CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

04 August 2010

Kenduri Menyambut Menantu

Salam.

N3 kali ni takde apa yg menarik pon. Saja nak berkongsi cerita. Pada 24hb Julai lepas, aku dan en. somi pergi ke Felda Kratong utk menyertai majlis menyambut menantu mak sedara en. somi. 4 jam perjalanan ok.. jauh tuuuu walaupun kelantan lagi jauh, rasa tak larat tu terasa sgt. Lagi2 aku da makin sarat. Perut ni tok sah ckp la, besar sgt ku rasa. Kadang2 nampak kecik kadang2 nampak besar. Nak2 lagi badan aku byk meragam spt masuk angin la..loya la dan etc etc.

Tapi nak wat mcm ne majlis family. MIL dan mak2 sedara dia yg lain sume turun dari kelantan so nak tak nak aku kene gak join. Nnt apa la diorg tanya mcm2 kat en. somi. Lagi la en. somi ckp tak mo pegi kalo aku tak pegi. Adeiihh.... Bertolak kul 7.40pagi sebab aku akan terus balik pd ptg tersebut. Pagi2 lagi MIL call, pesan kat en. somi suruh aku pakai baju jgn nampak perut. Hahaha... ini mesti kes masa balik kg ritu. Otw ke sana tu borak2 la dgn en. somi sampai bole terlepas exit highway kene exit lagi jauh pastu patah balik. Adeihhhh sekali lagi..

Sampai sana dlm kul 11.++ pg. Majlis dah berjalan. Makanan sume da siap. Hehe.. aku dtg utk mkn je. :p Duduk2 la sambil2 bersalam dgn yg aku kenal. Yg tak kenal aku tak salam sampai la org ckp dgn aku yg diorg ni sapa. Aku tlg pon sket2 je. Itu pon sambil duduk2. Kebetulan badan aku berangin. Perut nampak besarrrrrr.. Kebetulan lak ada 2 org lagi mak buyung iaitu isteri2 kpd sepupu en. somi. Lak tu diorg gap sebulan je dgn aku. Hehe.. Diorg pakai baju ala2 jubah. Mmg la tak nampak. Perut ku masa 6 bulan pon still tak nampak. Skrg je terjojol keluar. :p

Dok kat sana sambil menunggu kedatangan rombongan pengantin perempuan yg bertolak dari Kuala Berang. Uihh.. jauhh tu. Da mkn minum kencing sume da.. En. somi da lama belayar ke alam mimpi. Aku je tak sanggup nak tdo. Panas lak tu. Join la club2 ibu mengandung dok borak2. Lamaaaaa rasanya. Tapi kan yg aku perasan tiap kali aku nak bergerak wajib la ada mulut yg berbunyi... hati2.. jalan slow2.. kene pakai selipar...bole ke tak tu.. Hihii...nampak benor aku ni merisaukan diorg. ;p

Rombongan pengantin perempuan sampai dlm kul 3.++ ptg. Jenuh kami menunggu. Tetamu pon da berkurang. Aku langsung tak bergerak. Tak larat wooo..dgn badan berangin ni. Aku dok ratah lauk ayam je. Masakan yg diorg hidang kebanyakan masakan kelantan. So takde la aku teruja mane. Tapi tang manis tu pasti. So sweeetttt dia punya hidangan.. sampai aku rasa dok telan gula je. Haha... Kul 5ptg aku dan en.somi bertolak balik. Yeay akhirnya balik.. :D

Tapi en. somi terlupa akan hasratnya nak mkn durian. Apa lagi bila da sampai umah baru pegi beli durian. Haha.. cian dia. Aku pon turut sama bantai. Walhal nak diet utk kencing manis ni. Hihi..

p/s : gambo takde walaupun aku bawak kamera. Hehe.. Semoga pengantin baru bahagia hendaknya. Amin.

1 comment:

Maarif Ibrahim said...

Cian kat Puan Sima, kena paksa pegi gak...Cian gak kat saya, nak makan durian byk2 tak kesampaian. Beli kat kg lindungan punya la mahal. Nak wat camne, dah lama nak makan, kena la beli gak. Tahniah tuk Puan Sima sebab berjaya pergi dan balik dari Keratong, Pahang walaupun tengah sarat...:P