CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers Lilypie Maternity tickers Daisypath Anniversary tickers

30 May 2012

Kek SMECC Lapis Cheese


Salam,

Hari isnin minggu lepas buat kek coklat lapis cheese. Pastu terus masuk esbok sebab dok cari idea camne nak deco. Tangan menggedik nak mendeko kek ni. Hari Selasa baru la buat deco-deco. Pastu hasilnya mesti la hasil budak baru belajar kan. Comot sana sini tapi sebab nak gakkkk cuba kan jadinya gitu la hasilnya. Memang geram jer tengok org lain dok deco2 cake comel2. Kita pon nak cuba juga.... :)

Kek ni dah lama daku simpan resepi tu. Dok intai2 tapi tak buat2..Bila mlm tu terjaga tapi tak le tdo balik apa lagi. Terus la daku buat kek ni. Tak lama sgt nak buatnya. Alhamdulillah.. dapat juga buat kek ni. Sedapppppp sangat lagi2 kek yg dah padat tu. Superrrr moist la katakan. Terima kasih pada kak Nor dan Dayang yg menyumbang resepi ni.







Maaf la deco2 yg super simple dan comot. Masih belajar lagi. Ini pon hasil dok tengok dlm youtube dan blog2 baking.


Resepi asal : Kak Nor
Sumber : Sima

Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.


pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
 Sumber : Sima


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor lebih suka guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

 Cara daku buat :
Kek coklat tu, buat 2 kali ganda resepi tu. Pastu bila nak masak, disebabkan pengukus ai kocik ai guna kaedah steam bath. Alhamdulillah menjadi cuma masa amik lama sket la. Ai punya oven tu kene lama sket bakonya. Bakar dengan suhu 185C selama 20 minit.


2 comments:

rahel said...

Waw..sedapnya Kek itew..suke2x.

Sima said...

:D Terima kasih Rahel...

Berbesar hati dan tersengih panjangggggg bila Rahel yg jenguk ;)