CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 May 2012

Bowling KRH

Salam.

Pada ahad lepas, daku join tournament ahli club kopi KRH beserta tema warna purple. Awal2 rancangan sebenarnya bowling ni just utk gather2 je. Sekali ramai pulok yg baik hati dan murah rezeki sponsor macam2 hadiah dan macam2 goodies bag. Aku pon turut kasi roti hotdog size comel utk dimakan2. Cerita bab roti pon ada kesah dia lak. Huhu... meh ku cerita roti yg ku buat utk majlis ni. Awal2 aku buat separuh ari sabtu frozen dan ahad aku defrost dan tunggu naik je. Last2 tak naik2. Dah mampus kot yis tu. Akhirnya aku buat lagi sekali utk semua hidangan sekali gus. Lamaaaa nak tunggu naik lagi pon cuaca pon sejuk sgt time tu jadinya waktu dia mengembang tu agak lama nak tunggu. Haihhh.... alhamdulillah still dapat gak buat. Daku malas nak mengomen panjang2... dok reti sgt.

Janji kul 3.30 petang kat sana. Aihhhh kalo dah baru nak buat roti pagi tu naseb la kan. Huhu.... kul 3 petang baru la daku keluar umah menuju ke OU. Wangsa bowl kalo tak silap. Dah le sangat jarang pegi OU. Sekali nasib parking dekat masih gak sesat nak cari pusat bowling tu. Haihhhh..... sampai2 je meriah... ramai yg datang. Hehe..... terus la ku kasi roti2 tu. Siap2, dah pon asar pe lagi pegi solat dulu la baru main. Dalam kul 5 lebih gitu main. Sorang 2 game. Aku yg semestinya pasangan pasti ke longkang!! Hahaha..... berapa kerat la ku main bowling ni. Hehehe.. apa pon seronok main. Bole la buat lagi ye ;)

Oh ya terima kasih kepada penaja2 sekalian. Biarpon main masuk longkang ajo masih dapat hadiah saguhati. Hik hik..... makanan dan minuman disponsor tu. Terima kasih ya.... konyang jugak. :) Moh kita layan gambar. :)


Suasana di lane. Dipenuhi mak mak budak
Nadya dan anaknya
Yg nampak blkg tu kak As. Baju pink kak yati, kawan dan Maria
Yg nampak blkg tu Kak As lagik. Sambil dok snap gambar
Diana dan Kak As ada kelas craft.
Anak2 comel...
Diana. Sempat lagi buat kelas craft
Kak Haza dgn tab dia. Mama dan papa otomen
Penyelaras majlis = Kak sue.
Nuyue dan anak
Anne dan fawwaz dok NIP.
Pemenang kita
Oh en encem saya.....
Qistina yg dah kehabisan bateri. :)




Semoga ukhwah ini berkekalan ya. :)





No comments: