ai mula jual kain-kain japanese cotton yg comel-comel. Kain-kain ni bukan dari vietnam ye. Ini japanese cotton kainnya lagi lembut dan sejuk dari vietnam cotton / english cotton ni. Corak pon sgt menarik dan ada juga corak-corak yg sesuai dibuat sebagai crafter. Bole jenguk page ai di Nawwar Bizz

Moga-moga selepas ini kehidupan kami dipermudahkan dan rezeki dimurahkan. Amin.

Ketika warded bulan akhir bulan January di DEMC


Yang ni kakak kene chicken pox sgt byk.

Kakak dah sembuh adik pula kene.
Antara stok yg ada
Corak bunga

Mari pilih sebelum tailor tutup tempahan :)