CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

19 May 2012

Bingka Labu Lemak Manis

Salam.

Ini first time buat kuih muih. Hehehe..... awal minggu lepas beli labu utk si kecik. Ingat nak buat donut tapi bila buat pilihan kat en suami, dia mau bingka plak. Pastu nampak la plak Kak Nor buat bingka labu. Ulam dicita pucuk mendatang (eh betul kah? hehehe ). Pehtu daku pon nak nge"test" tahap kepanasan oven tu. Dulu buat kek main taram ja. Tak amik tau pon. Ikut ja resepi pastu asek la dok check bila nak masak. Huhuhu......

So kompom daku punya oven suhu dia ok bila buat 185C ngam2 masak ikut masa. Daku guna loyang 8"saja. Jadi dia agak tebal sket. Banyak juga dapat. Skrg ada byk lagi balance.  Sapa mau? Meh daku suap... Bingka ni sgt lembut gebus gitu. Memang lemak berkrim. Lagi satu, labu tu daku main taram lecek ja. Bila potog, ada lagi ketulan buah labu. Konon-konon corak dan seni. Okeh memandang cuaca rini sgt panas, skrg nak pegi sejukkan badan dgn mandiiiiii..... 





Diceduk dari : Kak Nor

BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
2 biji telur
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.**Labu tu sengaja saya tak blender sekali sebab suka tngk jalur2 labu yg tak hancur sangat masa kuih di potong. Rasa makin teruja nak menikmati kesedapannya.







No comments: