CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

31 July 2013

Scan 4D si Kecik Dalam Rahim Ibu

Salam.

Entry panjang berkala kali ini. :)

Hari isnin lepas adalah hari pertama puasa den berlobang. Disebabkan kepenatan / tak larat melanda. Maybe sebab aktiviti sopping last minit hari sabtu dan ahad tu. Walaupun tak sampai satu hari pon still effect pada badan amat terasa. Decide nak amik MC je la. Pegi la ke UMRA alang2 nak jumpa doktor kan better p scan si kecik dalam ni terus.

Ibu p scan sekali jer kat swasta lepas tu scan kat klinik kesihatan jer. Memang tak nampak jelas pon anak ibu ni. Kali ni nak p scan detail 4D terus la. Lagi pon dah masuk 27minggu 4 hari. Extra minggu lepas tu mmg payah la nak scan. Tak nampak sgt dah. Biasa kan baby masuk trimester ke-3, peringkat mengumpul lelemak dan membina isi badan berkembang pesat. Esok ni officially masuk trimester ke-3 dah. Huhu.. tak lama lagi akan melalui process labor.

Sampai pagi2 tak ramai sgt org. Kebetulan sebelum ni memang ada call UMRA utk scan detail tapi weekend penuh. Diorg offer Isnin tu tapi den sombong tamao sebab kene cuti. Naseb bole walk in. Hehe.. ada hikmah gak sakit2 ni. Dapat tgk anak ibu. Sebelum scan tu kene check urine dan timbang berat badan. Tang berat badan agak merisaukan den sebab den hilang 3KG sepanjang puasa ni. Dah le waktu 3 bulan pertama tu turun 4KG, gain balik dlm 2.5KG ni lost balik 3KG. Hmmm.... apa pon alhamdulillah si kecik dlm ni membesar dgn jayanya. Ibu je la makin keding. Huhu... Berat ibu sekarang 49KG. Estimated berat si kecik 1.2KG. Patut la ayah asek dok ckp muka ibu makin kecik dah.. Nak camne kene kontrol carbs utk kontrol kencing manis. Nasib on diet jer tak on insulin. Alhamdulillah result BSP sentiasa under kontrol.

Okeh cerita si kecik lak. Masa scan badan panjang normal, panjang kaki terlebih sket stok tinggi gak insyaAllah. Jantung dan anggota badan semua normal. Syukur sgt sebab kes p buat X-ray pastu 2 minggu tu dpt tau result den ngandung. Memang risau juga dihati ini. Tang nak scan muka paling byk drama. Haih dlm perut pon dah pandai bermain-main! Masa sonographer tu nak scan muka bole dia p lindung dgn tangan. Dok hisap jari la, dok menguap la, dok minum air ketuban tu la. Muka lak ke tepi abes. Memang tak leh nak tgk full face. Bila p scan tempat lain boleh lak dia alihkan tgn tu. Bila nak scan lagi sekali kat muka dia lindung balik muka tu. Saboooo la anak oi. Hehe... dapat la tgk sipi2 pon jadi la... Ibu tak kesah sgt. Asalkan anak sempurna sifat dah syukur sangat.

Bab gender lak, ai dah announce kat pesbuk dan ig. Hehe.... dari scan tu nampak macam perempuan. Jika keluar lain dari yg di scan tu, tak leh nak kata apa la kan. Kita just buat check dgn teknologi buatan manusia. Allah S.W.T juga yg berkuasa dan maha mengetahui :)

p/s : kakak Qistina ada kawan la kalo betul adik dia ni perempuan.




25 July 2013

Rindu

Salam.


Ibu rinduuuuuu sangat dgn kakak Qistina. Huhu...walhal hari-hari bersama. Cuma sekarang dah kurang kemampuan untuk melayan keletah dia. Banyak ayahnya yang ambil alih melayan kakak Qistina. Dia pulak makin manja makin pandai makin banyak akal. Hehehe... sekarang sedang kemaruk "kakak cantik" a.k.a princesses tu semua. Baju nak pink aje. Raya kali ni byk baju color pink. Huhu... tunjuk itu ini semua tak berkenan kecuali hat warna pink. Sabor ler anak.





19 July 2013

10 Ramadhan Pertama Dah

Salam.

Pejam celik dah masuk 10 hari pertama ramadhan dah. Alhamdulillah diizinkan Allah S.W.T untuk berpuasa sepenuhnya. Belum tinggal pon lagi. Walaupun kadang-kadang terlampau letih masih lagi bertahan. Syukur... Semalam baru kali pertama tapau makanan untuk berbuka. Sebelum ini en suami akan menjadi chef. Lauk pauk simple pon dah syukur. Ada gak rezeki untuk berbuka puasa. :) Terima kasih ya en suami. Kadang-kadang kalo larat ai turun sekali memasak mane patut. En suami takat ni request nak makan puding laici. Blom tertunai lagi. Moga ada kudrat nak membuatnya. Sebelum ni en suami mengidam nak cek mek molek. Buat la kami laki bini. Rasa dah ok.. rupa je tak comel mane. Dah selamat dalam perut :) Sebab rupa tak seberapa memang tak amik gambo ler. Hehe...

10 ramadhan ke-dua ni dikatakan 10 hari untuk pengampunan.. mari kita ambil kesempatan ini memohon ampun dosa-dosa yang telah kita lakukan. Perancangan untuk minggu ni nak start buat biskut raya. Buat hat simple-simple jer. Mulakan dengan cornflake madu dulu ;)



10 July 2013

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Salam.

Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada rakan-rakan dan keluarga yg menyambut bulan yg mulia ini. Moga kita mengambil kesempatan ke atas bulan mulia ini dgn memperbanyakkan amal dan ibadah kepadaNya. Puasa ini mesti la bersederhana ya. Bukan berlebihan dalam menu makanan untuk berbuka. 

Dibulan ramadhan, kita berpuasa bukan sahaja menahan dari makan dan minum, tapi menahan rasa amarah, nafsu dan lain-lain juga. Berpuasa mengajar erti bersabar dan bersederhana dalam serba serbi. InsyaAllah nasihat untuk diri sendiri juga ni. :)

Ramadhan kali ini, kali ke-2 berpuasa dalam keadaan sarat mengandung. Sekarang dah masuk 25 weeks, agak mengah dan selalu je rasa heart burn. Harap-harap, dapat berpuasa penuh. Amin. :) Masa mengandungkan Qistina, berlobang 5 hari terakhir disebabkan demam. Moga puasa kali ini, tiada masalah untuk menghadapinya. Amin.. lagi sekali. Hehe... Oh ya, kali ini en suami kene la masak-masak macam biasa ya. Ai bole tolong serba sedikit ja. Mengah dan penat pregnancy kali ini mmg taking it's toll! Huhu....

Salam ramadhan kalian :)