CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kesayangan. Show all posts
Showing posts with label Kesayangan. Show all posts

15 July 2014

Ramadhan 2014 dan berpuasa di hospital

Salam Ramadhan.

Hari ini hari ke - 16 berpuasa. Alhamdulillah kita bertemu lagi ramadhan moga-moga ada rezeki utk bertemu ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah..amin. 

Last entri daku ada mention nak kene cari kije kan. Alhamdulillah 15 April 2014 start kerja di tempat baru. Skrg masih dlm probation tapiiiii hahaha ada tapi tu lagi. Dalam 3 bulan ni dah bape hari dah cuti. Anak-anak asik tak sihat. Tak berjangkit kat tadika Qistina, jangkit kat umah babysitter. Berputar gitu la. Lepas last entri tu dah 2 kali warded termasuk kali ni. Total warded utk tahun ni je dah 3 kali. Bulan 1, bulan 5 (lepas start kije!) dan hari Ahad lepas (bulan 7). 

Allahuakhbar hati ibu mane la tak sayu tgk anak-anak sakit je. Dalam hati ni mmg takde rasa nak kerja dah. Moga-moga dilembutkan hati emak lihat la cucu perlukan perhatian si ibu. Terasa I'm a very bad mom! Couldn't take care own child and end up they always get sick. Sobbsss sobb... 

Belajar ilmu tinggi-tinggi pon bukan la wajib bekerja pon. Boleh apply ilmu-ilmu dipelajari itu kepada anak-anak. Sungguh kesian kat anak-anak. Hospital mcm rumah ke-2. Drugs dah byk masuk dlm badan. Hmmmm.... guna natural remedy mmg tak jalan bila dah start sakit. Kalau sebelum sakit tu Alhamdulillah ada la juga menjadi. Contoh daku beri black seed honey utk Qistina. Memang jarang jatuh sakit. Tapi itu la masalah pulak dgn en. suami. Dah tgk depan mata anak OK dgn madu tu boleh pula nak tukar ke madu lain. Madu asli dari kampung lah bagai. Nak tunggu amik madu kampung tu satu hal la pula. Bukannya tiap2 minggu balik kampung. Berbulan baru balik. Dah takde stok madu mula la Qistina start sakit. Ya Allah.. berikanlah kesabaran. Lain daku minta lain pula dibelinya. (Urut dada minta kesabaran tinggi).

Kali ini si adik pula yg start sakit dulu. Mula-mula tu daku dan en suami dah bergilir sejak minggu lepas duk amik cuti dan jaga si kecik ni. Hari Khamis pegi check, alhamdulillah kahak takde dlm paru-paru. Dia pon nampak makin ok takde selsema sgt dan batuk. Jumaat hantar la si kecik ke umah bs dan kami bekerja. Amik je haaaaaa makin teruk. Esoknya makin tak sihat dan dah dgr wheezing terus! Ohhh.. Ahad pagi terus ke hospital dan sah kene warded utk neb tiap 4jam. Daku dah bergenang air mata. Tahan sgt tak mo jatuh air mata niiiii. Kakak Qistina lak dah ada kahak dalam paru-paru tapi masih sikit dan bole continue ubat je tak perlu warded. Tapi dah nama si adik kene tahan kan, mmg semua berkampung kat hospital la. Dan dan terus pegi beli black seed honey tu sementara menunggu kemasukan ke ward. Start hari ni kakak pula dah demam panas. Walaupun nampak aktif, panas tau suhu dia. 39C! Ubat demam takde. Lap-lap je la badan kakak. Kebetulan lak demam dah petang doktor dah balik umah. Nak ke emergency nak kene register bagai. Adoilaaaaaaa daku dgn si adik kecik meragam dan cirit je nak kene register menunggu utk amik ubat semata je. Memang tak dapat nak buat la. Tunggu en. suami balik kije bawakan ubat aje la. Alhamdulillah mlm ni nampaknya demam dah surut. Moga kakak dan adik cepat sembuh ya. Amin..amin..ya Rabb.

 Kalo jumpa daku dan nampak cam tulang temulang berjalan tu tok sah tanya kenapa ye. Dalam bulan Ramadhan ni makin tak berselera la mikirkan kesihatan anak-anak. Doakan anak-anak daku diberikan kesembuhan dan kesihatan yg baik. Serta doakan agar emak daku dilembutkan hati utk daku berenti kije and give full attention to my own daughters. Ya Allah perkenankanlah doa-doa ku. Amin.



15 September 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-55

Salam.

Hari ini hari istimewa buat insan yg sgt teristimewa dihati daku. Kerana dia juga daku dpt menjadi insan berguna. Terima kasih mami. Ya hari ini hari ulang tahun kelahiran ibondaku yg ke-55. Apa yg ku ingin hanya ialah melihat mami ku bahagia dan ceria serta sihat walafiat. Amin. Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan keberkatan ke atas setiap kebaikannya. Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ibuku ini.

Ya daku amat menyayangi ibu ku. Sapa tak sayang ibu kita kan? Hehe... Dia lah yg menjadi insipirasiku dan idolku. Harapan nak menyambut bersama hari istimewa mami menghadapi kekangan kerana faktor jarak yg jauh. Namun daku juga hendak meraikannya walaupun berjauhan. Ku titip doa dari jauh utk ibondaku. Semoga bahagia dan sihat serta dipanjangkan umurnya.

Tak tau nak kasi hadiah utk ibondaku. Daku hanya dpt memberikan kasih sayang tak ternilai buat ibuku sebagai hadiah. :)

Sima sayang sama mami. Mmmuuuahhh....


Ini la mami ku. Cantik tak dia? Hehe...
Bergambar ketika beraya baru2 ini.